.
Sewaktu kecil dulu, aku sering dipesan agar minum air sebelum tidur. Sehingga sekarang aku mengamalkannya. Kalau tidak, aku akan terpaksa bangun untuk minum air ditengah malam kerana kehausan. Tetapi kalau minum banyak air sebelum tidur, aku akan terjaga juga untuk kencing. Dan dikala aku kecil itu, jarak dapur dan bilik air dirasakan sebatu jauhnya dan hanya diterangi pelita minyak tanah dan bayang-bayang hantu bungkus dikiri manakala puntianak dikanan.
Orang tua-tua ada berkata, kalau tidur dalam keadaan haus nanti ruh yang keluar dikala tidur akan mencari air di tempayan. Jikalau sesiapa bangun menceduk air tempayan kemudian menutupnya, ruh tadi mungkin terperangkap. Ruh tadi tak boleh kembali ke jasad. Apabila siang, jasad tak bangun-bangun lagi...dan matilah. Itu juga antara sebab budak-budak dulu akan minum air sebelum tidur.
Ruh...hakikat ruh...bagaimanakah rupa zatnya?
Maksudnya: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’…” (Al Israk: 85)
Tuhan telah berfirman, antara maksudnya bahawa ruh itu adalah urusanNya. Namun ada yang berpendapat bahawa ayat itu tidak menegah manusia daripada mencari/mengkaji tentang ruh. Malah ada yang berpendapat ayat tersebut ditujukan kepada orang yang tidak percaya kepada Tuhan bersandarkan kepada sirah ayat itu diturunkan, namun mungkin ada orang islam yang telah diberikan Tuhan ilmu pengetahuan tentang ruh.
Imam Malik berijtihad bahawa ruh itu berupa jasadnya. Seperti mana apabila kita bermimpi seseorang, kita melihat bentuknya tubuh sepertinya. Seperti juga ketika Nabi kita ketika mikraj telah bertemu dengan ruh para nabi dan beberapa orang lain, mereka itu berbentuk seperti jasad mereka itu.
Namun persoalan yang aku sering cari jawapannya ialah...adakah ruh itu berbentuk kekal sentiasa seperti itu yakni seperti bentuk jasadnya? Adakah ruh itu boleh berubah-ubah bentuknya? Ruh adalah bersifat maknawiah atau abstrak. Rahsia bentuk sebenar ruh adalah kekal pada Allah....Subhanallah!
Mungkin juga makna bentuk ruh itu begitu-begitu kerana projeksi fikiran kita tentang ruh seseorang itu sepertimana yang pernah kita kenali. Ambil contoh kalau kita diberi nama seseorang yang tidak dikenal, kita pasti tidak dapat bayangkan bentuk rupanya. Juga bayangkan ketika tidur dan bermimpikan seekor harimau, kita dapat melihat harimau itu berbentuk harimau sepertimana yang pernah kita lihat. Dengan kata lain, otak kitalah yang 'memberi bentuk atau makna' kepada objek tersebut bersandarkan khutub khanah imej yang ada dalam otak kita. Jadi, hakikat ruh dan bentuk sebenarnya kekal dalam rahsia Allah....Subhanallah!
Jangan fikirkan jauh-jauh sangat. Kita lihat sahaja diri kita sendiri...diri anda yang sedang membaca entri aku ini...
Kamu....ya, kamu yang sedang membaca ini. Aku bukan bercakap dengan jasad kamu itu kerana jasad kamu itu pada hakikatnya adalah 'mati', tanpa upaya, tanpa gerak. Aku bercakap dengan ruh yang menghuni jasad itu...ruh yang mempunyai akal untuk membacadan memahami, ruh yang punyai rasa untuk makan dan minum itu...
Ya, aku maksud kamu yang ruh itu, wahai kamu yang apabila mati nanti kamu akan keluar dari tubuh jasad itu. Aku ingin bertanya....bagaimanakah rupa kamu sebenarnya????
Jangan lihat di cermin! Bayang di cermin adalah bayang jasad kamu, bukan ruh kamu. Aku bertanya...bagaimanakah rupa ruh kamu???
Aku pun tak kenal bagaimanakah 'rupa' aku yang sebenar. Jikalaulah aku berselisih bahu dengan ruh aku, aku takkan kenal 'aku'. Jikalau aku tak kenal 'aku', siapakah aku ini?
Bukan aku patutnya kenal diri aku ini?
Siapakah aku?
Tolonglah beritahu....tolonglah....tolong.
(1.20am dan masih mencari siapakah aku)
.
Friday, February 28, 2014
Thursday, February 27, 2014
Restoran Windmill di Shah Alam
.
Gambar-gambar yang bercerita... pada hujung minggu nan lalu...sempena tarikh lahir Ariff.

