Dah lima sessi terapi berjalan. Dah lima kali aku ulang-alik ke situ. Semalam, hari untuk bertemu pakar. Sessi menyatakan kebenaran...
"Macam ni la... memang ada masalah kat situ"
Aku tarik nafas. Aku renung mata nurse yang berdiri di kiri. Aku alih pada doktor pula.
"Tak ada penawar. Kalau buat operation pun, tak jamin dia tak datang balik"
Aku tengok badan aku. Aku usap dari bahu membawa ke perut. Hmm...jauh dari perut.
HAhahahahaha... Doktor tu ketawa. Nurse tu tersenyum.
Eh, apa yang kelakarnya? Ada alternatif tak?
"Kalau operation, kena tebuk tiga lubang, kena potong sikit"
Ah! Kalau potong kira dah tak normal la. Dah tak macam orang biasa. Haapee? Aku akan jadi cacat. Aku jadi OKU ...
"Mungkin juga. Tapi, tak boleh di kira OKU. Tak nampak pun"
Hmmm... betul juga. Kalau tak, semua lelaki Melayu boleh dikira OKU juga, bukan?
"Kenapa pulak?"
Sebab, dia orang semua kena sunat.
HAHAAHAHAHAHAAA.............!
Doktor tu ketawa terbahak-bahak. Nurse tu, walau dia tutup dengan telapak tangan tapi aku tahu dia menyeringai di sebaliknya.
HAAAAhaaahaha ....!
Eh, tak habis ketawa lagi, apa yang kelakarnya? Aku tengah risau la...
.
Thursday, October 30, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Jalan2: Terpukau aku sebentar
.
.
Tengah hari tu. Panas sangat.
Aku cari tempat sejuk, yang dingin-dingin, yang macam dalam gua.
.
.
Aku ikut lorong kelam itu, dan aku lambai penunggu yang duduk berteleku. Bertafakur. Atau sedang mengira bertih beras untuk di makan. Tujuh bertih beras sekali makan. Sebagai adat bertapa. Atau mungkin dia sedang baca mentera dalam hatinya. Sebagai adat patigeni.
.
.
Aku masuk ke dewan utama. Beberapa batang tubuh manusia mundar-mandir disimbah cahaya, bayang-bayang mereka melekat pada dinding gua ini, menjadi lukisan-lukisan mural purba.
.
.
Di tengah-tengah dewan, ada yang melambai-lambai, ah! itu semua haiwan penghisap darah. Memujuk aku untuk aku dekati, lalu menyuntik racun. Goda. Godaan yang tujuannya cuma satu: memukau dan mengambil pusaka dalam kocek aku. Tak kiralah apa yang mereka jaja, apa yang mereka kata, tujuannya: pusaka dalam kocek aku.
.
.
Aku seluk dalam kocek. Aku genggam kejap-kejap butil harta. Aku senyum pada mereka. Maaf, aku bukan mudah dipujuk. Bukan mudah digoda kalau setakat separas betis. Paling kurang separas peha. Maaf. Aku tak berminat. Maaf lagi. Aku tak perlukannya. Aku geleng-gelengkan kepala.
.
.
Entah macam mana, aku terpandang siling gua itu. Ada cahaya cerah. Ada kubah. Cantiknya. Aku ternganga. Aku lupa pada bising. Aku lupa pada diri. Alpa. Cantiknyaaa......cantiknya....
.
.
Dan aku pun terpukau.
Dan dengan perlahan butil pusaka aku lepaskan........... ..............kepadanya....
.
.
.
.
.
Saturday, October 25, 2008
SkeTsa: Kentut kau berbau semacam
Man RELA duduk di sebelah Tok Ketua di Kedai Kopi Simpang Tiga itu. Dia pesan secawan kopi pahit, buat penghilang ngantuk ketika berkawal di sempadan kampung nanti. Tok Ketua hanya menjeling sebelum kembali membenamkan pandangannya ke dada akhbar.
"Dulu, Mail dari Kampung Seberang tu kata nak rombak semula Dasar Tanah Kampung, ramai orang kampung kita berpiket. Kenapa sekarang Tok Ketua nak ubah pulak dasar tu?" man RELA.
"Itu dulu. Sekarang, orang kampung kita dah global. Dah banyak duit, dah boleh beli tanah orang lain. Kita kena tukarlah mana yang patut" Tok ketua.
"Dulu, Mail dari Kampung Seberang tu kata harga petai tak perlu naik sebab bila tengah musim nanti, harga petai turun balik, tapi Tok Ketua naikkan juga harga petai. Sekarang, kenapa Tok ketua turunkan harga petai?"
"........" Tok Ketua.
*Pruutttttt!*
"Hah! kentut Tok Ketua pun bunyinya macam kentut Mail dari Kampung Seberang tu"
Dua tiga saat berlalu...
"Hmmm...baunya pun dah macam kentut Mail dari Kampung Seberang tu".
"......."
"Haaa...Tok Ketua dah makan sepinggan dengan dia ye Tok!"

