.
Pagi Jumaat itu, Tuan Sinister melentuk sedu memandang roti yang kosong, air kopi yang kosong, mentega penyumbat jantung yang kosong, jem strawberi pemotong kaki yang manis tetapi masih kosong. Tuan Sinister memandang hiasan bunga ros merah yang kosong, kerusi yang kosong dan lukisan dinding yang kosong.
Pandangan Tuan Sinisterlah yang kosong sebenarnya. Semua pancawarna yang dilihatnya kelihatan kosong. Itu sudah nasib dia pada pagi Jumaat itu.
Di sebuah rumah yang sederhana binaannya, yang biasa-biasa hiasannya, Malim sedang melipat selimut yang remuk. Malim sedang kejangkan kajang tidur yang keromot. Malim sedang susun dua biji bantal kekabu lembab berbau peluh yang satu di atas katil dan satu lagi di atas karpet.
Manakala di bilik air pula, Juliet sedang enak mandi. Juliet sedang mengusap-usap tubuhnya dari hujung rambut ke hujung ibu jari kaki. Juliet sedang meratakan air ke segelap celahan, bonjolan. Pada roma. Pada hati. Pada jantung. Pada kecantikan. Pada kemulusan. Pada keasyikkan.
Seketika kemudian, Juliet melayang keluar dari bilik air dalam bentuk kabus nipis melalui gawang pintu tanpa perlu dibuka. Juliet terawang-awang satu inci dari lantai jubin dan kini Juliet berdiri betul-betul di hadapan Malim yang melopong kerana tidak sangka Juliet bermalam bersama-samanya. Sungguh tak sangka kerana malam tadi sebenarnya Malim keresahan seorang diri di atas katil. Juliet hanya memeluknya dalam mimpi. Juliet hanya hadir dalam mimpi.
Kabus berbentuk Juliet terus melayang ke meja solek lalu mengambil bedak nafsu lalu disapukan keseluruh tubuhnya. Juliet letakkan gincu dan celak. Juliet semburkan haruman narawastu, baunya menusuk hidung Malim yang melihat segala-galanya.
Setelah sudah, Juliet melayang kepada Malim lalu memberikan satu kucupan manis pada dahi Mallim. Seperti biasa, Juliet pun hilang dari pandangan. Kabus tubuhnya menipis dan menipis sehingga hilang, lalu cerah matahari mulai masuk ke bilik Malim.
Segala-galanya indah buat Malim.
Pada ketika itu juga, Tuan Sinister menyapu mentega pekat pada roti lalu diletakkan di dalam piring. Tuan Sinister menuang kopi ke dalam cawan cantik. Tak dimakan. Tak diminum. Tuan Sinister memandang kosong. Tuan Sinister merenung kekosongan yang ada di depannya. Wap panas dari air kopi panas menerawang naik ke siling namun ianya tak sama dengan kabus Juliet.
Segala-galanya kosong buat Tuan Sinister.
.
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Kisah 3 ekor babi dalam badan manusia...
.
Selepas Maghrib tadi ada kelapangan. Ada pula penceramah jemputan yang datang. Tajuknya pun memang kena dengan aku " Mencari Ketenangan Hati ".
Secara ringkasnya, dia kata, mengikut Ibnu Qayyim, ketenangan itu boleh dicapai jika melakukan 3 perkara: (1) Bersyukur akan nikmat yang diberi (2) Bersabar akan dugaan (3) Beristigfar akan dosa-dosa walau pun kecil.
Nak dipecahkan memang panjang. Bila bercakap tentang nikmat, definisi nikmat itu sendiri sudah dalam. Nikmat yang utama ialah nikmat Islam (baca ayat terakhir Al Quran yang diturunkan), lalu bagaimana mensyukuri nikmat Islam itu? Panjang berjela...
Tapi, yang aku nak utarakan disini ialah semasa sessi soal jawab. Ada satu mamat bertanyakan tentang biskut, yang dikilangkan di Johor, yang dikatakan dicampurkan dengan benda haram.
Ustaz tu kata, masalah halal haram ni memang satu hal yang merunsingkan. Dia bagi perumpamaan seperti racun. Katakan si A sengaja meminum racun lalu mati. Katakan pula si B secara tak sengaja meminum racun lalu mati juga.
Si A adalah berdosa kerana sengaja, manakala si B tidak berdosa kerana tak sengaja. Namun akibat racun itu tetap sama iaitu kedua-duanya MATI. Tak kisah sama ada berdosa atau tak.
Begitu juga halnya makanan halal dan haram ini. Tak kisah sama ada sengaja atau tak tahu. Yang pasti, akibatnya tetap sama. Katanya, akibat makanan haram ini ialah memakan spiritual... rohani. Akibatnya... pemarah, degil, busuk hati, dengki.. dsb.
Sebenarnya, aku nak ceritakan yang ini:
Sebagai menjawab soalan mamat yang bertanya itu tadi, ustaz ini pun mengaku dia tak berapa pasti tentang isu tergempar itu sebab pengilang itu memang terkenal. Kalaulah benar, dia memang dalam kesusahan sebab dia telah makan makanan itu sejak kecil lagi.
dan kalaulah dibelah badannya dan dikumpul-kumpul semua benda haram itu, mungkin boleh dapat 3 ekor babi! katanya....
HAHAHAHAA.... aku ketawa kuat dalam surau itu... lantak la.... siapa suruh dia buat lawak!

Sepotong kayu yang hanyut...
.
[perlu dibaca dengan cara syarahan berintonasi ala-ala Pak Aminul]
Bacalah!
Kenapa hatimu keras, wahai anakku? Kenapa kamu enggan bangun lalu ke suro untuk menyahut seruan itu? Katakan kenapa, jawab!
Katakan kenapa kamu sanggup menolak kedameian dan ketenanganyang pasti ada di sana? jawab anakku!
Bukankah kedameian dan ketenangan itu yang kamu cari-cari selama ini? Bukankah kedameian dan ketenangan itu yang didambakan oleh seluruh umat manusia? Sila jawab anakku.
Apakah kamu bisa mendapatkan kedameian dan ketenangan dengan cara menarik selimutmu langsung ke atas, lantas terus hanyut dalam tidurmu? Dalam mimpimu? Jawab!
Bacalah!
Bacalah dengan nama Allah yang mengajarkan manusia!
Kedameian dan ketenangan yang kamu cari sebenarnya ada dalam diri kamu sendiri, tetapi kamu buta. Hati kamu buta untuk melihatnya. Hati kamu kotor untuk merasainya. Sedangkan kamu tahu bahawa kedameian dan ketenangan itu adalah anugerah daripada Allah!!!
* praaanggggg!!! (bunyi petir) *
Kedameian dan ketenangan itu Fitrah, wahai anakku. Ia ada dalam dirimu jika kamu mahu mendapatkannya. Hanya jika kamu mahu. Bacalah!!!
* praaanggggg!!! (bunyi petir) *
Apakah kamu mahu menjadi seperti sepotong kayu yang hanyut ke tepian pantei? Sepotong kayu yang reput, yang sudah amat luntur warnanya? Sedangkan dulu ia sungguh hijo dan gah berdiri kuat menahan ribut. Sungguh kokoh akar-akarnya memasak jauh ke dasar bumi. Lalu ia masih enggan tunduk. Coba kamu fikirkan, anakku. Bacalah!
Akhirnya, ia temui kedameian dan ketenangan setelah hanyut berbulan-bulan, malah bertahun-tahun di lautan. Setelah ia reput dan terbiar di tepian pantei.
Ia hanya temui kedameian dan ketenangan setelah terdampar lesu.
Janganlah kamu menjadi seperti sepotong kayu yang reput itu, anakku.
Marilah kita sama-sama beristighfar...
* musik latar - Itirof *

