.
Sepetang bersama-sama orang jauh...
Di situ juga.
Melihat kerenah bebudak, sambil-sambil intai ada dua aweks muda seksi manja bersama-sama seorang lelaki agak berumur sambut hari lahir aku rasa...
Aku sempat kat jeling lama sikit kat aweks tu... tanda kurang senang dengan perangai mereka.
Hmmm... aku tak jeles, ok!
.
Wednesday, September 30, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Gembira aku musnah!!!
.
Aku dapat satu hamper raya. Menggunung tingginya. Cecah ke langit puncaknya.
Dan aku capai satu kotak yang paling besar... berisi coklat. Dan inilah yang aku dapat:

Ceh!
Dah dasar hati tak ikhlas...

Dan dalam bungkusan tu cuma ada 1..2..3... 8 ketul je??!!!
Ceh!
Dah dasar hati tak ikhlas...
.
Monday, September 28, 2009
Sabun Chap Kapak ... bukan dongengan si tua.
.
Aku dah lupa bilakah kali terakhir aku guna sabun ini. Dan baru-baru ini, aku terjumpa di sebuah pasaraya di ceruk kampung...

Kepada yang masih berhingus meleleh sekarang ini, sabun cap kapak tidak mungkin sinonim dengan dunia rawatan kecantikan zaman ini. Mana mungkin sinonim kerana nama-nama adunan tersebut telah dikomersialkan dengan ikon-ikon terkini dan saintifik. Kadangkala, sengaja gunakan perkataan Eropah... De Itu... D' Ini... ceh!
Kalau ada perkataan Malayu pun, ianya telah menjadi bahasa 'teknikal' setelah digabungkan 2-3 perkataan lucah dan syahwat... luPau (Lucah lampau) atau PayuDa... , yang DBP tak boleh nak saman.

Sunday, September 27, 2009
Energy Booster... new breakthrough...
.
Ubat penyengkang mata, dan penyegar badan... dapatkan 'energy booster' terus dari belakang rumah anda...

Nama larutan: Pati Al-Qetummi.
Dos: 30ml x 2 kali sehari.
Cara pengambilan: secara oral atau suntikan terus pada jantung.
Cara persediaan: bertaubatlah dahulu dan mengucaplah banyak-banyak sebelum minum
Tanda-tanda terlebih dos:
1. Dahi terasa bergetar-getar.
2. Telinga dan hidung mulai 'jatuh' dan lembik.
3. Jika dipicit pada lengan, daging kurang anjal.
4. Dos yang kronik, kaki dan perut mulai terasa sejuk dan kaku.

Awas!
Ini adalah persediaan herba tradisional. Jika penyakit masih berlarutan, sila dapatkan pandangan Tok Imam. Jika berlaku sebarang komplikasi, rawatan sewajarnya perlu mengikut simtom keadaan, pada kebiasaan penawarnya adalah sekeping papan dan beberapa ela kain putih.

Kuih longgok
.
Baru aku perasan, raya ke-2 dan ke-3 pun masih ada gerai-gerai jual kuih-muih raya secara longgok.
Bagi kelamin muda macam aku ni, yang biasanya balik ke kampung dan tak akan buat rumah terbuka sehinggalah habis beraya di rumah saudara mara, yakni kalau harapkan tetamu datang pun selepas seminggu raya, aku rasa eloklah kalau aku beli kuih longgok ni.
Bukan apa, kalau aku beli awal-awal bukan aku ada di rumah pun, dah tu mahal pulak tu.
Baik aku beli bila aku dah balik ke rumah sendiri, dah tentu boleh borong sakan.
Satu lagi, kawan-kawan yang datang beraya ke rumah pun bukannya nak makan sangat kuih tu. Dia orang dah siap-siap kasi menu bertandang: Mee kari, meehoon sup, atau paling kurang pun Maggie goreng 3 rasa atau Maggie goreng rasa semacam...
Aku rasa macam membazir je beli kuih banyak-banyak jenis, buat perhiasan je... apa-apa pun, semuanya tu asasnya tepung je. Aku memang tak makan kuih-kuih ni... aku jamah bahulu cicah air oren je...

Saturday, September 26, 2009
Oooo... som!
.
Kali ini aku beraya pertama di kampung aku, C. Balai Perak. Menjadi resmi raya aku sejak berumah tangga ni, aku akan beraya di kedua-dua belah pihak. Bezanya, yang mana dulu dan yang mana kemudian.
Kalau tergilir dapat raya pertama memang seronok, sebab sehari dan satu malam sebelum raya adalah masa yang paling sibuk dan ditunggu-tunggu. Seronok dengan persiapan. Dengan masakan. Dengan langsir dan habuk dalam rumah yang setahun sekali baru perasan kewujudannya.
Tapi, aku tetapkan syarat. Pada raya kedua kena tukar lokasi. Walau seronok macam mana pun, raya kedua mesti berpindah ke lokasi kampung satu lagi. Kena tinggalkan salam kepada rumah saudara-mara yang belum sempat diterjah.
Ini juga bermakna, raya di lokasi kedua adalah lebih panjang daripada lokasi pertama. Bermakna juga, boleh merayau jauh-jauh dan bercuti sakan. Contohnya, petang raya kedua kali ini aku dah pulang ke S.Alam, tidur satu malam untuk cas bateri dan cas-cas bateri Mama, pagi raya ketiga aku bertolak ke Melaka. Dan aku beraya di Melaka dari Selasa sampai ke Sabtu!
Jadi, tak semestinya lokasi pertama menjadi idaman raya pertama. Ianya bergantung, kalau adik-beradik lain hanya berkumpul pada raya kedua, akan terlepaslah untuk berjumpa.
Untuk elakkan mengantuk di jalan raya yang tersengguk-sengguk ketika pulang ke Melaka, aku teguk segelas dua air Daun Ketum di rumah abang aku.
Err... sebenarnya, hari raya pertama lagi aku dah bersarapan dengan air Daun Ketum...
Perghh..! bukan kepala aku je terasa ringan, kereta aku pun terasa semakin ringan membelah aspal.