Labels:
sketsa
Friday, October 24, 2008
SusTra: Satu waktu dulu...
Dulu.
Satu waktu dulu, aku kehabisan punca. Koyak satu kertas, lepas tu dicarik. Koyak satu lagi, dicarik lagi. Macam mana nak buat ni? Telefon? Segan pulak. Nasib baik Kedai Ayong masih buka. Aku capai satu kad sederhana kecil. Dan aku tulis...
Melati putih ku sejati
Mula menguntum ketika mentari terbit pagi
Segar direnjis embun suci
Ibarat anak kecil terjaga dari mimpi
Melati putih ku sayang
Kini mekar menjemput terang
Haruman kelopak yang tak hilang
Menanti aku datang
Melati putih ku damba
Ayu manismu menambah gelora di dada
Sabarku hilang bila bersabung mata
Senyumanmu melahirkan cinta
Melati putih kutunggu
Marilah hampir kepadaku
Sudilah kau menjadi ratu
Bersama-samaku dalam kalbu
Mengikat kasih asmara bermadu.
Aku serahkan kad itu kepadanya. Tersimpul malu. Aku pun. Tapi, nun......di hujung suaranya .... "Ya".

Monday, October 20, 2008
Jalan2: Jamuan Raya di Office
.
.
.
Jumaat minggu lepas, aku keliru.
Aku masuk bilik Pesona tak macam selalu-selalu,
Biasanya ada meeting, kali ni dah libang-libu,
Jamuan raya atau pasar Ramadhan, emmm ..aku keliru.
.
.
.
Nasib baik, tak ada orang tegur aku.
Aku dah standby, kalau ada yang tegur, aku suap makanan kat kocek baju aku. Sebab baju aku lebih berhak memakannya daripada mulut aku.

Jamuan Raya 2008
Sunday, October 19, 2008
Jalan2: Hey, kamu yang menegurku tadi
Kepada gadis
yang berani menegurku dengan matanya di Cafe tadi.
Kamu yang berbaju senteng, jeans yang sedikit rabak di lutut kiri dan bersepatu tinggi.
Kamu yang berambut perang paras bahu, sedikit ikal.
Kamu yang berbibir nipis dan bergincu merah, semerah warna sepatumu.
Kamu yang berlengan kecil dan berjari runcing, tanpa gelang dan cincin.
Kamu yang beranting-anting jed hijau dan berkaca mata hitam.
Kamu yang menguntum senyum bila memandang aku.
Hey, kamu itu. yang berani melempar lirik manja pada aku.
Kamu yang berani melihat aku memesan minuman panas aku.
Kamu yang berani tersenyum bila aku minta secangkir kopi o panas.
Hey, kamu perlu ingat.
Walau tak segah Latte yang kamu minta, kopi tetap kopi.
Mereka tentu dari kacang yang sama, pokok jenis yang sama.
Walau bahasa kamu dan bahasa aku berbeza.
Seperti pakaian kamu dan pakaian aku.
Aku yang bersepatu sandal kulit rusa.
Aku yang berkemeja T oren dengan leher 'V', tanpa sebarang tanda padanya.
Aku yang berlengan keras dan bercincin perak pada jari manis kiri.
Aku yang berseluar slack dari kain belacu kelabu dan bertali pinggang kulit.
Aku yang berambut pendek dan halus, tanpa kaca mata.
Aku yang memilih untuk memesan kopi o dan bukan Latte seperti kamu.
Hey, kamu yang berani menegur aku dengan pandangan matamu tadi.
Kita tak mungkin sama tapi kita minum dari sumber air yang sama.
Kita pesan dari Cafe yang sama.
Jangan kau berani memandang aku seperti tadi.

Friday, October 17, 2008
Jalan2: Nak beraya...tapi apakan daya
inbox : Kamu tak naik atas, beraya dengan office-mate ke?
outbox : Segan la nak naik. Dia orang pesan suruh pakai baju raya. Nak dapat mood raya.
inbox :Habis tu, kamu pakai je la baju raya.
outbox : Pagoda. Takkan aku nak pakai T-shirt Pagoda putih datang office!!!
inbox : Ah...kamu ni........

Jalan2: Aku bukan subjudice.
Maaf. Aku bukan bermaksud untuk tidak berterus terang.
Aku tidak boleh berterus-terang.
Semalam.
Selama dua jam di Balai Polis Seksyen 11, aku menyelami fikiran akak-akak anggun beruniform biru. Manis-manis. Jaga badan dengan berkawad agaknya. Tak payah beli ramuan ajaib beratus-ratus ringgit untuk jaga badan.
DSP, ASP, Superintendant.... tergerak juga hati nak tanya, siapa ketua balai? boleh hantar kawad guna balai polis lagi tak? pistol kat pinggang akak tu ada peluru ke?
Banyak lagi nak tanya. Sekarang masih dalam bulan Raya tapi kenapa tak nampak ketupat riben warna-warni tak bergantung? kenapa tak ada pasang lagu-lagu raya? kenapa tak nampak kuih semprit atau batang buruk atas meja?
Dan lagi, aku nak tanya Sarjan tu, tak pening ke kepala dia asyik nak selesaikan masalah orang? Siapa yang nak selesaikan masalah dia? kesian....

