Tuesday, March 31, 2009
Alam Jagad yang penuh misteri, buat masa ini... Oh, masa adalah relatif.
Dia bercerita sedikit tentang String Theory. Tak banyak, cuma sisipan antara rancangan. Jadi, aku teringat beberapa perkara.
Aku tak pandai. Aku cuma ada pendapat. Aku ada juga 'simpan' 2-3 buku pasal benda-benda ni. Ada teori nak ceritakan bagaimana matahari mengitari bumi. Kemudian, teori yang mengatakan bumi mengitari matahari. Terjumpanya graviti dek sebiji epal (aku baru lepas menikmati sebiji epal merah, dan sebatang rokok tadi ). Itu zaman abad 17, 18, 19.
Kemudian, cerita tentang Teori Relativiti. Lepas tu teori Relativiti Am. Lepas tu ada cerita pasal Grand Unified Theory. Lepas tu macam-macam lagi. Lepas tu ada cerita pasal String Theory. Tak habis lagi, ada cerita pasal Super String Theory pulak. Itu semua dalam abad 20.
Semua tu tujuan asalnya cuma satu: To describe the architecture of the Universe.
Aku kagum dengan usaha mereka sampai peringkat doctorate nak kaji pasal alam jagad ni. Kadangkala pening kepala aku nak bayangkan maksud teori-teori mereka. Yang aku faham, ada 4 forces dalam mayapada/jagadmaya ini. Gravity, Electromagnetism, Weak Nuclear Forces dan Strong Nuclear Forces.
Dia orang pusing sana-sini sampai aku naik pening. Aku ada seorang kawan di tempat kerja yang sedikit obses tentang ini. Dia sambung buat Masters dalam cabang bidang Theoritical Physic di UM. Dah habis pun. Kalau jumpa dia, memang kami bercerita pasal ni.
Aku pernah tanya dia, kat Meysia ni ada ke Doktor yang boleh ambil dia jadi student, ada ke supervisor yang boleh pandu dia? Al maklum la, kat sini bukan tempat asal teori-teori tu.
Dia kata ada, tapi tak banyak. Tapi ada! Malah, professor kat UM tu janggut dia dah dekat sejengkal. Alim. Antara kertas kerja dia ialah meneruskan calculation salah satu idea Einstein yang tak habis. Suka hati dialah...
The most interesting theory to me is the String Theory. Kaitan antara space-time dan kesan graviti kepada fabrik ruang-masa. Aku tertarik bagaimana graviti boleh lentur ruang-masa. Aku bukan kagum. Aku cuma tertarik kerana usaha mereka semua hanya untuk terangkan bagaimana alam jagad ini terbentuk.
Kenapa susah sangat? Tunggu le kiamat, nanti dah masuk alam akhirat, tanya le sendiri kat Tuhan. Oooo... orang kafir tak dapat nikmat berjumpa Tuhan, jadi bila masa dia orang nak tanya? Tu kut sebabnya dia orang cari sekarang ni sebab kat sana nanti sibuk dengan siksaan....
nauzubillah...
.
Monday, March 30, 2009
Bila tangan dan kakiku mula bercelaru...
Seminggu dua ni, aku perasan satu benda kat badan aku.
Dulu, masa aku sekolah-sekolah dulu, aku gemar berjalan ikut garisan. Maksud aku, bila berjalan, aku akan ikut garisan kat jalan raya atau apa-apa yang terhasil dari satu garis. Aku akan susun kedua-dua belah tapak kaki atas garisan itu. Ala-ala 'catwalk' gitu. Kepit habis...!
Jadi, bila dah remaja-dewasa macam ni, bila aku berjalan, kaki aku tak lah terlalu bersepah sana-sini. Bukan tak bersepah, cuma kurang bersepah.
Tapi.... Aku perasan sesuatu pada tangan-tangan aku ketika ia berayun, ketika aku berjalan. Tangan sebelah kanan aku kurang berayun daripada sebelah kiri!
Pada sesetengah orang benda-benda ni cuma remeh-temeh, tetapi bukan aku. Kalau secara fizikalnya, tangan akan berayun bila kita berjalan. Ia untuk mengimbangi kaki-kaki yang melangkah. Kalau secara fiziknya pula, hayunan tangan kanan adalah untuk mengimbangi momen yang terhasil dari hayunan kaki kiri dan begitu juga sebaliknya. Kalau tidak, batang tubuh kita akan terhuyung-hayang semasa berjalan.
Dan, kalau semuanya seimbang, badan kurang huyung-hayangnya dan hayunan tangan kanan akan sama tempo dan sesarannya dengan tangan kiri. Jadi, kalau tangan kanan aku kurang berayun daripada tangan kiri, maknanya ada sesuatu yang ganggu keseimbangan tu!
Adakah kaki-kaki aku dah tak sama panjang? Adakah aku dah tempang?
Atau tangan aku panjang sebelah? Tangan aku berat sebelah?
Semuanya mempengaruhi sesaran hayunan.
Adakah tulang belakang aku dah tak tegak? Otot pinggang dah cedera?
Segala-galanya mungkin.
Dan kamu semua patut perhatikan tanda-tanda ini.
Hmm...
Ooo... patut la.....
.
Kita hidup di rimba ini, perlu tabah dan berani...
Kata Asip
Alir sejuk alur dingin, kabus selimutnya
Malam dan siang cuma warna selapis beza
Pada lantai hutan, daunan reput dan ular sawa
Kata Asip, inilah nyawanya.
Layangan helang di atas sana, mencuri pandang
Di celah rimbunan hijau tua dan enau
Dendang reriang gamit resah dan harapan
Anak bininya perlu makan.
Jauh di dalam sana, hitam lantainya
Bertarung dengan penghuni rimba, berlumba
Antara aku dan mereka siapa ketua, katanya
Kalau tak makan aku, aku makan mereka.
Asip anak rimba, begitu juga nenek moyangnya
Pada Cengal ada sejarah keluarganya
Pada Meranti tempat berduka
Pada Leban tempat bergembira
Kata Asip, ini rumahnya, dunianya
Biar pun aku lawan dengan semua
Namun bermusuh tiada, semuanya serupa
Cuma yang menang akan terus bernyawa.
Nizam.Ariff
[4/3/2002]
.
Saturday, March 28, 2009
Berikan saya saf yang padu...
kotemporari besi dan batu
hasil tukang si pandai besi dan pandai batu.
Hutan-hutan hujan berdaun cermin-kaca silau,
di tepian sungai yang tohor dan kotor,
tempat sang kodok cemplungkan diri dan mandi,
itu layaknya.
Renyai dengan gelak ketawa,
lumpur hanyut bawa dosa
dan hanyir dari hulunya,
semerbak bau busuk menyelinap
di celah-celah ukir kayu dan besi,
masuk ke dalam bangunan tersohor itu.
Tempat si puteh dan si merah bertemu.
Tempat si pendek dan si gemuk bertemu.
Tempat si pelalut dunia kolot mencabut keris
dan berdegar-degar menyatakan Melayu ini dan Melayu itu...
"Berikan saya saf yang padu....!"
Tak jauh dari situ, busuknya sama,
adunannya tentu serupa.
Hanyir bau arak dan biji-biji khayal,
dusta dunia melayani habuannya.
".. yeah ... gimme your 'solid shaft' bro... "
Uweekkk!
Kedua-duanya sama. Busuk dan hanyir.
Yang keluar dari atas dan dari bawah.
Si bodoh tercongok,
di atas batang-batang buruk,
hodoh dan busuk....
.
Lepak-lepak sambil menyedut angin segar
Dia dah nak masuk 3 bulan.
Dia suka lepak kat situ.
Dan dari situlah dia tergelincir lalu jatuh.
Kesian....
Tapi, dia ok.
.
Friday, March 27, 2009
Tazkirah Jumaat: Islam separuh?
