.
Aku biasa dengar lagu-lagu begitu. Selalu. Seminggu sekali. Atau sebulan sekali paling tidak. Petang itu. Atau senja itu, lebih tepat. Pasar malam.
Lagu-lagu yang baik untuk kanak-kanak, seperti lagu-lagu berkaitan kenegaraan. Juga lagu-lagu berkaitan nasihat atau doa-doa atau apa-apa lagu yang biasa kita dengar dari mulut anak-anak tadika kita. Ada versi Melayu, ada versi Inggeris. Dengan sedikit motivasi dalam bentuk cerita dari kartun-kartun yang masyhur. Terjual dalam bentuk VCD/DVD.
Walaupun kalau dilihat sebenarnya lagu-lagu itu LANGSUNG tak sama dengan kartun-kartun bisu itu. Micky Mouse dan Donald Duck. Tom & Jerry...
Tadi, aku lalu depan Nyonya itu lagi. Dan aku dengar lagu-lagu yang biasa aku dengar lagi. Dan tadi, lagu mengajar supaya berbuat baik dengan orang tua. Bagus tu. Tapi, bila aku toleh pada kaca tv itu, aku lihat nasyid kanak-kanak itu dinyanyikan bersama-sama dengan kartun Timon dan Pumba!
Timon dan Pumba; dan lagu-lagu nasyid kanak-kanak!!?
Langsung tak rasi. Tak kena langsung, apa lagi dengan watak Pumba yang benar-benar liar dan terlalu hutan itu.
Itu Pumba lah...!
Haiyoooh!
tapi Pumba tu comel dalam bentuk kartun...
.
Thursday, July 30, 2009
Wednesday, July 29, 2009
Cinta moden, boleh?
.
Aku luangkan masa keluarga di Pizza Hut di USJ, baru kejap tadi. Paku Payung yang ajak. Mama penyokong kuat. Sebenarnya, Pizza Hut tu pusat Pizza Delivery. Jarang ada orang makan di situ pun. Boleh dikata, tak ada orang pun, selain mat-mat rempit yang berbaju merah saga.
Sengaja kami pergi ke situ sebab ia lengang. Kami tak tapaw, kami makan di situ. Brader di situ pulak pasang lagu-lagu rock balada dan cintan 80-an dan awal 90-an. Masyuk gilerrr...
Aku tunggu dekat 1/2 jam pun tak apa kalau gitu.
Dalam perjalanan pulang, aku nyanyi lagu 'Bunga Angkasa' dari Terrarosa. Lebih kepada melalak sebenarnya!
Mama pun ikut melalak sekali. Masa kat chorus, aku tarik dalam-dalam. Lebih kepada teran sebenarnya!
Paku Payung dah 2 -3 kali suruh diam. Bising. Memekak, katanya. Aku tak peduli. Aku teran lagi. Aku kata, inilah masanya nak berpadu suara cinta pada Mama di dalam kereta, tak ada sape nak dengar.
'Abah patut nyanyi lagu cinta yang moden sikit'
Ceh!
Sekarang ini, aku kembali mengadap skrin PC, menaip itu dan ini. Sambil ditemani oleh lagu-lagu Yuna yang dimainkan berulang-ulang-ulang-ulang..... ulang... ulang...
ulang.... dan ulang lagi...
Peliknya, aku tak terasa bosan mendengarnya!
Oh Yunalis...

Secangkir kopi 'O' peneman malam...
.
Huh hah huh hah!
Semalam, aku ambik cengkeram tidur sekejap. Bila bangun, kononnya, nak sambung buat apa-apa yang patut dibuat sebagai manusia bergelar AkuyangakuT.
Tekak kering. Mata masih berpasir, atau mungkin taik mata yang melekat. Aku minta Mama sediakan segelas air. Entah suara dari pintu nafsu bahagian mana entah, aku minta buatkan secangkir kopi 'O'.
Anehnya, aku tak batalkan hasrat itu walau pun sebahagian diri aku masih tertanya-tanya, perlukah aku menikmati secangkir kopi 'O' sedangkan tidur semalam pun masih belum terqadha'?
Entah nafsu dari pintu mana entah, aku hirup air kopi 'O' itu, walau sebahagian diri masih meronta-ronta minta jawapan, kenapa? mengapa?