Appetizer... |
Main course tapi yang ini aku punya. Steak dengan black pepper sauce... memang black sungguh |
Bila diberitahu tentang Ariff, mereka 'hadiahkan' koktail ini kepadanya. Kalau beritahu awal-awal, mungkin mereka boleh sediakan kek besar dan kemudian ada orang melompat keluar dari dalam kek. |
.
Tuesday, February 25, 2014
Bercakap dengan Jin
.
Entah semilir apa yang bertiup, arah mana dan hendak ke mana perginya,
aku tak pasti. Sekonyong-konyong aku terbang ke daerah itu dari langit kelabu,
daerah yang aku rasakan seperti aku tahu tetapi tidak secocok dengan suasana di situ...suasana lama.
Di sebuah rumah papan beratapkan zink berkarat dan sisir-sisir dedaun
rumbia sebahagiannya, seorang perempuan sedang keluar dari pintu dapur, melangkah
bendul sambil menatang cicipan petang bersama-sama sekoleh air minum. Seorang
budak lelaki membontotinya. Segar bau kopi kampung menerbangkan seka nafsu ke
lelangit siling rumah papan itu.
Namun sekilas anak mata aku bisa melihat ada sepasang kepulan asap kelabu
sebesar buah kelapa berpusar-pusar seketika sesamanya sebelum naik dan hilang
di belakang perempuan itu. Aku lihat, aku nampak tetapi aku biarkan. Asap dari
dapur barangkali, itu telahan aku pada ketika itu. Lalu kami pun jamah rezeki
pada petang itu.
Keesokkannya, ketika mahu ke dapur, aku berselisih lagi dengan sepasang
kepulan asap itu yang berpusar-pusar terawang-awang separas pinggang dan bahu,
pada kali itu di ruang tamu pula. Tidak seperti sebelumnya, pada kali ini
sepintas lalu aku dapat meneka kalibat wajah lelaki dan wanita terbentuk secara
tidak sempurna oleh asap kelabu itu. Sepintas sahaja dan kepulan asap itu pun
menipis dan hilang ke lelangit siling.
Monday, February 24, 2014
Masalah Aircond Kereta dan punca-puncanya..
.
Baru-baru
ini aku baiki Pendingin Hawa (Aircond) kereta. Banyak perkara yang aku belajar
daripadanya. Jadi, alang-alang dah tahu, elok aku kongsikan di sini. Tapi
sebelum itu, kita fahamkan dulu sistem pendingin hawa untuk kereta.
Sistem Pendingin Hawa (Aircond) Kereta
Konsep asasnya
adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk. Sistem
aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.
Sistem
aircond sebenarnya bukan menyejukkan udara dengan menyemburkan gas aircond ke
udara itu. Ianya adalah satu sistem tertutup, maknanya gas aircond itu kekal di
dalam sistem paip. Kalau tidak bocor, gas aircond tidak akan habis. Apa yang
sistem aircond lakukan ialah dengan 'memindahkan haba dari satu takungan ke takungan
lain'. Haba yang dipindahkan, bukan
menyejukkan haba. Haba dari dalam kabin kereta dikeluarkan ke luar kereta.
Bagaimana ia
dapat dilakukan? Penyebab utama ialah ciri-ciri yang ada pada gas aircond itu.
Kalau dulu kita gunakan gas Freon (R10), lepas tu kita tukarkan kepada gas yang
lebih 'eco-friendly' gas R12 dan sekarang untuk kereta kita gunakan gas R134a.
Gas ini berbentuk gas pada suhu bilik tetapi apabila dimampatkan ia berbentuk
cecair, sama seperti gas aerosol penyembur nyamuk atau gas memasak. Dalam
keadaan termampat pada tekanan tinggi, gas itu berbentuk cecair.
Gas aircond
dimampatkan oleh kompressor (yang menggunakan kuasa dari enjin kereta). Apabila
termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. Jadi, gas
aircond yang dimampat tadi mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar.
Apabila kipas aircond berpusing atau kereta bergerak laju, angin luar yang
lebih sejuk akan menyejukkan gas aircond ini dan dalam masa yang sama gas akan
bertukar menjadi cecair. Apakah yang berlaku? Sebenarnya tenaga haba
dipindahkan dari gas aircond ke udara luar.
Apabila
cecair aircond tadi melalui injap pengembang (expansion valve), cecair itu tadi
akan tersembur dan di dalam gegelung penyejuk (evaporator / cooling coil).
Cecair tu akan kembali bertukar kepada bentuk gas. Hasilnya, dengan prinsip
yang sama (PV=mRT), gas itu menjadi lebih sejuk sama seperti apabila menyembur
aerosol lama-lama, tin itu akan menjadi sejuk. Kenapa gas aircond itu menjadi
sejuk? Kerana sedikit tenaga haba telah dikeluarkan tadi.
Seterusnya,
gegelung penyejuk yang sejuk tadi ditiupkan pula oleh kipas angin di dalam
kereta. Angin ini akan menyentuk dinding gegelung penyejuk menyebabkan angin
itu menjadi lebih sejuk. Apa yang berlaku ialah haba dari angin dalam kereta
itu dipindahkan ke gas aircond, sebab itulah angin itu jadi sejuk. Angin sejuk
inilah yang ditiupkan ke dalam kereta dan kereta pun jadi sejuk.
Masalah aircond kereta
Apa pun
puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah
masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi
ialah:
·
Gas
aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di
beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat,
sistem yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu
dicampurkan dengan sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara
kompresor. Jika sistem bocor, gas dan cecair pelincir ini akan keluar. Cecair
ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed' dan rosak. Gas aircond
berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika gas aircond
tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan tetap
panas.
·
Gegelung
penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin kereta
dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung penyejuk.
Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat kondensasi
air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak
sesejuk mana.
·
Kipas di
kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing. Jadi,
tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu.
Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk
membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak
dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.
·
Kompresor
rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed' pada
galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau
piston atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah
habis akibat bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk
cecair dan dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di
luar (ambient) supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas
itu tidak termampat dan suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di
dalam gas itu tidak dapat dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang
(expansion valve) juga tidak berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin
aircond di dalam kabin tetap tidak sejuk.
·
Alat
kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak,
tiada input untuk sistem bekerja.
·
Sensor
suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada
kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan
kepada sistem kluc kompresor untuk on atau off.
·
Alat
penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu
aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.
·
Injap
pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika
ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang
yang kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur
menjadi gas dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.
Walaubagaimana pun, kerosakkan itu mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca dia atas atau punca yang lain daripada di atas.
Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?
Sistem telah
rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms tertentu
untuk mengagak bahagian mana yang rosak.
·
Angin
tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung
penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas
berpusing laju tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang
saluran ventilasi (aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau
jatuh.
·
Angin
tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti sedangkan kita pasang
aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku kekurangan gas aircond
menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu yang diperlukan.
Mungkin berlaku kebocoran.
·
Angin
tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem
kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor
akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna
sistem aliran gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada
'expansion valve'.
·
Angin
tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak -
kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan
cecair aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.
·
Enjin
kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.
·
Tiada
kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond - sama ada
tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting)
telah putus.
Komponen mana yang mahal?
·
Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu
gas aircond dan minyak pelincirnya.
·
Evaporator (cooling coil) dan kondenser.
·
Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang
(expansion valve)
·
Saluran paip dan gas aircond.
·
Komponen lain-lain.
Itulah
sedikit sebanyak yang aku dapat tulis dan kongsikan.
Sunday, February 23, 2014
Buku Lima...
.
Aku rasa aku nak keluarkan buku yang ke-5 dalam tahun ini, kalau ada kudrat nak menaip panjang-panjang, inshaAllah.
Seperti biasa, kalau berjaya buat, buku itu akan diedarkan secara terhad kepada mereka yang mahu sahaja.