Friday, September 25, 2009
Siapa kaya? Siapaya beraya?
.
Bila fikir-fikir balik, seolah-olah tabungan sikit-sikit selama setahun hanya untuk dihabiskan untuk hari raya. Ini aku cakap secara umum, tak termasuk mereka yang melimpah ruah rezeki mereka.
Kadang-kadang aku terdengar perbualan beberapa anak muda dan pasangan muda yang 'macam pucuk baru nak hidup', bagaimana mereka berabis sakan untuk raya (dari baju, kuih sehingga ke kereta) dan bagaimana mereka susah-susah 'menabung' selama setahun.
Siapa yang kaya?
Para pemborong wang di bazaar ramadhan ( tang ni aku dendam ni, siaplah Ramadhan depan) dan pemborong duit simpanan yang bernama Jusco, Parkson dan gerai-gerai payung yang tiba-tiba tumbuh. Dan penyula-penyula mercun dan bom kecil, dan bunga api... Hah! Dan pemabuk minyak petrol...
Siapa yang beraya sebenarnya?
Aku musykil....

Labels:
Raya
Monday, September 21, 2009
Ole2 kampung: Mistik sang perindu
.
Sesekali bila pulang ke kampung, aku akan pusing keliling kawasan rumah abang aku ( bersebelahan dengan rumah asal ayah-bonda). Pada kali ini, aku rasa tema hari raya abang aku ialah 'buluh'!.
Di sekeliling rumah barunya ditanam dengan buluh-buluh pelbagai jenis, kebanyakkannya baru dicacakkan ke tanah. Buluh kuning yang besar (ada 5-6 batang), buluh rebung jenis besar (1 batang), buluh kuning rimbun kecil (satu rumpun) yang dikatakan kalau ditanam di halaman rumah boleh menawarkan pukau, dan satu lagi yang teristimewa....
Buluh perindu.

Dia kata, ada 'Pak Haji' yang berikan kepadanya. Batang buluhnya kecil sahaja, sebesar pangkal lidi kelapa. Dikatakan olehnya, biasanya apabila batang buluh perindu yang tegak itu matang, ia akan terbelah dua. Air embun akan terkumpul di celah belahan itu, sedikit sahaja, ye lah, buluh itu pun bukannya besar sangat.
Untuk memerdukan suara (bak buluh perindu), air embun yang tertakung di celah belahan buluh perindu tadi diminum.
Walla!... suara anda yang seperti itik serati atai bunyi LRT akan automatik menjadi lunak merdu....
Amacam?

mistik
Sunday, September 20, 2009
Pabila kau telah tiada...
.
Beberapa hari sebelum hari raya, aku titipkan Jagad kepada adik ipar aku yang akan pulang ke Melaka, aku tumpangkan Jagad di rumah mertua di kampung Melaka, kerana kami akan beraya di Perak dahulu. Kesian kalau tinggalkan Jagad sendirian di rumah.
Sewaktu membersihkan dan mengemop lantai rumah sebelum raya, satu perkara yang aku perasan:
Kalau selama ini lantai penuh dengan bulu-bulu Jagad, tapi kini bila Jagad tiada, banyak pula rambut, bulu roma dan bulu hidung kami.
Satu kesimpulan yang saintifik boleh dibuat begini: Dari sudut psikologi, kehadiran Jagad membantu mengurangkan stress kami. Oleh itu, keguguran rambut, bulu roma dan bulu hidung kami berkurangan.
Kesimpulan yang kurang saintifik dan lebih kepada fiksyen pula:
1. Stress yang kami hidapi telah berpindah kepada Jagad, sebab tu Jagad mengalami keguguran bulu yang banyak.
2. Tanpa kehadiran Jagad, kami bebas berguling merata-rata dan meninggalkan rambut dan bulu roma kami.
3. Pelik juga yek, macam mana rambut dan bulu roma kami boleh berkumpul banyak di penjuru dinding, di celah almari dan bawah katil...??? Hmmmm.......

Saturday, September 19, 2009
Subuh bening itu
.
Subuh itu sungguh hening, kokokkan ayam bertalu-talu, bersahut-sahutan dari rumah ke rumah. Mungkin menyahut kokokkan dari Arays sana.
Embun juga belum mahu menitis.
Burung pun belum mahu tinggalkan sarangnya.
Ikan Haruan pun masih timbul, belum mahu menyelami dasar, mencari anak-anaknya.
Dalam kedinginan subuh itu, sekujur bayang-banyang dari dunia sebelah sana terbang dari rumah ke rumah anak-anaknya, sebelum kembali ke tanah persemadiannya...
Takbir raya memanggilnya pulang untuk kembali bersemadi...