Dan akhirnya, mata aku terjegil sehingga pukul 2.30pm (lewat selepas 'bermesraan' dengan Cikgooden dalam YM).
Bangun pagi, terasa sengal kat urat belikat. Tidur lasak kut.
Pagi tadi, aku pergi kerja dengan mata separa terpejam, otak pun separa celik. Hanya lobus hemisfera kiri yang terjaga, aku rasa. Itu pun terjaga sebab dia nak makan nasi lemak telur mata goyang-goyang!
Sesampai di ofis dengan urat belikat yang tersimpul biawak, pagi-pagi lagi aku dah Huh hah huh hah! lima enam kali.
Tapi tak jalan.........!
Ni yang aku nak buat entry mengarut lagi ni....

Monday, July 27, 2009
Huh hah huh hah! Jom ikut aku buat...
.
Dalam putih kuning, ada sesuatu yang aku tengok dari jauh. Tak dapat pegang tapi dapat pandang.
Seharian aku cuba fikirkan, dalam jemaah otak-barai-karat yang ada baki-baki impian, kadang-kadang pernah terfikir untuk lepas lelah dari sangkar. Huh hah huh hah!
Lagi banyak di hembus, makin banyak angin-debu-asap aku perlu sedut. Kalau tak masuk, macam mana nak keluar? Apa yang nak keluar?
Huh hah huh hah!
Tak surut pun resah-gelisah perasaan.
Pe
Rasa
An
Bila dah diceraikan, segala-galanya tentang rasa, aku teka. Longgar+abstrak.
Entahlah.
Huh hah huh hah!
Sekali-sekala aku perlu lepaskan lelah-resah-pasrah dari sangkar jiwa-gila-merana

Sunday, July 26, 2009
Telur separa matang dibuatnya...
.
Sabtu....
Seperti yang dikatakan sebelum ini, troli-troli di pasaraya borong memang menarik perhatian aku. Dan sebelah petangnya, aku sempat singgah di Tesco S.Alam dalam perjalanan pulang dari menangguk harta di laut biru.
Pada belah tengaharinya, kami memang ke Giant Putra Height, nak beli barang. Pergi dengan alasan, pulang dengan muatan. Asalnya nak beli sabun basuh dan bekalan kicap Tamin tapi masa balik, penuh jugak tangan masing-masing jinjing beg plastik. Itulah impulsive buying. Ceh!
Pada belah petangnya, aku singgah di Tesco S.Alam kerana ada awek orang janji nak jumpa aku kat situ. Awek orang itu sebenarnya terhutang budi (kononnya) kepada aku sebab pernah tolong dia buat tesis doctorate, 3 tahun dulu. Aku pun dah naik lupa.
Alih-alih, dia hantar emel. Lepas tu hantar sms. Lepas tu telefon. Nak jumpa, kata awek orang tu. Dia nak kasi ole-ole sempena pertolongan aku tu. Dan kami pun berdating di depan tempat kanak-kanak bermain sambil tangan-tangan kami memegang kuda plastik yang berjalan bila dicucuk dengan syilling 50 sen, juga sambil diperhatikan suaminya.
Sekarang, dia bergelar doktor falsafah di UniKL. Aku tumpang bangga. Dan dia tak sudah-sudah ucap terima kasih. Dan hadiah pun bertukar tangan...
Aku pulang, tak sabar nak jumpa Mama dengan hadiah yang aku baru terima itu. Aku pecut agak menggila-gila babi gitu.
Hadiah itu berupa pengukus automatik, untuk merebus telur (ayam/itik), buatan Siemen. Selang 30 minit kotak itu dibuka, mama dah siap hidangkan 3 biji telur separa matang untuk dimakan dengan kicap dan lada sulah
Ahad...
Pagi tadi, juga ada 3 biji telur separa matang...
Esok pagi, telur lagi...?

Saturday, July 25, 2009
Hobi kami menolak troli...
.
Mama tanya, nak buat air apa pagi tadi untuk bersarapan. Aku pun turut ke dapur, aku selak daun kabinet. Ada tengok ada macam-macam:Teh Hijau Boh, Teh Boh, Teh Misai Kucen, Horlick, Chocomalt Tesco 3-1, Capucino 3-1, Kopi O Hang Tuah, Teh Ginseng, Kopi Ginseng, Milo, Anlene Gold, Serpihan-serpihan kayu Tongkat Ali dari Kuala Kangsar, Serpihan-serpihan kayu Kacip Fatimah juga dari Kuala Kangsar, ada juga barli serbuk dan Jus-Mate 5!