Thursday, October 16, 2008
Jalan2: Terapi Jiwa
Sepetang Di Darul Ehsan ...
Hari itu hari Jumaat. Langit petang mendung dan gelap. Aku sarung semula jaket hitam setelah sudah urusan aku di pusat rawatan itu. Sebaik sahaja aku sarungkan topi keledar, rintik-rintik mula menjamah bahu kanan dan kiri aku. Aku dongak ke langit. Aku alih pandangan aku ke kaki langit pula. Jelas nampak kelabu juraian hujan bertali-tali turun dari langit di ufuk timur.
Belum pun sempat aku bercelapak, aku turunkan semula kaki kanan yang separuh terangkat. Cepat-cepat aku lari ke kaki lima kedai lampu hiasan. Aku lemparkan senyum kepada abang yang sedang menjual nasi lemak berlauk di bawah payung besar empat segi.
”Hujan” sapanya dahulu daripada aku.
”Hmm. Hujan pulak ” balas aku ringkas.
Abang itu sibuk menutupi lauk-pauknya dengan plastik, takut tempias hujan nanti membasikan lauk-pauknya.
Aku sengaja tidak mahu berbual sangat dengannya. Aku anti-sosial. Aku rimas. Aku lebih suka memerhati gelagat orang dari jauh. Tak perlu bertanya, tak perlu berbual panjang. Cukup sekadar bersapa mana yag perlu, selebihnya guna bahasa tubuh untuk mematikan bualan.
Aku tuju ke tepi tiang tidak jauh dari situ. Aku berdiri betul-betul di hadapan seorang pembaik kasut yang sedang tekun menukul rim plastik pada sepasang kasut. Aku ralit sebentar. Aku dekatinya. Timbul perasaan ingin tahu bagaimana kasut dibaiki. Aku perhatikan dia bekerja dengan asyik. Setelah sudah menukul, dia ambil secebis kayu nipis lalu dicelupnya ke dalam satu tin kecil. Itu gam. Setelah itu, dikesatnya kayu yang berlumuran gam tu pada tapak kasut. Di tunjal-tunjalnya lipatan kulit dan celah-celah tapak, cukup rata. Kemudian dia ketepikan sepasang kasut itu. Dia ambil sepasang kasut lain. Dia ketuk-ketuk beberapa kali paku-paku pada tapak kasut itu pula.
Seorang wanita, aku rasa umur dia dalam dua puluhan, menghampiri tukang kasut itu.
”Abang, kasut yang saya hantar pagi tadi dah siap?”
”Kasut yang mana tu?”
”Itu, yang di bawah itu”
Murah. Aku tak sangka hanya tiga ringgit upahnya. Tidak sampai sepuluh minit, seorang pemuda, aku rasa umurnya baru belasan tahun, bertanyakan kasutnya. Upahnya, dua belas ringgit. Murah.
Aku undur dua tiga tapak. Aku bersandar pada tiang. Aku lihat abang yang menjual nasi lemak tu terkial-kial meleraikan bangku plastik yang bertindih dan melekat, sedang tangan kanannya mengimbangi pinggan plastik yang penuh dengan nasi dan lauk. Aku tersenyum melihat gelagat abang itu. Mungkin dia perasan aku memerhatikanya, dia menoleh ke arah aku dan tersenyum. Aku balas senyumannya.
”Baru nak makan tengahari?”
”Ha?”
”Baru nak makan ke?” aku jerit sedikit.
”Ya. Baru buka gerai pun, baru ada masa nak makan”
Memang benar katanya. Dari tadi, pelanggan datang tak putus-putus. Dia mengangkat pinggangnya sambil tersenyum kepada dinding kaca kedai lampu itu. Bukan. Dia senyum kepada dua pekerja lelaki di dalam kedai itu. Dia mempelawa mereka itu makan agaknya. Baru empat suap (aku pasti kerana aku kira suapannya) seorang wanita menghampirinya sambil membelek-belek beg tangannya.
”Tadi orang sms. Tak berjawab pun” kata wanita itu.
”Ye ke? Tak dengar pulak”
Eh, abang itu ada simpan kekasih gelap? Bercinta?
”Ada tadi. Suruh bungkuskan untuk budak-budak tu”
”Dah. Tadi dia orang datang”
Bualan selanjutnya kurang jelas kerana wanita tu perlahankan suaranya. Mungkin kerana perasan yang aku sedang mendengar dengan tekun bualan mereka.
Aku lontarkan pandangan aku pula kepada perempuan India yang sedang sibuk mengelap dinding kaca kedai lampu itu. Dia agak pendek, tingginya mungkin lebih sedikit dari lima kaki. Kesian dia. Dia hanya menggunakan pancutan air dari hos untuk dinding yang tak tercapai oleh pengelap spannya.
----------------------
Aku perhatikan ke tiga-tiga mereka itu. Aku cuba fahami sesuatu dari situasi ini.
Selepas solat Jumaat tadi, sebenarnya, aku telah berfikir bagaimana rasanya jika aku tak bekerja di Syarikat P itu. Aku cuba bayangkan kalau aku bukan bekerja makan gaji. Jadi, bila aku berlindung dari hujan di kaki lima kedai lampu itu dan terlihat mereka bertiga itu, aku cuba selami apa yang mereka rasa. Tentang untung nasib. Tentang sabar. Tentang ramah dan mesra. Tentang kesungguhan. Tentang kehidupan dan bagaimana mereka meletakkan harga pada masa mereka. Mahal. Mungkin mahal.
“Kamu tinggal di mana?” abang yang jual nasi lemak menyapa.
“Apa?”
“Kamu duduk di mana?”
“Seksyen 2#”
“Elok lah balik sekarang. Hujan di sini. Di sana tak hujan”
“Hmmm... mungkin juga”
Intonasi abang yang jual nasi lemak itu meyakinkan. Aku pandang kaki langit arah Timur. Agak cerah. Mungkin benar kata abang itu. Di sana tidak hujan. Aku ucapkan selamat kepada abang itu, lalu berjalan menuju motorsikal. Aku dongak ke langit. Walau pun di sini masih rintik-rintik tapi aku yakin dengan abang itu. Lalu, aku pacu motorsikal aku meredah rintik-rintik menuju ke Timur dengan yakin. Dengan penuh yakin.
[ Sesampai sahaja aku di rumah, cepat-cepat aku buka pintu kerana jari-jari tangan dan kaki aku mulai pucat dan kecut kerana lecun seluruh badan. Aku perlu mandi dan aku juga perlukan secawan kopi panas. Kopi yang panas.]
.
Wednesday, October 15, 2008
Jalan2: Kata bual yang mual
'Jamuan sempena Raya akan diadakan Jumaat ni. Oleh itu, semua dijemput hadir dan diminta bawa sumbangan dalam bentuk makanan.'
+ Beb, bab-bab makanan ni, aku letih sikit.
- No problem, pompuan cam I ni boleh masakkan.
+ Cantiikkk... kau lah penyelamat maruah aku.
- Tapiii.... kena kongsi kos, RM10.
+ Tak jadi masalah. Aku akan sentiasa berada di belakang kamu.
- Maksud U?
+ Dengan kata lain, ... aku akan sentiasa membontotimu.