Saturday, February 22, 2014
Pernyataan terbuka kepada Kassim Ahmad
.
.
Kepada;
Kassim Ahmad.
Saudara;
Ingin diberitahu bahawasanya ketika membicarakan dengan rakan-rakan tentang saudara dan pemikiran saudara yang kami rasakan terlajak celupar dan keterlaluan, aku, dengan dorongan perasaan sinistikal, mungkin telah mengatakan sesuatu yang tidak layak untuk seorang insan seperti saudara.
Oleh itu dengan rasa rendah hati, aku ingin menyatakan rasa kekesalan ini. Nota kekesalan ini dinyatakan kerana aku percaya kepada syurga dan neraka serta hari pembalasan, dan aku tidak mahu dikaitkan kepada saudara di akhirat kelak.
Walau bagaimana pun, rasa kekesalan ini bukanlah satu permohonan maaf sama ada formal atau tidak formal.
Harap maklum.
.
Friday, February 21, 2014
Transformational Change versus Continuous Improvement...
.
Entri yang ini aku nak cakap yang berat-berat sikit tapi masih relevan dengan hal-hal seharian. Walau pun aku tulis tentang organisasi, ia masih relevan dengan perubahan individu.
Transformasi adalah sesuatu yang cepat dan radikal. Ia mempunyai agenda tertentu. Agenda ini perlu untuk memberi justifikasi terhadap perubahan / transformasi yang radikal. Kerana sesuatu yang radikal akan mengguris banyak hati, merubah banyak institusi dan proses. Selepas transformasi, proses penyembuhan pula mesti dilakukan dalam 'healing period'. Dan kemudian diikuti dengan proses pengukuhan perubahan agar kekal utuh.
Jika transformasi radikal dah dibuat tapi proses penyembuhan tidak/gagal dilakukan, nescaya perubahan yang dibawa tidak akan kukuh dan kekal.
Continuous Improvement pula keterbalikkan daripada Transformational Change dari segi perlaksanaannya. Namun objektif kedua-duanya adalah sama...memperbaiki keadaan. Ianya tidak radikal. Perubahan yang dilakukan lebih perlahan...sedikit-sedikit tetapi jadi bukit. Ia tak perlukan agenda yang besar-besar dan propaganda untuk memberi justifikasi terhadap apa yang dilakukan. Ini kerana mereka yang menjalani proses penambahbaikkan ini akan dapat melihat justifikasi itu di dalam / ketika proses perubahan itu berlangsung.
Mereka memahami maksud perubahan itu dan oleh itu kadar penolakan terhadap perubahan biasanya kecil. Dengan itu, perubahan yang ini akan berupaya untuk kekal lebih lama.
Dua budaya kerja yang mengamalkan ini. Budaya kerja barat lebih gemar menggunakan transformational change manakala budaya kerja timur lebih percaya dengan continuous improvement. Ini kerana budaya kerja timur lebih banyak belajar dari falsafah timur dan mengamalkan budaya 'working for life'.
Satu lagi aku nak tambah, tak semua perkara boleh diubah secara transformasi. Adalah sangat berbahaya jika perubahan sosial, moral dan budaya dibuat secara transformasi. Transformasi lebih sesuai untuk proses, perkakasan dan teknologi.
Okey...
Sekarang, cuba lihat bagaimana 'transformasi Malaysia' dilakukan.

Thursday, February 20, 2014
Keberkatan dan nilainya...
.
"Entahlah... aku rasa macam kerja aku tak berbaloi dengan gaji"
"Hah? Gaji bos tak cukup lagi ke?" Hasri soal Kamal.
"Bukan begitu tapi sebaliknya."
"Maaf, saya kurang mengerti." lontar Hasri semula.
"Kerja aku sudah semakin kurang. Skop aku sudah kecil tapi gaji tak berkurang pun."
"Jadi?" Hasri menyoal.
"Aku takut gaji aku jadi tak berkat."
Hasri bangun dan hampiri Kamal. Ditepuk-tepuk bahunya.
"Bukan kita yang minta, malah kita diberi begitu."
"...lagi pun, bukan kita atau mereka yang tentukan keberkatan rezeki. Itu hak Tuhan." tambah Hasri mematikan perbualan di petang itu.
Pada petang itu Kamal kelihatan resah. Lebih resah dari kelmarin kelmarin. Lebih lebih lagi setelah pulang dari mesyuarat dengan pihak atasan selepas waktu rehat tengahari. Entah apa yang dibincangkan Hasri pun tak pasti.
Kalau perbincangan berkaitan dengan urusan operasi biasanya Hasri akan dikongsikan apa yang dibincangkan. Jadi, mesyuarat itu bukan tentang operasi.
Hasri beranggapan begitu kerana pada paginya, Kamal tak ada menjangkakan mesyuarat itu ada. Malah Julia yang menjadi setiausaha Kamal pun tak ada mencatatkan apa apa pada buku notanya.
Dan sebelum pulang pada hari itu, Kamal telah memanggil Hasri ke dalam biliknya. Katanya ada sesuatu yang perlu dibicarakan. Apakah agaknya???