Tuesday, September 27, 2011
Merungkai sebuah rangkulan erat...
.
Dia seorang yang kacak, petah berbicara, yang apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat Suci itu, sungguh merdu dan semerbak wangi suaranya. Dia pandai membuatkan aku tersenyum, ketawa dan kadang kala hati aku gentar. Aku menangis?... ahhh tidak sekali-kali. Itu sungguh bukan aku.
Namun pada petang itu, dia mendepakan tangan-tangannya sambil melemparkan senyuman yang segak. Aku, yang anti-sosial ini dan sudah tentu mempunyai ruang-diri yang tebal, tidak mungkin memeluk seorang jejaka. Itu sungguh bukan aku.
Aku akan pastikan sentiasa ada ruang yang cukup 2 hasta jaraknya. Apatah lagi kalau didakap rapat, bertukar-tukar sedut bau parfum dan letak-letak dagu di atas pundak pasangan. Secara otomatik aku akan terasa seperti 'gay' sungguh!
Namun senyuman ikhlasnya membuatkan aku terlupa prinsip aku tadi. Buat pertama kalinya selepas aku baligh aku memeluk seorang lelaki. Mungkin juga sebab ketampanannya membuatkan aku berubah menjadi Zulaikha atau mungkin Ayu Jannah atau mungkin juga Juliet.
Dia rapatkan dadanya ke dada aku, rangkulan kami menjadi erat. Bukankah 2 pemuda yang berkasih sayang kerana Tuhan itu sungguh bagus? Maka, kami lakukan perbuatan itu di hadapan puluhan orang. Secara terang-terangan sehingga hati kami seolah-olahnya bersatu.
Ketika muka aku seinci dari lehernya, aku bisikkan ini:
" kayaknya nanti hari Selasa malamnya saudara bakal muncul di ruang kaca TV ? "
Serta merta dia rungkaikan rangkulannya dan aku pun melepaskan badannya dari pelukan aku.
Balasnya sambil ketawa kecil. Aku fikirkan dia sengaja merendah diri tapi bila aku renung raut wajahnya yang putih bersih, ada warna kemerah-merah muncul tiba-tiba seolah-olah dia benar-benar segan jika aku tontonnya di kaca TV nanti.
Aku ketawa kecil yang aku sendiri tak pasti sama ada itu ketawa menyakat atau memikat... yang pastinya, dia pernah ada dalam rangkulan aku.
Saksikan dia malam nanti ( Dr. Aminul ) di TV9 hari Selasa, Halaqah jam 10pm... siri terakhir sentuhan qalbu.
.... kemudian, coba katakan padaku nanti jika hati kamu enggak mau bergetar...

" waduh...! jangan bicara begitu... aku maluuu... "

Monday, September 26, 2011
Anjing kurap yang setia...
.
Kebetulan, sesampai sahaja aku di sebuah bank, bekalan elektrik terputus. Urusan aku pun ikut 'black-out'. Oleh kerana panas di dalam, aku keluar dan lepak di siar-kaki. Agaknya, huduh sangat jiwa aku ini sampaikan bank pun tak nak terima aku.
Ketika itulah, seekor anjing yang kotor dan berkurap, dan tua berjalan terdengkot-dengkot dari belakang bangunan menghampiri aku. Aku teringatkan kucing aku 'Jagad' yang entah di alam mana dia sekarang ini. Aku tegur anjing tua itu, dia berhenti sejenak dan mendongak, memandang aku.
Aku dapat lihat ketulusan dalam hatinya. Aku cuba ambil gambar tapi tak sempat sebab dia seakan-akan tahu: kenapa cerita buruk dirinya yang diberitakan...
Aku ekorinya. Lagi pun, bank itu masih bergelap. Akhirnya dia rebahkan tubuhnya di siar-kaki di hadapan sebuah kedai makanan kaum Cina. Aku hampirinya, sehampir-hampirnya. Aku tegur sekali lagi. Apabila memandang aku, aku lemparkan senyum kepadanya tanda aku tak akan mengapa-apakan dia.
Aku tau, cerita deritanya mungkin lebih buruk daripada aku: tentang kesetiaan, tentang kejujuran, tentang kecewa, tentang berpaling tadah.... banyak sungguh pengalamannya. Mungkin lebih dari aku.
Seburuk-buruk dia, setianya masih kekal kepada tuan yang memberinya makan.
Aku....?

Sunday, September 25, 2011
Cobalah lihat dia, lalu katakan jika jiwa kamu enggak mau bergetar....
.
Aku bukan mau berbicara kosong tetapi itulah hakekatnya.
Susuk tubuh yang secukupnya, roman muka yang segantengnya.
Aku pembeli masa sedangkan dia pemain wayang air mata.
Kemunculannya bisa buatkan sukma jiwa sang wanita dan pria bergema dengan suara.
yang wanita dengan gema cinta dan dialah obatnya.
yang pria dengan gema cemburu buta dan dialah puncanya.
Ayoh semua, jangan disangka aku 'gay' yang gila.
Umpama Zulaikha yang merindu akan kesempurnaan pada sang pria.
Lalu dipanggil semua wanita di kota datang ke pesta hinggakan jari terluka
Jangan dihukum aku dulu.
Ayoh, tontonlah sendiri yang pria ganteng itu di TV9, Selasa, 10.00pm
... bagian terakhir sentuhan Qalbu, si pria itu bakal muncul...
Nah, katakan jika jiwa-jiwa kamu enggak mau bergetar....

Saturday, September 24, 2011
Friday, September 23, 2011
Aku ini fosil hidup yang terenap dalam sedimen laut mati....
.
[ maaf kawan-kawan, selama 3 hari ini siang aku menjadi malam dan malam aku menjadi kelam. kerana itu, aku tak dapat mengunjungi kalian di siang hari. tunggulah, sehingga semuanya selesai, InsyaAllah, tulisan aku akan lebih difahami dalam entri-entri mendatang... ]
Aku fosil, tolong jangan umpil aku dari enap masa,
lapisan sedimen enapan yang penuh temulang purbawara.
Aku telah lama terendam menjadi fosil hidup di lapisan enap mati,
aku ini fosil yang telah merakam cerita tentang alam diri,
Mereka berani membuka pintu, membalas ketukan dan salam,
membuka tingkap lalu membiarkan masuk sinar penulis kalam.
Tentang seorang tua yang berjalan mencari arah masjid yang di Utara,
Tentang seorang pemuda yang berjalan mencari arah qiblat yang ke Selatan.
Ini tentang aku yang melihat semua,
Ia tentang sejarah hidup yang aku cerna.
Tinggalkanlah, biarkan aku mendap bersama-sama lapisan masa.
[di SACC - 23.9.2011]

Labels:
puisi
Thursday, September 22, 2011
Hasil Perut Bumi
.
Rezeki juga ada di dalam perut bumi. Mereka yang tinggal di dalamnya boleh menceritakan tentangnya.
Siapa kata tak boleh hidup di dalam pasir yang bergaram ?
Cuma... isi perut perlu kental untuk menelan dan sanggup untuk mencernakan.

