.
Semalam. Berhempas pulas, keringat menyembah bumi, nafas tak teratur lagi, dada berkocak-kocak, debaran memuncak...
Semalam juga, dek kerana nafsu sarakah yang berpunca dari perut, 1 jam 45 minit tanpa henti tangan aku mengayuh sudip di dalam wajan membuat serunding kelapa.
Malam tadi, pergelangan tangan dan lengan berdenyut-denyut dan pedih terasa di dalam daging dan otot.
Aku memang dah problem dengan lengan kanan aku ni.
Dan pagi tadi, tangan kanan tak boleh di pakai macam biasa.
Kalau gerak sikit, pedih menjalar ke urat nadi.
Nak bangun dari sujud punyalah seksa menahan dengan tangan kiri saja. Kalau badan iras-iras keladi tak apa lah. Ini tak. Badan iras-iras kelapa sawit tak berbuang daun.
Nak makan pun silap-silap kena minta Mama tolong suapkan.
Nasib baik tangan kiri boleh digunakan lagi. Tak payah nak mintak tolong Mama cebokkan.
Salah satu perkara dalam 5 perkara telah hadir... owh!..
.
Tuesday, May 31, 2011
Monday, May 30, 2011
Serunding kelapa aku ... projek cuti-cuti sekolah se Malaysia
.
Beberapa hari nan lalu, aku ada ceritakan pasal serunding kelapa versi Jawa. Hari itu juga aku bercadang untuk membuatnya.
Maka, hari ini, baru kejap tadi aku pun buat sementara masih bercuti di kampung. Kelapa segar boleh dikait dari pokoknya, tak payah beli di kedai runcit yang kelapanya dah tua bangka itu. Tak syok!
Aku buat secara kecil-kecilan sahaja. Menu untuk 2 biji kelapa dan 1 kg daging. Rempah ratus semuanya boleh didapati di sekitar. Cukuplah.
Aku guna kuali (wajan) sederhana besar tapi makcik Quality Control kata nanti payah nak 'kaup-kaup' (kata orang Melaka). Degil. Aku pakai juga sebab macam ok saja. Kemudian baru aku sedar, memang betul. Serunding itu perlu benar-benar kering dengan api yang kecil pula tu. Akhirnya, aku tukarkan kepada wajan yang lebih besar, anak sedara kepada kawah.
Makcik Quality Control kata, kena kerap dikacau kalau tak nanti hangus. Ok la. Aku kacaulah tanpa henti. Sampai dekat sejam. Aku tanya lagi, sampai bila? Makcik Quality Control itu kata, sampaikan kalau diketuk wajan itu dengan sudip, serunding kelapa itu boleh melorot jatuh terkumpul di tengah-tengah dengan 'clean'... waduh!
Akhirnya, selepas 1 jam 45 minit, aku berjaya menghasilkan serunding kelapa dengan kualiti yang dikehendakinya. Walla..!!! Tekstur kelapa parut itu perlu rangup dan halus. Kalau masih belum kering nanti boleh tersedak bila makan. Ya, kena rangup dan rangup itu datangnya dengan kesabaran.
Tangan lenguh giler..!! Dah macam kacau dodol pulak penatnya.
" Bulan puasa nanti kita buat 2 biji kelapa lagi ek?" kata Mama.
Eh!!! Cakap boleh la... bukan nak tolong kacau serunding pun.

...dari kelapa parut yang kasar |

... sehingga halus dan rangup: 1 jam 45 minit non-stop menghayun sudip... |
Tangan lenguh giler..!! Dah macam kacau dodol pulak penatnya.
" Bulan puasa nanti kita buat 2 biji kelapa lagi ek?" kata Mama.
Eh!!! Cakap boleh la... bukan nak tolong kacau serunding pun.
.
Saturday, May 28, 2011
Mereka-mereka yang mengerumuni Jonker Walk... Melaka
.
Aku dapatkan khidmat pemandu pelancung yang hanya perlu dibelanja makan dan minum untuk pergi ke Jonker Walk, Melaka. Dan seperti yang telah diramalkan, memang musim cuti-cuti sekolah Bandar Hilir penuh... jem... sesak macam nak mamposss..!
Setelah berpusing-pusing tak jumpa parking kosong, hatta di bawah Dataran Pahlawan sekalipun dah penuh, aku terjah masuk ke satu tapak tokong Budha yang telah kosong (mungkin terbakar atau dituntuhkan) tak jauh dari Hotel Equatorial. Ada papan tanda di situ, ditulis " RM10 fine for non-member".
Fine is fine lah... aku bayar je. Dan aku berjalan kaki ikut Dataran Pahlawan. Sebelum itu, aku pekena dulu teh ais di sini:
Kemudian aku teruskan lagi perjalanan aku menuju ke A'Famosa, lalu bangunan-bangunan yang berwarna merah hati, selisih dengan beca yang penuh bunga dan lagu Lady Gaga, selusuri sungai yang baunya macam longkang pecah dan sampailah ke Jonker Walk.
Jonker Walk adalah 'Petaling Street' versi terbitan Negara-Negara Selat. Tak dinafikan banyak juga kedai seni dan warisan.
Tapi ada sesuatu yang aku perhatikan di situ. Setiap 50 tapak aku langkah, barang-barang jualan yang sama aku lihat. Berulang-ulang.
Aku terfikir, tak adakah mereka itu bergaduh atau jampi-menjampi atau santet-menyantet kerana jual barang yang sama?
"... kami sama-sama cari makan maaa... kalau lu pasang pukat di laut, lu tak dapat semua ikan.... di sini, orang ramai. Tak semua lu boleh layan punya... kami sama-sama kongsi customer maa..."
Oh... alangkah bagusnya kalau gerai-gerai Melayu juga begitu.
Tak lah aku risau kena santet bila makan di gerai-gerai.