Monday, October 13, 2008
SusTra: Ayah Pulang [ akhir ]
VI
‘Gembirakan hatinya. Ikutkan saja segala mahunya.’
Pesan jururawat tua itu amat menusuk ke tulang hitamku, tapi aku hargainya. Ada benarnya. Jururawat tua itu meninggalkan beberapa coretan pantas di atas kertas kecil sambil mulutnya tidak henti-henti memberi arahan dan peringatan tentang penjagaan ayah. Kemudian dia berikan satu senarai ubat yang telah dititipkan oleh doktor muda awal pagi tadi. Panjang juga.
Ayah gembira. Dia dibenarkan pulang pada tengah hari itu. Segala urusan telah selesai. Ayah kenakan semula baju dan seluar yang dipakainya sewaktu dia dimasukkan ke sini. Aku minta izin jururawat untuk pinjam sebuah kerusi roda. Dia benarkan. Aku sorong ayah perlahan-lahan menuju ke lif. Abang dan kakak ipar mengikuti kami di belakang.
Entah mengapa, aku rasakan ayah semakin menjauh walaupun sebenarnya dia masih di depanku. Aku teringat kata-kata doktor muda itu. Aku juga teringat segala pesanan jururawat tadi. Aku intai wajah ayah dari sisi. Ayah kelihatan gembira. Aku keliru dan risau. Aku tarik nafas dalam-dalam. Resahku bertambah. Aku dapat rasakan kepulangan ayah pada kali ini amat jauh. Mungkin juga menjadi amat dekat, hanya ke pintu lif itu.
Aku sorong kerusi roda itu perlahan-lahan, amat perlahan hinggakan masa kurasakan terhenti. Sampaikah ayah ke rumah? Tuhan, berkatilah umur ayahku.
Amin.
[ Hamdan bin Othman - 1927 ~ May 2007]
- Ditulis buat mengingati ayahanda yang dirindui -

SusTra: Ayah Pulang [ 5 ]
V
Aku terjaga. Laungan azan subuh sayup-sayup kedengaran dibawa angin sejuk dari sebuah masjid. Aku bangun dan regangkan pinggang beberapa kali. Tidur di atas kerusi rehat bukanlah selesa sangat. Tidurku sekejap-sekejap. Aku goyangkan perlahan-lahan tangan ayah sehingga dia terjaga.
‘Waktu solat subuh dah masuk’
Aku mahu ayah tahu supaya dia dapat menghormatinya. Aku minta diri untuk ke bilik air untuk mandi. Kemudian aku pergi ke surau yang terletak berdekatan dengan lif. Aku solat bersendirian di situ tetapi pada raka’at yang kedua aku rasakan seolah-olah ada beberapa orang mengikuti aku di belakang. Malam tadi, sewaktu solat tahajjud di surau itu, aku rasakan begitu juga. Biarkanlah.
Sekembalinya aku ke katil ayah, dia suruh aku pergi bersarapan. Dia pesan supaya aku belikan dia kuih karipap atau kalau tiada, kuih sagu merah di kantin. Terketar-ketar tangannya cuba membuka laci tapi tak terlarat untuk tariknya keluar. Aku kerutkan dahi. Aku hairan.
‘Ambil duit dari dompet di dalam laci tu buat beli sarapan dan kuih’
Aku tersenyum. Terlupakah ayah yang aku sudah bekerja dan berkeluarga? Aku menolaknya dengan lembut. Ayah menyuruh aku ambil duitnya beberapa kali. Aku tetap menolaknya. Aku katakan sekarang ini giliran aku belikan makanan untuknya pula.
Di kantin, aku makan nasi lemak dengan sambal dan telur goreng. Untuk ayah, aku belikan dua ketul karipap dan dua ketul apam. Kuih sagu merah tiada. Aku bawa ke kaunter bayaran. Pada mejanya tertulis ‘Untuk Kakitangan Sahaja’. Aku pergi ke kaunter sebelahnya.
‘Kuih ni lima se ringgit’
Oh! Kuih-muih di sini masih murah. Aku ambil seketul karipap lagi untuk cukupkan se ringgit. Aku berjalan menuju ke lif untuk ke tingkat satu. Sampai sahaja ke katil ayah, aku lihat abang sudah sampai dan sedang duduk berbuai kaki di birai katil. Ayah sedang berbual dengan abang. Aku unjukkan kuih karipap kepada ayah. Ayah hanya makan satu. Selebihnya ayah suakan kepada aku dan abang. Begitulah, ayah tetap seorang ayah sampai bila-bila, walau pun anak-anaknya sudah besar panjang begini.