Mak aii! Apa aku nak minum ni? Setelah pejap pendirian, aku pilih yang mudah-mudah je, 3-1 Capucino. Aku minta Mama rendamkan Teh Hijau Boh dalam teko juga. Aku nak bawak pergi ke kelas petang ni. Asyik minum air manis je. Aku bawa dalam botol air, bukan dengan teko-teko tu ke kelas!
Dan aku mula berfikir, kenapa begitu banyak sangat minuman? Slow moving items pulak tu sebab aku lebih suka minum air kosong di rumah. Bayangkan holding cost yang aku tanggung untuk inventori minuman tu. Tu belum cerita kalau minuman tu dah expired, dah tentu kena buang macam tu je dan kos itu kena la write -off. Kenapa yek?
Mama masukkan 2 uncang Teh Hijau Boh ke dalam teko. Aku bukak kotak tu, masih banyak lagi rupanya. Aku tambah lagi uncang tu. Lambat sangat pun habisnya. Tak sabar nak pegi beli lagi...
'Sabun basuh pun dah nak habis ni...' kata Mama.
Ya, kami tak sabar nak cari alasan untuk pergi shopping barang-barang dapur. Bukan kerana kami ni 'hantu' shopping. Bukan.
Entah kenapa, hobi kami ialah suka menolak troli-troli di Tesco atau Giant. Terasa macam terapi jiwa pulak, stress pun hilang .....

Friday, July 24, 2009
Tombol dan remote control...
.
'Antara tempat yang jadi punca virus H1N1 merebak ialah tombol pintu, butang lif, handreel di eskelator dan remote control...'
Sah!
Lepas ni, aku akan banyak guna siku dan kepala lutut untuk sentuh benda-benda tu.
Atau, kalau nak stylo sikit, aku akan guna chopstick!

Thursday, July 23, 2009
Warna-warna yang menggetarkan jiwa
.
Mula-mula aku beli dulu, semuanya dah cantik. Cukup sifat. Sempurna warna.
Sekarang dah caca-marba!
Dulu, pernah sekali ada tangan yang kurang cekap dah ubah kiub rubik tu jadi kelam kabut. Aku habiskan 3 jam nak cantumkan petak-petak warna itu semula. Tak berjaya pun. Habisnya, aku tanggalkan satu persatu. Aku cantum semula.
Sekarang, dah barai semula. Ah! Lantak la...
.
Tuesday, July 21, 2009
Pesan orang tua-tua ada sebabnya...
.
Pemuda segak itu menjemput aku duduk di meja oval itu. Bersama-sama dengannya, ada tiga lagi manusia yang tampan dan cantik berseri. Manakala, bersama-sama dengan aku adalah seorang manusia dari spesis kompeni aku dan juga seekor nafsu lapar yang bertenggek dalam kantong perut aku.
Pemuda itu, kini menjadi pengurusi meja oval itu, membelek-belek beberapa keping kertas berlamina plastik sambil menunjuk itu dan ini. Sesekali, pemuda segak itu bertanya kepada aku, aku cuma kata, terserah kepadanya. Apa apa pun jadi tetapi perlu ada lengkap gizi-gizinya: protein darat, protein laut, protein sayur-sayuran dan beberapa jenis vitamin dan mineral yang perlu untuk hidup seharian. Karbohidrat pun perlu juga sebagai tenaga. Oh, ya. pelincir juga perlu kerana setiap gizi perlukan cecair untuk diproses, kata aku lagi.
Selang beberapa lama, gizi-gizi lengkap yang aku sebut tadi terhidang di depan mata (di atas meja oval itu sebenarnya). Masing-masing lipat lengan.
'You know that... bla.. bla..bla...'
Hmmm...
'I didn't know they would... bla.. bla.. bla...'
Hmmm...
'Kalau you, apa you buat?'
Aku angkat kening dan bahu...
Selang beberapa lama kemudian, gizi-gizi yang terhidang hampir lupus. Pemuda-pemudi segak dan tampan dan cantik itu menyelak-nyelak daunan salad mencari protein-protein yang masih ada, kalau pun ada kerana tadi aku telah tinggalkan kalsium dan fosforus sahaja untuk mereka. Aku sendawa 2-3 kali sedangkan karbohidrat di dalam pinggan mereka masih ada separuh lagi.