Aku kenal dia sebab urusan kerja dan itu bermula 4 tahun lalu. Umur dia dalam lingkungan 40an, aku teka. Aku tak tahu umur sebenarnya. Orangnya sedikit peramah dan beradab, walau pakaiannya macam anak Cina kebun sayur. Terlalu simple untuk orang yang sekaya dia.
Sekarang ni, dia towkey besar. Tanah komersial pun banyak jugak la. Tapi, dulu dia ni orang yang sangat susah. Belajar sampai darjah 3 je. Lepas tu, terus bekerja sebab keluarganya berpecah-belah. Dia dibela oleh seorang makcik Malayu sampai besar. Selama membesar itu, dia bekerja bermacam-macam sehinggalah berjaya seperti sekarang. Dia juga selalu mendengar nasihat dari 'Pak Aji' , orang Melayu, tentang bab-bab nak jadi kaya-raya ni. Pak Aji tu bagi tau macam mana nak kaya dengan jual-beli tanah.
Sekarang ni, dia dah kaya. Aku tak tahu berapa duit dia tapi dia pernah bagi tau yang orang hutang dia sampai juta-juta. Jadi, aku rasa dia mesti dah taraf Jutawan. Tapi, dia menghormati orang Melayu. Mungkin dek terhutang budi. Tapi, dia bukannya orang yang baik-baik sangat. Ye la, orang tercicir dalam pelajaran. Segala jenis gengsterisme dan kelab-kelab malam dah jadi rutinnya, katanya. Sesuai dengan jiwa Cina pekan yang tegar begitu. Tapi, itu dulu, katanya. Dia masuk kelab malam seawal usia 13 tahun. Itu pun dulu, katanya.
Tapi, satu perkara yang dia tetap amalkan sampai sekarang ialah berkunjung ke rumah makcik yang bela dia. Dia juga akan pastikan makan-minum makcik tu terjaga. Setiap kali dia berkunjung, dia akan bawa barang-barang dapur dan satu tin roti (biskut), sedangkan anak-anak makcik tu jarang-jarang jenguk maknya sendiri, itu katanya. Bukan aku yang kata.
Sekarang ni, aku kadang-kadang serba salah bila jumpa dia. Perkataan 'Assalamualaikum', 'InsyaAllah' dan 'Waalaikum salam' tu dah biasa dia sebut. Oleh kerana aku ingat bahawa Tuhan mengakui semua manusia adalah hambanya, cuma kebanyakkan manusia yang tak mengakui bahawa Allah itu Tuhan mereka; maka aku biarkan dia sebut. Ye la, dia pun hamba Tuhan juga, cuma dia yang tak mengaku hamba Tuhan.
Aku selalu juga sakat dia, bila mau masuk Islam? Dia kata nanti dia nak sunat dulu. Itu dulu.
Baru-baru ni, ada kawan tanya dia, dia dah masuk Islam? Sebabnya perkataan-perkataan itu selalu sangat disebutnya, hatta bila berjumpa 'big boss' aku. Dia kata, dia baru Islam separuh!
Dia cakap, dari pusat ke bawah dah ikut Islam. Tapi, dari pusat ke atas masih lagi Buddha. kawan aku tak faham.
"Itu pusat bawah ikut Islam sebab boleh 'kawen' ampat. Tapi, itu pusat atas ikut Buddha sebab boleh 'minum-minum' maaa..."
Haprak! Tapi tak boleh nak marah dia. Kita memang tak mampu nak hembuskan hidayah. Itu bukan kuasa kita.
Tapi, bila pikir balik kata-kata dia, aku rasa ramai juga orang Melayu kita yang macam tu....
.
Thursday, March 26, 2009
Cerita Tentang Kambing
Dia sekarang mengusahakan ternakan kambing Boer. Aku sempat interbiu dia serba sedikit dan ini adalah cerita tentang dia. Mudah-mudahan ada pengajaran yang kita perolehi.
Dia ni pernah kerja kilang di Kelang. Kemudian, dia berpindah ke Melaka. Dia kerja di Melaka selama 15 tahun. Dia juga menjalankan perniagaan MLM dan 2 tahun lepas, dia berhenti kerja kilang. Kemudian, dia balik kampung dan mengusahakan tanah beberapa ekar peninggalan bapak dia dengan ternakan kambing. Itu latar belakang kerjayanya.
Tahun lepas, aku dapat tahu dari abang aku yang tinggal kat kampung tu, yang projek ternakannya itu menghadapi masalah. Kambingnya banyak yang mati. Abang aku kata ternak kambing ni leceh. Manja sangat. Itu komen negatif abang aku.
Semasa 'lagan' kenduri kawen anak sedara aku hujung minggu lalu, aku sempat 'berdayung' sudip sekawah dengan dia. Ini ceritanya:
Selepas dia berhenti kerja dan ambil keputusan menetap di kampung, dia memulakan ternakan kambing jenis Boer sebanyak 40 ekor anak kambing, kosnya RM500 sekor. Itu tak termasuk kambing jantan. Modal untuk kandang pula cecah belas-belas ribu. Keseluruhannya, modal permulaan sebanyak RM46,000.
Aku tanya dia, kenapa tak minta bantuan dari kerajaan? Dia kata, dia dah pergi ke pejabat yang berkenaan tapi kecewa sebab pegawai tu minta 50:50. Maksudnya, kalau anak kambing tu 20 ekor, 10 ekor pegawai tu punya. Kalau pegawai tu kata sekor RM500, dia kena bayar kat pegawai tu RM5,000, baru dapat semua 20 ekor. Dia tak nak. Dia bukan jenis orang macam tu. Tu sebab dia guna modal sendiri. Dia kata, bukan senang nak minta tolong dari kerajaan, cakap je lebih. (Moral cerita: Rasuah masih berleluasa).
Bercerita tentang kambing yang mati, memang dia ada masalah pada awalnya. Kambing dia mati dan dia tak tahu puncanya. Dia pun pergi kursus dan dia tahu musuh utama kambing ialah cacing dan ada 15 jenis cacing yang merbahaya. Dia pun beli ubat cacing. Sebotol RM200 dan hanya untuk 20 suntikan, maknanya untuk 20 ekor je.
Aku tanya lagi, kenapa tak minta bantuan pejabat haiwan. Dia kata dia dah minta bantuan. Tapi, bila cucuk, esoknya terus mati. Cucuk je, esoknya mati. Dia pun naik pelik, ubat jenis apa yang dia orang cucuk kat kambing dia tu. Kesimpulan yang dia buat ialah, pegawai haiwan tu sebenarnya bukan tahu jenis cacing apa yang ada kat kambing dia. Dia aci cucuk je, janji kerja selesai. Jadi, dia beli sendiri ubat tu dari penternak swasta. (Moral cerita: selesaikan masalah sendiri, lebih baik).
Dia pun pergi kursus di MajuTernak, dia jumpa Dr. Adam. Doktor tu lah yang nasihat dia, lain kali tak payah panggil pegawai haiwan, dia orang main cucuk je sebab dia orang bukan khusus ternak kambing. Dari doktor inilah dia belajar tentang cacing. Yang penting, teknik pencegahan dan bukan teknik rawatan. Dia tahu tempoh eraman telur dan tempoh hidup cacing tu. Dari situ, dia rancang jadual pemakanan kambing. (Moral cerita: Ilmu itu penting dalam semua bidang, kalau nak berjaya).
Sekarang ini, dia ada dekat 80 ekor kambing. Aku tanya, dia dah mula jual? Dia kata belum lagi. Dia target 200 ekor. Anak kepada 200 ekor tu barulah dia jual. Itu lagi 1-2 tahun lagi.
Aku hairan, kenapa tak jual sikit untuk tampung belanja. Katanya, dia perlukan 200 ekor kambing setahun untuk jamin bekalan berterusan. Itu penting untuk 'supply chain'. Dan dia tak jual kambing dia sekarang sebab target 200 ekor tu la 'modal pusingan'. Kalau jual sekarang, dia mungkin tak dapat target pendapatan jualan setiap bulan. (Moral cerita: bersabar dan jangan 'termakan' modal, kalau berniaga).