AMARAN KERAS : Awas !!!
.
Amaran ini terpacak jauh di tengah sana. Kalaulah laut ini bernama Laut Kalzum, sahih jauhnya 70,000 tahun berenang.
Amaran ini keras tetapi baik tujuannya.
Ironinya, amaran itu hanya boleh dibaca jika mereka telah berenang sekitar 30,000 tahun. Ketika itu, lautan hitam telah pun menelan hati-hati mereka sehingga lemas.
Kenapa tak dipacakkan di tepi pantai sahaja ?

Wednesday, September 21, 2011
Tiram-tiram yang kepanasan demi habuan yang bersifat duniawi...
.
Tiram-tiram yang terpanggang kepanasan itu, air laut umpama anugerah dari syurga kepada mereka. Hairan sungguh, kalaulah dah tahu kelak kepanasan mengapa tak melekap di bawah sikit?
Oh...!
Kerana falsafahnya,siapa yang paling atas adalah yang paling berjaya, paling bahagia dengan segala kemewahan dan limpah kurnia bersifat duniawi.
Walau pun hakekatnya, ianya amat menyeksa diri...
Mengapa tak diambil iktibar dari pasang surut air laut bahawa yang di bawah itu mungkin lebih tenteram dalam mengharungi dugaan hidup, lebih nyaman dan aman dari segala kejar-mengejar ? Lebih senang menikmati sejuk air laut dan rezeki yang dibawakan melaluinya ?
.
Lokasi: laut selat melaka |

WW... turn aku pulak...
.
Rimbun daunan gagahkan diri mengharungi sejuk malam dalam lapar dan ketakutan.
Menantikan sinar mentari pagi yang membawa sejuta harapan.
.
lokasi: dari balik daun bunga raya di sebuah kampung sentosa udaranya |
Rimbun daunan gagahkan diri mengharungi sejuk malam dalam lapar dan ketakutan.
Menantikan sinar mentari pagi yang membawa sejuta harapan.
.
Tuesday, September 20, 2011
Ini tentang gergasi Gergadoyle....
.
Cerita tentang si ketam cilik membuat kubu pasir sebenarnya bercerita tentang isu Palestine dan Amerika.
Palestine, melalui pemimpin kerajaannya, mahukan kebebasan. Mahukan Palestine yang merdeka. Lobi-melobi giat dilakukan tapi Amerika dah awal-awal bagi amaran akan gunakan kuasa veto untuk menolak Palestine merdeka.
Sekali imbas, kita akan dapat lihat wajah sebenar negara-negara dunia ini. Sokong atau tak.
Tapi, ada isu sebalik itu.
Kalaulah Palestine telah merdeka, bermakna Palestine akan berpuas hati dengan jumlah luas tanah dan sempadan negara yang sedia ada. Dengan kata lain, objektif asal perjuangan Palestine untuk mendapatkan semula negara Palestine yang utuh seperti asal akan berakhir. Perjuangan mereka pun berakhir.
Dan Israel akan berjaya mendapatkan tanah Palestine secara percuma tanpa perlu berusaha meminta persetujuan dunia, kerana Palestine telah usahakan untuk mereka.
Dan mereka akan terus berperang di sempadan dan dunia payah nak masuk campur kerana itu perperangan antara dua negara. Tiada lagi tuduhan Genocide atau Hak Asasi ke atas Israel.
Dan alasan Israel yang mengatakan tanah Palestine adalah 'promised land' yang ingin dituntut sejak zaman '40 tahun terbuang di padang pasir' akan terlaksana...
Dan Kiamat pun semakin menampakkan wajahnya ....
Dan sekarang, patutkah Amerika dianggap hero dunia kerana cuba menghalang ?

![]() |
imej: topnews |

Membina kubu pertahanan diri...
.
Si kecil itu, yang kerdil, telah cuba mengutip dan menolak pasir menjadi benteng. Aku ralit melihatnya sehinggakan muka dan lengan aku terbakar dipanggang bahang matahari.
Si kecil yang kerdil itu tahu dirinya lemah untuk sang gergasi tengkuk bergaris tiga seperti aku. Mungkin ia tak tahu yang benteng pasir bukanlah kubu yang mampan untuk menampan gergasi ini, tetapi itu bukan isunya.
Mampan atau tak, itu perkara kedua baginya kerana yang paling utama, ia patut berusaha sehabis mungkin untuk menghalang gergasi ini dari terus cerobohi privasinya. Kalau dah berusaha sehabisnya, tak kisahlah apa akhirnya. Mapan pun mapanlah. Janji puas.
Yang kecil dan kerdil itu setelah lelah membina kubu, ia berhenti dan menyerahkan segala-segalanya pada takdir...
Manakala gergasi ini pula.. ahh... gergasi ini memang nak kena siat-siat!

Monday, September 19, 2011
Sunday, September 18, 2011
Koleksi Ketam-Ketam Yang Takut.....
.
.
Lokasi: Bagan Lalang
Tarikh: 17.9.2011
Tiada menatang yang mati semasa penggambaran ini
Sesungguhnya amat payah untuk mententeramkan si ketam yang asyik nak lari.... fuhh!
.
Saturday, September 17, 2011
Berirama Senandung Semalam... Sepetang
.
Dah lama aku tak jejakkan kaki aku ke Bagan Lalang. Kalau tak silap, lebih 5 tahun. Tapi, itu cerita lain. Kalau dah cerita lain, aku ceritakan lain kali sahajalah.
Sebenarnya, aku nak tunjukkan yang ini:
Udang dan sotong goreng tepungnya rangup. Tepungnya taklah tertanggal dari udang dan sotong, tak adalah macam sesetengah tempat yang tepungnya lari seolah-olah tak sanggup nak menempel sebab dah busuk.
Dan yang paling aku respek ialah Siput Sepetangnya (ye ke? aku tak pasti namanya). Memang manis. Sebelum-sebelum ini, aku pernah makan Siput Sepetang tapi isi perutnya penuh dengan pasir.