Bendera hitam putih dalam kurungan
.

.
Bendera itu lemas dalam kurungan besi.
Yang tinggal hanya bayang-bayang.
Terpencar ke dinding.
Tak berkibar.
Lemah.
Yang tinggal hanya bayang-bayang.
Terpencar ke dinding.
Tak berkibar.
Lemah.
Nilainya kini hanya sekeping kain berwarna, yang tak punyai rasa apa-apa.
.
Friday, September 18, 2009
Pecal Jawa
.
Hari itu, aku ada bercerita dalam blog AZANI tentang pecal jawe kaw punya. Inilah dia.

Kacang tanah telah di tumbuk kasar awal-awal. Manakala, cekur dan cili dan lain-lainnya digilling mentah-mentah di atas batu berbentuk bundar itu. Seketul batu sungai digunakan sebagai anak giling. Kemudian, ditambah dengan ramuan-ramuan lainnya dan sedikit air.
Bila sudah halus, kakak tu gunakan sekeping upih pinang untuk mengautnya ke dalam plastik bungkusan.
Rasanya? Pehhhh... memamg kaw! Dengan aroma biji cekurnya. Sekali makan, terasa Jawanya hingga ke tengah malam.

Dari bumi kenyalang patah sayap bertongkat paruh
.
Ole-ole dari Bumi Kenyalang bertenggek dan ditembak untuk paruhnya, Sarawak!

Ini garam Bario.
Di sejatkan dari air perigi bukit di daerah Bario, yang juga terkenal dengan beras Bario yang bermutu tinggi dan mahal itu. Ya, Bario adalah tempat kelahiran Datuk Idris Jala.
Air perigi itu direnih sampai sejat, meninggalkan garam yang kemudiannya dibakar di dalam buluh. Kemudiannya, ia dibungkus dalam helaian daunan hutan dan diikat kejap dengan tali rotan. Rasanya? Masin tetapi tidak terlalu masin, kata orang, masin-masin buah je.
Rugi kalau di buat masak. Ia sesuai untuk cicahan atau kalau ikut versi asli, ianya ditaburkan pada nasi yang masih panas, digaul atau gempalan nasi yang panas itu dicicahkan pada garam ini dan dimakan begitu sahaja.

Ini pula cili entah jenis apa. Nampak pelik. Aku takut nak makannya.
Terima kasih Dak An.

Thursday, September 17, 2009
Adakah malam ini malam yang itu?
.
Satu hari itu, malam Ramadhan, ketika aku masih belajar di peringkat tinggi. Seperti biasa, malam yang akhir sesuai untuk berburu malam yang penuh rahmat itu.
Di dalam bilik, aku keseorangan, tengah malam, malam-malam Ramadhan yang akhir. Aku ambik kesempatan itu untuk bersolat sunat. Sungguh tenang, aku dan sejadah itu, di dalam bilik itu, menghadap kaca tingkap dan langsir separa terbuka.
Seperti biasa, untuk menghalang gangguan cerna mata, biasanya aku pejamkan mata kepala dan aku buka mata hati. Cuba-cuba untuk khusyuk, keseorangan. Kawan-kawan yang lain mungkin berkumpul di masjid. Aku? Aku suka solat bersendirian. Bagi aku, solat ini antara aku dengan Tuhan aku. Aku suka pertemuan yang exclusive begini. Aku tak suka ramai-ramai, distraction. Berseorangan begini, aku boleh sedih, aku boleh menangis tanpa segan silu.
Tak lama selepas itu, melalui kelopak mata aku yang tertutup, tiba-tiba ada segalur cahaya menerangi muka aku. Ah...! mungkinkah ini malam yang itu?
Aku pejamkan mata lagi dan terus cuba-cuba khusyuk. Sungguh terasa dengan pemberian ini. Kemudian, cahaya itu kembali berbalam-balam. Eh.... mana dia pergi? Usai solat, aku berdiri semula dan aku lihat ke tingkap.
Di luar sana, angin meniup daun-daun kayu. Dan cahaya neon jalanan menembusi pokok itu, tepat ke muka aku...
Hmm... bukan lagi....

Ramadhan
Wednesday, September 16, 2009
Mari bergurindam sebelum hari raya...
.
Dah lama aku tak bergurindam. Sesiapa yang pandai berlagu, silalah berlagu di sini.

Hikayat Ratu Gunung
Al kisah Si Ratu Gunung
Luas jajahan di bawah naung
Kerajaan agung turun temurun
Hidup aman lama berkurun
Al kisah peri nenek kebayan
Di kebun bunga sebuah taman
Banyak petunjuk beri kerajaan
Nasihat petua zaman berzaman
Lama sudah Si Ratu bersemayam
Di kaki gunung berbalam-balam
Di lurah lembah asal istana
Kampung kecil sedikit rakyatnya
Nasihat Kebayan berikan petua
Tinggi gunung tujuh berlapis lerengnya
Pindahkan diri di puncak sana
Musnahkan diri dalam fana'nya
Naiklah Si Ratu selapis-selapis
Panjatkan diri tujuh nafsu ditepis
Terpegun Si Ratu melihat suasana
Indah panorama merantai sukma
Diperintah bina istana bahagia
Syarat Kebayan sudah dilupa
Puncak itu bukan tempat akhirnya
Korbankan diri barulah sempurna
Asyik Si Ratu lekas cintanya
Alam buana dilihatnya serupa
Si Ratu Gunung sudah terpedaya
Indah digapai dapat tiada
Setiap arah dihadap semua sama
Indah buana disangka syurga
Sayang Si Ratu percayakan mata
Di depannya syurga di belakangnya neraka.
[Nizam.ariff - 15.3.2002]

Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya dari kami bertiga (dgn foto)
.
Sempena hari raya yang tak lama lagi bertandang mengikut takwim musimnya, setelah diperkenankan oleh pemegang mohor besar raja-raja Melayu, InsyaAllah.
Orang kata, nak minta maaf zahir dan batin, kena lah kenal rupa, baru afdhal. Maka untuk meleraikan rasa rindu terhadap kami, maka untuk selama beberapa waktu ini, aku kepilkan di sini siapa kami di balik alam maya ini.
Kami sekeluarga memohon maaf zahir dan batin sekiranya terlebih mengata dan mengutuk secara terang atau terahsia atau sengaja atau kurang sengaja atau secara langsung atau tidak langsung; sama ada terniat atau tanpa niat; sama ada dalam ruang maya ini atau ruang maya di pihak kalian atau melalui YM atau SMS.
Sesungguhnya, niat kami sekadar bergurau atau pun menambahkan kemesraan, mengeratkan silaturrahim adanya...
Salam hormat dari kami bertiga: Nizam, Yatie dan Ariff.
Foto Ariff : sila lihat di sebelah -->
.
Labels:
Raya
Kunci kebebasan diri...
.
All I need is freedom...
Please define your 'freedom'
I can do whatever I want, freedom of speech, I can talk whatever I want with no worries...
I can write whatever I want, I can express my opinions on issues, on others...
So, you can talk about me with no worries?
Hmm... that's not freedom. That is YOUR version of freedom! What about my freedom, can I talk about you? Can I express my opinion on yours? Can I comment that you're a filthy stinky human (I think you are) and you'd still feel alright?
Benarkah ada kebebasan mutlak di dunia?
Kebebasan menjadi salah satu propaganda para freemason dan zion untuk meranapkan institusi sesebuah negara. Liberisasi menjadi nama lain bagi kebebasan. Kini, hak asasi kemanusian juga menjadi nama lain bagi liberisasi. Sedangkan hak asasi ini telah pun termaktub al Kitab. Tetapi aneh, perjuangan mereka terlau jauh hingga sampai kepada penghapusan budaya dan agama.
Kini, mereka mengatakan bertudung itu menafikan hak asasi manusia, satu prejudis kepada kaum wanita. Padahal, wanita yang memakai tudung itu tak pernah berfikir begitu pun. Orang yang tak pakai tudung pula yang sibuk-sibuk. Mereka kata, ibu bapa terlalu memaksa anak-anak perempuan menutup aurat sehingga membelakangkan hak asasi anak itu untuk memilih. Melampau! Agama anak-anak pun tak boleh ditentukan sehingga 18 tahun. Alangkah mendalamnya definisi kebebasan mereka ini... ceh!
Kebebasan menjadi satu agenda sejagat. Di agung-agungkan, di luap-luapkan sehingga ke dasar marhain. Para pendokong masyarakat memperjuangkan kebebasan. Para ahli politik pula memperjuangkan liberisasi dan kemanusiaan. Padahal, tujuannya untuk menjatuhkan sesuatu institusi, bila dah jatuh, mereka akan datang menjajah dengan cara baru. Penjajahan fikiran. Itu yang termaktub dalam doktrin mereka, salah satunya dalam doktrin zion.
I can only get my freedom in the heaven...
Betulkah? Setahu aku, syurga itu sendiri bertingkat-tingkat. Kebebasan hanya wujud dalam tingkat yang kita huni. Malah, neraka juga bertingkat-tingkat dan seseorang tak boleh memilih untuk berhijrah ke tingkat lain yang 'kurang' seksaannya.
Jadi, di dunia dan akhirat, tiada kebebasan mutlak sebenarnya.
Habis tu, kebebasan apa yang mereka laung-laungkan selama ini?
Mereka tahu tetapi mereka tetap laungkannya, kerana tujuan mereka is not to install freedom in the society.
Mereka ada agenda lain, yang tersembunyi.... hati-hati.

Monday, September 14, 2009
Gaya hidup, gaya rambut...
.
Buat pertama kalinya, Paku Payung ikut Mama pergi gunting rambut. Pertama kalinya, dia gunting rambut di saloon. Rabak RM15. Itu belum lagi kos-kos susulan akibat perubahan gaya rambut.
Selama ini, aku hantar dia ke kedai gunting rambut mamak je.
'biasak.. pendek, budak sekolah' . Baru RM5.
Bila aku ambil mereka dari saloon, aku tengok rambut Paku Payung dah bercacak-cacak! Hmmm....
'Nanti, mesti ramai perempuan suka kat kite...'
'Pergi sekolah pakai 'helmet', mesti rambut tu melepek' kata Mama.
'Tak nak naik motor la kalau gitu...'
Eh, mana boleh naik kereta, jalan sesak kat depan sekolah tu. Tak boleh U-turn.
Tadi, pergi ke Tesco, dia nak gel rambut. Dia nak cacakkan rambut dia sampai ke petang.
Hmmm...