SusTra: Ayah Pulang [ 4 ]
IV
Aku terjaga dari tidur awal pagi, waktu subuh pun belum masuk lagi. Bau hancing menyucuk-nyucuk hidung. Aku melingas mencari-cari arah bau tersebut. Aku terlihat ayah dan dia tidak tidur.
‘Jag air kencing tertumpah tadi. Nak letak bawah katil tapi terlepas’
Ayah kelihatan diselimuti rasa bersalah. Aku rasa sedikit terganggu dengan bau itu. Kemudian aku teringatkan anak aku. Aku teringatkan bagaimana aku basuh bekas kencingnya di lantai rumah. Aku jemur tilamnya agar kering. Sedikit pun tiada rasa marah kerana aku tahu budak sekecil itu apalah yang dia tahu. Lagi pun, aku sayang dia. Aku terfikir, mungkin begitulah ayah menjaga aku dulu, semasa aku kecil.
‘Tak apa. Tangan tu masih lemah’
Aku teringatkan anak aku. Aku senyum pada ayah dengan harapan ayah lega dan faham yang aku tak marah padanya. Aku pergi ke bilik cucian, bersebelahan dengan stor ubat-ubatan. Ada tiga batang mop yang tergantung pada rak pengering. Aku ambil satu. Aku cuba cari penyembur cecair sabun wangi yang digunakan oleh makcik India yang bekerja di sini semalam tapi tak jumpa. Aku perah mop tadi dengan pengepit di dalam satu timba kemudian aku pergi ke katil ayah semula. Aku lap kesan tumpahan itu dan kembali ke bilik cucian untuk bilas mop tadi dengan air paip. Aku ulanginya beberapa kali sehinga aku yakin tiada lagi saki-baki yang tertinggal atas lantai. Jururawat yang berada di mejanya hanya memanggungkan kepalanya dan melihat aku dari jauh.
Bau hancing masih berlegar-legar. Aku pergi ke bilik air di hujung blok itu. Aku buka pintu kabinet yang terletak di bawah besen cuci tangan. Aku terjumpa sebotol penyegar udara. Aku goncang dan aku dapati botol itu masih berisi. Aku gembira. Aku kembali ke katil ayah dan aku sembur di sekelilingnya. Juga pada lantai. Banyak juga aku sembur. Bau wangi menyelubungi bilik. Barulah aku dapat sambung tidurku tadi.

SusTra: Ayah Pulang [3]
III
Malam itu, aku duduk berseorangan di sisi ayah. Di atas meja kecil masih berbaki susu tepung yang aku bancuh untuk ayah senja tadi. Aku hirup sedikit. Tawar, patutlah ayah minum sedikit sahaja. Rakan ayah di katil sebelah berdengkur kasar. Seorang perempuan India tua sedang tidur di atas kerusi rehat di sebelah kanan katilnya. Mungkin isterinya. Aku tak tahu apa sakit suaminya tapi perutnya bertampal-tampal dengan kain berwarna merah jambu, atau mungkin merah kerana darahnya. Aku tak cuba untuk berbual pun. Aku lebih banyak termenung mengenang keadaan ayah.
Ayah bergerak resah. Aku betulkan kedudukkan bantalnya. Biar selesa sikit. Sebiji bantal lagi aku sendalkan di bawah lutut kirinya yang aku bengkokkan sedikit. Aku tarik tirai sedikit supaya cahaya kalimantang di koridor tidak tepat menyuluh mukanya. Ayah terjaga. Ayah pandang kipas yang berpusing ligat di atas.
‘Aku sejuk’
Aku tarik selimut hingga ke pinggangnya. Tidak lama. Kaki ayah menunjal-nunjal selimut. Tangannya di awang-awangkan. Hos plastik pada hidungnya tertanggal.
‘Kenapa?’
‘Panas’
Aku lurutkan selimut tadi ke paras betis ayah. Aku betul-betulkan kain hijau muda yang ayah pakai. Jururawat pelatih yang masih remaja yang pakaikan petang tadi. Aku letakkan semula hos plastik pada hidungnya. Barulah ayah bernafas dengan sedikit lega. Ayah tidur semula.
Di atas katil yang bertentang katil ayah, seorang lelaki tua terbatuk dan berludah kahak. Seorang perempuan Melayu, mungkin isterinya, tergugah dari lelapnya lalu bangun untuk mengesat-ngesat mulut suaminya dengan tisu. Mesin pembaca nadinya berdecit mengganggu jururawat yang sedang tekun menulis di meja di tengah-tengah bilik ini. Jururawat itu tadi bangun lalu meninjau kiraan nadi lelaki tua itu dari jauh. Beberapa saat kemudian mesin itu kembali senyap. Sudah beberapa kali macam itu, sejak lelaki tua itu diletakkan di situ petang tadi.
Aku toleh kepada ayah. Aku cuba membaca mukanya dalam samar bayang-bayang langsir. Rupa-rupanya ayah sedang merenung perempuan tua itu. Ayah terjaga lagi.
‘Tengok apa?’
‘Aku ingatkan tadi itu emak kau’
Ayah cuba mengiring di atas lambung kanannya dengan payah dan hos plastik turut berpintal seolah-olah membeliti lehernya. Aku betulkan. Kemudian aku tanya ayah kalau-kalau dia mahu minum atau makan. Ayah gelengkan kepala. Aku baringkan kerusi rehat dan aku labuhkan diriku.