Wednesday, February 19, 2014
Ada yang tertinggal setelah kering air di kali....
.
Perpindahan itu perubahan (juga)
...lemas asyik dilambung ombak perubahan yang tak jemu-jemu berubah-ubah lambungannya. Aku penat, aku lemas. Aku mengikut arus, aku mengikut pantai mana yang aku singgah. Kalau di situ ada camar, nanti bolehlah aku ceritakan derita semasa hanyut di laut. Kalau camar itu jemu, aku cari pula tapak sulaiman kerana kalau dia pun jemu, dia tak mampu lari terbang selaju camar.
Kadang-kadang aku terfikir, sampai bila aku dirubah orang lain. Bilalah lagi aku merubah diri aku sendiri. Sudah berkali-kali aku dielus, diraba, dipeluk, digomol, dicium. Aku biarkan... tapi aku pelik. Adakah kerana aku merelakannya atau sudah terbiasa macam aku sudah tak kisah walau pun diperkosa berkali-kali.
Kadang-kadang aku terfikir bahawa aku sudah mangli...aku sudah jadi tak kisah.
Kadang-kadang aku terfikir bahawa ada keseronokkan dicelah-celah kesakitan.
Kadang-kadang aku terfikir bahawa tubuh aku ini bukan milik aku, jadi lantaklah.
Adakah itu layak dipanggil 'kecekalan' atau hanya 'kedunguan'?

Tuesday, February 18, 2014
Aktiviti menimba ikan di Perak
.
Sudah lama aku tak lihat aktiviti menangkap ikan secara beramai-ramai, selain daripada memancing beramai-ramai. Terutama sekali teknik yang kami panggil 'menimba'.Teknik ini ialah dengan mengeringkan air di lubuk ikan dengan tujuan untuk memudahkan menangkap ikan. Jikalau lubuk itu adalah lopak air atau londang atau kolam, ianya mudah untuk dikeringkan. Tapi jika lubuk itu ialah parit atau sungai yang masih banyak airnya, empangan perlu dibuat di kawasan yang diingini, agar air dapat dikeringkan.
Ahad lepas, aku balik kampung. Tidak jauh dari rumah Emak, ada sekumpulan anak muda sedang 'menimba' ikan di sebatang parit kecil yang hampir kering.
![]() |
Yang batang biru itu adalah paip penyedut air |
Mereka tidak guna timba. Mereka gunakan pam air berenjin petrol. Lebih mudah, tanpa perlu habiskan banyak kudrat. Kalau dulu, kami menggunakan timba khas untuk mengeringkan air. Timba itu diperbuat daripada tin minyak tanah yang dibuangkan bahagian penutupnya. Kemudian, 2 batang kayu kecil dipasakkan pada kedua-dua belah dinding tin tersebut. Kemudian tali lembu yang agak panjang diikatkan pada kayu tersebut, menjadi empat tali untuk ditarik oleh dua orang 'penimba'. Itu dulu...
![]() |
Mereka membuat empangan untuk memisahkan bahagian yang mereka ingin keringkan |
![]() |
Duduk menunggu air lumpur disedut. Masa ini jangan takut lintah dah. |
Oleh kerana parit kecil itu bersambung dengan sawah-sawah padi, ikan-ikan yang mereka dapat juga adalah dari jenis ikan-ikan sawah seperti Sepat, Puyu, Keli dan Haruan. Ikan-ikan itu, jikalau banyak, akan dijual kepada peraih ikan dan hasilnya mereka bahagi-bahagikan. Jika tidak banyak, mereka bahagi-bahagikan ikan tersebut sesama mereka.
Keseronokan untuk sama-sama 'menimba' itulah yang menjadi kenang-kenangan...
.
Sunday, February 16, 2014
Jangan Solat seperti binatang...
.
Entri sebelum ini aku ceritakan semula apa yang sahabat aku maksudkan dengan sujud seperti unta yang menderum.
Sahabat aku itu juga ada menceritakan tentang tegahan solat seperti binatang. Aku rasa apa yang dia maksudkan ialah yang berikut:
“Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.: Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad. Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”
[H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]
Abu Hurairah r.a. ra. berkata:
“Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).” [H.R. Abu Ya’la]
Sujud dan ruku' seperti ayam mematuk itu ialah tunduk dan sujudnya pantas dan sekejap, seperti ayam yang mematuk makanan. Manakala duduk seperti anjing itu ialah ketika duduk antara dua sujud dan duduk tahiyyad (awal dan akhir) keadaan kakinya dilipat seperti anjing yang duduk. Aku tanya sahabat aku, macam mana? Sebab aku tak pula perhatikan anjing duduk. Tapi dari penerangannya, yang aku faham ialah duduk dengan punggung diletakkan di tengah-tengah diantara tumit kaki kanan dan tumit kaki kiri. Manakala, berpaling-paling seperti anjing hutan (sahabat aku kata seperti musang) ialah memalingkan muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam secara pantas, seperti musang yang takut.
Wallahu'alam. Mungkin anda ada penerangan yang lain juga...

Saturday, February 15, 2014
Cara sujud mengikut sunnah
.
Tidak beberapa lama dulu, seorang sahabat ada memberitahu apa yang dia dengar dari tazkirah di tempatnya tentang sujud dan bangun dari sujud. Katanya lebih kurang begini, kalau nak turun untuk bersujud, janganlah seperti unta. Maksudnya, jangan turun bersujud dengan lutut dahulu.
Inilah yang dimaksudkannya:
"Nabi SAW bersabda: Apabila salah seorang diantara kalian sujud, janganlah ia turun seperti unta menderum, hendaklah ia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya".
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tamam dalam Al-Fawaid No. 108/1, Juga Oleh An-Nasa'i dalam ashShugraa dan Al-Kubraa (54/1).
Apabila bersujud dengan cara begitu, sebahagian berat tubuh bahagian atas akan ditampung oleh kedua-dua belah tangan. Selain daripada itu, tubuh yang condong ke depan itu akan meregangkan otot-otot pinggang dan belakang. Oleh itu, beban pada lutut akan berkurangan. Tidaklah asyik berbunyi *berletup* pada lantai. Dan ia dapat melegakan lutut dan melegakan pinggang juga.
Apa yang aku nak cetuskan di sini ialah mekanisma solat itu ada rahsianya tersendiri...

