Tuesday, April 28, 2009

Bila babi mula bersin...

.



Dulu, masa kawan-kawan aku pekik terlolong, tak ada sorang pun pemuka-pemuka negara di bumi sebelah sana yang dengar. Lagi kuat dia orang pekik, lagi banyak bom dia orang hantar.


Dulu, masa kawan-kawan aku tu menjerit-menangis kerana pedih dek senjata kimia dan fosforus, pemuka-pemuka negara di bumi sebelah sana tutup telinga, buat-buat tuli. Casualty of war, konon!


Dulu, masa kawan-kawan aku buat tunjuk perasaan minta perhatian dan simpati, pemuka-pemuka negara di bumi sebelah sana cuma ketawa. Tunjuklah macam mana besar pun perasaan, mereka tetap kerdil bagi mereka di bumi yang di sebelah sana nun, sinun.


Aneh!


Bila babi baru terbersin sikit, habis kepoh satu Mexico, Amerika dan Kanada. Sepanyol pun sama.


Kalau dulu, dia orang tak kasi imigrant Asia datang, sekarang dia orang pulak yang kelam-kabut nak keluar negeri.


Aku tak dapat bayangkan kalaulah babi-babi kat Mexico tu batuk terkokol-kokol. Harus nanti dia orang semua bunuh diri beramai-ramai. Dan pemuka-pemuka negara sana nun kelam kabut naik Apollo 18 nak pergi ke Marikh membuangkan diri...





.

12 comments:

addyaholix said...

gila sinis kau bang!
selsema babi? what da...?

kakpah said...

penyakit babi ni dah mnerebak plak. janganla sampai sini.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Baru aku tau, babi juga ada demam selsema. Oleh kerana dikatakan sel-sel babi hampir kepada manusia, kita juga boleh dijangkitinya...

Kakpah,
Tu la.... masalahnya, yang tak makan babi pun boleh kena gak.

tasikmerah said...

jangan babi kat melaka ni bersin dah la bang. melaka ni dah la kecik. babi banyak pulak tu... haih...



.

arsaili said...

salam..setiap yg ALLAH tegah ada hikmahnya

AZANI said...

sebenarnya penyakit sudah menular di Amerika 1976 lagi, tapi tak bising, bila sampai mexico baru nak bagitau satu dunia.Amerika ...punya peel.

Nizam.Ariff said...

TM,
Babi kat Melaka kalau berdehem pun sampai sempadan Tangkak boleh dengar... hehehe.

2 tahun lepas kami pergi ke pengkalan balak. Kononnya malas nak gi PD sebab pantai penuh, tak ekslusif. Tu sebab lepak 3 hari kat Pengkalan Balak yang lebih privasi. Aku pun heran, apsal tak ada orang mandi pun kat pantai tu. Aku punya le sedap kuak lentang, rupa-rupanya.....ceh!. TM, Apsal ko tak kasi tau awal-awal kat situ ada jamban babi!


Arsaili,
Salam. Betul tu, aku setuju...

Azani,
Ye ke? Ntah-ntah dia orang yang buat eksperimen kat babi-babi untuk tujuan farmasutikel tapi virus tu evolved & mutated jadi selsema babi... hish!

tasikmerah said...

errr... ada jamban babi ke bang? cis! aku haram tak tau. patut la aman damai je sana... macam2 kuak jugak aku dah buat sana. ha ha.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
kena le kita pakat-pakat mandi selut... HAHAHAHA

xiiinam said...

Nak nyebut nama menatang tu pun tak gamak.....

addyaholix said...

ada tengok charlotte web? babi tu walaupun babi tapi comel pulak. haha!

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Kalau geli nak sebut, sebut je 'kerbau pendek'... hehehe

Addy,
Apa lagi, tangkap le sekor, bela.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com