Itulah, orang tua-tua dah pesan, tak elok bercakap semasa makan. Mereka degil, tak nak dengar pesan orang tua-tua atas alasan modenisasi.

'Bla.. bla.. bla......'
Hmmm... entah.....hmmm.

Monday, July 20, 2009
Segalanya aku harap berakhir di sini...
.
Juliet menjelma lagi, kini ini dalam hitam dan putih. Tiada lagi desah cinta dari bibir mungilnya. Juliet telah temui kepuasan sejati, hanya dari balik pelangi.
Malim tersedar dari igau yang kosong, tidur yang kosong. Kini Malim dapati dirinya dipenuhi sinar bulan dan bintang dan ulan-ulan yang mula menjalari kakinya.
Tuan Sinister tersenyum, lelangit malam berikan mimpi akhirnya. Tilam nafsu kini hangat seperti sediakala, hangat dalam dakapan mimpi yang panjang, mata yang terpejam indah seperti anak-anak kecil.
Batara Mimpi tetap keseorangan, menyapu-nyapu asap dari dupa ke tubuhnya. Renik-renik hujan dari lelangit malam dibiarkan kering sendiri, meninggalkan harum narawastu pada jubah hitamnya. Batara Mimpi tidak perlu sesiapa lagi.
Kerana Bimasakti telah taburkan debu-debu bintang kepada mereka semua.
Nun jauh di padang segar yang air sungainya perak dan pasir sungainya emas urai, Ikon berenda merah menyeka titis-titis kaki hujan yang singgah. Kini ia menjadi cerah dan suci.
Perlahan-lahan, Ikon berenda merah itu terbang, renda merahnya berputar ligat seperti bunga Angsana. Perlahan-lahan ia naik ke atas, ke langit ke tujuh.
(dan aku mampu tersenyum sekarang)

Sunday, July 19, 2009
I had a strange dream...
.
Malam semalam, aku bermimpikan sesuatu yang sukar aku lupai. Sementara aku masih ingat beberapa perkara penting dalam mimpi itu, aku nukilkan ia di sini. Pendedahan ini bukan untuk dianalisa secara terperinci. Tak perlu. Tapi aku perlukan beberapa tafsiran di sini.
Beberapa jalan ceritanya mungkin aku dramatasikan supaya story flow cantik, maklumlah, dalam mimpi ceritanya melompat-lompat kejap ke sana, kejap ke mari. Agak panjang juga:
Lokasi: Pekan T.Intan sehingga ke C.Balai (Perak)
Suasana: Pekan T.Intan ala 1980an, masih ada ice factory dibelakang Shell, masih banyak kedai-kedai batu 2 tingkat dan kedai papan, jalan utama ke T.Intan masih gunakan 'gertak besi' dari kg. bahagia. Rumah-rumah kampung masih banyak separa batu dan kayu, lebih banyak motorsikal daripada kereta dan rata-rata kereta Datsun yang menguasai jalan raya.
Masyarakat: Peniaga dikuasai Cina, masyarakat Melayu masih pengguna tegar. Melayu masih ramai berkebun dan memang tak nampak gerai-gerai makanan milik Melayu di pekan T.Intan.
Aku & watak lain: Entah macam mana, aku dah kawen dan punyai Paku Payung seperti sekarang. Kawan-kawan aku pun seperti sekarang, dah kawen dan beranak-pinak.
Ceritanya begini:
Pagi itu sungguh suram. Matahari seolah-olah terbit perlahan daripada biasa. Aku ketika itu dalam perjalanan ke pekan T.Intan bersama seorang kawan yang aku namakan Jef. Kami pergi menaiki bas ke pekan itu untuk berbelanja sesuatu. Pada masa itu lebih kurang pukul 10 pagi tapi matahari seolah-olah gerhana. Aku tinggalkan Mama dan Paku Payung di rumah kampung. Lebih kepada pondok kecil sebenarnya. Bayangkan rumah kecil berdinding papan dan buluh bertiangkan kayu mahang dan di tepi sawah. Rata-rata rumah di kampung itu begitu binaannya.