Itulah cerita dari kawan aku, si pengembala kambing Boer.
Aku selalu tanya mereka-mereka yang nak bekerja sendiri termasuklah kepada abang aku. Kebanyakkannya bersikap negatif. Nak berjaya dan kaya tapi bila nampak masalah, terus tak jadi.
- Ternak ikan: Ancaman air tercemar, memerang dan burung.
- Ternak ayam kampung: Ancaman penyakit, makanan mahal
- Berniaga: Lokasi, lesen dan modal tinggi.
- Ladang: Baja, racun mahal, cuaca tak tentu.
Setahu aku, semua masalah termasuklah modal yang tinggi adalah 'Entry Cost'. Lagi tinggi kos tu, lagi terjamin la bidang tu sebab bukan semua orang boleh masuk daun.
Cuma, perlu atasi semua rintangan. Bila dah atasi, kita akan berjaya sebab bukan semua cekal untuk berjaya. Ambil iktibar dari kawan aku si pengembala kambing tu. Aku pernah suruh abang aku ikut sama jejak dia dan aku sanggup bagi modal, tapi dia kata ternak kambing ni remeh, banyak penyakit. Silap-silap, gigi kambing pun kena berus hari-hari.
Memang benar, kawan aku tu jumpa banyak masalah. Tapi, dia belajar dan tabah hadapi masalah satu-satu. Sekarang dia boleh dikatakan berjaya. Dan bagaimana kedudukkannya sebagai penternak kambing? Sudah tentu dia tak mahu tergugat. Dan kalau ada orang lain nak ternak juga, dia pasti kata yang ternak kambing ni susah dan kambing ada banyak penyakit. Maka, lunturlah semangat. Itulah 'entry cost' yang perlu dia bayar untuk berjaya dan tidak tergugat oleh pendatang baru.
Ye lah, kalau senang, semua orang nak. Nak pinang pompuan pun bukan senang, banyak syarat dari mak-bapak dia. Kalau senang dapat, dah lama pompuan tu disambar orang ...
.
Wednesday, March 25, 2009
Aku ditelanjangi oleh si minah cute ni....
Ok. la. Maih kita layan jawapan sensasi aku ni...
Here's a chance to see how well you know about your husband/wife/girlfriend/boyfriend/ lover/scandalous. The real challenge is to show the answers to him/her.
1.She's sitting in front of the tv, what is on the screen?
6.30pm, SpaQ.
2.You're out to eat, what kind of dressing she gets on his salad?
Kami jarang makan salad. Kalau nasik lemak, sambal bilis jadi dressing timun.
3.What's one food she doesnt like?
Err... aku tengok dia tibai segalanya....
4.You go out to eat and drink. What does she order?
Same as mine...
5.Where did she go to highschool?
Highschool.... U S.A, Konfem, aku ngorat dia kat situ...
6.What size of her shoes?
Saiz 6. Konfem! Sebab aku yang bayar...
7.If she was to collect anything, what would it be?
Majalah wanita...
8.What is her favourite type of sandwich?
Sandwich telur... dia suka telur.... hahaha
9.What would she eat everyday if she could?
Assam pedas kut...
10.What is her favourite cereal?
Anak aku je makan cereal sebab tak sempat nak buat sarapan
11.What would she never wear?
Parachute... dia gayat.
12.What is her favourite sports team?
Tak minat sukan.
13.Who did she vote for?
Tak tau. PRU12, dia tak balik sebab duit rasuah minyak + tol dah habis (ketua cawangan kasik kat puak-puak dia je), Aku tak nak balik sebab sape nak bayar minyak kereta + tol aku? Kalau dia orang menang, dia orang bukan nak tolong aku pun! Dia orang yang kaya...bukan aku. So, tak payah balik. Tak payah undi. Lantak...
14.Who is her bestfriend?
Jagad. Anak kucing. Kalau balik je, dia terus timang kucing tu. Kalau aku balik, tak nak pulak dia timang aku....
15.What is something you do that she wishes you wouldnt do?
Rempit....! kut.
16.What is she heritage?
Melayu Melaka jati, keturunan Tun Teja.... aku rasa la...
17.What is her favourite colour?
Kuning...
18.What is her habit?
Termenung...
19.What is she proud of?
Aku.....kut... hahaha
20.Lastly, do you think she will read this?
Mungkin. Tunggu le bila aku balik... kalau dia merajuk maknanya dia dah baca le....
Sekian.
.
Monday, March 23, 2009
Gulai Tempoyak Ikan Jelawat Sungai
Tetapi, kekecewaan aku untuk merasai nekmat rojak itu ada sedikit terubat bila kakak ipar aku sediakan juadah istimewa: Ikan Jelawat masak tempoyak!
Ikan Jelawat tu bukan sebarang ikan. Bukan ikan yang dibeli di pasar. Ikan itu dijala sendiri oleh abang sulung aku di sungai Batang Padang. Bak kata orang, lazatnya hingga menjilat ke siku kalau kuah meleleh.
Bukan setakat kuah saja meleleh, hingus dan air mata juga tangkap leleh dibuatnya. Terutamanya, dia juga sediakan jeruk Maman hutan yang dia buat sendiri. Dan Maman tu diambil dari kebunnya sendiri. Dan dimakan dengan cili padi. Ya, cili padi yang membuatkan air mata meleleh, sebenarnya.
Pada hari kedua, hari berlangsungnya sessi tunjuk menantu anak saudara aku. Juadahnya rengkas. Memang kakak aku nak buat cara kampung, sedangkan dia tinggal di Rawang dan anaknya itu kerja di Selayang. Menu utama: Umbut kelapa masak lemak, Buah Labu masak lemak, Ayam goreng pedas, Kerabu daun silum, telur masin dan Ikan pindang stail Perak (ada yang buat lawak nak kukus ikan masak pindang guna Daun Ketum!).
Umbut kelapa di dermakan oleh abang aku yang duduk kat kampung tu (dia sebenarnya bekas jurutera kilang). Buah Labu di dermakan oleh abang sulung aku yang berkebun (dia sebenarnya seorang guru yang dah nak pencen).
Yang lain-lainnya, didermakan oleh orang kampung. Cuma ayam dan ikan sahaja dibeli di pasar. Dan mungkin juga beberapa rencah-rencah untuk menumis dan bawang.
Memang selera kampung!
Seperti biasa, kalau kenduri kawen kat kampung kalau tak ada pencak silat, memang tak sah. Dan aku rasa bangga bila yang bersilat adalah budak-budak muda. Mereka telah menyambung tradisi silat pulut ni....
Dua orang pahlawan beradu kuat
Dan yang kecundang minta dilepaskan
Yang berjaya akan bersalaman dengan sang Raja
Aku? Aku cuma tukang tengok dan tukang makan. Wartawan memang tak boleh masuk campur dalam hal-hal macam ni.
.
Sunday, March 22, 2009
Jalan2: Sementara aku bercuti, aku tinggalkan sesuatu di sini...
Sementara itu, aku titipkan gurindam ini...
(Anak kucing aku namanya Jagad)
Wus mangkana Wêrkudhara mulih,
datan mengeng ing batin gumawang,
nora pangling sarirane,
panuksmaning sawujud,
nanging lair sasab piningit,
reh-sareh kasatriyan,
castelinakon winêngku,
pamurwaning jagad raya,
kalairan batine nora kasilib,
satu menggeng rimbagan.
Wêrkudhara lampahira,
kitha Ngamartadipura,
wus panggih kadange kabeh,
langkung sukaning kalbu,
Darmaputra lan para ari,
ngluwari punaginya,
bujana anayub,
tanbuh sukane tyasira,
dene ingkang rayi praptane basuki,
sirna subrangtanira.
Tammat.
.