Saturday, October 11, 2008
SuTra: Ayah Pulang [2]
II
‘Beginilah, biar saya terangkan tentang keadaan pakcik ni’
Doktor muda itu pun mula menceritakan segala-galanya dari kisah rekod kesihatan lampau ayah sehinggalah kepada yang diterimanya semalam. Terkial-kial doktor muda itu menyusun ayat agar istilah sains kedoktoran yang digunanya dapat difahami oleh kami. Semuanya menjurus kepada satu kesimpulan yang akhirnya dibuat oleh abang, bukannya doktor itu.
Satu kesimpulan yang walau pun telah dijangka, ia tetap membuatkan hati-hati kami bergetar. Wajah kakak muram, matanya sayu memandang ayah. Harapan pudar. Detik-detik ayah sudah mula aku hitung. Aku mula hargai setiap saat kesempatan yang diberiNya.
Kemudian doktor muda itu berpaling kepada ayah. Ayah pandang muka doktor muda itu dalam-dalam. Menanti apa pula yang akan dikhabarkan olehnya. Ada sedikit senyuman pada bibir manisnya.
‘Pakcik jangan risau. Pakcik rehat banyak-banyak ’
Kenapa? Kemudian doktor muda itu keluar dari bilik ayah dan berjumpa dengan seorang jururawat. Aku ekori langkahnya dengan mata dan fikiran yang tertanya-tanya. Jururawat tadi pun masuk ke bilik ayah sambil memandang aku yang sedikit bingung.
‘Pakcik kena pindah ke bilik biasa di luar sana. Pakcik dah sihat. Bilik ini untuk orang yang sakit sahaja. Saya dah siapkan katil untuk pakcik di sana’
Aku rasa aku faham. Namun aku terfikir untuk bertanya kepada mereka yang bertugas di sini, bagaimana mereka ini boleh hidup dengan segala penipuan seperti ini setiap hari dan pulang ke rumah dengan tenang.
[bersambung]

SusTra: Ayah Pulang [1]
I
Pagi itu cerah. Ada segaris awan nipis di dada Barat langit biru. Angin pagi menerjah masuk dari tingkap kaca yang jernih, menolak-nolak langsir yang telah aku selak separuh. Sayu hati aku melihat ayah. Terbaring lemah menahan sakit. Kelopak matanya kerap tertaup, kadang kala hanya sempat berkata beberapa patah perkataan sebelum kembali tertidur. Itu pun kurang jelas. Kesan ubat agaknya.
Angin pagi yang dingin menyibak sedikit rambut ayah yang jarang. Sedikit yang masih hitam. Garis-garis usia penuh pada mukanya. Setiap satu punyai cerita suka duka hidupnya. Cerita tentang kebun getah, babi hutan, sawah bendang, lintah dan pacat. Garis-garis cerita tentang Haruan dan joran yang pernah menjadi penyambung rezeki sekeluarga.
Nafas ayah kerap terganggu. Kadang-kadang tersekat-sekat dan ayah sedut dalam-dalam. Aku toleh ke bucu kanan kepala katil ayah. Pada dinding di atasnya ada satu botol kaca. Cecair di dalamnya berbuih-buih dan menggelegak. Ada satu hos plastik kecil yang hujung satu lagi diletakkan di bawah hidung ayah. Sedikit longgar. Aku bongkok lalu membetulkannya. Ayah terjaga. Aku tak bermaksud mengganggunya.
‘Emak kamu mana?’
Belum sempat aku jawab, mata ayah kembali kuyu dan tertutup perlahan-lahan. Ayah tertidur. Emak datang mendekati ayah dari sebelah kiri. Tangan emak kulihat meramas-ramas lengan ayah.

SusTra: Ayah Pulang
Petang itu hujan lebat mencurah-curah. Awan hitam seakan-akan bidang layar pelaut malang yang rabak dirempuh gugusan angin yang datangnya tunda-menunda dari arah Barat Laut. Beberapa anak muda sedang berkira-kira untuk pulang sambil memandang kaki langit dan jalan yang semakin suram.
Aku pandang medan letak kereta yang penuh dengan kolam-kolam kecil yang dilimpahi air hujan. Tangan kiri aku masih menggenggam telefon bimbit. Pesanan ringkas yang aku terima tadi amat merungsingkan. Tidak lama, aku putuskan untuk terus keluar dari teduhan, tak perlu tunggu belas dari awan.
Terkocoh-kocoh isteri aku bersiap-siap untuk pulang ke kampung pada malam itu. Anak aku hairan. Bukan biasa kalau bukan pada hari minggu. Aku biarkannya tidak berjawab. Aku runsing. Kami diam sepanjang perjalanan pulang. Tiada lagu menemani aku. Tidak seperti biasa. Hari itu bukan hari yang biasa.
Lewat tengah malam, kami tiba di rumah abang. Emak sedang menunggu kami di situ. Malam itu, abang menemani ayah. Emak suruh aku berehat dahulu, esok pagi baru pergi melawat ayah bersama-samanya. Aku akur namun begitu tidur aku tidak lena. Mustahil untuk tidur lena dalam keadaan begitu.