Friday, February 14, 2014
Bila jari-jari menjadi malas...
.
Sebenarnya, kalau aku malas nak tulis entri, aku tuliskan puisi atau pantun sahaja.
Kerana ia ringkas, mudah dan cepat... hahaha.
Tapi, emosi jiwa untuk puisi atau pantun itu bukan aku dapat sejam dua...mungkin pendam dan fikirkan berhari-hari lamanya. Selepas pasti apa yang aku rasa, barulah aku luahkan ke dalam bentuk puisi atau pantun.
Aku lihat dia berlari kencang
seolah-olah dunia tertinggal di belakang
tak jemu-jemu mengejar bayang-bayang
Tapi...
Dia lihat aku hanya diam tak berganjak
kerana dunia itu sebenarnya yang bergerak
sedangkan aku tidak.
Ini ngomelan aku tentang apa?
Hmm.... shhh.... tekalah.

Thursday, February 13, 2014
Pantun seloka Melayu..
.
Kalau tuan meraut buluh
Jangan jari terhiris sembilu
Kalau tuan tidak bersungguh
Jangan beri kasih yang palsu
Kalau tuan menuba ikan
Jangan tuba di air lalu
Kalau tuan kasihkan puan
Jangan duga dengan cemburu
Kalau tuan berbaju biru
Jangan pakai berlapis-lapis
Kalau tuan ilmu tak seru
Jangan faham sebelum habis
.
Kalau tuan meraut buluh
Jangan jari terhiris sembilu
Kalau tuan tidak bersungguh
Jangan beri kasih yang palsu
Kalau tuan menuba ikan
Jangan tuba di air lalu
Kalau tuan kasihkan puan
Jangan duga dengan cemburu
Kalau tuan berbaju biru
Jangan pakai berlapis-lapis
Kalau tuan ilmu tak seru
Jangan faham sebelum habis
.
Labels:
pantun
Birokrasi berpaut-paut...
.
Tadi, kawan @ boss ada beritahu tentang status permohonan umrahnya untuk tahun ini. Dia juga beritahu, dengan terkejutnya bercampur pening, tentang urusan untuk umrah yang kali ini telah menjadi sukar dan kompleks. Katanya, kini pemohon perlu mendapatkan pelbagai pengesahan dari pelbagai agensi kerajaan dan institusi agama, dan yang lebih penting, tuan badan perlu menghadirkan diri semasa urusan itu.
Komen aku pula...
Birokasi, peraturan dan prosedur yang banyak akan menyebabkan pertambahan kos dan risiko rasuah.
Apabila terlalu banyak urusan yang melecehkan dan memenatkan, nanti akan wujud 'runner' atau pihak ketiga yang akan tolong uruskan secara upah. Apabila ada banyak pintu yang perlu dimasuki, risiko untuk urusan secara 'duit pelincir' atau 'duit kopi' atau 'upah budi' akan bertambah. Dan jika urusan ibadat diuruskan dengan cara yang kurang elok, aku tak tahu nak cakap apa lagi.
Peraturan dan prosedur akan menambahkan 'kerja-kerja' dan masa juga turut terbuang. Jika tujuan sebenar semua ini diwujudkan kerana untuk 'melemahkan' semangat pemohon kerana sekarang terlalu banyak pemohon umrah yang berulang atau kerana jumlah pemohon umrah yang ramai, elok diberitahu awal-awal kuota umrah.
UPDATE!!!
Adalah dipercayai birokrasi ini berpunca dari permintaan kerajaan Arab Saudi, atas sebab pembangunan yang sedang berjalan di kota Mekah...mungkin setelah siap, birokrasi ini dilonggarkan semula.