ini bukan Jonker Walk, ini simpang kecil tak jauh dari situ.gambar Jonker Walk aku ambil guna kamera khas |
Tapi ada sesuatu yang aku perhatikan di situ. Setiap 50 tapak aku langkah, barang-barang jualan yang sama aku lihat. Berulang-ulang.
Aku terfikir, tak adakah mereka itu bergaduh atau jampi-menjampi atau santet-menyantet kerana jual barang yang sama?
"... kami sama-sama cari makan maaa... kalau lu pasang pukat di laut, lu tak dapat semua ikan.... di sini, orang ramai. Tak semua lu boleh layan punya... kami sama-sama kongsi customer maa..."
Oh... alangkah bagusnya kalau gerai-gerai Melayu juga begitu.
Tak lah aku risau kena santet bila makan di gerai-gerai.
.
Ubi Kayu Tumis... kenangan aku
.
Aku tak rasa ramai yang tahu tentang Ubi Kayu Tumis, terutamanya mereka yang memang dilahirkan di bandar. Setengah orang akan makan ubi rebus dan dicicahkan dengan sambal tumis udang atau ikan bilis. Untuk versi yang lebih sempoi, Ubi rebus dimakan dengan ikan kering saja.
Aku jumpa resepi Ubi Kayu Tumis di Resepi KakYah...
Ubi Kayu Tumis ini aku rasa boleh dikatakan infusion antara Ubi Rebus dan Sambal Tumis Bilis. All-in-1, macam itulah rasa-rasanya. Dan aku suka kalau Ubi itu dipotong kecil-kecil supaya rasa sambal tumis itu sebati hingga masuk ke dalam.
Kena pula makan Ubi Kayu Tumis ini bersama-sama Kopi O panas di hari mendung atau selepas hujan... perrghh..!!! Nikmat dunia tu....

Friday, May 27, 2011
Selamat bercuti... selamat pengantin baru... selamat - selamat - selamat
.
Musim cuti sekolah dah memang sinonim dengan nasi minyak. Sinonim juga dengan rendang daging, ayam masak merah dan mungkin juga serunding kelapa jika berkenaan dengan kenduri orang Jawa.
Aku memang tak boleh 'nahan' bila nampak serunding kelapa versi yang kuning-kuning ada ketul-ketul daging atau kerang tu. Jikalau aku nampak, serta merta nafas aku jadi laju, dada berombak-ombak, anak mata membesar, degup jantung jadi kencang... nafsu membuak-buak! Bayangkanlah... serunding dengan nasi panas... perrgh!!!
Kalau dulu, masa anak-anak buah kecil-kecil lagi dan anak sendiri pun masih belum bersekolah, cuti sekolah adalah masanya untuk aku bercuti sakan: habiskan masa di tepi pantai sampai tengah malam memancing apa-apa rezeki yang di dalam air atau di darat (malam-malam, belangkas selalu naik ke darat...).
Sekarang ini, nak bercuti pun payah. Cuti sekolah adalah masanya kelapa-kelapa di tebuk tupai. Kena kenduri itu ini. Kalau tak saudara sendiri, saudara kepada kawan-kawan. Setakat ini tak ada lagi anak kawan-kawan aku bermenantu. Aku masih belia. Mereka masih belia.
Kalau nak bercuti masa bukan cuti sekolah pula, anak aku punyalah payah nak suruh ponteng sekolah. Aku rasa lagi senang aku mintak / dapat cuti dari majikan daripada nak suruh dia ponteng sekolah...!
Jom makan serunding kelapa..!

![]() |
image: dargailkogretim |

Thursday, May 26, 2011
Ruh-ruh yang tidak diterima langit...
.
Mimpi. Tapi aneh sekali. Malam tadi.
Aku berjalan-jalan di satu pekan kecil dan setibanya aku di satu kawasan lapang tempat meletak kereta, aku terlihat seorang lelaki tua bersongkok batik dan berbaju melayu dengan sampin kain pelikat sampai paras betis sedang bercakap-cakap. Beberapa orang berdiri di sekeliling orang tua itu. Aku hampiri kumpulan kecil itu. Orang tua itu sedang berniaga ubat. Di atas tikar kecil itu terdapat beberapa botol ubat dan barang-barang yang pelik-pelik yang biasa digunakan dalam pendukunan.
Sepasang suami isteri yang ada di situ berterima kasih kepada dukun tua itu kerana akhirnya si isteri mengandung selepas makan ubat hasil preskripsi dukun tua itu. Itu sahaja yang sempat aku dengar apabila aku sampai ke situ. Kini tinggal kami berdua sahaja: aku dan dukun tua itu.
Aku lihat dukun tua itu berketurunan Jawa, mungkin datang dari seberang kerana slanga dia masih pekat dengan bahasa Indonesia. Pada lengannya ada seutas gelang yang diperbuat daripada akar kayu yang berwarna hitam dan pada jarinya ada sebentuk cincin perak bermatakan batu berwarna hijau muda yang cantik.
Aku khabarkan masalah aku kepadanya. Aku katakan kepadanya, urat belikat aku bengkak dan tangan kanan aku lenguh dan sakit-sakit. Dia suruh aku buka baju dan tunduk. Dia tanggalkan cincinnya dan berikan aku sebuah cermin muka. Dia letakkan cincin itu pada urat belikat bahagian kanan dan serta merta batu cincin itu bernyala-nyala. Kemudian dia letakkan pula pada sebelah kiri. Batu pada cincin itu tak menyala.
Dia suruh aku pakai semula baju. Dia kata, aku perlu diurut tapi aku perlu datang ke rumahnya. Dan dia pun berikan panduan untuk ke rumahnya.
Keesokkan harinya aku sampai ke rumahnya. Di rumah setingkat, separa papan dan separa batu itu aku lihat ada 2 orang pembantunya. Pembantu yang agak pelik kerana seorang mukanya seperti 'Abon' dan seorang lagi seperti "Osman Kering'. Ketika itu aku lihat ada seorang lelaki sedang berubat dengannya. Aku tunggu giliran aku.
Tak lama kemudian, dukun tua itu keluar meninggalkan 2 orang pembantunya meneruskan upacara perubatan itu. Ketika itulah aku terlihat sesuatu yang aneh. 2 orang pembantunya itu seperti sukahati apabila dukun tua itu keluar. Tiba-tiba salah seorang daripadanya keluarkan sebilah golok yang tajam. Dengan tanpa belas kasihan, dia toreh belakang lelaki yang sednag meniarap itu. Terpekik - kelolong lelaki itu kesakitan. Cepat-cepat seorang lagi rakannya pegang. Tanpa hiraukan aku yang duduk tak jauh dari situ, mereka terus melapah lelaki itu. Darah bersemburan membasahi tikar mengkuang.
Aku terpaku tak terkata apa-apa. Tak percaya, lebih-lebih lagi apabila aku perasan rumah itu kelihatan sama seperti rumah lama Bapak aku. Ya, memang tak syak lagi. Rumah setingkat beratapkan zink.
Aku beranikan diri mendekati mereka berdua yang masih ketawa gembira. Aku cuba pegang salah seorang daripada mereka tetapi tangan aku seperti menangkap bayang-bayang, seperti menangkap angin. Begitu juga dengan seorang lagi.
Aku tanya, siapa mnereka sebenarnya? Mereka kata, mereka itu pembantu dukun tua itu.
Tak lama selepas itu, dukun tua itu pulang dan terkejut dengan apa yang terjadi. Dia marah pembantunya.
" Dia orang memang selalu macam itu, ini bukan pertama kali. Nak kena ajar...", dukun tua itu mengomel kepada aku.
Ak tanya lagi, siapa sebenarnya pembantunya sebab bila aku pegang tak dapat, seperti sentuh angin.
" Dia orang tu ruh jahat. Ruh yang tak diterima langit. Ruh yang ada dendam. Aku tangkap dan aku ambil bantu aku".
Aku melopong dan memang aku lihat mereka nakal. Bagi mereka membunuh orang itu sama seperti main masak-masak.
Kemudian, dukkun tua itu memberitahu aku sesuatu yang mengejutkan...
" Ruh jahat yang macam itulah yang dah bunuh Bapak kamu dulu... Bapak kamu meninggal sebab ruh-ruh itulah..."
Apa??!!
Update:
ini baru separuh cerita.... cerita seterusnya ada di sini ...