Udang dan Sotong masing-masing nak menyorok.. konon. |
Sepatutnya Siakap 3 Rasa, tapi rasa-rasanya bukan... |
SIput yang menyorok di dalam buluh perindu |
Udang dan sotong goreng tepungnya rangup. Tepungnya taklah tertanggal dari udang dan sotong, tak adalah macam sesetengah tempat yang tepungnya lari seolah-olah tak sanggup nak menempel sebab dah busuk.
Dan yang paling aku respek ialah Siput Sepetangnya (ye ke? aku tak pasti namanya). Memang manis. Sebelum-sebelum ini, aku pernah makan Siput Sepetang tapi isi perutnya penuh dengan pasir.
.
Friday, September 16, 2011
Genggam palang dan angkat kaki...
.
Dah puas makan rendang, jom bersenam...
Tapi aku mengaku awal-awal, aku tak larat nak angkat kaki macam tu.
Berat kaki aku sahaja dah 50kg.
.
Dah puas makan rendang, jom bersenam...
Taman Cyberjaya |
Tapi aku mengaku awal-awal, aku tak larat nak angkat kaki macam tu.
Berat kaki aku sahaja dah 50kg.
.
Thursday, September 15, 2011
Kuda: dua kaki vs empat kaki...
.
Terkebil-kebil mata aku memandangnya yang lencun dalam buih.
" awak gosok baek-baek tau.... "
Aku sebenarnya segan. Maklumlah, kuda sekecil itu pun aku malas nak gosok. Lebih-lebih lagi apabila kuda kecil aku itu berdiri tegak di sebelah kuda yang lebih jantan, lebih tegap.
Kuda empat kaki itu, kalaulah berdehem sekali, sahih tunduk kuda kecil aku tak terpanggung kepalanya lagi. Kuda aku hanya dua kaki.
Tapi, aku peduli apa. Dah itu memang kuda aku. Sekecil mana pun, aku perlu bangga kerana aku tak berhutang.
" dah bilas, boleh vakum sekali tak...? "

" baik banggg... "

Wednesday, September 14, 2011
Oh lelaki...... oh wanita .......
.
Mata si lelaki terkebil-kebil dan tumpuan melekat pada udang-udang yang tersisih.
Garfu si lelaki mula bergerak-gerak, menguis-nguis malu sebelum terangkat dan mahu melompat ke piring sebelah.
" Heepp !!! " si wanita
" Nanti orang makanlah.... save the best for last..." si wanita

" Sejak bila tak suka udang ? " si lelaki
" Nanti orang makanlah.... save the best for last..." si wanita
Gambar sebenar, cerita tak benar sama sekali... |
.
Tuesday, September 13, 2011
Lelaki oh Lelaki..............
.
Dilema seorang isteri yang sangat berkeinginan...
" Apa awak makan tu.... ? "
" Nak sikit...."
" Habis tu, you gemuk tak apa...? "
" Kalau I yang gemuk... ? "

"... ice cream berperisa mint bercampur coklat chip yang lazat..."
" Nak sikit...."
" ... tak boleh, nanti you gemuk..."
" Habis tu, you gemuk tak apa...? "
" I gemuk tak apa, tak ada pompuan nak ngorat. You pun selamat ..."
" Kalau I yang gemuk... ? "
" Kalau you gemuk. You selamaaatttt... "
Gambar benar tapi cerita hanya sekadar hiasan... |
.
Wanita oh wanita...
.
Dilema seorang wanita yang bekerjaya...
" I think I need a NEW bigger bag lah.... "
" I need the new bigger bag to carry these bags lah.... aiyoo"

" You have 2 bags already maaa..... what for ? "
" I need the new bigger bag to carry these bags lah.... aiyoo"
Gambar benar tapi cerita adalah hiasan... |
.
Demi Masa.....
.
Aku dah penat melapah masa.
Kulitnya semakin nipis dan mudah terkoyak. Kulitnya semakin kering, badannya semakin enteng. Semakin kurus. Pisau belati tembagasari tempawan dunia moden terlalu tajam untuknya. Hirisan belati itu sering menembusi kulitnya.
Memang payah nak kawal olengan tari tangan semasa melapah masa. Maklumlah, dah lama melapah sambil berdiri, sayugia tangan lenguh amat. Tak mengapa, lapahan perlu diteruskan kerana masa itu tak pernah jemu-jemu datang menyerahkan dirinya untuk dilapah.
Kadang-kadang aku ada terfikir, kalaulah aku biarkan masa itu hidup dan berlari pergi, aku tak perlu berdiri lagi. Aku tak perlu melomoti tangan aku dengan darah hanyir.
Tetapi, itu juga bermakna aku perlu berdiam diri. Diam yang sediam-diamnya. Diam tanpa suara. Diam tanpa gerak dada. Diam tanpa ada ombak di dada. Diam dengan mata terpejam.
Diam dalam erti kata membiarkan diri mereput seiring dengan masa.
Diam dalam erti kata aku mati.

Monday, September 12, 2011
Mimpi: Meniti hari-hari mendatang bermula dengan malam yang mengusik perasaan...
.
Biasanya bila didoakan, aku akan bermimpi tentang mereka-mereka yang arwah itu. Tapi, malam tadi mimpinya lain sekali. Oleh kerana mimpi malam tadi, pada kali ini, tak berstruktur aku sukar nak oleh semula jalan ceritanya tetapi aku masih ingat babak-babak yang mengusik perasaan. Antaranya...
Musim menuai pun tiba. Memang biasa kami semua menangkap ikan dengan cara 'menggagau' guna tangan di parit-parit kerana airnya surut. Satu pagi itu, Mak Eton beriya-iya mengajak aku 'menggagau' ikan. Dia menggunakan sejenis tangguk diperbuat daripada rotan yang berbentuk separuh selinder. Itu memang 'trademark' dia.
Mak Eton, aku dan beberapa lagi orang-orang kampung pun turun ke parit yang keruh dengan selut. Airnya separas pinggang, berselut sehingga ke paras lutut. Sebenarnya, airnya masih agak dalam tetapi aku turuti ajakan Mak Eton. Aku pun mula julurkan tangan-tangan aku ke tebing-tebing parit bertanah liat. Jurai-jurai rumput aku ramas-ramas sebelum aku kuakkan ke atas tebing. Jika ada ikan, pasti aku akan terasa dan aku cepat-cepat cekup.
Lubang-lubang pada tebing tanah liat pula aku seluk setiap satunya. Biasanya, haruan dan keli akan menyorok di dalam lubang itu. Namun tak selalunya begitu.
Di salah satu lubang yang aku seluk, tiba-tiba aku dapati sesuatu membelit lengan kanan aku. Belum pun sempat aku tarik keluar, lengan bahagian atas aku terasa amat pedih, panas seperti dicurah asid. Apabila aku keluarkan tangan aku dari lubang yang penuh air itu, aku terkejut apabila melihat seekor ular kapak sebesar lengan bayi berwarna kelabu kehijauan sedang enak membenamkan taringnya pada lengan aku. Masih melekat taringnya sambil kepalanya bergerak-gerak mengepam bisa.
Aku menjerit ketakutan dan kegelian. Aku pegang kepala ular kapak itu dan cuba menariknya tetapi taringnya telah melekat hingga ke tulang dan belitannya amat erat pada lengan kanan. Tiba-tiba Abang Manaf datang tolong longgarkan belitan itu, barulah aku boleh tarik kepala ular itu lantas aku balingkan ke atas tebing.
Kalau tadi rasa geli geleman menjalar dalam diri, kini rasa takut mati kerana bisanya pula yang menyelubungi. Aku koyakkan baju dan aku ikat pangkal lengan aku. Dalam perjalanan pulang, aku dapat rasakan bisanya menjalar dengan cepat ke jantung. Dan aku dapat rasakan nyawa aku hampir lupus, akan mati sebelum sempat sampai ke rumah. Aku suarakan kepada Abang Manaf kebimbangan itu tetapi dia asyik redakan hati aku dan suruh aku bersabar.
Lengan aku terasa amat panas seperti dicurah air panas. Nafas aku pendek-pendek dan aku tak mampu lagi berjalan. Abang Manaf dan beberapa orang lagi memapah aku pulang.
Pukul 3.40am, aku terjaga dari tidur. Aku terasa lengan aku sengal.
Aku ke bilik air dan berwudhuk. Alang-alang Tuhan dah kejutkan aku dari 'mati' , aku teruskan dengan Tahajjud.
Tetapi, bayangan ular kapak itu sungguh terasa sampai sekarang ini ... !