- Perlukah diperketatkan lagi peraturan dan prosedur sedia ada?
- Kenapakah ditambahkan lagi urusan yang berdasarkan sistem birokrasi?
- Kemanakah perginya kata laungan 'e-goverment' atau 'go green' atau 'paper-less society'?
Birokasi, peraturan dan prosedur yang banyak akan menyebabkan pertambahan kos dan risiko rasuah.
Apabila terlalu banyak urusan yang melecehkan dan memenatkan, nanti akan wujud 'runner' atau pihak ketiga yang akan tolong uruskan secara upah. Apabila ada banyak pintu yang perlu dimasuki, risiko untuk urusan secara 'duit pelincir' atau 'duit kopi' atau 'upah budi' akan bertambah. Dan jika urusan ibadat diuruskan dengan cara yang kurang elok, aku tak tahu nak cakap apa lagi.
Peraturan dan prosedur akan menambahkan 'kerja-kerja' dan masa juga turut terbuang. Jika tujuan sebenar semua ini diwujudkan kerana untuk 'melemahkan' semangat pemohon kerana sekarang terlalu banyak pemohon umrah yang berulang atau kerana jumlah pemohon umrah yang ramai, elok diberitahu awal-awal kuota umrah.
UPDATE!!!
Adalah dipercayai birokrasi ini berpunca dari permintaan kerajaan Arab Saudi, atas sebab pembangunan yang sedang berjalan di kota Mekah...mungkin setelah siap, birokrasi ini dilonggarkan semula.
Harap maklum.
.
Wednesday, February 12, 2014
Malam-malam di musim panas, tidur pun boleh berpeluh-peluh..
.
.... setelah aku tinggalkan mereka berdua di sebuah pusat membeli-belah di Johor, aku pun bergegas pulang semula ke Selangor.
Setibanya aku di Selangor, aku tuju ke sebuah kampung. Aku pandu keretaku memasuki jalan kampung yang sempit tetapi sudah elok beraspal, di kiri dan kanan ada parit kecil yang tohor airnya. Aku rentasi kebun-kebun kelapa sawit dan pisang sehinggalah aku sampai di simpang empat, tidak jauh dari rumah yang hendak aku kunjungi...rumah aku (rumah aku?).
Oleh kerana bahu jalan itu sempit, aku cari tempat yang sesuai untuk meletak kereta. Tiada. Betul-betul di simpang empat itu, ada sebuah bangunan papan yang agak usang, yang sebahagian daripada bangunan satu tingkat itu telah pun dinaiki Rumput Kapal Terbang sehingga ke bumbung zink.
Aku pandu kereta aku memasuki bangunan itu. Aku lihat bangunan itu adalah sebuah bengkel kerana aku lantai tanah liatnya sudah hitam dan berminyak pula. Aku nampak ada satu ruang seperti bilik tanpa pintu. Aku rasa ruang itu sesuai untuk kereta aku, lalu aku pandu dan letakkan kereta aku di situ.
Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, tiba-tiba lantai di situ bergerak-gerak. Cepat-cepat aku melompat keluar dari ruang itu. Perlahan-lahan lantai itu mendap dan kereta aku pun turun ke bawah. Rupa-rupanya lantai itu sebenarnya ialah sebuah 'scissor lifter' - sejenis mesin angkat untuk mengangkat kereta.
Mungkin kerana mesin tersebut sudah usang, platform dan kereta aku itu telah jatuh ke bawah lubang pit yang dipenuhi air dan berminyak. Lubang itu agak besar dan aku rasa mesin angkat itu sebenarnya untuk lori atau bas.
Kereta aku terus jatuh ke bawah sehinggalah tenggelam dalam air. Malah aku sempat lihat kereta aku itu berpusing dan terbalik di dalam air sehinggakan bonet hadapannya terbuka manakala enjinnya tertanggal.
Aku panik! Aku terbayangkan berapa ribu ringgit duit aku akan hangus untuk memperbaikinya nanti. Aku cuba juga untuk mencari tali untuk menaikkan kereta aku tetapi aku tahu ianya adalah sia-sia kerana kereta aku itu berat.
Dalam aku kecoh-kecoh itu, beberapa orang pun datang. Salah seorang dari mereka itu ialah seorang perempuan berbadan agak gempal memakai T-Shirt berkolar dan berseluar jeans lusuh. Perempuan itu dan dua orang lelaki terjun ke dalam lubang itu lalu melihat keadaan kereta aku. Perempuan itu kata kereta aku masih boleh dibaiki, cuma enjinnya perlu di overhaul sepenuhnya.
Aku rasa perempuan mungkin berkerja atau pemilik bengkel itu. Jadi aku terus bertanya berapa lama masa yang diperlukan untuk membaikinya. Dia kata seminggu.
Serta-merta aku teringatkan dua orang yang aku telah tinggalkan di Johor tadi. Aku telah berjanji kepada mereka yang aku akan datang semula menjelang malam...untuk makan malam bersama-sama!
Aku kenang-kenangkan nasib aku itu. Kereta tenggelam dalam air dan tak dapat makan malam bersama-sama mereka pula.
Namun bila aku tenung lama-lama kereta aku yang masih berada di dalam air itu, aku teringatkan sesuatu....ya, sesuatu yang berlaku tidak lama dulu. Aku teringat bahawa beberapa minggu sebelum itu aku ada bermimpi bahawa kereta aku masuk ke dalam air!
Hah! Ya, tidak salah lagi. Aku ada bermimpi yang kereta aku akan masuk ke dalam air. Cuma dalam mimpi itu kereta aku masuk ke dalam parit sedangkan pada kali ini kereta aku masuk ke dalam lubang yang dipenuhi air. Tidak kisahlah, yang pastinya kereta aku tenggelam di dalam air.
Belum pun sempat aku melihat mereka naikkan kereta aku ke atas, jam loceng pun berdering dan aku pun bangun meluruskan kaki.
(Dan memang sebelum ini aku ada bermimpi kereta aku tenggelam di dalam air tapi aku tak sangka pula aku teringat tentang mimpi itu ketika aku di dalam mimpi yang ini.)

Mimpi
Tuesday, February 11, 2014
Pencarian Bahulu Tradisional... dah jumpa!
.
Tapi... nun jauh di Taiping!
Hasil pencarian Bahulu Tradisional oleh saudari BK (blog: sihatdengansaya) selama lebih 3 tahun akhirnya membuahkan hasil. Hasil tinjauan aku, didapati bahulu yang dijumpainya berjaya menepati beberapa syarat kelayakan yang aku tetapkan. Cuma 2 syarat yang bahulu itu belum tepati iaitu dari segi warna dan bau. Tapi dari segi teksturnya sudah ditepati. Syabas buat saudari BK!
Kalau BK mencarinya selama 3 tahun lebih, aku pula sudah mencarinya sejak dari aku keluar dari kampung halaman ...sudah agak lama tu. Bukan masalah orang tak tahu buat tetapi lebih kepada rasa leceh nak buat sebab sekarang sudah ada teknologi, jadi bahulu segera boleh dibuat dengan mudah. Tapi, teknologi itu juga telah menghapuskan ciri-ciri bahulu tradisional.
Kata BK, makcik yang membuat bahulu itu sudah berusia 75 tahun tetapi adunan bahulu itu masih dipukul menggunakan tangan! Tiba-tiba aku terasa bersalah pula... hahaha.
5 ciri-ciri yang aku tetapkan ialah:
Selain daripada air kopi 0, bahulu juga enak dicelupkan ke dalam air oren.