Labels:
Mimpi
Wednesday, May 25, 2011
Main simbah-simbah asid di musim panas ...
.
Aku terbaca di dalam akhbar masih ada kes simbah-simbah 'asid' atau cecair 'berasid' .
Apa masalah orang yang main simbah-simbah ni?
Apa motifnya sampai nak main simbah-simbah?
Bukan merompak, bukan merogol, bukan menculik. Tapi tak taulah selepas ini dia buat benda-benda tu pulak.
" Agak-agaknya dia pernah dikechewakan oleh perempuan..." kata kawan sebelah aku.
" Aku rasa dia ni spesis 'alien' yang cuba menhancurkan penduduk Bumi..." kata aku.

Tuesday, May 24, 2011
Salah satu tugas aku dah selesai... "Racun"
.
Cerita tentang 'Racun' pada entri-entri sebelum ini sebenarnya berkaitan dengan ini:
Dulu-dulu semasa aku masih bujang dan aku galak menulis, aku ada terfikir untuk bukukan buah fikiran aku untuk aku titipkan kepada anak isteri. Supaya mereka ambil iktibar mana-mana yang buruk dan ambil mana-mana yang baik. Itu niat aku. Supaya bila aku telah tiada dari dunia ini, anak aku dan anaknya dan anak kepada anaknya nanti akan kenal siapa ayahnya, siapa datuknya. Bukan kenal dengan nama atau gambar sahaja, malah kenal dari segi pemikiran juga.
Aku tengah bukukan semua tulisan aku sebelum dan pasca blogging. Buat masa sekarang ini, aku telah sudahkan buku yang atas itu. Print sendiri, grafik sendiri dan binding sendiri. Semua sendiri. Satu tugas aku telah selesai. Selepas ini, aku nak bukukan pula 'sketsa' dan puisi pula.
Nota kecil:
Kepada sesiapa yang nak, sila beritahu aku dalam ruang komen ini, bagi email address. Atau boleh email : nizam.ariff@yahoo.com
Pos express RM3.50, kos binding - towkeh kata ' lu kasi gua manyak... gua boleh kasi kurang maaa...'. Kos kertas - aku tanggung.

Buku
Monday, May 23, 2011
Juliet kembali mendesah, Malim kembali menjadi tak keruan...
.
Dada langit penuh dengan rantai-rantai halilintar yang panjangnya dari masyrik ke maghrib namun bunyi guruhnya kurang hebat. Mungkin yang hebat telah jatuh menimpa kaki-kaki bukit dan gunung yang ditarah sana tu.
Dada langit terpecah, ia kembali membuka bolong malam yang kosong. Membentuk lowongan yang hitam tanpa inti. Dari lowongan itu terhumbanlah Malim dengan pakaian tidur, bantal dan selimutnya. Jatuh dia ke pantai pasir yang hitam dan kosong. Ombak juga kosong. Sunyi. Tiada deburan paus menyambar anak paus (versi haruan darat yang dilautkan). Bulan kembali kosong. Bintang kembali kosong. Kosong.
Malim terpinga-pinga.
'Mimpi lagikah aku ini ?'
Malim bangun dan menepuk-nepuk pasir pantai hitam yang melekat pada seluar tidurnya kemudian dia terus berjalan ke gigi laut yang terhenti ombaknya. Angin juga terhenti desirnya.
Dalam kelam senja yang menginjak ke malam, maghrib itu, halilintar membuka dan menutup iris mata Malim beberapa kali namun dentumannya tiada. Kosong. Hanya cahaya.
Dan dengan cahaya itu, Juliet menjelma dari asap nipis yang keluar dari batu-batu pantai. Juliet melayang menghampiri Malim yang masih kebingungan. Lintuk-liuk tubuh Juliet persis bidadari jelmaan dunia. Juliet tersenyum dari balik baju tidur sutera nipis yang membaluti tubuhnya... amat nipis yang... menampakkan tubuhnya yang... tanpa apa-apa yang... amat nipis sehinggakan kelok-kelok tubuh Juliet yang... maha organik seolah-olah bersatu dengan sutera nipis itu.
Senyuman nakal Juliet yang terbentuk dari sepasang bibir merah memukau Malim. Tubuh Juliet yang mampu menghanyutkan lazat dan nikmat dunia di laut nafsu itu membuatkan mulut Malim melopong lebar. Lopong yang menjadi lowongan kosong tanpa inti. Dan dari lowongan itu keluarlah desah keramat malam itu. Desah itu keluar bersama-sama wap nafasnya. Wap putih yang bila terkumpul menjadi besar dan besar, dan ...
'... ahhh...' keluhan Malim yang gagal ditahan-tahan lagi.
Juliet tersenyum melihat lowongan Malim itu.
' Kau sungguh cantik... ' Malim terpana.
Juliet depakan tangannya lalu terus berjalan menghampiri Malim. Harum semerbak wangi tubuh Juliet menusuk lelangit hidung Malim. Malim pejamkan matanya menikmati haruman itu. Sungguh harum. Malim nikmati harum itu sungguh-sungguh.
Namun bila Malim bukakan matanya semula, Juliet telah tiada. Juliet kembali menjadi asap putih yang tersebar di sekeliling Mallim, yang tinggal hanya bau harum itu. Malim terpinga-pinga.
Seketika itu juga ombak laut kembali beritma, angin laut kembali berdesir dan di dada langit, lowongan hitam itu menyedut Malim masuk ke dalam kekosongan. Malim terkontang-kanting di dalam bolong malam itu.
Sehinggalah ada satu cahaya di hujung bolong malam itu. Lalu Malim dihembus keluar dari bolong itu, melalui lowongan hitam itu. Malim terjatuh terlentang di atas katilnya. Malam itu sejuk. Halilintar mengamuk namun hanya cahayanya yang garang, gema guruhnya tiada.
Malim terasa sejuk. Dia tarik selimut hingga ke paras dada. Malam itu Malim tidur tanpa Juliet.
[update]
Walau malam itu Malim tidur tanpa Juliet, desah-desah yang berirama seolah-olah semarak cinta tetap berlaga-laga di dalam kuping Malim tetapi sayu sungguh bunyinya. Seperti satu lolongan panjang di bawah cahaya bulan. Cuma punca desah itu bukan dari Juliet. Desah itu datang dari tangisan setan-setan yang ada di bawah katil Malim.
Malim tidur dalam senyum. Mungkin bermimpikan Juliet yang mendepakan tangan-tangan mulusnya untuk memeluk Malim. Hanya mungkin...

