Saturday, October 5, 2013

Yang sedap dan yang kurang sedap...

.


Madu ada sengat berbisa
Manis langsat ada pahit bijinya
Enak telor ayam ada busuk tahinya
Sesegar teh ada kelatnya
Semanis kopi ada pahitnya

.
.
.
.

Bak kata, kalau ada yang sedap tentu ada yang kurang sedapnya...






.

18 comments:

t.a.t.a said...

tu yang aku malas nak makan langsat. tengah sedap² kunyah, kena keluarkan biji nya. kalau tergigit, pahit. kelat. last² aku telan aje biji nya.


eh, tak tumbuh dalam badan kan biji langsat tu?

sepa said...

dari anak nelayan pulak, begini :

ikan terubuk sedap, tapi lebih banyak tulangnya... kena makan pelan2.
ikan yu sangat kurang tulangnya, tapi isinya berbisa... kena makan sikit2.
ikan buntal boleh dimakan, tapi susah disediakan... kena siangkan berhati-hati.
ikan bilis pulak kecik, tapi tak perlu disiang... kena makan sekor terus, banyak2 pun tak per, makan dengan nasik lemak pun best jugak...



.

Dr K said...

Kat syurga aja confirmed semuanya sedap sedap belaka

Tijah said...

Yg paling sedap adalah tak payah masak. Hahaha. So xde n3 la nampaknya utk hari ini...

Umm AA said...

orng kata yg pahit tuh ubat..:)

Nizam.Ariff said...

Tata,
semasa dalam perut dia tak sempat bercambah.. bila dah berak kat perdu pisang, selang seminggu nanti ko nampaklah anak pokok langsat.... hahaha


Sepa,
Ikan bilis kena kopek sekor-sekor untuk buangkan tulang dan isi perut..

psst: org kata perut ikan bilis ada banyak merkuri... bahaya...


Daddy Ziyyad,
Itu confirm... tapi kita belum kat syurga lagi...


Tijah,
kalau makan kat luar kena keluar duit ... kelat gak tu... hahaha

Aku tunggu masakan hujung minggu, ko masuk entri hari isnin...


Ummuaidan,
Madu itu ubat dan madu itu manis...

t.a.t.a said...

kalau aku kirim kau buah langsat, kau nak makan tak?

Nizam.Ariff said...

Tata,
nak je aku...
tapi aku baru lepas makan buah langsat. .tu yang timbul idea entry tu... skrg ni dah musim ke?

t.a.t.a said...

maksud aku, buah langsat yang tumbuh di perdu pokok pisang.

gadisBunga™ said...

pahit kopi sedap la nizam...

Nizam.Ariff said...

tata,
Nakkkkk!!!!
Macam Kopi Musang di Indon, bukan senang nak cari tu... kakaka



GB,
betul juga tu...
kalau kopi rasa macam vanilla, bukanlah kopi namanya tu .... hahaha

t.a.t.a said...

okaaayyy. nanti kalau berjaya tumbuh, masak ranum aku hantar by hand kat kau eh.

Nizam.Ariff said...

tata,
7 tahun lagi tu...
semoga umur kita panjang dan dimurahkan rezeki...

t.a.t.a said...

insyaAllah. lagi 7 tahun kita cerita lagi pasal langsat ni.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Ok...tapi ko kena berak kat perdu pisang tau...

t.a.t.a said...

tau. rumah aku ada pokok pisang. tunggu malam sket la. balik nanti cari langsat.

sepa said...

Dino sengal...!!!

Nizam.Ariff said...

Tata & Sepa,
Kakakakaa.....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com