Kredit foto untuk BK |
Kata BK, makcik yang membuat bahulu itu sudah berusia 75 tahun tetapi adunan bahulu itu masih dipukul menggunakan tangan! Tiba-tiba aku terasa bersalah pula... hahaha.
5 ciri-ciri yang aku tetapkan ialah:
- Bahulu tidak rapuh, ianya mestilah anjal tetapi bukan 'bantat'. Anjal itu bermakna bila dipicit ia dapat kembali hampir kepada bentuk asal tanpa retak-pecah. Kalau bahulu itu dipukul dengan mesin sehingga 'ringan', bahulu akan menjadi rapuh dan senang berderai. Jika dimakan seperti tak puas. Sedangkan bahulu tradisional ini kalau dimakan akan terasa puas dan kenyang. Namun begitu ia tidaklah sampai 'bantat' atau keras. Jadi, adunan bahulu itu perlu di pukul dengan teliti yakni cukup udara dimasukkan tetapi tidak terlalu banyak sehingga menjadi terlalu ringan.
- Lulus ujian Kopi O. Ujian inilah yang menentukan sama ada bahulu itu diadun dengan sempurna dan dibakar secukupnya atau tidak. Ujiannya mudah sahaja. Celupkan separuh bahulu ke dalam secangkir air kopi 0 panas selama 3 saat kemudian diangkat. Dua perkara perlu dilihat. Biarkan bahulu tadi tergantung dengan bahagian yang dicelupkan air kopi itu di bahagian bawah. Bahulu tradisional sepatutnya tidak akan putus atau hancur. Kalau bahulu moden biasanya akan bercerai atau mungkin hancur di dalam cawan.
- Warna bahulu tradisional sepatutnya kuning-jingga tanpa bahan perwarna tiruan. Bahulu yang berwarna kuning-jingga biasanya menggunakan telur itik atau telur ayam kampung. Warna kuning-jingga itu terhasil daripada kuning telur tadi. Jika menggunakan telur ayam ladang, warna kuning telurnya lebih cair, seterusnya menyebabkan warna bahulu itu kurang menyelerakan.
- Bau bahulu tradisional sepatutnya berbau asap sabut atau 'smoked'. Ada bezanya antara bahulu yang dibakar dengan yang diovenkan. Ia seperti ikan goreng dan ikan salai. Walau pun pada asasnya adalah sama yakni ikan tetapi aromanya tidak sama. Aroma memberikan peranan keatas selera. Bayangkanlah kalau Keni Rojes panggang ayam menggunakan oven, tentulah rasa ayam itu berlainan.
- Bahulu itu seharusnya tidak terlalu manis tetapi tidak terlalu tawar. Kebiasaannya bahulu tradisional dimakan dengan dicelupkan dengan air manis. Kalau pun ia dimakan begitu sahaja, mesti ada secawan air untuk membantu tekak. Ini tidak seperti bahulu moden yang lebih kepada makanan snek.
Selain daripada air kopi 0, bahulu juga enak dicelupkan ke dalam air oren.
![]() |
Kredit foto untuk BK juga. |
.
Monday, February 10, 2014
Destinasi kita kemana?
.
Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ni, aku mengeluh kerana lebih banyak belok ke kanan berbanding ke kiri. Sedia maklum bahawa tangan kanan aku sakit, jadi kalau banyak sangat belok ke kanan, aku terpaksa menggunakan tangan kanan untuk memaut dan memutar steering ke kanan. Agak menyiksakan aku.
Terfikir pula, kalaulah aku tak mahu belok ke kanan, adakah aku akan sampai ke destinasi aku pada pagi ini?
Katakanlah dalam perjalanan aku ke tempat kerja, aku memilih untuk sama ada terus atau belok ke kiri, aku akan lebih banyak menggunakan tangan kiri. Jadi, kuranglah seksaan fizikal. Tapi adakah aku akan sampai ke tempat kerja?
Diantara persoalannya ialah adakah wujud satu laluan lain yang hanya memerlukan aku memandu lurus atau belok ke kiri? Yang ini aku belum cari. Kalau ada pun, mungkin jauh jaraknya. Maklumlah, bumi ini bulat. Akan sampai juga ke destinasi walau terpaksa merentasi benua Amerika untuk sampai ke situ.
Kemudian aku terfikir, kalaulah asyik belok ke kiri sahaja, aku mungkin akan sampai ke tempat permulaan tadi.
Dalam hidup ini, jika setiap pililhan yang kita buat hanyalah ke kiri, kita tidak akan ke mana-mana, malah mungkin akan kembali ke titik permulaan.
Sekali sekala, warnailah pilihan dalam perjalanan hidup ini dengan pelbagai pilihan...maksud aku, cara kita mengambil risiko dalam memilih laluan.

Friday, February 7, 2014
Ini diari Hasri...
.
Aku dah kata itu diari Hasri.
Aku tak ada buku diari, buku diari aku hanyalah kertas sampah, tisu dan kadangkala kotak rokok yang di'barai'kan. Da'wat aku ialah peluh dan air mata.
Hasri, melalui Sepa, beri aku izinnya untuk paparkan dan kongsikan di sini...
Lihatlah lengguk gaya tulisan tangan dan pen da'wat basahnya....

Sepasang Camar dan mutiara...
.
Dari tebing tinggi laut itu aku lihat camar-camar terbang
Debur ombak berjurai rindu merenjis camar yang terbang sepasang
Gerigis batu tajam diselaputi suci putih ombak, maka tertutup malang
Sang camar berpasang itu pun selamat untuk terus berkasih sayang
Sekali itu ada pernah aku lihat mutiara indah memercik warna
Tapi kini mutiara itu hilang senyum, pudar di bawah timbunan dosa
Aku amat-amat berharap agar sang camar itu terbang membawa pahala
Dari langit biru turun ke tebing ini kepadaku, dapat aku renjis pada mutiara
Aku rindu untuk melihat ia kembali memercik warna
Kerana seksa aku ini melihat ia terus-terus dalam kecewa lara.
Tulis Hasri dalam diari...

puisi
Thursday, February 6, 2014
Semalam, itu semalam....
.
Jalan ceritanya serupa, derita lara juga.
Wataknya sama walau pelakonnya berbeza.
Buminya sama, latarnya serupa.
Bulan bintang pun sama, suram cahayanya.
Maka, bolehlah aku simpulkan ia hanyalah tayangan semula...
Tulis Hasri dalam diari bertarikh hari ini...

Wednesday, February 5, 2014
Demi meniti hari-hari yang berakhir...
.
Sebuah lagi cerita berlalu pergi, episod seterusnya pun menanti.
Entah bagaimana drama hidup nanti aku pun tak pasti.
Aku dengar ceritanya tidak berkurang pun lara,
masih padat dengan air mata berselang sedu tangis derita.
Musim itu nanti kemarau berdenting masih ada,
cuma mungkin rekah kontang berbeza keluk coraknya.
Aku dengar episod itu nanti amat mengharu.
Hati menjadi lebih bisu dalam pilu, akan lebih sendu.
Aku masih duduk di sini menyiksa diri,
bermenung memandang hidup ini bagaikan jasad hidup tetapi mati.
Bagaikan ada penjara ilusi yang mengikut ke mana-mana pun aku pergi.
Bagaikan jaga dalam mimpi.
Dalam meniti hari-hari akhir aku perlu berhati-hati.
Kisah sedih ini bagi aku penuh duka, penuh bererti.
Aku pasti selami dalam-dalam dan hayati.
Kisah tragis diri...episod peneman sepanjang hidup yang berbaki.