Saturday, May 21, 2011
Man Lilau tengok perut-perut dan dada-dada mereka bengkak-bengkak belaka...
.
Man Lilau terkocoh-kocoh memanjat tangga. Dia dah tunggu lif punyalah lama, hilang sabarnya. Lebih baik naik tangga. Setengah berlari dia panjat tangga itu.
Dia perlu panjat hingga ke tingkat 3. Dia panjat dari aras B3 sebab hanya di situ parking masih kosong. Bermakna dia kena panjat tangga setinggi 6 tingkat. Tapi Man Lilau tak kisah asalkan dia sempat sampai ke tingkat 3 sebelum masanya.
Sesampai di tingkat 3, hati Man Lilau bertambah panas. Dia kena beratur pulak. Panjang pula tu. Terpaksalah dia tunggu sehingga 10 minit barulah sampai gilirannya.
Bila tiba gilirannya, hati Man Lilau lagi bertambah-tambah panasnya. Tempat duduk yang ada hanya di barisan hadapan. Barisan-barisan lain dah habis kena tempah.
Man Lilau mana boleh duduk di barisan depan bila tengok cerita kapal laut. Masa sekolah dulu pun Man Lilau 'alergik' duduk di bangku depan. Sampai sekarang ini pun Man Lilau tak boleh duduk depan. 'Alergik' sesangat.
Panas Man Lilau semakin membuak-buak. Bila hatinya 'bengkak', dia tengok semua orang sekelilingnya bengkak-bengkak juga. Ada yang bengkak di perut. Banyak juga yang bengkak di dada.
Akhirnya dengan bengkak hati, Man Lilau terpaksa lupakan pelan asal. Dengan rasa 'bengang' masih menguasai, Man Lilau pilih tayangan lain. Tangkap muat, tak ada dalam pelan asal pun.
Man Lilau hempas duit dan tiket diragut dengan kasar. Mukanya bengis tak sudah. Dia perasan ada beberapa pasang mata memerhatikannya.
" Apa tengok-tengok? Lu Langsi, Lu Mati...!!! "

Cabaran ini perlukan lidah yang lembut-lembut...
.
Aku dah cuba banyak kali. Anak aku pun dah cuba banyak kali. Mama..? Mama tak mao ambik port, katanya... hahaha.
Sesiapa yang boleh ikut, syabas. Tapi sesiapa yang tak boleh ikut, dia jadi macam Patrick..!
Cepat cuba.... jangan jadi macam Patrick.
' Duuuuhhhh.......' * air lilur meleleh..*

Friday, May 20, 2011
Himpunan doa-doa untuk pagi Jumaat
.
Selak punya selak, dan punyalah selak, maka tersentil dari celah-celah buku itu sekeping kertas.
Boleh tolong cerita sikit, 'tegrejal' tu apa?
Seerti dengan degil ke?

Thursday, May 19, 2011
Pantun burung di petang Khamis malam Jumaat...
.
Burung Pipit si burung Enggang,
pulang berdua jalan berpayung,
Bagai sireh pulang ke ganggang,
Bagai keris pulang ke sarung.
Cheeeewaaahhhhh...!!!!!
Hai dondang sayang......
Hah, sambung Che' Kiah ooii....
* pak-pak-pom! pak-pak-pom! *
.
Jangan ditunggu burung yang terbang,
entahkan hinggap entahkan tidak,
Jangan ditunggu kasihnya orang,
entahkan dapat entahkan tidak.
Jangan digulai si burung Puyuh,
kepak bertulang isinya tiada,
Jangan dibelai hati yang rusuh,
kelak hilang segala upaya.
Burung Kedidi si burung Punai,
burung Tempua membuat karung,
Duduk sendiri inai dipakai,
bila berdua cincin disarung.
Burung Pipit si burung Enggang,
pulang berdua jalan berpayung,
Bagai sireh pulang ke ganggang,
Bagai keris pulang ke sarung.
Cheeeewaaahhhhh...!!!!!
Hai dondang sayang......
Hah, sambung Che' Kiah ooii....
* pak-pak-pom! pak-pak-pom! *
.
Wednesday, May 18, 2011
Ingin ku sedut senyuman dari wajahmu [updated]
[update 18.5.11 - 11.43am:- sebelum timbul spekulasi yang mengarah kepada aksi lucah, sayugia diberitakan konteks puisi ini adalah keganasan. Senyuman yang disedut BUKAN dari bibir tetapi dari WAJAH. Wajah siapa? Wajah-wajah wanita dan kanak-kanak yang tertindas di merata-rata tempat. Apabila hilang senyuman dari WAJAh mereka, yang tinggal hanyalah wajah-wajah yang lemah dan lesu kerana keperitan mereka.
Bukan itu sahaja, mereka juga disudukan dengan racun-racun sama ada racun sebenar atau pun racun kepada jiwa-jiwa lemah mereka. Jadi, barulah kena konteks puisi itu dengan lagu 'Eagle Fly Free'...
Dah, jangan fikir yang bukan-bukan pulak. ]
Seperti Helang yang bebas di udara
Kita yang dibawah ketakutan...