Saturday, March 21, 2009
SkeTsa: Angin Monsun atau angin lintang pukang?
Dah beberapa hari juga, Man RELA selalu pulang lewat, tak seperti selalunya, pukul 6 petang dan tertegul di depan pintu. Dah beberapa juga, mereka berdua kurang berborak berjenaka seperti selalu.
Akhirnya, Minah Jeran beralah. Dia tahu, beralah bukan kalah. Petang itu, Minah Jeran kukur kelapa sebiji. Dia nak masak gulai. Dia bakar petai padi sepapan untuk dijadikan ulam cicah cencalok. Semuanya adalah makanan kegemaran suaminya.
Dia ingat pesan ustazah, bukan susah nak jaga laki. Jaga perut dan anunya je, pasti semua ditanggung beres.
Petang itu, juga seperti beberapa hari sebelum ini, tak banyak perkataan dia ucapkan kepada isterinya. Namun ketika Man RELA baru mengangkat kedua-dua tangannya untuk takbiratulihram, Minah Jeran keluar dari bilik air terkocoh-kocoh.
"Tunggu le kita kejap!"
Man RELA menoleh. Dia tak jadi angkat takbir. Sebaliknya, dia rapatkan kedua tapak tangannya dengan ceria.
"ALHAMDULILLAH !!!"
.
Thursday, March 19, 2009
Jagad dalam Dewaruci
Alangkah busuk dengkinya Pandawa,
Dalam kekosongan tanpa batas,
Tidak atas dan bawah,
Tidak ada arah mata angin,
Kekosongan itu, awang-uwung,
Akhirnya,
Bima temukan sinar yang terang,
Lalu satu persatu diperlihatkan,
Jagad segala wujud dalamnya.
Lalu Bima mengerti akan dirinya,
Akan hakekat air hidup yang dikatakan suci,
Hanya helah para Kurawa cuma,
Padahal sebenarnya,
Kehidupannya itu telah lama mati,
Dan ia hidup dalam kematiannya.
Lalu dengan kekuatan yang tak terkalahkan,
Bima meninggalkan Dewaruci,
Dalam ketenteraman batin,
Bima pulang bertemu adik-kakaknya,
Dengan seksama ia sembunyikan apa yang terjadi.
Sebagaimana kulit memuatkan kacangnya,
Begitu kisah Dewaruci memuat inti bijaksana,
Dalam mencari kesempurnaan hidup,
Bahwa sumber air itu tidak diketemukan dalam alam luar,
Bahkan dalam diri manusia sendiri.
[Nizam.Ariff - 19.03.2009]
- Awas! Ada unsur 'menunggaling kowulo gusti'.
.
Aku, kerusi dan meja itu... pada satu petang itu
" Aku datang dari jauh,
Dari jauh aku datang..."
Aku teringat akan lirik tu. Tapi hanya setakat baris-baris itu. Dan aku tak ingat siapa yang mencipta atau yang menyanyikannya.
Hari ini. Bukan seperti hari-hari biasa. Aku telah diberikan amanah terus dari orang atas sana pada minggu lepas untuk pergi membantu satu kompeni di utara (tapi masih dalam wilayah Selangor). Tapi bukan kompeni India Timur. Itu aku tak nak.
Aku perlu bantu supaya kompeni ni boleh terus bernafas dalam cuaca ekonomi yang tak menentu sekarang. Ini bukan kerja biasa. Dulu, aku pernah buat kerja-kerja ni tapi sekarang aku dah buat benda lain. Tugas aku pun lain. Tapi, dek arahan orang yang di atas, aku pun
diminta kumpulkan semula CFT (Cross-functional team) yang aku pernah tubuhkan dulu untuk membantu kompeni-kompeni sebegini.
Dengan penuh rasa ikhlas dan rela, aku pun merantau dengan sebahagian CFT yang sempat aku kumpulkan. Aku ketuai delegasi itu menuju ke kompeni itu. Seperti biasa, aku jumpa orang-orang atasan kompeni itu. Kemudian aku tanya apa yang sebenarnya berlaku dan cari puncanya.
Lepas tu aku terangkan apa yang perlu dilakukan dan apa yang aku perlukan. Secara berseloroh, aku katakan aku perlu 'telanjangkan' kompeni itu. Aku perlu tahu segala urat-urat yang tersimpul.
Itu minggu lalu.
Semalam, satu gelegasi dari kompeni itu aku jemput datang ke kompeni aku. Aku terangkan apa yang aku mahu. Aku berikan senarai 13 perkara yang perlu mereka sediakan untuk aku boleh tolong mereka. Aku perlukan segala data dan aktiviti-aktiviti untuk mengembalikan kompeni itu ke jalan yang benar, jalan yang diredhai.
Mereka kurang faham. Tak apa, aku terangkan, mereka perlu fikirkan sekurang-kurangnya dua perkara: Pastikan operasi tak tergendala dan kurangkan kos tanpa mengganggu profit margin.
Mereka kurang faham lagi. Tak apa, aku pecahkan dua perkara fokus tersebut: aku beri kata kunci - Cash flow, suppliers, toolmakers, trade creditors, other creditors, machines & facilities itu untuk yang pertama; cost minus metality - operating cost, wastes elimination & value innovation. Baru mereka tunjuk muka faham. Mestilah, mereka kena faham sebab mereka orang-orang besar kompeni tu.
Itu semalam.
Petang tadi, aku pergi melawat kompeni tu dan aku minta semua yang aku nak. Tapi haprak! Satu mende pun mereka tak buat lagi. Aku dah sampai dan masa tu la baru terkial-kial nak buat. Esok, aku perlu kutip semuanya dan aku perlu sediakan kertas cadangan untuk orang-orang atasan aku pula. Aku dah mula risau.
Aku terus bangun dari kerusi. Aku rasa macam nak hempas je kerusi aku atas meja tu. Aku tenung muka sorang-sorang macam nak telan dia orang semua.
Eh! Aku ke yang patut risau atau mereka?
"Kami, encik ..."
Itu petang tadi.
Esok ???
Haih!......
.
Wednesday, March 18, 2009
Dunia pun bersandiwara...
Semalam, ada satu berita tentang satu peristiwa yang berlaku di Mexico. Satu kumpulan perenang sedang berlumba dalam satu kejohanan renang di laut, telah diganggu oleh kehadiran 2 ekor jerung yang besar. Gambar jerung tersebut turut diambil oleh sebuah helikopter.
Aku rasa, pada kejohanan renang kali itu tentu banyak rekod dunia dipecah. Bahkan, mungkin semua pelumbang telah berjaya pecahkan rekod dunia akibat di kejar oleh 2 ekor jerung tu...
Dua:
Semalam juga, aku tengok Asian Food Channel, pasal kari kepala ikan di restoran-restoran di beberapa buah negeri di Malaysia. Bila aku tengok, aku teringatkan dulu aku sanggup 'tapaw' kari kepala ikan untuk di santap oleh laki-bini je. Bila inflasi semakin tinggi (ini aku salahkan pak menteri), aku beli kepala ikan dan suruh Mama masak.
Tapi, mama pesan, lain kali kalau beli kepala ikan kena cium dulu sama ada kepala tu dah lama atau masih 'fresh'. Aku termenung kejap, macam mana aksi aku mencium kepala ikan di pasar malam agaknya? Apa kata kalau ikan tu ikan jantan? ...
.
Monday, March 16, 2009
Jalan2: Selusuri batas yang kelam itu, lembab dan basah...
Ikan Lawan.
Atau sesetengah orang namakannya ikan laga tapi kami panggil ikan lawan sebab ia suka berlawan. Ikan kami bukan versi yang ekor kembang macam yang banyak di kedai akuarium sekarang ini. Ikan lawan kami versi kampung, versi sawah padi. Tak ada yang kembang-kembang.