Mimpi
Meniti hari-hari yang mendatang....
.
Aku dapati bila aku bacakan Yasin kepada arwah Bapak dan jiran-jiran, aku akan bertemu mereka dalam mimpi. Apa signifikan cerita arwah jiran-jiran dalam cerita ini? Sebabnya pemergian mereka semua itu seperti domino. Aku ada ceritakan di dalam satu entri, dahulu.
Ringkasnya, mula-mula Bapak aku meninggal. Abang Manaf, jiran sebelah kanan rumah, yang mengetuai mandikan jenazah. Semasa dia kafankan Bapak, aku tanya Abang Manaf agak-agaknya kat mana roh Bapak? Dia balas, ia bergantung kepada amalannya.
Selang beberapa bulan lepas itu Mak Eton, jiran sebelah Abang Manaf, pula meninggal dunia. Mak Eton ini boleh dikatakan penjaga aku sebab semasa kecil aku selalu makan-tidur di rumahnya akibat asyik bermain dengan anak-anaknya.
Ironinya, beberapa bulan selepas itu, Abang Manaf pula meninggal dunia.
Selang sehari, Hajjah Ramlah, jiran sebelah kiri Bapak, pula meninggal. Mungkin jodoh mereka suami isteri kuat, selang seminggu pula suaminya, Hj. Rajuli meninggal. Merpati dua sejoli mereka itu walau umur mereka lebih 90 tahun sebelum meninggal dunia.
Selang beberapa bulan pula, yakni genap setahun Mak Eton meninggal dunia dan genap 2 tahun Bapak meninggal dunia, Suyut ChainSaw iaitu suami kepada Mak Eton pula meninggal dunia.
Jadi, dalam 2 tahun itu sederet 4 buah rumah yang berjiran kehilangan penghuni asalnya, kecuali Emak aku.
Dan, malam tadi aku bermimpi lagi... agak mengganggu juga. Ada ngerinya juga. Haih... !
Petang karang aku ceritakan mimpi tu.

Sunday, September 11, 2011
Adeh.. deh.. deh.... padah akibat gelojoh
.
Hati-hati apabila makan terung bakar. Kalau tak sabar, lidah terima padah.
Di luar nampak sejuk tapi isinya masih panas. Lendir-lendir yang ada di dalam isinya itu bertindak sebagai span yang menyerap dan menyimpan haba. Isinya memendam haba pelakuran yang tinggi.
Lidah aku dah terbakar....
Aaaaa............

Saturday, September 10, 2011
Drama sebabak musim gerimis yang sejuk-sejuk tulang anjing
.
Aku pejamkan mata. Beberapa babak songsang mula menguasai tampuk fikiran, terpancar cerah pada skrin kelopak mata aku. Ahhh...! Aku teruja. Aku telah lama sedia. Buih-buih sabun melekap pada tubuh. Aku sejuk, menggigil.
Apabila aku buka kelopak mata semula, dua orang Bangla yang diupah sedang berjalan menghampiri aku. Tersenyum. Segan tetapi memang itu yang aku hajatkan, malah 'service' kedua-dua mereka itu berbayar dan mereka perlu lakukan secara serentak! Salah seorang dari mereka itu mula mengeluarkan 'hose' yang 'kecil' tetapi 'kental'. Aku suka melihat air yang keluar dari 'hose' nya.
Manakala yang seorang lagi mula menguliti buih-buih sabun pada badan. Aku kegelian yang teramat. Segala 'ceruk' diusap-usapnya, adakala lembut dan adakalanya kasar. Biarlah dia buat apa-apa pun. Aku suka.
Di satu sudut sana, seorang lelaki memerhatikan gelagat kami yang lencun bermain di dalam hujan. Tak mengapa, lelaki itu yang bayar 'service' Bangla berdua itu, biarlah dia lihat segala aksi kami. Mungkin dia perlukan 'hiburan' secara 'live' 2 lawan 1.
Setelah lebih 5 minit aku 'diuli' oleh tangan-tangan kasar Bangla itu, seorang dari mereka menoleh kepada lelaki tadi yang duduk menghisap rokok di bawah khemah.
" Bahia... dalam mau vakum sekali ka...? "

Bang, minta sambal hijau sikit....?
.
Kalau kami ke situ, ikan panggang gemuk dengan telur itu dah macam satu kemestian. Pencuci mulut yang mesti ada. Cuma, pencuci mulut itu jenis kesukaan jin air yang selalu rosakkan lukah orang kampung.
Makan-makan di restoran itu kalau tak ada sambal hijau memang tak lengkap. Walau hidung dan mata akan berair tapi sambal hijau itu mesti ada.
" bang, kasi sikit sambal hijau.... boleh? "
lalu aku gaul-gaulkan sambal hijau itu dengan kicap di dalam piring kecil.
Sambal hijau = wasabi.