Mari kuhisap senyumanmu, dari
wajahmu yang ayu, biar
terpejam mata kuyu, aku biar kau
sesak menahan nafasmu.
Ayu dalam lesu, lemah
tenggelam dalam belaian nafsu, mari ke mari
aku sudukan dengan racunku, marilah
sayang.....telanlah racun itu.
[hehehe..hahahaha... <-- gelak setan]
Seperti Helang yang bebas di udara
Kita yang dibawah ketakutan...
.
Monday, May 16, 2011
Bunuh fikiranmu...
.
Racun jiwa. Kadang-kadang kita perlu racuni pemikiran kita untuk memberi peluang kepada pemikiran yang baru. Kita bunuh fikiran yang tumbuh dan dah tak terbela lagi, penuh dengan semak samun, semburkan dengan racun.
Apabila semua fikiran dah terbunuh dan padang pemahaman menjadi kosong, barulah senang untuk kita benihkan dengan fikiran yang baru. Baru subur bila dibaja kerana baja yang ditabur tak dikongsikan dengan pokok fikiran yang lama.
Cuba-cubalah fikirkan.

Sunday, May 15, 2011
Mula-mula masukkan telur ke dalam mulut ....
.
Entah apalah yang dia marahkan sangat sampai jelir-jelir lidah gitu. Aku dah buat seadil yang boleh. Tapi mulut aku satu. Perut aku pun satu. Salur esofagus pun satu jugak.
Sabar-sabarlah, ya? Masuk satu-satu. Jangan dengki-dengki. Tak elok. Ikut giliran taw...
Okey, aku makan telur 2 biji dulu....

Saturday, May 14, 2011
Cap Tengkorak
.
" Cantik padi Pak Mail ni. Tak banyak rumput Sambau. Racun apa yang Pak Mail guna ?"
" Racun yang mahal sikit. Racun Cap Tengkorak ".
Masa aku kecik-kecik dulu, racun yang paling power ialah racun cap tengkorak. Malah, kalau nak tuba ikan atau udang di sungai pasti racun cap tengkorak yang menjadi pilihan. Letak satu penutup botol pun sudah cukup untuk buat ikan dan udang menjadi pening-pening lalat. Itu pun kalau tak mati.
Kalau nak bunuh lalang, yang sememangnya liat untuk mati, antara racun pilihan adalah racun cap tengkorak selain dari Round-up, tapi racun Round-up mahal. Racun cap tengkorak ini lebih murah.
Sekarang ini, bila aku balik kampung dan aku tanya ballik, masih ada masih kata " aku guna racun Cap Tengkorak ".
Aku rasa, semua racun ada cap tengkorak pada bekasnya. Tak gitu ?
Jadi, racun jenis apakah yang yang dia orang pakai sebenarnya?

Thursday, May 12, 2011
Pesanan untuk manusia sejagad...
.
Sayugia kita berkongsi pesanan tentang keselamatan terhadap perkara-perkara yang mungkin kita selalu ambil mudah sebab dah terbiasa. Mungkin kita pernah baca tips begini dalam mana-mana email. Di bawah ini adalah pengajaran yang aku perolehi dari pengalaman aku sendiri...
1. Elakkan tangan berada di dalam kocek ketika naik atau menuruni tangga, atau melompat atau melangkah sesuatu halangan. Kalau kaki tersandung atau nak terjatuh, tangan tak sempat nak dikeluarkan untuk menahan tubuh.
2. Elakkan bersin ketika mengambil selekoh semasa memandu atau naik motor. Bila bersin mata akan terpejam dalam 1-2 saat. Tempoh 1-2 saat di selekoh pada kelajuan 70km/j sudah cukup untuk terbabas ke lorong sebelah.
3. Jangan bercakap dalam telefon sambil marah-marah jika memegang pisau poton sayur atau daging. Tangan manusia normalnya ada 2 sahaja: sebelah pegang telefon dan sebelah lagi pegang pisau. Dan menjadi kebiasaan bila bercakap tangan gerak sana-sini. Amat bahaya jika ada anak-anak kecil bermain dan berlari dekat-dekat situ.
4. Jangan buat lawak dengan pemandu yang bermata sepet ketika dia sedang memandu.
Biasanya, orang akan ketawa dalam 3-5 saat untuk setiap lawak. Bila dia ketawa akibat lawak itu, dia tak nampak jalan....