Tuesday, February 4, 2014
Terhenti...dan segalanya menjadi biru.
.
Agak lama juga aku tak kongsikan mimpi-mimpi setelah mimpi-mimpi aku yang sebelum ini telah dibukukan dan diedarkan kepada yang berminat. Tapi mimpi malam tadi membuatkan aku terjaga serta merta. Jadi, elok juga aku ceritakan serba sedikit tentangnya...
Ia berlaku di satu IPTA yang bersebelahan dengan hutan simpan. Ketika itu ramai pelajar baru balik dari bercuti, jadi suasana asrama menjadi kecoh dan sibuk. Paling tidak, memilik bilik yang lebih bagus dan bersih. Aku ke situ dengan Sepa (hasrihasfadotblogspotdotcom). Kenapa mimpi aku ada Sepa? Mungkin sebab sebelum tidur aku baca what'sapp yang datang dari dia.
Aku dan Sepa jalan-jalan di asrama itu bukan kerana kami belajar. Kami hanya sekadar jalan-jalan dan bertegur sapa. Kami masuk ke bangunan asrama dan bertegur sapa dengan para pelajar. Sepa yang rajin menyapa dengan gaya dia.
Aku pula lebih banyak diam dari bertanya. Kadang-kadang gaya Sepa itu lebih kepada lonco pun ada...bertanya seolah-olah mereka itu 'junior' kami sedangkan kami bukan pelajar. Ada juga ibu bapa yang menghantar barang-barang ke bilik anak mereka, maka kami pun beramah mesra juga.
Kami juga masuk ke bilik air yang dikongsi beramai-ramai...seperti biasalah, bilik air asrama lelaki bukannya semenggah, dinding terkopak, kepala paip hilang, air bertakung, jenang kayu yang mereput, malah ada jubin lantai yang terkopak dan hilang, berlumut, air menitis dari bumbung... geli.
Keadaan bilik air yang begitu menyebabkan hidung aku tersumbat, sesak nafas dengan baunya. Mual pun ada. Kami sempat berpesan kepada beberapa pelajar agar mencuci bilik air. Sungguh tak berselera aku nak tengok.
Selepas keluar dari bilik air itu, kami terserempak dengan warden, yang juga seorang pensyarah di situ. Dia bertanya sama ada kami ini pelajar atau bukan. Sepa tak menjawab. Aku jawablah. Aku kata aku dulu pernah masuk IPTA itu tapi di cawangan lain. Sebelum itu, aku belajar di IPTA lain. Pensyarah itu angguk-angguk mesra...malah kami sempat bertukar-tukar pandangan tentang beberapa isu semasa.
Tapi perkara tentang bilik air yang tak sempurna itu tetap menjadi topik utama. Apabila teringatkan bilik air itu, tetiba aku jadi sesak nafas. Aku tarik nafas tapi aku tak boleh hembuskan. Aku tarik lagi tapi tak boleh hembuskan semula. Aku panik. Dada seperti menggelembung...setiap nafas yang aku sedut terus kekal dalam dada. Puas aku hembuskan tapi tak boleh...seolah-olah udara yang aku sedut itu melekat pada dinding paru-paru.
Dalam aku menggelepur itu, aku terjaga. Nafas aku terhenti. Hidung aku tersumbat. Serta merta aku bernafas laju menggunakan mulut. Dada berdebar kencang, kepala sakit...
Aku rasa pada masa itu muka aku mungkin sudah naik biru...
Dan Sepa sikit pun tak nak tolong buat CPR.... ciss!

Sunday, February 2, 2014
Pancing guna umpan Cengkerik mencari Keli / Sembilang...
.
Kolam takungan air di Machap Umboo, Melaka menjadi misi aku pada kali ini. Kolam takungan ini boleh dimasuki dari pelbagai arah kerana aku dapat lihat kelompok kelompok manusia ada di seberang sana sini. Aku pilih lorong yang hampir dengan punca air yang masuk dari Johor. Aku masuk dari jalan Durian Tunggal...terpaksa meredah kebun sayur/buah Cina dan kebun getah.
Dari pengalaman adik ipar, ikan yang banyak ialah keli walau pun ada spesis lain. Jadi aku pilih umpan Cengkerik yang dibeli di kedai ikan perhiasan.
Umpan cengkerik ini lebih 'bersih', tak berbau. Aku nampak ada juga yang guna umpan cacing, malah hati/perut ayam. Aku tengok rata-rata hanya menaikkan ikan Keli atau ada yang panggil sembilang. Tapi tadi aku tengok ada juga yang dapat Sebarau. Ikut cerita lisan dari pemancing disitu, kolam takungan itu juga ada Lampam dan Baung.
Rezeki aku pula ialah ini...
Semuanya Keli pelbagai saiz. Cukup sedozen, aku ajak adik ipar balik manakala cengkerik yang lebih aku beri pada pemancing lain. Kalau lekat ikan lain hendak juga aku tunggu. Nampak gayanya ikan ikan lain tak sempat merebut umpan...kalah kepada keli.

Saturday, February 1, 2014
Asap putih dari daun yang terbakar...
.
Inilah yang pernah aku tulis dulu...
Dedaun resah yang kering dimusim luruh, dibakar ... asap putih menerawang memanjat angkasaraya mahu pergi kepada matahari untuk mengadu tentang jahatnya manusia barangkali...
Bau asap putih yang tebal itu berjaya menarik imbauan kenangan dari masa silam.
Tentang menjadi superman yang terbang di celah celah awan, tentang menjadi sang kelembai menyumpahi manusia yang tak mahu mandi petang, tentang menjadi anuar zain atau suhaimi meor hasan... tentang apa apa pun...

Subscribe to:
Posts (Atom)