Friday, October 10, 2008
Jalan2: Juadah Raya special dari abang aku
Hari Raya ke-3.
Aku balik kampung di Perak. Jenguk emak di sana. Abang aku duduk jaga emak. Tapi, Raya kali ni abang aku yang itu balik ke Pahang (Bentong).
Abang aku yang duduk kat Air Tawar (Setiawan) pula balik. BEST!!!
Mama mula muncung. Dia dah boleh hidu rancangan tak terancang kami.
Esok paginya, selesai bawa isteri masing-masing ke pekan sehari (pekan Sabtu), lebih kurang pukul 10am, kami pun mula bergerak ke lokasi rahsia, 15km dari situ. Kami MEMANCING !!
Ya, hari raya ke-4, kami berada di hutan Sg. Kinta memancing. Aku dapat sms dari Rus, dia nak singgah beraya. Aku balas balik, aku kat tengah hutan, memancing. Dia sindir-sindir. Aku tak balas. Aku sibuk tenung batang pancing, kalau-kalau melendut ditarik ikan.
Malam tu. Badan terasa sakit-sakit, terutamanya kat bahu kanan. Lenguh dan sengal.
Pukul 12.30 tgh malam, susah nak tidur. Bahu sengal sangat. Abang aku pergi ke dapur. Dia jerang sesuatu. Dia kata dia ada ubat special untuk sengal-sengal. 20 minit kemudian, dia datang dengan segelas air yang keruh dan telah suam. Dia suruh aku minum.
Terasa pahit sikit. Tapi tak lama, 2-3 teguk air liur, hilanglah pahit tu. Kemudian, terasa badan ringan. Sengal kat bahu pun kurang. Oraaiiitt ! mujarab jugak!
Tapi, yang bestnya, mata mula terasa mengantuk. Kalau di tahan juga, terasa melayang-layang. Macam orang telan pil selsema yang mengantuk tu. ORAIITTTT ! memang mujarab!
Aku tanya air apa? Abang aku sengih-sengih.... " Air daun Ketum"..
Hah? ORAAAITTTTTTTTTT.....!!!!!

Thursday, October 9, 2008
Jalan2: Lagi tentang kematian
Aku tak tahu apa berlaku, tapi seminggu dua ni, memang membuatkan aku terfikir dan termenung.
Hari ni. Baru kejap tadi.
Aku dapat sms dari kampung lagi. Kali ni, jiran aku yang sebelah satu lagi pulak meninggal.
Pukul 4pm tadi.
Esok?
Lusa?
Untuk paparan umum, aku ringkaskan map rumah kampung aku dan kronologi kematian

Jalan2: Ooo...rasanya aku tau, kenapa
Sunyi.
Ini. Dalam sini.
Hati.
Pagi kelmarin.
Selesai berjumpa dengan doktor di DEMC, aku terima sms dari abang sulong. Katanya, kakak Rahimah (kakak tiri) kritikal dan berada di rumahnya di Trolak Utara. Lepas zohor, terus ambik Mama dan Paku Payung. Tinggal pesan kepada ustazah, Paku Payung tak dapat datang sekolah KAFA petang tu. Ada hal emergency. Kami redah hujan sepanjang jalan dari S. Alam, hingga ke Tg. Malim baru hujan bersidang. Susup-sasap kami ikut jalan lama Tg. Malim - Bidor. Akhirnya, pukul 3.30pm dua orang abang aku dah pun ada. Lepas 1/2 jam, abang dan kakak sampai lagi.
Yang perempuan pun bersembanglah dengan yang perempuan, dan yang lelaki pun berkumpul dengan kaum lelaki. Sambil makan kuih raya, topik berkisar tentang penjagaan kesihatan, bermula dengan ma'ajun, kemudian misai kucing, kemudian hempedu bumi, lepas tu daum ketum dan akhirnya buah tunjuk langit. Abang ipar tiri (tuan rumah) bagi sampel buah tunjuk langit. Dia kata, kat utara, pokok ni banyak di tanam di tepi jalan. Aku kemam sikit buah tu. Pahiiitttt....tapi, dikatakan bagus untuk kencing manis. Aku tak ada kencing manis...
Petang semalam.
Semasa meeting, aku terima lagi satu sms dari kampung. Kata abang aku, Abang Manaf Khamis, jiran sebelah rumah dah meninggal dunia, sakit dalam perut. Aku tanya, sakit perut macam mana, kanser? Abang aku kata entah. Aku terus teringat kan abang tu. Dia kuat beragama. Hari Raya lepas, dia nampaknya OK je, kata kawan kampung aku.
Aku teringat abang Manaf sebab masa ayah meninggal bulan May 2007, dialah yang menguruskan mandi hingga ke kafan. Malah, dia antara orang yang mencium dahi arwah ayah sebelum menutup kain kafan. Aku ingat ciuman tu sebab cuma 3 orang abang aku je yang cium. Aku pun tak cium dahi ayah. Tapi, dia cium. Aku ingat lagi, lepas dia ikat kafan tu, aku tanya Abang Manaf, agak-agaknya roh ayah aku kat mana sekarang dan dia buat apa? Dia jawab:
"Jasad dia je yang mati, roh dia ada di sini. Amalan dia yang menjaganya"
Aku ingat itu. Dan aku lebih ingat bila dapat tau Abang Manaf juga dah meninggal.
Malam tadi.
Selepas Maghrib. Aku sedekahkan serumpun Al-Fatihah dan tahlil ringkas kepada mereka, yakni arwah ayah, arwah Abang Manaf dan arwah Mak Eton (meninggal pada May 2008, juga jiran kami, sebelah rumah Abang Manaf).
Aku tak puas hati lagi. Aku baca Yaasin. Aku sedekahnya kepada mereka. Aku baca doa untuk kesejahteraan arwah-arwah banyak-banyak. Aku ulang banyak-banyak, mungkin berpuluh kali...aku tak kira pulak.
'Allahu Maghfirlahum, warhamhum, wa ngafihi, waghfu anhum'
Sambil aku berdoa, wajah-wajah mereka silih berganti terpapar di mata hati. Setitis air menitik ke riba, membuatkan aku tersedar dan berhenti berdoa. Dan aku tak tau berapa puluh kali.
Ya. Kalau kita yang hidup ini tidak berdoa untuk mereka, siapa lagi?
Aku rasa, sunyi hati aku dah terjawab cukup setakat ni.
Cukuplah untuk tahun ini. Amin.