Friday, September 9, 2011
Play dumb or play smart ?
.
Ini situasinya. Aku dapat rasakan minggu depan aku perlu berdepan dengan segugus manusia yang akan mempertikaikan apa yang telah aku buat. Segugus manusia yang memegang teguh atas kepercayaan bahawa 'no bending rules is allowed'
Ok. Aku perlukan strategi. Bottom line, aku perlu teruskan dan bereskan segalanya.
Aku boleh kaji terma-terma dan prosedur dengan harapan aku dapat jumpa 'lubang' kelemahannya. Aku juga boleh dapatkan maklumat dari pihak ketiga tentang 'precedent' yang pernah berlaku dan apa penyelesaiannya.
Aku juga mungkin boleh bayangkan apa isi-isi hujah mereka dan aku cari hujah balas, dan mungkin aku terpaksa memanggil beberapa kepala manusia lagi untuk menolong.
Mencari atau memindahkan kesalahan kepada orang lain sungguh bukan aku (so not me).
Di depan mereka itu, aku seorang yang tak tahu tentang polisi, prosedur yang telah aku langgar dan apa-apa akibat darinya. Yang aku cuba dapatkan dari mereka ialah apakah yang perlu dilakukan untuk selesaikannya (moving forward plan).
Aku boleh biarkan mereka membebel tetapi sebaik mereka berhenti sebentar untuk mengambil nafas, aku cuma perlu tanya, ' so...? what shall I do next ?'. Ulang dan ulang.
Biarkan mereka penat sedangkan aku tak perlu buat apa-apa persedian kecuali kekuatan emosi dan mental. Kekuatan untuk membiarkan ego aku dilapah-lapah dan menahan diri dari menyumpah seranah mereka semula atau dengan kata lain, perlu banyak bersabar.
Kalaulah aku boleh buka peti undi kepada kamu semua, aku minta kamu semua tolong aku pilih strategi yang mana satu patut aku ambil. Tolongin aku deh...!
(Nota: jangan pula ada yang komen, ' u should play dumb becoz u're already dumb ', aku seligi karang... ).

Aku boleh menjadi seorang yang pintar (playing smart).
Aku boleh kaji terma-terma dan prosedur dengan harapan aku dapat jumpa 'lubang' kelemahannya. Aku juga boleh dapatkan maklumat dari pihak ketiga tentang 'precedent' yang pernah berlaku dan apa penyelesaiannya.
Aku juga mungkin boleh bayangkan apa isi-isi hujah mereka dan aku cari hujah balas, dan mungkin aku terpaksa memanggil beberapa kepala manusia lagi untuk menolong.
Mencari atau memindahkan kesalahan kepada orang lain sungguh bukan aku (so not me).
Atau...
Aku boleh menjadi seorang yang dungu (playing dumb).
Di depan mereka itu, aku seorang yang tak tahu tentang polisi, prosedur yang telah aku langgar dan apa-apa akibat darinya. Yang aku cuba dapatkan dari mereka ialah apakah yang perlu dilakukan untuk selesaikannya (moving forward plan).
Aku boleh biarkan mereka membebel tetapi sebaik mereka berhenti sebentar untuk mengambil nafas, aku cuma perlu tanya, ' so...? what shall I do next ?'. Ulang dan ulang.
Biarkan mereka penat sedangkan aku tak perlu buat apa-apa persedian kecuali kekuatan emosi dan mental. Kekuatan untuk membiarkan ego aku dilapah-lapah dan menahan diri dari menyumpah seranah mereka semula atau dengan kata lain, perlu banyak bersabar.
Kalaulah aku boleh buka peti undi kepada kamu semua, aku minta kamu semua tolong aku pilih strategi yang mana satu patut aku ambil. Tolongin aku deh...!
(Nota: jangan pula ada yang komen, ' u should play dumb becoz u're already dumb ', aku seligi karang... ).
.
Thursday, September 8, 2011
Menanti tanggal 12 September.... debaran memoncah-moncah !
.
Menjalani kehidupan yang indah dan penuh dengan romans, juga berdepan dengan tetek-bengek yang bersifat agak duniawi; tanggal 12 Sept setiap tahun adalah sesuatu yang membuatkan aku dan kami tersenyuummmmmm...
Satu waktu dulu, tanggal keramat itu bersamaan dengan pelancaran sukom. Malam itu, acara sukom sungguh meriah dengan ucapan, potong-potong riben dan pertunjukkan bunga api. Sungguh cantik bunga-bunga api yang meluncur terang ke udara yang kemudiannya meletup, pecah berderai dan semestinya disambut dengan sorak-sorai. Sungguh simbolik. Mereka yang menikmati pertunjukkan bunga api itu pasti merasa puas.
Beberapa ratus kilometer dari situ, ada bunga api melunsur laju ke sempadan langit sebelum meletup dan menghamburkan percikan-percikan yang berwarna-warni. Sungguh simbolik dan mereka yang menikmati kecantikan percikan bunga api itu pasti terkapar puas.

Wednesday, September 7, 2011
Meratah daging peha dan dada yang pejal...
.
Hari raya ke-2 sampai ke-5 aku di Perak, ambil alih rumah abang aku. Dia pulang beraya di negeri di balik banjaran Titiwangsa. Jadi, rumah dia kini syurgaku. Sambil-sambil itu temankan Emak yang uzur.
Petang-petang banyak burung ruak-ruak bersahut-sahutan di sawah dan di dusun. Serta-merta air liur aku berkecah. Aku masih teringatkan 'kemanisan' dan 'kelazatan' sewaktu meratah daging montok burung ruak-ruak itu. Walau pun tak semontok mana kerana burung liar seperti itu banyak berjalan dari terbang, daging dada dan pehanya memang pejal dan lazat.
Kebetulan abang aku (yang lain) juga balik menjengah Emak, aku terus ajukan keresahan aku tentang sahutan burung ruak-ruak itu. Aku kata, mahu tak tidur malam kempunan daging burung ruak-ruak kalau tak dapat.
Petang Jumaat lepas, aku lihat banyak pasangan ruak-ruak yang berlari dan terbang melintas batas sawah. Aku geram. Aku pusing keliling rumah abang aku, aku intai segala ceruk almari dan goboknya. Aku cari senapang angin (pump-gun) buatan sendiri yang menggunakan besi galas sebagai pelurunya. Tak jumpa. Abang aku (yang lain itu) pun sama mencari. Kalau jumpa, kami nak berburu malam itu juga.
Dalam pada adegan selak-menyelak gobok itu, aku terlihat jerat burung jenis 'rawai'. Kami pun pasangkan di sepanjang batas sawah. Oleh kerana hari dah senja, aku takut malam nanti biawak atau memerang yang terjerat. Kalau mereka berdua yang terjerat, memang jahanamlah jerat 'rawai' itu. Aku tak kisahkan memerang atau biawak yang mampos. Aku kisahkan jerat abang aku itu yang rosak.
Sampai ke maghrib, abang aku (yang lain itu) masih ada di luar rumah. Bila aku panggil dia masuk, dia kata ada banyak burung dah mula 'parking' tidur di dalam rumpun buluh. Sayangnya senapang tak ada.
Sebelum itu, aku ada SMS abang aku (tuan rumah) yang berada di negeri di balik banjaran Titiwangsa. Dia kata, senapang itu ada di bawah almari tapi pelurunya tak ada.
Nasib kamu memang baik wahai ruak-ruak. Tapi mungkin tidak untuk lain kali.
Peha dan dada kamu yang pejal-montok itu akan aku ratah...
.
![]() |
White Breast Waterhen, imej: google ntah kat mana... |

Menyeka air mata....
.
Rindu menjengah dari jendela air mata
mentari itu silaunya memanah pedih, jauh
dari bubuk pilu, terbang kelkatu melayang pergi
ke langit jingga yang baratnya telah condong
ke laut mati.
Dia itu takut-takut menyapa sepi yang sepi
kerana sepi itu hatinya dibalut senja
dari balik dedaun jendela, bergenang air mata
melihat segala-galanya pergi.
Langit jingga membaham sisa-sisa cahaya
lalu gelap pun menjadi raja
malam kini, air matanya sembunyi
di balik mimpi.
.
![]() |
imej: google ntah kat mana... |