Sunday, September 13, 2009
Toyol semasa pertukaran monsoon angin lintang pukang
.
Terlalu selalu begitu, bila buka peti surat, yang ada cuma 3-4 pucuk surat bermohor perniagaan menandakan bil-bil bulanan, juga 2 helai kertas bil utiliti (cuma satu yang aku bayar, satu lagi tak pernah bayar sebab kerajaan negeri bayarkan).
Selebihnya adalah sampah! Iklan itu ini. Dan kebanyakkannya adalah sampah-sampah dari iklan mengajak ke sessi penerangan perniagaan yang boleh menjana pendapatan 5 angka mingguan, kononnya!
Kadang-kadang, mereka selit pada pengelap cermin kereta. Aku akan campak ke bawah, biarkan ia menjadi sampah. Jangan marah aku, bukan aku yang mahu, mereka yang letak. Satu kerja pula aku nak pergi berjalan ke tong sampah nak buang 'fliers' tu, ceh! Pihak berwajib jangan marah aku tetapi marahlah mereka.
Kertas sekeping yang hanya banyak bercakap dan sedikit testimoni orang-orang berjaya yang bergaya dengan kenderaan masing-masing. Malangnya, ia tak pernah bercerita apa jenis perniagaan pun! Yang dipaparkan cuma 'input' yang berupa perlunya motivasi dan keyakinan boleh berjaya; dan 'output' yang hanya berupa testimoni orang lain yang telah berjaya.
What is the transforming process ????
(Input >> transformation process >> output)
Dia tak bagi tau pun. Itu rahsia. Kalau nak tau, kena datang ceramahnya, dan anda mungkin akan terperangkap dengan janji manisnya dan mungkin kena sembur dengan segala pukau, maka kita pun setuju keluarkan modal. Dan rahsia yang akan dikongsi itu biasanya datang dengan tag harga... bukan percuma.
Kita akan dihenyak dengan segala jenis 'structured information' yang telah direkabina khas untuk membuatkan kita lupa untuk berfikir dan menilai sama ada 'perniagaan' itu feasible or not, dan doable or not; atau manageable or not dengan kemampuan yang kita ada. Mereka tak mahu kita fikir perkara-perkara yang kita mahu tahu, mereka cuma berikan maklumat yang mereka ingin kita tahu supaya bersetuju dengan konsep perniagaan mereka. All the time, they don't reveal the true business scenario. Mereka cuma reveal business plan je. Jahat!
Dan masih menggunakan tarikan klasik dengan mengaitkan kejayaan dengan kereta mewah. Dan 'input' dari kita? Hanya kecekalan dan ketabahan untuk terus berjaya (dan wang pendahuluan untuk mereka kebas, yang ini mereka tak cakap)!
Kenapalah aku tak pernah terjumpa mereka yang letakkan 'fliers' perniagaan macam ni? Kalau aku jumpa orang upahan mereka ini, aku akan suruh telan kertas tu! Menyusahkan aku nak buang je.
Kalau nak bagi pun, bagi la sekali dengan suratkhabar percuma, baru la promosi perniagaan namanya. Barulah menunjukkan mereka dah benar-benar kaya dalam perniagaan mereka sehingga boleh sponsor suratkhabar percuma hari-hari.