Wednesday, May 11, 2011
Cina sembayang punya.....
.
Memang gaya aku macam itu agaknya bila tiba bab tawar menawar.
Aku memang malas nak bertekak pasal harga dalam tawar menawar. Entah kenapa. Biasanya, aku akan nilai dulu barang yang aku hendak beli. Aku belek-belek dan aku tetapkan dalam hati aku berapa yang aku sanggup bayar untuk itu. Tak kira apa pun barang itu.
Kalau memang jenis tak masuk akal harganya, aku tak akan tanya kali kedua. Aku terus blah. Selalu juga aku panggil towkeh kedai dan aku cakap kepada ia, " aku hanya tanya harga sekali sahaja dan tak akan mintak tawar lagi, so, give me your bestest of the best price..." Itu biasanya kalau buying power berpihak kepada kita.
Bila aku dah setkan nilai itu barulah aku panggil towkeh kedai dan aku tanya berapa harga. Jika harganya lebih murah dari apa yang aku set, aku tak banyak tanya. Cuma tanya sikit-sikit dan terus bayar. Kadang-kadang, bila aku buat begitu, kali kedua datang ke kedainya, dia akan tawarkan harga kurang sikit sebab dia tahu aku ni bukan cerewet. Atau mungkin sebab dia dah untung besar. Entahlah.
Sabtu lalu, aku pergi ke hardware untuk beli kepala paip yang baru dan beberapa aksessori lagi. Jumlahnya, RM 60++. Aku tahu, hardware memang telan banyak darah. Aku diamkan sebentar sambil belek-belek barang-barang yang aku nak beli, kononnya nilaikan semula sama ada berbaloi atau tak. Target aku sekitar RM50 je.
" Ok, cincai punya halega la kawan... RM57 saja... boleh?" cadang dia.
" 57 nombor tak cantik... aku tak suka nombor tu..." jawab aku.
Memang aku suka begitu. Aku tak kondem barang tu, aku tak suka jatuhkan maruah barang tu. Kalau aku kondem, buat apa aku nak beli. Sesetengah orang akan cakap yang bukan-bukan, dah berkaratlah, besi recycle lah, besi nipis lah, besi dari kabel curi lah.... Aku tak suka cakap macam tu. Kalau dah kondem, janganlah beli.
" Ok..Ok la.. RM55 sudahlah..." balasnya.
Aku terus keluarkan duit dan beri kepadanya.
" hmm... nombor 5755 tu cantiklah.... boleh beli besar punya.." kata aku kepada dia.
Aku harapkan dia tersenyum atau mengiakan sahaja. Tetapi tidak. Dia pandang aku dengan pandangan yang pelik. Pandangan yang penuh dosa. Atau mungkin dia terasa yang aku seolah-olah perli kaum Cina yang kuat berjudi.
Aku syak, dia ni Cina kuat sembahyang kut....

Tuesday, May 10, 2011
Peluh menetes-netes ...
.
Aku gerraah! (gerrahh = panas yang merimaskan).
Dah dua hari macam ini. Siang terik, malam berbahang. Siang berjaga, malam sukar lena.
Rumah aku bukan ada aircond. Bukan berkira sangat tapi memang kena kira sebab bila ada lebih sikit, cepat je yang lebih tu masuk simpang lain. Tak sampai ke kedai On King pun, dah lesap.
Lagi pun, aku masih menyokong sahabat aku yang berjuang demi keharmonian ekosistem sejagat. Katanya, Bumi ini bukan untuk kita sahaja. Obor-obor pun nak hidup juga. Dan bila cerita tentang obor-obor, kawan aku ini satu ketika dulu pernah berkempen untuk menyelamatkan obor-obor di selat Penang. Itu hasil daripada penelitian ilmiahnya apabila melihat banyak obor-obor hancur terkena kipas Feri Pulau Pinang. Aku kata, lain kali jangan naik Feri... selamatlah obor-obor tu.
Bahang malam bukan boleh dibawa berbincang. Buka tingkap luas-luas pun yang masuk hanyalah nyamuk, bukan angin sejuk. Angin di luar pun sama bahangnya.
Kipas angin memang memberikan 'chill effect' tetapi berapa sangatlah efek yang dia boleh beri.
Pendek cerita, malam tetap bahang. Aku dan Ariff asyiklah berbalah - La Nina atau El Nino nih?

Sunday, May 8, 2011
Bintang-bintang kecil di balik daun-daun Berembang
.
Petang itu, aku singgah di tempat dimana bintang-bintang berkelip di bumi. Bintang-bintang yang berjiwa tanpa ruh, yang bisa hisap dan hembus udara bumi ini. Bintang-bintang yang punyai mentera yang bisa menjadikannya bersembunyi di balik daun-daun.
Bintang-bintang yang sering tersangkut di pohon Berembang. Aku dengar kerlipan cahayanya bisa membuai jiwa-jiwa manusia resah seperti aku.
Tapi petang itu bukan rezeki aku untuk melihat bintang-bintang itu berkelip. Gurau senda hujan kasar sangat, aku tak mampu betah lagi. Selepas Maghrib di masjid berhampiran, aku gagahkan untuk cuba. Ahh... hujan memang tak boleh dibawa berbincang.
Aku tinggalkan tempat itu dalam gelap dan hujan dengan hati yang terguris kerana tak dapat bertemu dengan bintang-bintang kecil itu, yang tersangkut dan berlindung di balik daun-daun pohon Berembang tua.

... and at the end of the journey, life is no longer fun......
Aku ada seorang yang elusif seperti aku dan punyai karekter yang tersendiri. Dia ke kuliah dengan seluar jeans koyak lutut. Itu biasa. Tapi dia juga pakai baju Pagoda putih yang dah koyak sana sini. Itu kurang biasa. Dan rambut dan misainya, juga janggutnya hampir sama panjang... payah aku nak kenal mana satu mulut dan mana satu telinga dia. Aku panggil dia SEPA...! Wey.. Sepa...! Keluarlah kau.....!
Dan aku ada seorang lagi kawan yang punyai gayanya tersendiri, Ucop namanya.
Aku pernah terbaca ini dan ianya dikaitkan dengan Ucop:
"... at the end of solitaire journey, the game is no longer fun...."
Aku tak pasti sama ada itu kata-kata keramat dia atau dia telah ambil dari mana-mana. Tapi aku syak dia ada baca di mana-mana. Yang aku pasti, dia suka main Solitaire versi daun terup (bukan dalam PC) bila dia berseorangan. Tak pernah jemu-jemu..! Sayugia dia amat memahami apa maksud kata-kata yang ditulisnya...
Sekarang, aku dapat rasakan apa yang Ucop rasa apabila permainannya itu di penghujungnya i.e. susunan kad terakhir dalam perjalanan Solitaire itu.
Siapa yang tak tau main Solitaire? Semua tahu.. dalam PC pun ada.
Tapi, siapa yang tahu siapa yang cipta gerak-gerak Solitaire itu?
Seperti nama permainan itu, ia dihasilkan oleh penciptanya yang keseorangan ketika itu. Nak tahu lebih lanjut, sila google / wiki sendiri...
Kata-kata Ucop bukan sekadar berkenaan permainan itu. Kata-katanya melangkaui daun terup itu. Ianya berkenaan kehidupan dan cabaran. Ya, ianya tentang perjalanan ...
Di akhir satu perjalanan, hidup tidak lagi menyeronokkan...
Itu yang boleh aku katakan sekarang ini.
.
Saturday, May 7, 2011
Warni-warni kota gampang dan apa-apa yang terbuai-buai diantaranya
.
Kota gampang itu lidahnya terlalu panjang, jelirannya saja boleh menjilat langsir hanyir kedai usang dua tingkat di Rawang tanpa bangun dari kerusi malasnya. Juga mampu meludah sehingga ke celah-celah buluh di taman yang suram ni Selatan Bangi, ketika jari-jari nakal menjalar dari butang ke butang. Belitannya cukup kemas, sekemas sawa memeluk ayam denak yang jinak-jinak bodoh.
Tinggi bongkaknya sehingga bisa menyapu awan yang dibelah hotel pelangi di kota Genting sana dan busuk hatinya sehingga tewas gagak-gagak di Klang. Kota gampang itu memang gampang!
Setiap pagi, matahari menyinari teritip-teritip kaca yang melekat pada tubuh. Lalu cahaya yang pada asalnya suci itu terbias, terserak, terpantul menjadi warna-warna yang bukan putih lagi. Satu pelacuran terhadap ketulusan yang diberi. Memang kota gampang!
Cahaya warna-warni terpalit pada dinding kelab-kelab ekslusif. Kelab-kelab yang kelam kerana tiada cahaya putih lagi. Neon-neon nafsu kuning, biru dan merah menjadi halwa mata-mata kuyu dan tubuh tak berimbang. Terkinja-kinja memagut nafas. Terlompat-lompat menjolok lampu- lampu kaca yang gemerlapan. Ulat-ulat menggerogoti leher, perut dan apa-apa yang terbuai- buai diantaranya. Juga kaki kanan, kaki kiri dan apa-apa yang terbuai-buai diantaranya. Mereka tak nampak kerana mereka buta. Dibutakan oleh biasan, serakan dan pantulan cahaya warna-warni kota gampang itu.
Manusia akhir zaman. Buatlah sesuka kamu.
Kerana kamu tak perlu berebut untuk menjadi diantara 70,000 itu. Tahniah kerana secara statistiknya, kamu semua meninggikan lagi kebarangkalian aku. Terima kasih banyak-banyak.