Sesampai aku di pekan T. Intan, aku ada bertanya apek-apek, gerhanakah? Rata-rata tak pasti tetapi suasana benar-benar suram. Ada beberapa awan nimbus di dada langit.
Tiba-tiba, ada satu awan itu turun rendah. Awan yang besar dan berwarna putih. Mula-mula ia muncul dengan agak perlahan tetapi semakin lama semakin laju. Pada masa itu, masing-masing mendongak ke langit. Hampir semua orang di T. Intan mendongak ke langit. Bila dah tahu ada sesuatu yang tak kena di atas sana, masing-masing kelam-kabut. Nyonya-nyonya dah mula suruh budak-budak masuk ke dalam rumah. Aku mula teringatkan Mama dan Paku Payung.
Awan putih itu semakin merendah dan orang ramai mula gelabah. Awan itu mula menipis dan muncullah seakan-akan satu belon udara yang teramat besar. Sungguh besar dan mengeluarkan bunyi yang pelik-pelik. Aku rasa, besarnya mungkin menyamai 1/4 negeri Perak!
Tiba-tiba keluar satu suara, ketawa dan serta merta keluar sesuatu seperti serangga besar yang banyak dari 'belon' itu. Pada masa itulah, aku capai satu motorsikal entah siapa punya dan meluru pulang ke rumah. Namun, serangga-serangga itu terbang cepat. Belum pun 1/2 jalan, ia dah memenuhi ruang udara dan mula memasuki rumah-rumah orang. Aku terpaksa menyorok dalam celah-celah pokok pisang di tepi jalan.
Aku terdengar satu suara meminta semua manusia mengikut perintahnya, turuti atau mati!
Aku benar-benar terasa seperti dunia sedang kiamat dan serangga-serangga itu seperti yakjuj-makjuj ramainya. Aku dapat melihat serangga-serangga itu mengejar orang ramai di atas jalan. Mana yang cuba lari akan di suntik sesuatu dan serta-merta orang itu menjadi kepompong dan bertukar menjadi serangga. Mana yang mengalah akan dibawa terbang ke 'belon'.
Bila aku lihat serangga-serangga itu terbang laju, aku pasti kampung aku pun pasti dah penuh dengan mereka. Serangga itu sebenarnya seperti manusia yang bersayap. Maksudnya, mereka akan berjalan seperti manusia di atas Bumi. Pada masa itulah, aku teringatkan Mama dan Paku Payung.
Secara perlahan-lahan, aku menyusup dalam celah-celah hutan hinggalah sampai ke kawasan rumah. Aku dapati kampung aku masih belum d serang. Tetapi, mereka sudah sampai ke kampung sebelah. Cepat-cepat aku pergi ke rumah-rumah jiran dan suruh mereka bersedia untuk pergi menyelamatkan diri. Setelah sudah, aku naik ke rumah dan minta Mama dan Paku Payung segera turun dari rumah. Aku kumpulkan beberapa jiran lelaki minta dia bawa semua orang ke utara. Ke Perlis kalau tak silap. Jauh? Dalam mimpi semua boleh jadi.
Aku teringatkan sesuatu dan aku naik ke rumah semula. Aku nak ambil sesuatu yang tertinggal (tapi aku dah lupa apa dia). Dalam aku mencari-cari barang itu, aku terlihat dari celah-celah dinding buluh beberapa ekor serangga telah hampir ke rumah jiran sebelah.
Aku selak daun tinghkap dan aku beri isyarat supaya jiran-jiran aku pergi dahulu. Mama dan Paku Payung seakan-akan tak mahu berpisah dengan aku. Aku sedih tapi aku cekalkan hati dan suruh mereka pergi cepat.
Pada masa itu, Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku. Khuatir sebab aku tak pasti mereka selamat dan aku pun tak pasti sama ada aku boleh selamat. Aku sempat bermohon agar Tuhan tetapkan iman aku walau siksaan apa pun bakal terjadi. Aku amat pasti dunia sedang kiamat!