Bila kami nak tangkap ikan tu, kami akan 'pinjam' tudung sangai (atau tudung saji sesetengah orang panggil). Kalau dah terdesak, kami guna 'farmers hat'. Kami guna untuk sauk ikan lawan. Kadang-kadang tersauk lintah atau berudu (ada orang kata berudu boleh ubati sakit lelah, cara: telan berudu hidup-hidup? Ishh..)
Biasanya, kami akan sauk di tepi sawah yang airnya cetek. Kadang-kadang di bawah pokok keladi atau celah-celah pelepah keladi yang terendam dalam air. Kadang-kadang di dalam tempurung kelapa yang terendam.
Tanda ikan itu ada berselindung ialah buih-buih putih di bawah permukaan air. Kalau nak cari yang garang dan berwarna hitam, cari ditempat yang teduh dan banyak daun-daun yang terendam dalam air. Kalau warnanya pucat, ada cara nak bagi hitam berkilat. Tapi, dakwat
hitam BUKAN salah satu caranya!
Biasanya, bila dah dapat, kami masukkan ke dalam botol sos cili yang telah dibersihkan. Cara nak bersihkan botol sos tu senang je. Masukkan segenggam pasir, kemudian masukkan air sehingga separa penuh. Goncang. Ya, goncang kuat-kuat. Pasir tu akan gesel permukaan
dalam botol yang kotor. Macam 'facial scrubbing'. Sape-sape yang nak cuba, maih aku kasi gesel dengan kertas pasir...
Kemudian, Kami masukkan sedikit lumut dan air separa penuh. Untuk bagi warna ikan menjadi hitam, ada diantara kami sanggup tanam botol itu di dalam tanah, hanya muncungnya saja yang terdedah.
Bila malam, kami jadikan kaki-kaki kami sebagai umpan nyamuk. Kami jadikan darah-darah kami juadah untuk nyamuk. Bila nyamuk hinggap, kami tepuk. Bukan tepuk sampai penyek, sekadar pening. Itu untuk dijadikan makanan ikan. Kadang-kadang, kalau kami rajin, kami cari
anai-anai. Anai-anai penuh dengan protein.
Tapi, kalau dapat anai-anai berpangkat Leftenan Kolonel, kepalanya kena penggal dulu. Kepalanya lebih besar daripada mulut ikan. Ikan tak dapat nak telan. Boleh mati sesak nafas. Satu kerja pulak nak buat CPR 'mouth-to-mouth'.
Kalau setakat kepala Koperal tak jadi masalah, dia sedut senafas je...
.
Saturday, March 14, 2009
Jalan2: Dari mana peribahasa itu bermula???
Walla! ... Anak-anak sepat dan puyu pun terperangkap dalam 'tangguk' kami. Itulah rezeki kami dengan cara 'menangguk di air keruh'. Maka, pakar-pakar bahasa pun menggunakan ia sebagai peribahasa, sampai sekarang.
Anak-anak ikan sepat itu kami goreng garing-garing, sebagai lauk. Nak siang anak sepat bukan susah. Anak-anak sepat tu baru sebesar kuku. Tak payah kikis sisiknya. Kami picit je perutnya maka keluarlah segala usus dan isi perutnya. Kalau dapat yang besar sikit, baru kami guna pisau. Tapi, jarang dapat yang besar. Ia lebih tangkas dari kami dan selalu terlepas. Kecuali kalau air benar-benar keruh, barulah strategi 'menangguk di air keruh' benar-benar menjadi.
Kalau 'menangguk di air jernih'? Dapat lumut je la. Jangan harap nak dapat ikan!
Udang-udang itu timbul ke gigi air kerana 'mabuk'. Ya, itu juga strategi 'menangkap di air keruh'.
Friday, March 13, 2009
FiQir: Ada sesuatu dibalik pokok pisang itu...
Aku kagum dengan pokok pisang. Ada iktibar yang perlu kita ambil darinya.
Pokok pisang boleh dijadikan satu contoh keazaman yang amat tinggi. Walaupun pokoknya ringkas tiada dahan, tiada daun-daunan rimbun dan buah-buah yang bermusim-musim, ia menyimpan satu tekad yang teguh.
Selagi tujuan hidupnya tidak tercapai, pokok pisang tidak pernah mengalah. Tidak pernah tunduk walau dicaci hina, walau diseksa berkali-kali namun azamnya untuk mencapai tujuan hidup tidak pernah diabaikan.
Sesetengah ahli agama menggunakan perumpamaan pokok pisang ini dalam meletakkan keazaman pada anak muridnya. Pokok pisang adalah satu contoh yang baik. Cuba fikirkan:
Tujuan hidup pokok pisang adalah untuk berbuah dan ia hanya perlu berbuah sekali sahaja dalam seluruh hidupnya. Selagi ia tidak mengeluarkan buah, ia terlalu liat untuk mati.
Hatta di tebang berkali-kali,
Hatta di belah dua,
Kadangkala, walau dibongkar hingga ke akar
Umbutnya tetap tumbuh untuk membentuk batang baru. Akarnya akan mengeluarkan tunas yang baru, sehinggalah ia berjaya berbunga dan berbuah. Namun setelah berbuah, ia akan mati, akan kering tanpa perlu dilakukan apa-apa. Tanpa perlu diracun atau ditebang. Dan perjuangan seterusnya diberi kepada anak-anaknya.
Dan yang pelik, pisang berbuah bukan bertujuan mengeluarkan biji benih. Benih pisang bukan dari buahnya. Pisang membiak melalui anak pangkal, melalui akar.
Jadi, apa tujuan pisang itu berbuah?
Kerana ingin sedekahkan buahnya kepada sesiapa yang sudi menjamah. Dan ia lakukannya tanpa rasa putus asa untuk terus hidup.
Mulai sekarang, lihatlah pokok pisang dari satu sudut yang lain. Dari sudut tingginya keazaman yang ada padanya. Bukan sekadar buahnya yang lazat.
.
Wednesday, March 11, 2009
Tatacara membuat senjata pemusnah 2, Awas!
[AWAS! JANGAN DITIRU PERBUATAN INI TANPA PENGAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN ATAU PIHAK TENTERA]
Sebelum kita pergi ke bab eksperimentasi mercun, elok tahu serba sedikit tentang mercun sebagai 'guidelines'.
1. Ada mercun jenis meletup dan ada mercun jenis bunga api. Jenis meletup kebiasaannya dilapisi oleh kapsul atau kertas yang tebal.
2. Belerang mempunyai kadar rambatan api yang agak perlahan berbanding dengan bahan-bahan peletup yang lain. Tapi, jumlah tenaga yang terbebas tetap tinggi.
3. Letupan terjadi apabila serbuk belerang ini diisikan dengan padat. Oleh itu, tenaga terbebas adalah terkurung dan sampai satu tahap (dalam mikro saat) ledakkan terjadi. Bunyi letupan terhasil apabila tenaga yang terbebas menolak molekul udara sehingga mampat dan padat, sehinggakan gelombang bunyi ini merembat melebihi kelajuan bunyi dan berlakulah apa yang digelar 'sonic boom'.
4. Oleh itu, memegang bunga api dan menggenggam bunga api adalah dua perbuatan yang berbeza. Menggenggam bunga api mungkin menyebabkan kecelakaan!
Berikut adalah cara permainan kami dulu:
1. Bom torpedo.
Kami ambil 'spark plug' motor kapcai yang dah tak boleh pakai. Kami patahkan dia punya 'spark ignitor' yang macam cangkuk tu. Kami korek 'core' dia. Lepas tu, kami cari paku setengah inci dan patahkan kepada dua. Ambil yang bahagian pangkal lalu ikatkan satu tali nylon kepada kepala paku dan satu hujung lagi kepada badan 'spark plug'. Ekor 'spark plug' boleh juga diikat dengan kain atau tali panjang sebagai 'parachute' supaya kepalanya akan jatuh dulu. Bila nak main, masukkan beberapa kepala anak mancis ke dalam 'core' lepas tu sumbatkan dengan paku. Lepas tu, baling keatas dan jatuhkan atas simen padang sepak takraw. Bila jatuh, paku akan menghentam belerang di kepala anak mancis dan .....KABOOM!