Monday, October 6, 2008
Jalan2: Sepi seorang kita
Aku sunyi walau dikelilingi kawan-kawan. Ini. Dalam sini. Hati.
Bak kata kawan: Aku lahir sorang, dalam kubur pun aku sorang.
Ibarat Perahu usang yang ditambat dan kesejukkan, ditinggal sendirian menempuh pasang-surut air laut. Hodoh. Tak berguna lagi. Ketinggalan zaman. Pancang-pancang Bakau mereput, jadi teman berbalas pandang, jadi nisannya apabila ia kapuk dan bocor, lalu tenggelam ke dasar sungai. Ya, pancang kayu itu nanti menjadi tanda tempat ia bersemadi.
Ibarat Bangau yang susut sayapnya, menanti dan menanti. Hendak terbang, apakan daya. Entah bila ikan akan timbul. Bukan sebagai makanan. Bukan. Hanya untuk berteman, berbicara kisah hidupnya. Lawas sunyi. Lewat malam ini. Esok pagi, mengira embun yang menitis dari daun Serunai Laut. Setitis ia gugur, sedetik usianya hancur, setapak mampir kubur.
Aku sunyi. Hilai ketawa Mama dan Paku Payung di sudut bilik sana belum mampu membuatkan bibir aku tercungit senyum. Entah kenapa. Sunyi. Ini. Dalam sini. Hati.
Entahlah ...
.
Friday, October 3, 2008
Jalan2: Antara dialog-dialog Hari Raya
Dialog 1.
Bila sanak saudara berkumpul, kain jemuran pun bertimbun.
Gotong-royong lipat kain.
Emak :" Hah! yang ni siapa punya pulak ni?"
Kak Teh:" Abang Ngah punya kot, laki aku [punya] tak macam tu"
Kak Uda:" Ye le tu kot"
Kak Ngah:" Eh, mana kau tau laki aku pakai spender tu???"
Tap.tap.tap.
Paku payung cuit-cuit pangkal lengan aku.
"Mak Uda intai abah ke?"
Dialog 2.
Beraya di rumah Mak Lang, saudara sebelah Mama.
Kuih kegemaran.
Aku :" Wuiih! kuih tat nenas ni la yang aku cari"
Dia :" Macam la kat S. Alam tak ada tat nenas"
Aku :" Ada. Tapi tak sama. Melaka punya sedap"
Dia :" Mana kau tau?"
Aku :" Bini aku orang Melaka. Aku tau la Melaka punya sedap"

Wednesday, October 1, 2008
SusTra: Malam 1 Syawal
Malam itu masih muda tetapi awan hitam menabiri seorang tua dari cahaya alam.
Aspal yang basah berkilau kekuningan disinari deretan lampu jalan ke tempat itu. Seorang tua gagahkan diri mengayuh basikal seusianya. Pada tangan kirinya, lampu suluh berbateri tiga membantu mata tuanya melihat-lihat batu tanda jalan. Orang tua itu bukan sesat. Dia bukan lupa. Rintik hujan semakin kasar. Orang tua itu mendongak ke langit pekat. Dia mendengus. Merengus. Kuyup.
Pada dua tiga suluhan seterusnya, bibir orang tua itu menguntum senyum tetapi tawar. Pada batu tanda jalan seterusnya, orang tua itu belok ke kiri, memasuki lorong kecil yang berumput pendek, dengan pucuk-pucuk Getah yang bertaup di kiri dan di kanan.
Tidak sampai sepuluh kayuhan, basikal tua itu berhenti.
Di hadapannya, kelihatan berceracak tiang-tiang putih setinggi dua kaki dan agak kurang teratur, disimbahi cahaya lampu suluh yang dilayangkan oleh orang tua itu. Orang tua itu menghampiri salah satu daripadanya. Diusapnya batu putih itu dua tiga kali, menyeka air hujan dari tulisan Jawi. Renungannya sayu, sama seperti malam itu, lalu memanjatkan doa untuk arwah isterinya.
Pada malam 1 Syawal itu, ketika orang bertakbir dan bertahmid, seorang tua masih mencangkung di tepi kubur isterinya, mendoakan kesejahteraan. Malam itu, ketika kanak-kanak bergembira dan ibu bapa sibuk melayan lemang dan rendang, seorang tua bersendirian melepas sedu sambil merungkai rindu kepada arwah isteri.
Pada malam 1 Syawal, berpuluh tahun yang lalu, isterinya bersemadi di situ. Dan setiap malam 1 Syawal, orang tua itu akan ke situ untuk menyatakan rasa rindu, untuk mengotakan janji cinta yang diukir sejurus sebelum ajal menjemput isterinya.
Malam itu masih muda tetapi sayu pada hatinya meruntun jiwa malam yang masih muda itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)