Aku menyorok dalam bilik. Di ruang tamu, aku dengar derapan kaki mereka memijak lantai papan. Aku diamkan diri tapi dari masa ke masa aku terdengar sayup-sayup jeritan maut dari jiran-jiran aku. Setelah beberapa lama, aku tak dengar lagi bunyi tapak kaki itu. Pada masa itulah aku tolak daun tingkap dan terjun ke laman. Cepat-cepat aku susup-sasap ke parit kecil, saluran air untuk sawah-sawah. Aku benamkan diri aku ke dalam air separas pinggang dan aku hanyut mengikut arus air ke terusan yang lebih besar, di tepi jalan utama. Tujuan aku adalah mahu mengejar 'rombongan' yang berlepas ke Perlis tadi.
Tapi aku sedih, mereka sudah lama pergi. Tinggal aku seorang sahaja dan kini aku berada di tengah-tengah jalan utama. Di kawasan yang lapang.
Aku teringatkan Tuhan dan aku redha kalau aku tewas di sini. Dalam beberapa minit, serangga-serangga yang tadinya merayau-rayau dari rumah ke rumah untuk membunuh kini mula mengelilingi aku.
Wajah Mama dan Paku Payung muncul di ruang mata silih berganti. Aku doakan mereka berdua itu selamat. Setitis air mata kerinduan mengalir dari sudut mata. Aku rindu pada Paku Payung dan Mama.
Aku dongak langit. Aku lihat 'belon' besar itu masih terapung-apung nun di atas sana. Perasaan benci berbaur sedih menyelubungi jiwa. Kemudian, aku terlihat sesuatu bertubuh besar turun dari 'belon' itu menuju ke arah aku. Serangga-serangga lain berdiri mengelilingi aku dalam jarak 20 kaki aku rasa. Sesuatu yang bertubuh besar itu aku rasa adalah ketua mereka. Bersusuk tubuh seperti manusia dengan kaki dan tangannya. Cuma mukanya sedikit kelakar, putih seperti bertopeng dengan raut rupa seperti 'The Joker'. Mungkin itu dek perasaan benci aku kut.
Joker itu menghampiri aku sehingga jarak kami berdua amat dekat. Tingginya mungkin 6 kaki, bertubuh sasa dan berjubah. Dia tersenyum sinis pada aku.
'Kamu mahu ikut aku?'
Ikut kemana? Aku balas soalan itu dengan soalan bodoh.
'Akuilah bahawa manusia tak mampu kalahkan aku dan aku ini Tuhanmu'
Pada masa ini, aku seolah-olah dapat tahu Joker itu Iblis. Aku tanya pagi, kalau aku tak mahu?
'Kamu akan jadi seperti itu. Buatlah pilihan kamu'
Dia tunjukkan kulit-kulit manusia yang dagingnya entah ke mana. Aku minta dia buktikan yang dia itu amat berkuasa. Serta merta keluar seolah-olah satu hologram memaparkan seluruh dunia sedang diserang oleh mereka dan mana-mana manusia yang sanggup mengikutnya telah dikumpulkan di satu padang yang besar. Seperti padang pasir.
Aku perlu lakukan sesuatu. Aku hampiri Joker itu dekat-dekat seolah-olah mahu berbisik. Aku katakan, aku rasa sekarang ini kiamat sedang bermula dan bila kiamat, semua akan mati termasuk dia. Dia diam.
Aku katakan lagi, dia itu seperti Iblis dan aku amat yakin dia itu Iblis. Tetapi, setahu aku Dajjal yang muncul pada hari kiamat, bukannya Iblis! Oleh sebab itu, dia sedang menipu dan aku tak percaya. Oleh sebab itu juga, aku tak perlu mengikutinya.
Tanpa disangka, dia berundur perlahan-lahan sambil tenung mata aku. Kemudian dia melayang perlahan-lahan sambil memberi isyarat kepada 'anak-buahnya' untuk pulang ke 'belon' itu.
Aku lihat kesemuanya itu dalam kehairanan. Aku menjadi seperti tunggul.
Dan bila semuanya berakhir seperti itu, aku mula sangsi bahawa mungkin Kiamat belum bermula. Jika belum bermula, siapa tadi itu?
Aku biarkan soalan itu tidak berjawab sehinggalah aku terjaga dek deringan handphone pada pukul 6am.

Labels:
Mimpi
Layan primadona lapuk, best...........
.
On the way balik dari kuliah petang dari laut biru di atas bukit tunggal, perwira yang aku tumpang mendendangkan mersik lagu-lagu santai berbuai-buai. Kadang-kadang, aku arahkan perwira ke kanan, ke kiri dan kadang-kadang aku minta dia lompat lubang-lubang jerlus korekkan hujan.