Saturday, September 12, 2009
Sabtu, 12 September, sebelas tahun seperti hari ini
.
12 September,
Hari ini, sebelas tahun nan lalu, aku sedang bersiap-siap dengan baju melayu dan sampin dan beberapa buah kereta dan sebuah van. Menjelang tengahari, aku bertolak dari tempat persinggahan di Kem Terendak, Melaka menuju ke Nyalas, juga Melaka. Tengahari itu, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik orang. Aku telah sah disuntingi oleh Mama.
12 September 1998,
Ketika itu, SUKOM 98 sedang rancak berlangsung di sekitar ibu negara. Manakala, aku pula rancak di Melaka dengan kenduri-kendara. Para athlet SUKOM sedang lelah berlari di ibu negara, aku pula penat melayan kerenah mak andam dan jurukamera yang minta 'possing' itu ini. Nasib baik tak minta aku buat posisi terlarang, kalau tidak, aku hentak kepala dia. Kalau dia nak sangat tengok aku possing maut, skodeng la tengah malam.
Dan malam itu, perasmian SUKOM 98 di langsungkan di ibu negara. Dengan perarakan manusia dan bunga-bunga api yang bermacam-macam ragam.
Duss....... DUM!
Dusssss........ *senyap jap* ...... DUMMMM!! Fuiyoooo! tinggi....
Mercun roket yang besar itu meluncur dari tengah padang, menuju ke langit malam yang gelap dan apabila sampai ketikanya, ia pun meletuskan pelbagai rantaian api berwarna-warni.... DUM!
Manakala malam itu di Melaka, pertunjukan bunga api SUKOM 98 itu menjadi 'visual metaphora' aku...
.
.
Mama, ..............................Terima kasih
kerana bersama-sama aku melayari kehidupan
ini selama 11 tahun dan masih tetap utuh kasih kita.
Syukur kepada Allah. Masa menjadi statik bila
kita bersama dan 11 tahun itu umpama
baru kelmarin. Kemesraan itu tidak
pernah berubah, malahan
bertambah. Sayang
Mama...
.
.
.
.
.
.
Ya, hari ini aku berubah menjadi purple dan sedikit pinky...
Transformasi setiap tahun...
Labels:
Anniversary
Friday, September 11, 2009
Berbeza itu juga keadilan...?
.
Aku sering juga ditanyai oleh seorang anak buah di tempat kerja, kenapa orang lain boleh buat begitu tetapi kalau dia tidak boleh. Kenapa kalau kelibat dia tiada , ditanyai. Sedangkan kelibat orang yang satu lagi, jarang pula ditanyai. Akak itu selalu kurang berpuas hati terhadap abang yang seorang lagi itu.
Mereka berdua punyai bidang tugas yang berbeza sebenarnya tetapi kedua-duanya melakukan kerja-kerja berasaskan projek. Malah, gred mereka juga amat jauh berbeza, seorang eksekutif dan seorang lagi cuma juruteknik. Walaupun akak tu tak kata tetapi aku tahu dia mempersoalkan keadilan. Akhir-akhir ini, aku malas nak layan. Malah, kadang kala sengaja aku biarkan supaya dia lebih berfikir tentang keadilan.
Adakah keadilan mutlak ada di dunia ini?
Sesetengah orang melihat keadilan itu wujud dengan kesamaan (bukan kesaksamaan). Ia dikatakan adil bila semuanya sama rata. Bak kata, pokok perlu sama tinggi. Bangunan perlu sama besar. Namun hakikatnya kalau semua sama begitu, dunia ini dibina secara homogenus, ia adalah satu binaan yang amat membosankan.
Keadilan Tuhan dari segi pembalasan di dunia dan di akhirat lebih senang diterima. Sukar untuk kebanyakkan kita terima keadilan Tuhan di dunia ini. Kenapa kulit orang itu lebih cerah, kenapa orang itu lebih kaya, kenapa di sana tidak aman. Berbuih-buih mulut para ilmuwan berkhutbah dan berceramah namun dalam hati kebanyakkan kita masih mempersoalkan tentang keadilan jika konsep keadilan berteraskan kesamaan masih tergenang dalam fikiran.
Kenapa tidak mahu melihat keadilan melalui perbezaan? Keadilan juga wujud dalam perbezaan sebenarnya. Malah itulah yang biasa kita lihat di dunia ini. Seperti mana kejadian setiap makhluk dijadikan berbeza, adalah lebih adil jika kelebihan yang lain pula digandingkan dengan kekurangan yang ada padanya. Pokok yang besar berbuah setahun sekali namun pokok rumput yang kecil amat mudah membiak sepanjang tahun.
Manusia dijadikan berbeza-beza dan jalan hidupnya juga berbeza-beza. Demi keadilan, setiap dari mereka mepunyai kelebihan tertentu untuk digandingkan dengan kekurangan yang ada pada setiap mereka. Itu keadilan juga. Jika orang beri tumpuan hanya pada kelebihan yang orang lain ada, terjadilah perasaan kurang adil.
Kasihan. Akak itu sukar menerima keadilan dalam perbezaan. Malah melalui pengamatan aku, kebanyakan kaum wanita berfahaman keadilan itu kesamaan manakala kaum lelaki melihat keadilan itu dalam perbezaan. Mungkin itu lumrah yang Tuhan jadikan.

Thursday, September 10, 2009
Semacam satu tradisi pula
.
Menjadi tradisi sepanjang kerjaya aku, setiap bulan Ramadhan, aku hanya bekerja 4 hari dalam seminggu. Termaktub begitu dan semua bos-bos aku mentaatinya. Setiap hari Jumaat, aku akan bercuti. Jangan tanya kenapa.
Selama sebulan itu, waktu tidur aku memang kurang. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan, waktu tidur aku kurang sangat-sangat, kerana menjadi tradisi selama aku hidup ini, aku tak suka tidur terlalu awal. Biasanya pukul 12 malam atau pukul 1 pagi. Jangan tanya kenapa.
Kalau dulu, masa kecil-kecil dulu, aku masuk tidur jam 11 malam tetapi aku hanya melelapkan mata sejam atau dua jam kemudiannya. Semacam satu tradisi juga, macam-macam perkara bermain dalam kotak fikiran, dari imaginasi liar kepada imaginasi songsang. Imaginasi itu menyeka kantuk aku walau kelopak mata aku tertutup. Bulan Ramadhan menjadikan mata aku berpinar-pinar. Jangan tanya kenapa.
Bila dihitung, rata-rata waktu tidur aku cuma 6 jam sehari. Bila bulan Ramadhan, waktu tidur aku cuma 4 jam sehari. Bila aku telah bekerja, pola tidur aku tetap seperti tradisi. Dan hari Jumaat pada bulan Ramadhan, aku manfaatkan untuk berehat di rumah, juga kerana waktu kerja sebelah petang Jumaat agak singkat, semacam tidak berbaloi aku masuk semula ke pejabat setelah pulang bersolat Jumaat.
Tidak perlu ditanya kenapa kerana jawapannya ada di perenggan di bawahnya.