Tuesday, September 6, 2011
Mencari petanda yang mampu menunjukkan kesaktian jiwa...
.
Burung Raja Udang.
Itu nama timang-timangannya sebab burung tu tak makan udang pun, ia makan ikan, katak, serangga... Burung tu tak boleh menjunam sampai ke dasar sungai. Udang berada di dasar, udang tak 'manggak' atau ambil udara macam ikan haruan atau sepat atau puyu.... atau arapaima gigas.
Salah satu petanda yang aku cari-cari kalau aku balik kampung atau pergi ke kampung mana-mana ialah Burung Raja Udang. Aku akan 'respek' tempat itu jika ada burung ini dan kalau burung ini banyak, 'respek' aku mungkin sampai angkat kaki (aku) ke dahi (dia)... salute.
Aku mencari burung ini sebab ia mencerminkan keabadian dan keluhuran ekosistem kampung aku yang 60% adalah sawah bendang.
Semasa dulu-dulu, banyak sungguh burung ini tapi sekarang ini dah semakin kurang. Kalau ada pun silap-silap anak aku cakap burung tu 'Toucan' macam filem 'Rio'.
Burung Raja Udang selalunya makan ikan dengan cara menyambar ikan yang mengambil udara di permukaan air. Signifikan burung ini ialah, kalau jumlah ikan banyak, maka banyaklah burung ini. Kebanyakkan ikan yang 'lepak-lepak' di permukaan air di sawah bendang ialah jenis Ikan Sepat.
Ikan Sepat sangat sensitif kepada kualiti air. Penggunaan racun yang banyak menjadikan ikan ini pernah pupus di petak-petak sawah Bapak aku (yang abang aku usahakan sekarang). Bila bekalan ikan 'mudah' telah menjadi' payah', aku dapati bilangan Burung Raja Udang ini amat kurang.
Atas initiatif abang aku, dia kembang-biakkan ikan Sepat. Dia juga gunakan racun alternatif yang kurang bahaya. Dia gunakan baja organik. Racun yang selalu membunuh benih ikan ialah jenis Furadan atau seangkatannya, untuk bunuh ulat atau siput Gondang Emas. Ada alternatif lain untuk siput itu: Itik air. Sejak abang aku dapat beberapa ekor itik air, siput Gondang Emas kini terkawal.
Bila terkawal, tak perlu guna racun dengan kerap. Bila tak guna kerap, diharapkan ikan-ikan sempat membenih. Bila ikan dah banyak di londang, diharapkan Burung Raja Udang itu kembali dan membuat sarang... dan berkembang biak.
Jadi, aku selalu tercari-cari Burung Raja Udang kalau balik ke kampung kerana ia adalah petanda jiwa atau ruh kampung aku....
.
Burung Raja Udang.
![]() |
imej: google dari mana ntah... |

Monday, September 5, 2011
Kisah Mastan Ghani kecil...
.
Sebelum berangkat pulang ke ibu kota, memang tak sah kalau tak 'pekena' rojak Mastan Ghani yang femes amos tu. Boleh capai tahap kempunan kalau tak makan bila dah balik T. Intan.
Oleh kerana aku syak bandar T. Intan mungkin sesak sebab hari itu hari Sabtu (biasanya, orang ramai berbelanja hari Sabtu), aku pun tukar pelan asal untuk makan rojak Abdullah Mastan Ghani yang terletak di belakang stesyen bas.
Sebaliknya, aku singgah saja di sebuah restoran cawangannya yang terletak tak jauh dari tebing Sungei Perak. Tapi sayang. Walau kuah kacangnya memang umpph..! dia tak benar-benar ikut petua cawangan lain agaknya. Timun dan Sengkuangnya lembik, tak 'krunchy'. Aku syak buah-buah tu diparut.
Mungkin dia cuba nak mudah dan cepat dengan menggunakan parut tetapi untuk 'super cuisine' macam itu mana boleh 'shortcut'. Rojak itu perlu disediakan mengikut tradisi. Timun dan Sengkuang itu perlu diracik, barulah 'krunchy'. Walaupun leceh dan lambat tetapi itulah caranya.
Nah, sekarang aku dah kempunan nak makan rojak Mastan Ghani. Sabtu hari itu aku makan tak puas... memang tak puas hati. Nak pesan sepiring tambah nanti ada yang jeling-jeling pulak. Aku ni penyegan orangnya...
Boleh nampak tak cucur udang di balakang tu? Memang sedap dan yang penting memang ada udangnya. Bukan sekadar cucur saja. Kalau dah sampai T. Intan tapi tak cuba, memang merana...

imej: google. Aku lebih suka rojak mastan Ghani versi kedai di belakang stesyen bas T. Intan ini. |
Boleh nampak tak cucur udang di balakang tu? Memang sedap dan yang penting memang ada udangnya. Bukan sekadar cucur saja. Kalau dah sampai T. Intan tapi tak cuba, memang merana...
.
Sunday, September 4, 2011
Insiden Pecal di Pekan Sabtu
.
Kakak itu aku kenali sejak aku sekolah rendah lagi. Suaminya adalah tukang kebun sekolah aku. Manakala kakak itu pula selalu berniaga di Pekan Sabtu. Pecal adunan tangannya memang menjadi pujaan hatiku.
Sabtu lepas, aku ke sana lagi mencari dia. Dia memang ada berniaga dan aku pesan 2 bungkus. Semasa aku tunggu, bahu aku ditepuk oleh seseorang. Aku toleh ke belakang dan tepukan itu datang dari sahabat lama aku.
Kami bersahabat sejak dia bertatih mengikut emaknya berziarah aku yang baru lahir dan masih merah ketika itu. Walau pun aku masih merah dan dia sudah boleh bertatih, anehnya kami mula bersekolah di darjah yang sama, maknanya pada tahun yang sama.
Pada Sabtu itu, dia masih mengekalkan identitinya yang berambut panjang. Di sebelahnya ialah adiknya yang berkepala botak. Kami bersalaman. Kami bersembang.
Dari satu topik ke satu topik sehinggalah tentang anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah agama bertaraf swasta di kampung kami tetapi bernaung di bawah majlis agama. Sekolah persendirian itu diasaskan oleh seorang tok guru yang mewakafkan tanah sawahnya untuk dibuat sekolah agama rakyat (dulu) sehinggalah kini terdapat satu blok asrama, 2 blok sekolah dan surau yang dinaik taraf menjadi masjid.
" kat rumah asyik main internet... aku hantar kat situ, biar belajar agama sikit" katanya yang sekarang menetap di Selangor.
Dia itu yang aku kenali hanya bersekolah sehingga ke SRP (tak lulus) dan berniaga di Chow Kit Road sehingga aku habis berlajar di U. Di situlah dia belajar dan menghirup segala kesedapan duniawi yang kita semua boleh bayangkan; kecuali merompak dan membunuh.
Aku tak salahkan dia kerana memang didikan dari kedua ibu bapanya kurang (atau tak ada). Tak keterlaluan jika aku katakan, dah bapaknya borek maka rintiklah anak-anaknya. Aku mahu salahkan diri aku kerana gagal menasihatinya sebagai kawan rapat ( serapat tidur sebantal, makan sepinggan dan mandi sama gayung). Aku masuk asrama sejak tingkatan 1 dan dia pula dibesarkan dengan pengaruh Chow Kit sejak berumur 15 tahun.
Dia itu yang aku kenali, senang ceritalah, kalaulah kisahnya aku buatkan satu novel mungkin ceritanya setaraf drama Ramadhan Terakhir. Sayangnya, tangan kanan aku hampir tak memungkinkan aku menulis banyak-banyak tanpa aku mengeluh sakit. Sungguh sayang sekali.
Dan dia itu yang aku kenali sampai sekarang, kini membuat perubahan walau mungkin bukan keatas dirinya, sekurang-kurangnya dia bertekad untuk tidak menjadikan anaknya rintik seperti boreknya dia.
Kalaulah tangan aku ini masih sihat.. kalaulah.... aku pasti menulis tentangnya.

