Wednesday, April 17, 2013

Tampar Nyamuk, Pukul Lalat

.

Keseorangan. Dia. Tanpa Qasidah.

Menjelma dari balik cermin. Muncul dari gelap. Berpandukan cahaya neon dari tiang setinggi 20 kaki.
Dia itu. Duduk berlunjur di depan sebuah bank. Menampar nyamuk dengan pemukul lalat.
Pap! Pap! Pap!

Dia itu. Di sebelahnya, ada bersusun kuih-kuih kering untuk ditukarkan dengan sekeping dua wang.
Dia itu. Dia tidak meminta wang. Dia itu. Dia hanya mahu menjual kuih-kuihnya.

Kalau encik beri not RM10 untuk kuih RM4, baki wang itu adalah untuk baki usianya.
Itu kalaulah encik sudi.
Kalau encik tak sudi, upah sedikit yang memang sedikit itulah baki hidupnya yang sedikit.
Bergantunglah pada niat encik.

Lagu-lagu Qasidah berkumandang dari corong radio.
Manakala menara biru gah dengan cahaya.







.

11 comments:

Umm AA said...

aku suka org yg mencari rezki halal camni..rajin usaha n tidak memintak mintak...

sudipVSsenduk said...

mesti singgah kalau jumpa di mana-mana :)

PutriPurnama said...

hemm..berapa ramailah orang yg banyak duit singgah membeli disini.
yg duit sikit, tentu tak membeli, ideanya lebih baik buat sendiri..jimat.

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

saya selalu juga beli kat mak cik tua kat jalan tar..keropok n kuih2 nyer semua sedap...

Dr K said...

Perasaan aku selalu berbelah bahagi bila jumpa peniaga sebegini...terbayang, di mana anak anak nya?

Unknown said...

Oloh..sedihnya aku dengar..tapi kadang kala aku sangsi jugak orang2 macam ni..

Kniedaz said...

Kadang tak sanggup melihat..kasihan..di usia sebegitu masih lagi berada di kaki lima...tapi kalau ada duit lebih, insya Allah selalu beli

Unknown said...

kadang2 aku kesian tengok mak cik pak cik macam ni...
patutnya dalam usia macam tu anak2 la
yg sara mereka...
tp nasib dan ujian bagi seseorang tu berbeza..

Nizam.Ariff said...

Ummuaidan,
...dan terfikir berapa yang dia bawa pulang...


Sudip,
Aku tengok la dulu. kalau ada bajet, aku beli la...


puteri purnama,
tapi kadang2 kita lebih kepada sedekah daripada mahukan kuihnya,,


Lizz,
Aku tak nafikan... ada satu makcik tu punya bahulu aku suka... tak manis dan tak terlalu padat..


Noly,
Hi Noly,
Thanks for visiting us ...


Daddy Ziyyad,
Aku selalu bersangka yang anak-anaknya pun tak jauh beza nasibnya ...


Lola momon,
sangsi tu kadang2 berasas juga.. siapa yang supply barang? siapa yang bawa mereka kemari?


Kniedaz,
elok tu kita niat bersedekah..



cik kaki ketawe,
mungkin anak-anaknya pun tak jauh beza nasibnya... kita tak tahu...



sepa said...

suka sketsa nih. kretip ko. :)

Nizam.Ariff said...

sepa,
thanks....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com