Wednesday, September 9, 2009
Cinta si camar putih....
.
Sepasang kekasih di tebing tinggi, ada laut terbentang di sana, ada langit yang mengufuk dan bercantum, ada putih awan dan biru lautan, ada angin menyibak rambut si gadis, amat selalu.
Sayang, ianya tidak lama sebelum si gadis menjadi seekor camar putih, lalu terbang ke langit. Kini si jejaka itu keseorangan. Dakapannya kosong, hanya angin laut menderu dari celah-celah lengannya.
Deburan ombak memutih di bawah sana, keasyikkan camar-camar yang terbang mengulit angin laut, dan dada langit yang bidang di atas menawarkan satu tarikan.
Dia depangkan tangannya sambil mendongak ke dada langit, sambil matanya terpejam, sambil mindanya ligat memaparkan kisah-kisah si camar putih yang terbang tinggi ke awan, sambil menghayati keasyikan segala-galanya.
Keasyikkan itu memberikan sayap-sayap helang pada tangan-tangannya, mengembangkan ekor meraknya. Keasyikkan itu menerbangkannya, menuju ke suara deburan ombak yang memutih, menuju ke biru lautan, kepada batu-batuan, di bawah sana.
Keasyikkan itu turut membawa impiannya terbang ke dada langit yang bidang, ke dada awan, untuk bersatu dengan si camar putih, kekasihnya itu......

sketsa
Tuesday, September 8, 2009
Bahasa cinta bukan bahasa yang mudah
.
Aku dan kamu
hanya berdua
Berdiri di tebing gunung tinggi, di pinggir laut
tangan kamu dalam tangan aku,
dan angin laut menyibak rambutmu, selalu
Kita memandang sayup putih kaki langit
bercantum, bersatu dengan biru laut
dan ombak memutih memecah batuan
Lalu kamu sandarkan diri kamu
erat ke dada aku, berkongsi hangat
berdakapan, melihat camar terbang
Aku ucap kata cinta itu, tetapi kamu tidak tahu
mungkin ucapan cinta aku asing bagi kamu
Tidak mengapa
Rapatkan telinga kamu pada dada aku
dengari degupan jantung aku
mungkin bahasa cinta yang ini
lebih mudah untuk kamu fahami

puisi
Monday, September 7, 2009
Kos raya setiap tahun
.
Berapakah kos sebenar untuk merayakan hari raya? Setiap tahun?
Pakaian: RM 250 ~ RM300 seorang.
Sepasang baju melayu - tempah
2-3 pasang baju 'hensem' untuk jalan-jalan hari raya, juga untuk basahan hari hari lepas tu
Kasut 'crocs'
Makanan: RM 300
Rendang untuk keluarga, untuk jiran sebelah kiri, untuk jiran kanan.
Nak bawak balik rumah mak, kena tapaw adik beradik, mak sedara
Anak nak bawak sikit balik asrama
Kuih-muih: RM 300
Satu jenis RM20 x 10 jenis... eh, mana cukup tu. Paling kurang satu tin setiap jenis..
Tu belum kira buat kuih sendiri tapi buang sebab tak jadi....
Atau pun, malu nak keluarkan sebab tak sedap. Lepas tu paksa suami dan anak-anak makan bagi habis. Kalau tak makan, diugut kata tak hargai usaha isteri.
Rumah: RM200 - RM 3500
Kalau setakat tukar langsir dan cat, murah la..
Kalau dah tukar sofa, extend rumah... kena tambah lagi.
So, berapa semuanya?
Tu tak kira duit minyak, duit tol dan servis kereta lagi tu.
Oh ya, dan duit raya...

Sunday, September 6, 2009
Peringatan: Siap kau para peniaga bazaar S.Alam!
.
Ya, aku memang tak serik-serik kalau bab-bab makan memakan ni. Lebih-lebih lagi kalau untuk berbuka
Petang tadi, selepas bertapa lebih separuh hari di gua batu atas bukit sana tu, aku singgah di bazaar Ramadhan di Stadium S.Alam. Aku nak tengok, apa gahnya juadah di situ. Nak tengok pada asalnya. Nak tengok sahaja sebab Mama telefon dia nak buat sup ayam special untuk berbuka.
Bila aku sampai, lautan payung-payung merah menaungi seantero bumi. Kalau kucing(orengemok) berlari atas payung-payung itu, sampai ke hari raya haji belum tentu turun ke tanah gamaknya!
Aku mula 'moncah'! Aku telefon Mama, tak payah masak apa-apa. Aku beli semuanya di sini.
Gerai pertama aku singgah: Rojak Singapura.
Aku pilih yang kaw-kaw, yang menimbun tinggi. Aku geram sebab banyaknya dalam bakul tu. Aku cadang setiap satu jenis aku pilih satu. Tapi, bila aku buat macam tu, naik penuh plastik tu dibuatnya. Strategi aku tak betul. Aku pilih yang bertimbun-timbun je. Harga? RM 15 je.
(sampai dirumah, hampeh tak sedap. Pengajaran: jangan pilih yang bertimbun. Ia bertimbun sebab orang tak suka, tak sedap!)
Gerai kedua aku singgah: Lemang dengan rendah tok.
Aku pilih sepotong lemang. Kemudian, aku pilih rendang tok. Aku tengok daging yang pejal dan besar, baru berbaloi dengan harga rendang tu. Harga? RM 10 je.
(rupa-rupanya, rendang tok berdaging pejal dan besar tu adalah bahagian yang keras dan liat. Peringatan: lebih baik pilih rendang tok yang sedikit hancur dan kecil-kecil, lebih selamat!)
Gerai ketiga aku singgah: Nasi Beriyani berlauk.
Aku minta 2 nasi beriyani ayam dan nasi tomato. Untuk nasi tomato itu akan pilih lauk special. Untuk aku. Aku jenguk satu belanga yang besar. Di dalamnya gulai limpa masak kicap kegemaran aku. Aku suruh peniaga tu godak-godak seisi belanga, limpa ber uak-buak naik dan turun. Aku geram. Aku pilih yang agak besar, 2 keping. Harga: RM 14 je.
(Bila aku makan limpa tu, bau lembu melekat di tekak, hanyir pun ada. Peringatan: Jangan pilih lauk dalam periuk besar dan tak ramai pengunjung yang datang. Itu mungkin lauk minggu lepas!)
Dan aku pulang dengan kos makanan sebanyak RM39!
Aku memanjatkan kesyukuran ketika berbuka. Namun, aku masih tak puas hati dengan para peniaga bazaar Ramadhan di situ. Hish!