Konsepnya sama macam peledak bom nuklear Hiroshima, iaitu menggunakan konsep pelantak dan peledak.
2. Meriam Tok Ali.
Amat mudah! Sediakan satu batang besi paip bergaris pusat satu inci dan potongkan sepanjang satu kaki. Salah satu hujung diketuk sampai kemek. Lepas tu, ikat pada 'handle' basikal. Masa nak guna, letakkan satu mercun letup saiz kecil pada muncung besi tadi. Nyalakan sumbunya dan cepat-cepat tolak mercun itu masuk ke dalam besi. Tunggu seketika dan ....KABOOOM!
Biasanya, kami gunakan ini dari rumah ke rumah sama ada untuk memanggil kawan bermain atau mengejutkan seisi rumah jiran untuk bersahur! Mengikut versi yang lebih tradisi, orang dulu-dulu gunakan meriam buluh yang dibawa dan diletupkan untuk mengejutkan jiran untuk bersahur. Tapi, generasi kami fikir cara tersebut terlalu sadis!
3. Meriam katak.
Bukan pihak tentera je yang ada istilah meriam katak, kami pun ada. Caranya, sentiasa bersiap sedia dengan mercun letup saiz kecil. Apabila terjumpa dengan katak puru, cepat-cepat tangkap dia dan tekan katak itu supaya tak melompat. Sumbatkan satu mercun ke dalam mulut katak itu dan nyalakan sumbunya.... KABOOM!
Yang buat ni ada la dua tiga orang yang kepalanya biol sikit. Sumpah! aku tak pernah buat meriam katak ni. Aku tengok je. Dan aku cegah didalam hati....
4. Bom Jamban.
Ambil secekak bunga api 'pateri' (sebab apinya macam arc welding). Alaskan 2-3 lapis suratkhabar. Potong-potong bunga api tu atau leraikan belerangnya atas kertas suratkhabar tadi. Kumpulkan sekadar sepenumbuk budak. Padatkan belerang tu TAPI JANGAN DIKETUK!. Ambil satu batang lagi bunga api yang panjang dan tegakkan di tengah-tengah, ini sebagai sumbu nak cucuh api. Kemudian, balutkan kesemua belerang dan sumbu tadi dengan suratkhabar, biar sumbu tadi tersembul keluar sedikit. Ikat ketat-ketat suratkhabar tu dengan tali rafia. Ikat 5-6 kali dan tarik kuat-kuat biar benar-benar padat. Kalau tak padat, ia tak meletup. Kemudian, bakar sumbu tu dan letak kat tempat yang sepatutnya, dan lari jauh-jauh, dan .... KABOOM!
Biasanya, kami masukkan dalam tin susu dan sedikit batu ditambah. Sebaik je tutup, kami campak dalam kolam. Bila ikan dah timbul, kami kutip dan balik rumah.
Lihat, kami bukan jenis yang isikan belerang dalam besi arial TV lepas tu ketuk-ketuk bagi padat. Bukan juga jenis yang isi belerang dalam besi paip dan pasang skru. Dan yang paling penting, kami mengutamakan aspek keselamatan melebihi segala-galanya (kecuali kes katak tadi). Kalau mercun atau bom yang kami buat tak meletup, kami tinggalkan je. Kami tak akan kutip balik. Kami buat yang baru.
Kebanyakkan kes jari putus atau terbakar muka terjadi semasa memadatkan belerang dengan cara mengetuk atau ketika cuaca panas terik atau panas. Dan juga ketika mengambil semula mercun yang tetiba tak meletup atau sumbu dia mati separuh jalan.
Ingat, setiap barang yang meletup itu berbahaya.
.
Monday, March 9, 2009
Jalan2: Tatacara membuat senjata pemusnah, awas!
Dua batang pinang sebesar peha orang dewasa dan sebatang pokok kelapa sepemeluk budak tumbang kena chainsaw. Kesemuanya diletakkan di padang sepak takraw. Batang pinang itu dikerat sepanjang 3 depa orang dewasa, manakala batang kelapa itu pula dikerat sepanjang 5
depa orang dewasa.
Setelah itu, kesemua batang itu dibelah dua menggunakan kapak dan baji. Muncungnya ditetak dengan kapak beliung kemudian rekahannya dipasakkan dengan baji yang diperbuat dari kayu keras. Baji itu diketuk-ketuk agar rekahan menjadi lebih besar. Apabila telah besar, baji kedua pula dihentak masuk. Begitulah sehingga ke pangkal dan batang pinang terbelah dua. Untuk batang kelapa, caranya hampir sama cuma susah sikit.
Tak sesuai dibelah guna chainsaw sebab, pertama, mata gergaji itu cepat tumpul, fiber pokok palma berstruktur jarum dan keras. Kedua, menggergaji akan membuang sedikit bahan dan bila dicantum nanti batang tak jadi bulat.
Apabila semuanya dah terbelah, kini giliran untuk membuang empulur atau isi tengah batang itu. Kapak kecil yang tajam dan pahat digunakan untuk membuangnye sedikit demi sedikit. Mula-mula, tetakkan kapak ditengah-tengah batang yang terbelah secara melintang dalam jarak sejengkal-sejengkal. Kemudian, pahat diketuk untuk mengorek keluar isinya. Mula-mula secara kasar, kemudian kapak kecil digunakan untuk 'refine' permukaan yang dikorek sehinggalah
terbentuk longkang. Tapi, longkang itu terhenti kira-kita sekaki dari pangkal batang. Dan juga, longkang itu lebih lebar dipangkal daripada muncungnya. Perkara sama dilakukan keatas semua belahan. Jadi, apabila dicantungkan semula, ia akan berbentuk meriam!
Beberapa batang buluh tali ditebang dan disiat kulitnya. Kulitnya digunakan untuk mengikat atau 'simpai' belahan batang itu. Guni padi dan beberapa batang buluh pancing juga digunakan. Guni itu dikerat memanjang selebar sejengkal, kemudian buluh pancing itu diletakkan sepanjang keratan guni, lepas tu disiram air.
Sebelum mencantumkan semula belahan batang tadi, Buluh pancing dalam guni itu diletakkan dibahagian dalam cantuman belahan. Kedua-dua sisi guni itu dilipat dan dibiarkan terjulur keluar sepanjang belahan. Perkara ini dibuat kepada kedua-dua bahagian belahan kiri dan kanan. Ini supaya bila meletup, tekanan akan menolak buluh dan guni, oleh itu menjadi lebih kedap. Senang cerita, ia bertindak macam gasket la.
Bila dah bertaup semula belahan itu, satu buluh panjang digandingkan dengan batang meriam itu. Kemudian, batang meriam dan buluh itu diikat sekali menggunakan kulit buluh tadi. Diikat sekuat-kuatnya setiap sekaki supaya tak terburai bila meletup. makin hampir ke pangkal meriam, makin rapat ikatan itu. Kadangkala, rantai basikal dipakukan di bahagian pangkal agar benar-benar kuat. Beberapa baji diselitkan pada ruang antara buluh dan batang meriam. Kalau ikatan melonggar, baji diketuk supaya ikatan kembali tegang. Itu pun gunanya buluh yang digandingkan tadi.
Kemudian, lubang sebesar jari ditebuk kira-kira setengah kaki dari dasar lubang bahagian pangkal. Itu untuk mencucuhnya nanti. Setelah siap, kesemua meriam-meriam itu direndamkan dalam kolam atau sungai.
Sehari sebelum bulan puasa, kesemuanya dinaikkan semula dan dibiarkan kering sedikit. Pangkin untuk menopang meriam pun dibuat, kesemua meriam disusun menghadap kampung sebelah!