Hentian pandu terus roti-daging-berkeju aku lalui, aku pandang tapi tanpa nafsu yang menjalar. Musik dari corong gramaphone berceloreng-celoreng dalam telinga, bergetar segala isi lilin.
Entah kenapa, tak satu pun primadona mampu menggetarkan jiwa aku. Aku tak pasti aku dalam zaman apa sekarang ini. Aku tak faham apa maksud mereka.
Aku tekan punat-punat yang tersentil. Satu persatu primadona silih berganti. Dari berdarah Melayu hinggalah berdarah kacukkan serani, hinggalah primadona dari negeri atas angin. Tak satu pun bisa menggetar jiwa aku. Tak satu pun bisa memujuk hati aku yang masih teringatkan roti-daging-berkeju yang mengejek kocek seluar aku yang kembang-kempis.
Punat terakhir aku tekan, seakan aku pernah kenal primadona itu. Ya, lamaaaaaaa duluuuu...
Dari Suria FM.
Anda akan terasa anda tua apabila kebanyakkan lagu-lagu kegemaran anda dimainkan dari Suria FM berbanding dari ERA dan Hot FM.
Terimalah kenyataan itu.

Saturday, July 18, 2009
Analogy: satu analogus Rainbow Jar Syndrom
.
Tadi berbincang dengan kawan-kawan tentang projek terbaru. Tercerita jugak tentang satu syndrom ni.
Kenapa staff kat kompeni ni tak nampak menyerlah di dalam tapi bila dah keluar di colet oleh kompeni lain, semuanya perform gila-gila, tiba-tiba keupayaannya menyerlah. Apa yang berlaku?
Aku punyai teori, suppressing namanya. Analoginya begini:
Ada 7 bebola benang baldu berbulu panjang setiap satunya mewakili satu warna dari warna-warna pelangi. Kesemuanya dimasukkan ke dalam satu balang kaca yang kecil. Jadi, kesemua bebola itu tadi bersesak-sesak di dalam balang bagi membentuk warna pelangi.
Oleh kerana bebola tadi bersesak-sesak, bulu-bulu benangnya tak berkembang gemuk dan tak gebu tetapi kemek semacam je. Apabila dikeluarkan salah satu bebola itu, bulu-bulu benangnya tiba-tiba meng'apam', meng'gebu'. Cantik. Begitu juga jika dikeluarkan bebola bulu yang lain.
Kalau dikeluarkan satu bebola itu dari balang kaca, ianya akan jadi cantik tetapi balang tadi kekurangan satu warna dan pelangi tidak menjadi.
Dan analogi itu aku namakan: Nizam's Rainbow Jar Syndrom.

Thursday, July 16, 2009
Hangat dalam dakapan jubah berlining baldu lembut.
.
Ekoran dari 2 helai seluar yang dah kopak zipnya, aku pantas ke The Store di Alam Central. Aku ni memang pengguna yang 'fussy'. Dan aku hanya melanggan di situ untuk seluar disebabkan jenama siput sedut yang cuttingnya selari dengan fitrah bentuk badan aku dari pusat ke bawah. Senang. Aku tak perlu ke mana-mana lagi sebab jenama siput sedut itu telah terbukti membahagiakan lelaki seperti aku.
Sebelum itu, aku pernah mencuba pelbagai jenama. Bila aku tak suka sahaja, aku terus tak pakai. Itu memang perangai aku. Kalau aku suka, walau lunyai macam mana pun, aku akan pakai. Ada 2 helai seluar yang dah berjahit 2 kali di celah kelangkang. Mertua aku yang jahitkan (sebab dia ada mesin yang canggih). Dia geleng kepala, kedekut sangat kut menantu dia ni...
Bukan. Aku bukan kedekut tapi aku cerewet. Tapi kalau aku dah suka, aku akan pakai sampai bila-bila (tak gitu Mama.. hehehe).
Jadi, di The Store itu, aku sambar sehelai seluar yang baru keluar dari kotak. Warna hitam. Kemudian, aku teringatkan jubah peluh aku yang dah nak reput. Menunggang kuda api memang perlukan jubah peluh kalis air dan api rokok, macam The WIld Wild West gitew.