Friday, May 6, 2011
Kalau dilihat dari sudut yang lain, baru nampak.....
.
Kadang-kadang aku tak terasa apa-apa bila buat sesuatu benda kerana dah biasa. Namun, ia mungkin kurang biasa kepada orang lain.
Ada seorang mat salleh pernah beritahu aku, benda yang biasa dibuat akan menjadi budaya, akan menjadi yang bagus. Bila dah jadi budaya, perbuatan yang diluar budaya akan menjadi sesuatu yang bertentangan. Hanya apabila ada seseorang yang tak amalkan budaya itu akan berkata budaya itu bukan bagus.
Menjadi lumrah orang macam aku yang di'tua'kan dengan sifat-sifat teknikal dan kejuruteraan, sesuatu itu akan aku lihat dari sudut praktikaliti. Pernah seorang sahabat yang di'tua'kan dengan kejuruteraan memberi pendapatnya bahawa jurutera adalah untuk menyelesaikan masalah. Walaupun aku kurang bersetuju sangat tapi dasarnya aku boleh terima.
Jadi, aku selalu melihat sesuatu itu dari segi masalahnya kerana dari situ aku akan menyelesaikannya. Memang murni hasrat itu sebab pada dasarnya ia dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah.
Tapi...
Tanpa disedari, kelakuan aku yang begitu menimbulkan satu perkara yang lain.
Apabila pulang ke rumah, anak dan mama akan bercerita itu ini. Mengadu itu ini. Aku akan cuba mencari penyelesaiannya. Tak apa, itu norma. Itu bagus kerana menolong.
Tapi...
Aku juga selalu mencari masalah mereka. Tanpa aku sedari, aku sering melihat mereka dari sudut masalah. Dari sudut .." ... kena ubah itu... kena ubah ini... itu tak betul... ini tak betul.... kenapa buat begitu.... "
Kerana terlalu taksub dengan penyelesaian masalah, aku sering terlupa untuk melihat mereka dari sudut yang lain. dari sudut penghargaan, misalnya. Jarang menghargai apa yang telah mereka lakukan.
Kerana sifat teknikal itu telah menjadi norma. Telah menjadi budaya yang bila dilakukan ianya menjadi... " ... ahh.. tak apalah....."
Kena ubah kalau begini. Aku kena lihat kehidupan itu dari satu sudut yang lain pula. dari sudut kesyukuran, misalnya...

Wednesday, May 4, 2011
Coach... beg tangan untuk mama
.
Dah lama tak ke Sunway Pyramid. Walaupun rumah aku ni sepelaung Lotong di puncak Tualang, aku jarang-jarang ke situ. Bagi aku kalau tak ada tujuan baik tak payah nak bersesak-sesak ke sana. Setakat nak beli itu ini, pasaraya dekat-dekat sini pun ada.
Tapi hari pekerja bercuti nan lalu, aku pergi jua ke situ. Tanpa tujuan pada asalnya. Aku dah sampai ke seks 20 S. Alam, aku boleh patah balik dan tuju ke KESAS dan naik semula di Subang Jaya. Itu sungguh bukan aku, okey. Dan aku cari tujuan aku ke sana semasa aku memandu ke arah situ. Itu lagi bukan aku, okey. Jadi siapakah aku ini?
Dan apabila sampai di sana, tempat pertama yang aku tuju ialah ... butik Coach..!
Aku pulak yang tarik tangan mama untuk masuk ke butik itu. Mama naik pelik, betulkah aku ini 'AKU'. Aku belek-belek. Mama pun belek-belek juga. Saja nak tengok-tengok harga. Apa yang gahnya dengan Coach ni pun aku tak taulah sangat. Orang lelaki manalah tahu menilai benda-benda macam itu.
Salesgirl pun mendekati kami, dia tunjuk itu ini. Mama pun cuba-cuba yang itu dan yang ini. Mama kelek-kelek, mama sandang-sandang. Kejap-kejap mama tanya, " Cantik tak..? Cantik tak..? " ..... cantikkk... balas aku.
Ariff dan aku duduk-duduk di sofa mewah yang disediakan. Seorang salesgirl yang lain mendekati aku.
" Sorry, aircond di sini memang ada masalah sikit. Dekat pintu utama. Angin panas dari luar masuk ke sini. Itu sebab panas sikit..." katanya.
Dia kata begitu bila dia lihat peluh di dahi dan pipi aku mula meleleh.
" sebenarnya aku tak pasti... aku berpeluh sebab panas atau sebab tengok harga ..." jawab aku sejujur-jujurnya.