Satu buluh yang panjang dipakukan satu tin susu bayi yang dikerat separuh. Ini digunakan untuk mengisi 'karbaid'. Setelah semuanya siap, kami bersembahyang terawih dulu. Setelah sudah, tibalah masanya meriam itu beraksi!
Aku paling suka dengar letupan meriam batang kelapa.
Mula-mula tutup lubang pencucuh pada pangkal meriam tadi dengan kayu, lepas tu beberapa ketul 'karbaid' dianggarkan 1 kati beratnya dimasukkan dalam tin susu tadi. Kemudian, dicurah dengan air sehingga setengah. Cepat-cepat buluh tadi jolok masuk ke dalam meriam sehingga santak ke pangkal. Tunggu beberapa ketika sehingga wap 'karbaid' mula keluar ikut muncung barulah muncung meriam itu ditutup dengan kain padat-padat.
Tunggu sehingga tiada lagi kedengaran air yang menggelegak, cuma tinggal 'hissing noise'. Biasanya dalam 5-10 minit. Setelah ok, kain penyumbat muncung dan kayu penyumbat lubang tadi dikeluarkan dan kayu berapi didekatkan, kemudian...
KAAAABOOOOMMMMMMMM!
Nak tahu macam mana kuat bunyinya?
1. Bunyinya macam 'halilintar yang pecah'. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Tak sekuat petir, tapi bunyinya 'berselerak' dan 'serak'.
2. Bunyinya boleh didengari sehingga beberapa kilometer.
3. Tanah akan bergegar dan lampu minyak tanah yang ada berdekatan kami akan terpadam kerana 'sedutan' angin yang ditolak ke depan oleh 'semburan' api meriam.
4. Makcik hujung kampung akan datang dan sumpah seranah kami sebab anak kecil dia asyik terkejut, tak dapat tidur! Kami suruh sumbat dengan kekabu kat telinga budak tu. Makcik tu blah. Tak pe, raya nanti boleh minta maaf balik.
Oh ya, setiap kali ia meletup, meriam itu perlu dijirus dengan air supaya guni 'simpai' tetap basah dan kembang, dan baji-baji diketuk supaya ikatan kembali tegang. Kalau tidak.....
Innalillah....
.
Sunday, March 8, 2009
Jalan2: Sebuah rumah kecil di perdu Pisang...
Kami pun pilih tapak masing-masing. Aku pilih tapak di bawah pokok pisang. Kawan aku sorang lagi pilih kawasan tumbuhan renek, Pokok Senduduk. Kawan-kawan yang lain cuma membantu, ada yang jadi ibu dan jadi anak. Kami pecahkan kepada dua kumpulan. Aku jadi 'bapak' dan 'isteri' aku adalah kawan perempuan berusia 8 tahun.
Aku pergi ke bawah rumah bapak kawan aku tu. Aku pilih beberapa helai guni jut yang elok-elok, yang masih belum reput, yang masih punyai jalur hijau menegak, yang masih berwarna kuning. Guni jut tu kalau disi dengan padi boleh memuatkan satu pikul lebih. Kumpulan yang satu lagi juga pilih guni jut yang baik-baik. Tapi, biasanya dia dapat yang lebih elok daripada aku. Itu guni bapak dia.
Aku bersihkan permukaan tanah di bawah pokok pisang. Aku kaut daun-daun dan ranting-ranting reput dan buang ke tempat lain. Aku kuis tahi-tahi cacing yang masih basah. Aku tarah dan potong mana-mana akar pokok yang menerojol keluar dari tanah. Aku mahukan serata yang boleh. Kemudian, aku potong beberapa helai daun pisang yang masih hijau dan aku susun atas tanah itu. Setelah sudah, aku kibaskan guni-guni supaya habuk-habuk padi atau mungkin juga Lipan yang menyorok itu jatuh. Barulah aku hamparkan guni jut tadi di atas daun pisang, supaya guni tadi tak kotor.
Aku masuk ke kebun ubi berhampiran. Aku patahkan beberapa batang ubi yang agak besar dan kukuh. Aku ukur lebih kurang satu depa dan aku potong dengan cara melenturkannya pada lutut sehingga batang ubi itu patah. Senang. Batang ubi tu aku guna untuk dibuat kerangka. Aku pacak 4 batang sebagai tiang. Dua batang lagi aku guna sebagai gelegar dan aku ikat pada puncak tiang 1 & 2, sebatang lagi gelegar aku ikat pada puncak tiang 3 & 4. Dua batang lagi aku letakkan bersilang untuk menyambungkan gelegar pertama dan kedua. Kini, kerangka itu berbentuk kiub empat segi. Kesemua tali yang aku gunakan aku buat dari kulit pokok Bemban.
Satu batang tiang lagi aku cacakkan pada salah satu sisi kiub kerangka itu, menghadap ke jalan. Aku setkan lebarnya selebar badan aku dan aku pacakkan, dan aku ikat ke gelegar. Ini menjadi gawang pintu nanti.
Aku cari daun dan pelepah kelapa kering. Aku potong-potong daun kelapa kering itu setinggi kerangka kiub aku. Kemudian, aku pacakkan di sekeliling untuk dijadikan dinding. Pelepah kelapa aku susun secara jarang di atas kerangka itu. Kemudian, aku potong beberapa daun pisang yang baik-baik dan aku susun di atas kerangka itu. Jadilah bumbung. Aku tindih daun-daun pisang itu dengan beberapa ranting dan dahan kecil yang kering supaya tak terbang ditiup angin.
Siaplah pondok aku itu.
Maka, seperti biasa, seorang dari kami akan memekik memberitahu hari dah malam. Maka, aku sebagai 'bapak' yang penat membina 'rumah' akan menyuruh 'isteri' aku masuk rumah dan tidur. 'Isteri' kawan aku itu adalah adik lelaki dia, sedangkan 'isteri' aku adalah budak perempuan sejiran kami.
Apabila 'isteri' aku dah masuk, aku pun menyusuli belakangnya. Kemudian, aku ambil beberapa helai daun pisang untuk dijadikan daun pintu. Aku tutup pintu pondok aku. Kami berdua di dalam. Pondok kami gelap. Kami pun pura-pura berdengkur, pura-pura tidur. Tetapi, sekali sekala ada suara tawa-tawa halus berselang-seli dengan rengekkan manja keluar dari pondok kami.
*plop*
Tidak berlaku apa-apa pun. Sumpah!
Walau pun pondok aku sempit dan kami baring bersentuh bahu, tidak berlaku apa-apa pun. Ye lah, gigi masing-masing pun rongak sana-rongak sini, tak ada nafsu pun...
Tapi, budak-budak zaman sekarang, kalau main pondok-pondok, memang jadi betul-betul agaknya...
Sekali-sekala, aku bertukar-tukar cerita dengan Mama tentang main 'pondok-pondok'. Apabila giliran Mama bercerita, aku mula rasa jeles. Bila sampai bab tidur, aku dah mula tak keruan... aku ajak Mama tidur. Tapi, tidur aku tak lena... mana boleh lena...
.
Saturday, March 7, 2009
Jawapan untuk versi ke 2
1. Naik KTM ke utara. Biar lambat, tak pe. Asalkan terkurung bersama-sama dalam gerabak.
2. Dalam bot menuju ke sebuah pulau. Satu joran turut aku labuh, mana tahu dapat pari, buleh bakar dan makan sama-sama.
3. Di sebuah pulau yg putih pasirnya. Duduk dekat unggun api sambil memetik gitar, sementara tunggu pari siap dibakar.
4. Melihat matahari terbenam di dada laut selatan. Bila tenggelam je matahari, boleh solat maghrib berjemaah dan berdoa agar esok matahari timbul ikut belah Timur.
5. Menidurkannya....
Aku tak ada fantasi yg begitu-begitu. Mama lah fantasi aku masa bujang dulu. Cuma tempat dan suasana kencan tu yg sukar nak capai, masa dan wang, itu kekangannya. Dan aku tak perlu berfantasikan org lain. Kecuali si Tasek Merah yang aku berfantasi yg bukan-bukan, semenjak dia tonjolkan wajah ayunya... hahaha...