Saturday, September 5, 2009
Friday, September 4, 2009
Kertas warna dan sekeping kad raya...
.
Atas permintaan Paku Payung, aku keluar mencari beberapa keping kertas warna dan sekeping kad raya. Aku tak ada masalah nak cari kertas warna. Aku ada masalah nak cari kad raya. Zaman sekarang, kedai runcit malabari pun tak jual kad raya.
Aku cuba nasib di kedai 7E yang tak pernah tutup-tutup tu di wilayah Shah Alam, Selangor. Ada rupanya!
Tapi sebelum tu, alang-alang dah masuk kedai 7E di wilayah Shah Alam, Selangor itu, aku terus ke belakang. Aku capai beberapa kotak air minuman dan 2 keping kad raya. Lalu pergi ke kaunter.
Semasa aku keluarkan duit, aku jeling pada peti sejuk.
Aku nak beli Beer 2 tin boleh tak? Aku tanya cashier lelaki Melayu itu.
" Tak boleh, bang "
Ye ke, kenapa tak boleh? Aku desak lagi.
" Itu untuk dijual kepada orang islam, bang "
Ooo... lalu aku keluar meninggalkan kedai 7E di wilayah Shah Alam, Selangor itu.

Thursday, September 3, 2009
Tup-tap-tup-tap, mungkin bunyi air liur menitik...
.
Salam Ramadhan buat semua, walau mungkin agak terlambat, kerana pada awal ramadhan hari tu, aku pergi ke 'rumah' kawan-kawan dan mengucapkan selamat hari raya.
Tup-tap-tup-tap, ramadhan telah hampir mencecah separuh bulan.
(nota: tup-tap-tup-tap; bunyi lesung batu untuk menumis lauk berbuka).
Tup-tap-tup-tap, badan aku masih berat begini, macam dah tak boleh capai target berat purata model iklan sabun je ni.
(nota: tup-tap-tup-tap; bunyi ketukan pensil pada bucu meja sambil memandang jarum jam yang bergerak lambat).
Tup-tap-tup-tap, hari raya kini hampir menjelma dari balik simpang rumah dan masih belum ada semangat nak beli-belah baju raya, maksud aku kemeja atau seluar (yang dalam atau luar).
(nota: tup-tap-tup-tap; bunyi hentakan tumit kasut sambil memikirkan berapa banyak duit hangus raya kali ini, selain hangus dibakar api roket dan bunga api).
Tup-tap-tup-tap, tiba-tiba Mama mengeluarkan sesuatu dari dalam beg aku. Hah! ada bungkusan berplastik lutsinaran, aku pun baru sedar, entah berapa lama ia di dalam situ. Pemberian (baca: percuma) kompeni sempena mengambil bahagian dalam rangka kerja berkumpulan 2 bulan lepas.
'Hmm... abang pakai baju yang ni je la untuk raya nanti'
Hmm... kira ok juga tu. Kalau ikut hati, aku nak pakai baju Pagoda dan berkain pelikat pergi ke masjid untuk bersembahyang raya nanti. Tapi, atas nasihat kawan-kawan, lambang Tokong Budha pada jenama baju itu amat tak sesuai untuk dibawa ke masjid. Katanya, dah macam para munafik yang kepit patung Uzza pada ketiak ketika bersembahyang masa zaman Nabi dulu.
Yeay!!!!
Aku dah ada baju raya...

Wednesday, September 2, 2009
Ada makhluk Tuhan di sini...malam
.
Malam.
Aku hargai keanggunanmu
Sunyi kamu
Sepi kamu
Dari hingar pekik jerit kota sampah hanyut lesu busuk
Busung dengan nanah darah bekas kudis hanyir
Menggunung tinggi dosa
Dalam dada malam gelap kosong lompong
Ada makhluk Tuhan masih termenung bingung
Memikirkan apakah esok hari masih ada mentari
Menjengah dari celah dahan pohon dan daun tingkap
Ada makhluk Tuhan menghela nafas panjang kerisauan
Keseorangan dalam dada malam hening bisu
Itu aku.

Subscribe to:
Comments (Atom)