Thursday, July 7, 2011

Kari kepala Baracuda...!!!

.

Semasa di Lumut hari itu, petang itu aku sekeluarga makan malam di sebuah restoran nasi kandar di belakang KFC di pekan Lumut.


Biasanya kalau aku makan di situ, aku akan cari kari telur sotong. Pada kali ini, telur sotong tak ada. Aku tanya towkeh kedai, dia jawab telur sotong dah payah nak dapat. Banyak telur sotong dijual ke luar negara. Hilanglah salah satu khazanah negara...


Towkeh itu menawarkan kari kepala ikan Baracuda. Aku tengok gigi ikan itu menyeringai... menunjukan ikan itu mati dalam keadaan tersiksa, atau mungkin juga matinya tak ikhlas. Apa-apa pun, keadaannya amat menyayatkan hati... ish!.


Tapi aku terima juga tawarannya sebab satu kepala ikan itu harganya cuma RM20.... besar pula tu!







Nama tempatan bagi ikan Baracuda ni ialah Alu-Alu. Setiap suapan aku terbayangkan macam-macam. Aku bayangkan macam mana dia menyambar ikan sardin putus dua jadinya. Ia juga menjadi mimpi ngeri kepada pemancing yang mencari ikan kerapu atau siakap.... ikan ini pasti akan menyambar hingga putus tali perambut.


Nah! Sekarang, aku yang makan... tapi tak berapa sedaplah. Sebabnya, ikan tu dah dipanaskan entah berapa kali hari itu sebelum aku beli dan makan....












.

7 comments:

kucingorengemok said...

kalau mati tak terseksa gigi dia macam mana? kah kah

tasekM said...

kalau mati ikhlas plak gigi dia macam mana?

(sambung soalan meow)



.

NM02 said...

kalu dah namanya kari... mesti sedap

secangkir madu merah said...

dengar nama ikan tu pun aku dah rasa geli geleman...

Nizam.Ariff said...

KOG,
tersenyum kut... hahahaa


TM,
tersenyum gak kut... hahaha

ASH said...

Ikan nak mati pun kena IKHLAS ke?

Nizam.Ariff said...

NM02,
...karinya memang sedap tapi ikan tu kurang sedaplah... mungkin sebab dimasak paginya sedangkan aku makan senja...


SMM,
akak bayangkan giginya yang tajam, berceragah dan menyeringai ganas... hahaha




Ashley,
aku rasa macam bersalah kalau makan ikan yang tak ikhlas nak sedekahkan dagingnya... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com