Tuesday, May 3, 2011
Pengubat hati yang lara....
.
Dah aku katakan sebelum ini, panas hati aku kerana kempunankan Nasi Ambeng adalah sepanas aspal yang aku bakar dengan Continental aku.
Aku patah balik ke arah Selatan. Tak jauh dari Kota Malawati itu, sebelum simpang ke Rawang, aku terserempak dengan Mee Udang Banjir...! Terubat jugalah hati aku yang panas membakar. Sejuk. Redup kelopak hati aku.
Aku teringatkan Mee Udang Banjir yang femes di utara, tak jauh dari Taiping. Dulu, masa aku berehat-rehat di Taiping, ada kawan yang syorkan aku pekena Mee Udang Banjir versi utara.
Jadi, aku pesan yang ini:
Perghh..! Dia punya udang XXL lagi. Tapi, apa pasal dia tak buang kepala udang tu siap-siap. Payah aku nak makan, kejap pakai garfu kejap pakai tangan nak buang kepala udang.
Dan aku harap saiz udang yang towkeh kedai ni bagi tak ada kaitan dengan saiz badan orang yang nak makan. Prejudis tau....
Dia tulis kat 'banner' ada cawangan di seks. 7 Shah Alam. Nanti boleh cuba pula masakan di cawangan dia pula seks 7 tu.

Monday, May 2, 2011
Jalan-jalan tanpa tujuan... tempat yang dituju pun macam tak sudi...
.
...maka ddengan Continental 4 kerat itu, aku pun bakarlah aspal hitam dan kelabu yang berlobang-lobang, bertokek-tokek dengan istilah kemajuan. Disudukan, digarfukan dengan enjin-enjin pembangunan. Masih belum sempurna jalan Puncak Alam - Kuala Selangor. Bila nak siap ni?
Asalnya tak ada tujuan tapi selepas pekena Nasi Ayam Pak Mal S.Alam, aku ingat nak selusuri laluan kenangan lama aku dan si dia. Aku ke Kuala Selangor. Taman Alam. Aku teringat dulu aku pernah bertongkat berteduh di bawah satu pokok besar dengan si dia kerana hujan panas tengah hari itu.
Kemudian, aku teringatkan Nasi Ambeng yang diceritakan JJCM. Aku terbayangkan kesedapan serunding kelapanya, sambal gorengnya. Meleleh air liur aku sepanjang jalan menuju ke sini:
Perghh.... perut aku bakal diisi dengan Nasi Ambeng. Korang semua jangan jeles. Aku makan memang sengaja tak nak ajak. Takut nanti tak cukup meja, ramai sangat. Sotonya yang menggiurkan nafsu... perrrghhh.
Sesampai sahaja di situ, aku suka sebab strategi tak ajak korang semua menjadi. Banyak meja masih kosong. Ada 2 orang mak budak sedang berkemas-kemas meja, sedang sapu-sapu lantai.
Wow! Langkah tepat. Baru nak buka. On time. Tak perlu berebut-rebut sebab meja-meja semuanya kosong. Hah ! semua meja kosong..????
"... maaf bang, semuanya dah habis. Dah tutup ni..."
Soto?
"... pun dah habis bang. Kami ni berkemas-kemas nak balik..."
Tak apa, aku ada satu 'port' lagi...

Sunday, May 1, 2011
Monolog di pagi Hari Pekerja 2011... selamat pagi Pak Anwar Ib., tak kerja?
.
Kepala terfikir nak jalan-jalan tapi arahnya masih kabur. Langit pun kabur. Matahari pun kabur.
Bila semua tu kabur, mata pun naikkabur juga. Lain layunya. Bunyi lori sampah yang lalu depan rumah pun macam lagu dodoi yang paling indah. Bau lori sampah itu pun semerbak harum seperti jasmin, seperti lavender yang tertumpah dari botol pencuci lantai. Sungguh 'soothing'. Sungguh tenteram. Sungguh melayukan... melayuuuukannnn.... zzzz......zzz...
AHHhhhhhhh....!!!!!!
Aku kena kuatkan semangat!
Cuti-cuti beginilah aku perlu kerjakan aspal jalan yang hitam dan kelabu. Aspal yang kadang-kadang kaya tapi banyak yang rugi : lopang sana, lopak sini, berlubang sana dan sini.
Aspal gebu menjadi idaman Continental aku. Baginya, aspal gebu itu amat menggiurkan. Dia nak lenyek-lenyek. Dia nak tenyeh-tenyeh biar lunyai. Tapi, selalunya dialah yang lunyai dulu. Aspal gebu tu biasa-biasa saja. Cik Aspal dah biasa kena lenyek, kena tenyeh berjuta-juta kali: ada yang gemuk, ada yang kenit, ada yang keras macam besi, ada juga yang lembut macam sotong.
Kadang-kadang tu, Cik Aspal terpalit dengan macam -macam cairan. Ada berupa otak orang kepala pecah, darah bersembur-sembur melekit-lekit, usus-usus yang berupa tiub panjang penuh lendiran. Eeeeyyuoooo....! Tapi, kadang-kadang Cik Aspal suka tengok semua itu. Hiburan baginya bila melihat gelagat semua yang bercatuk didada gebunya: mat rempit, atoyot, nassin, taif... Atoyot...! Atoyot..!!! Hahaha.... Cik Aspal gelihati bila teringatkan Atoyot.
Atoyot - salah satu penghuni dasar yang sekali-sekali menjengah dunia luar, keluar dari karang yang tajam. Tsunami yang bawanya ke Malaya satu masa dulu. Ketika dia terkepit antara kapal selam dan helikopter. Tapi, Cik Aspal tak kisah. Tak perlu C4. CIk Aspal 'cool'... dia dah biasa dilendirkan.
Ok lah, aku rasa kalau ditunggu matahari, entah malam karang baru muncul matahari tu. Lagi pun, kelam-kelam beginilah seronok menonyoh aspal, aku nak menjalar di atasnya tanpa rasa silau dan panas....
Selamat Hari Pekerja 2011. Semua kita adalah pekerja harapan bangsa. Tak kira apa pun peranan kita, kita adalah pekerja yang rajin dan makmur.

Subscribe to:
Posts (Atom)