.
Friday, March 6, 2009
Jalan2: Kencan pun kencan la...
Maka aku, seperti nama di atas, punyai pelbagai fantasi yang liar-liar. Tapi, aku cuma sisipkan yang jinak-jinak sahaja... dan ringkas:
1. Aku nak sangat berlayar kat laut mediteranean, atau laut merah atau laut mati. Waktu tu, hanya aku yang terapung atas laut-laut tu. Mentari panas tapi aku tak panas. Sambil memegang cengkerang siput putih yang besar, aku duduk bertafakur dan minda berfikir, dan berfantasi seperti no. 2:
2. Aku nak berhenti kerja sebelum cecah umur 45 thn. Aku sekeluarga akan pergi dari satu negara ke satu negara, dimulai dengan negara belah timur, untuk melihat dan memahami budaya dan cara hidup orang lain, mana tahu kalau-kalau aku boleh dapat begini:
3. Kalau-kalau dalam perjalanan tu aku jumpa kuasa sakti yang mampu aku gunakan untuk menenggelamkan seluruh Israel dalam sekelip mata, semua orang, tak kira walau budak baru merangkak sekali pun, asalkan dia ber bin atau bintikan israel, biar mampoos, aku peduli apa.
Cukup... fantasi aku selanjutnya bukan kencan jenis yang terkinja-kinja dengan rosy dan pinky, bersama musik-musik romantis, atau musik-musik bertenaga tinggi, di puncak gunung berkabus atau salji putih yang sekejap-sekejap melekat pada rambut pasangan-pasangan-pasangan-pasangan [ada 4] fantasi aku... itu bukan aku.
Fantasi aku selanjutnya lebih kepada .... ump..err.. ump.... tak yah le tahu...
Hahaha...
.
Thursday, March 5, 2009
Jalan2: Aku dah naik mual, naik muak...
Dah 4 hari. Aku dah bosan dengan semua menu yg ada kat sini. Ya, aku lebih hafal menu-menu kat restoran di bawah daripada tajuk-tajuk dalam training material. Aku dah mengaku awal-awal, jangan kutuk.
Masa lunch. Aku duduk sekali dgn Dr. Scot. Saja sembang-sembang sambil makan...atau makan-makan sambil sembang. Aku cuit-cuit, dia pun cuit-cuit... ops, aku bukan gay. Dan aku bukan pompuan yang jarinya asyik cuit sana-cuit sini bila bercakap. Aku cuit makanan je.
Satu.
Dia suruh aku teka, '... the slowest fatal car crash recorded'. Aku teka 30km/j. Dia kata 8km/j! Bersungguh-sungguh gayanya. Aku fikir sejenak lepas tu aku cakap, dia orang mati sebab kereta yang satu lagi tu hentam pada kelajuan 200km/j. Dia gelak.
Dua.
Kawan aku yg duduk kat depan aku masa lunch cerita, masa dia kat kolej di UK, seorang wanita terjun dari tingkat 18 jatuh betul-betul atas bumbung kereta yg parking kat bawah. Wanita tu tak mati!
Aku dan Dr. Scot mula bukak teori-teori fizik yang berkaitan. Dr. Scot kata, bumbung kereta tu bertindak sebagai 'crumple zone' yang menyerap tenaga hentaman. Kawan aku tu angguk-angguk. Aku tambah, bukan setakat bumbung je yg main peranan. Termasuk cermin kereta. Tu sebab cermin kereta depan belakang kiri kanan berderai.
Tenaga dari wanita tu dipindahkan kepada cermin-cermin tu melalui angin yang terperangkap dalam kereta tu. Dr. Scot angguk-angguk dan tambah, kalau cermin tingkap terbuka, wanita tu mungkin mati.
Tiga.
Kami banyak bersembang tentang lagu-lagu Heavy Metal! Dia pasangkan dia punya dan suruh aku dengar; aku pasang aku punya dan suruh dia dengar. Tapi, masa dalam kelas, dia pasang lagu Country... ah, layaaannn...
Sebenarnya, Dr. Scot tu muda lagi. Pangkat 'adik' aku je. Tu yang aku berani 'kitai' dia semacam je...!
.
Wednesday, March 4, 2009
Jalan2: Seruan Jihad
Menjelang Asar, entah macam mana, satu laptop dah berbunyi. Ada mamat setkan Azan kat laptop dia.
Masing-masing yang tengah sibuk berfikir bertafakur sejenak.
Dr. Scot yag dari Amerika tu pun sama.
Malah, dia lebih cuak sebab kami semua tetiba berubah rupa menjadi Taliban!
Hahahaha.
.
Tuesday, March 3, 2009
Kedai papan ala 70-an. Memang pekan kecil itu ala 70-an. Daerah terasing, memang macam tu. Pintu kedai tu pun jenis papan yg disusun menegak. Setiap keping ada nombornya, dari 1 sampai 12. Kalau nak tutup kedai, kena susun sekeping-sekeping ikut nombor. Aku tanya Mama, kalau aku conteng nombor tu kasi tak boleh baca, agak-agaknya apa jadi? Mama kata, towkey kedai jadi Hulk... hahaha.
Tukang jahit @ towkey kedai tu wanita Cina. Agak berumur. Aku tengok dia tekun menjahit dengan mesin jahit karan. Baju-baju kurung dan Melayu banyak tergantung. Ya, Cina tua ni mahir menjahit baju org Melayu. Aku tak nampak pun Cheong Sam kat situ.
Aku cakap kat makcik Cina tua tu, makcik ni keje senang. Dia tanya, apasat? Aku cakap, dulu dia kena 'goyang kaki', baru duit boleh masuk. Sekarang, tak payah goyang-goyang, tekan kaki je duit dah boleh masuk. Dia ketawa menyeringai, menampakkan dua batang gigi emasnya.
"Kaki memang tekan, tapi aaa... tunduk-tunduk jahit, belakang manyak sakit wooo...!"
Hmmm...kalau kena keje tunduk-tunduk, itu belakang punya memang la banyak sakit!
Kalau keje goyang-goyang kaki duit boleh masuk pun sakit, kita yang keje tak cukup kaki ni apakan lagi?
Haih! Bila nak kaya-raya ni....?
.
Jalan2: Sulfur yg busuk
Sunday, March 1, 2009
Jalan2: Sendawa biar berpada-pada
Buah Durian di luar musim memang sedap. Jauh lebih sedap berbanding pada masa musim Durian. Entah kenapa. Aku rasa kena pandang dari sudut psikologi kut. Ye la, biasanya, benda yang susah dapat tu lah yang beri impak besar kepada ingatan. Walhal, Durian tu dari pokok yang sama, malah lebih kecil. Berebut dengan Tupai pulak tu, kita makan sebelah, Tupai makan sebelah.
Benda yang sedikit itulah yang paling sedap. Kami berebut. Dua pagi aku bersarapan dengan buah Durian! Gosok gigi pun belum. Durian itulah ubat gigi aku. Dan bau nafas aku macam haram. Bayangkan, sebelum tidur pekena durian. lepas tu tak gosok gigi, kumur-kumur dengan air kosong je. Bila pagi, Durian yang tersisa dalam mulut dah jadi tempoyak!
Durian kampung tak sama dengan Durian komersial. Durian kampung tak semewah Durian komersial yang naik lori dari Utara atau Selatan. Durian kampung cuma jaguh kampungan. Dia naik motosikal buruk, ikut jalan becak. Tapi, 'umph' dia macam anak dara kampung juga lah... Inesen hehehe.
Tapi, aku paling pantang kalau sendawa Durian dalam kereta!
Biarlah kentut bertalu-talu, aku boleh tahan nafas lagi. Tapi tidak sendawa Durian.
.