Misi cantik yang membebaskan burung-burung merpati dari sangkarnya...
.
Pemergiannya diberikan liputan secara langsung sepertimana yang sewajarnya.
Dia pergi ke Somalia dengan niat yang suci. Pemergiannya juga dengan cara yang murni.
Aku terkilan kerana dalam pergolakkan yang mencaturkan nyawa-nyawa manusia di atas papan dam itu masih ada pihak-pihak yang mencari keuntungan.
Bayangkan, dalam suasana yang serba kekurangan itu, bilangan senjata-senjata mereka (dari kedua-dua puak bertentangan) mungkin lebih banyak dari periuk belanga yang masih belum pecah. Bilangan peluru-peluru mereka itu mungkin lebih banyak dari jumlah biji beras dan gandum yang masih ada di bumi Somalia.
Persoalannya, siapakah yang membekalkan senjata kepada mereka?
Kalau benar pembekal itu mahu wujudkan keamanan, bekalkan sahaja ubat-ubatan dan makanan. Bukannya senjata.
Kalaulah mereka masih mahu bertelagah lagi, biarkan mereka guna parang dan tombak.
Biarkan mereka guna lastik dan tarbil batu, sama seperti di Palestin. Mereka di Palestin tak dibekalkan senjata untuk 'keamanan'.
Oh, mungkin dunia memang tak mahu wujudkan keamanan di Palestin.

Saturday, September 3, 2011
Sepagi di Pekan Sabtu...
.
Sungguh tak sangka pasar tani yang aku panggil Pekan Sabtu (setiap hari sabtu) penuh dengan orang-orang yang berbelanja barang-barang dapur. Lebih pelik apabila makcik-makcik yang belakang rumahnya boleh dibuat zoo pun masih beli pucuk paku, pucuk ubi dan keledek.
Aku beli daun Geti, keledek dan jantung pisang berangan untuk aku bawa pulang ke S.Alam. Aku lainlah. Kalau aku nak bertani pun, benih kena disemai atas angin.
Sedang aku pilih-pilih keledek, ada seorang makcik tua sedang bertinggung, yang giginya entah tikus mana yang curi, juga sedang memilih-milih keledek yang dilambakkan di atas tanah dengan beralaskan guni baja. Mungkin nak dibuat inti Karipap Pusing. Tak mungkin dia nak buat 'potato chips'.
Melihat keadaannya yang tua, berselipar reput, berkain batik lusuh dan berbaju kurung ala-kadar seperti itu, aku syak dia dari golongan yang dhaif. Makcik tua itu suruh peniaga itu timbang keledeknya. Murah. Tak sampai pun RM10. Bila peniaga itu pulangkan semula plastik penuh keledek itu, aku pun unjukkan bakul aku pula untuk ditimbang. Keledek pada tangan peniaga itu bertukar bakal pemiliknya.
Semasa aku hulurkan duit untuk bayar harga keledek aku, aku terniat untuk bayarkan sekali keledek orang tua itu. Lagi pun aku hulurkan not yang besar, biarlah dibayarkan sekali tetapi lidah aku kelu. Aku terkujat apabila lihat makcik tua itu masukkan seketul lagi keledek ke dalam plastiknya semasa peniaga itu menoleh ke belakang untuk melihat nilai timbangan keledek aku.
Orang macam ini pun ada.
Kemudian makcik tua itu bangun lalu mengeluarkan dompet duit lusuhnya. Mula-mula dia buka zip yang pertama, aku terkujat lagi apabila di dalamnya ada berlapis-lapis duit yang aku rasa not RM50. Tangan makcik itu menyelak sehelai-sehelai kertas warna biru dan merah. Bila tak jumpa, dia buka zip yang satu lagi, dia selak-selak duit kertas dan dihulurkan kepada peniaga itu.
Hmm.. memang ada orang macam ni......

Friday, September 2, 2011
Masjid Kampung vs Masjid Kota
.
Aku terkocoh-kocoh turun dari motorsikal yang aku parkirkan di celah-celah deretan kereta. Imam dah mulakan khutbah pertama. Kalau di kota, masjid boleh sahut bersahut dari kubahnya tetapi di kampung, nak cari masjid pun boleh tersesat jika bukan orang tempatan. Klu yang biasa aku guna, ikut orang yang berkain pelikat dan berketayap, ke mana arah tujunya.
Deretan kereta tak melambangkan masjid itu telah penuh. Aku hairan, kereta banyak tetapi ke mana orang-orang itu?
Bila aku telek, aku dapati banyak kereta yang enjinnya masih hidup. Masing-masing ada dalam kereta lagi.
Mungkin kerana hawa di dalam kereta itu lebih dingin daripada angin di dalam masjid yang hanya di sepoi-sepoikan oleh kipas berbilah 3.
Mungkin juga mereka lebih suka mendengar khutbah dari masjid negara di dalam kereta kerana khutbah di masjid kampung tidak menggambarkan isu semasa.
Mungkin juga kerana mereka berpendapat sembahyang Jumaat hanya 2 rakaat dan bukan 2 rakaat + 2 khutbah.
Entahlah yang mana satu sebab aku tak sempat nak tanya setiap mereka.
Seperti datang tadi, aku pun terkocoh-kocoh mendatangi motorsikal aku dari sebelah kirinya sebabnya gerimis di terik mentari biasanya mengundang sakit kepala. Aku rasa aku dari golongan terawal keluar dari masjid.
Tapi bila aku berhenti untuk melintas jalan raya, aku dapati berderetan kereta dipandu laju-laju oleh mereka-mereka yang berbin dan berbinti dalam kad pengenalan. Malah ada yang berberbaju melayu dan mungkin juga bersampin lengkap. Ada juga yang berkopiah putih.
Mungkin mereka itu orang luar yang berhari raya dan bermusafir di kampung ini. Mungkin.

Subscribe to:
Posts (Atom)