Belek punya belek, semuanya yang aku minat harganya RM50 ke atas. Ceh! Aku bukan nak pakai untuk bersanding (aku selalu letakkan value untuk barang yang aku beli, kalau tak sesuai dengan harga, aku tak beli). Pernah aku berbalah dengan promoter vacuum cleaner air.
Harganya RM4 ribu lebih! Aku kata, aku akan beli kalau harganya RM500 je. Dia tarik muka. Tak pe, aku selak satu-satu: plastic molding untuk casing-RM50, plastic hose - RM20, motor dan kipas assembly untuk vacuum unit-RM250, alat-alat cenonet dan screw- Rm50. Selebihnya upah untuk promoter dan untung penjual, cukuplah RM500. Ini tak, ambik untung sampai ribu-ribu!
Semasa di The Store, aku tanya beberapa pelayan wanita, kat mana boleh dapat jubah peluh kalis air dan api rokok? Dia orang gelak tapi jari runcingnya tunjukkan kepada nama seekor kucing. Aku pergi dan aku tengok ada, tapi harganya RM70! Aku tanya promoter Cina di situ, kenapa harganya RM70 sedangkan nipis je? kain jenis payung terjun je pun. promoter Cina tu kata, jenama punya pasal lo...
Dia kata, kalau nak murah ada jual longgok penghabisan stok 3 tahun lepas. Hah! Aku dah jumpa. Tebal, kalis air dan dalamnya ada lining berbaldu dan harganya cuma RM25! Inilah value for money namanya. Aku beli dua helai, satu untuk aku dan saiz S untuk Paku Payung. Mama tak payah sebab dia dah ada dua tapi tak pernah nampak dia pakai pun.
Warna tak banyak pilihan, maklumlah, jualan nak perabis stok. Dua-dua helai yang aku beli berwarna merah menyala.
Nak dijadikan cerita, Rabu baru-baru ni hujan pagi. Gerimis. Aku patah balik sebab aku teringatkan jubah peluh kalis air dan api rokok aku tu. Aku nak cuba keberkesanannya. Aku patah balik dan aku pakai. Fuh! Dia punya syok, sejuk-sejuk awal pagi dek hujan gerimis, berselimutkan jubah peluh yang berlining baldu lembut.
Memang berkesan. Setitik air pun tak tembus ke dalam. Tapi, bila aku lalu didepan cermin ofis, aku perasankan sesuatu. Aku undur balik ke cermin itu. Jubah aku nampak kembung. Dah macam jubah orang salji. Aku dah nampak macam Garfield!

Wednesday, July 15, 2009
Kalau dah 2 kali tu melampau namanya
.
Khamis lepas, masa training di MAS Academy, adik-adik pramugari tengah konvo. Aku kontrol macho bila lalu depan dia orang. Entah macam mana, aku perasan zip seluar aku terbuka. Aku pergi tandas nak betulkan tapi aku sedar zip dah 'de-rail'. Tak boleh buat apa-apa lagi. Jadi, aku terpaksa jalan kepit.
Jumaat lepas, masa training di MAS Academy (final day), ada final presentation (lihat entry sebelum-sebelum ini). Masa aku dok sedap beri presentation, ada satu dua mata tenung aku semacam je. Bila habis, baru aku perasan, seluar aku yang itu juga zip dia dah kopak! Jadi, aku jalan kepit jugak. Langkah kecik-kecik, macam orang pompuan dalam pantang baru lepas beranak!
Kalau sekali berlaku, kira anggap kebetulan. Tapi kalau dah dua kali berlaku berturut-turut dan seluar pun lain-lain, nak kira macam mana ni?
'Kalau ye pun 'tension', jangan biarkan ketegangan itu kat bawah. Bawak naik ke ataslah sikit' kawan aku kata.

Tuesday, July 14, 2009
Kalau dah buat salah, buatlah cara orang salah
.
Osman Gagap masih terkial-kial di atas motor, nak tempuh atau tak? Di depan sana ada brader-brader berpakaian seragam biru, putih dan ada juga yang celoreng-celoreng. Itu Osman Gagap tak kisah, tak takut. Dia takutkan menatang yang tersandang pada bahu-bahu sesetengah mereka itu. Itu yang dia terasa ngeri.
Matahari dah tegak. Dah panas. Perut pun dah terasa perit. Dia perlu segera balik ke rumah. Dia pun bertawakkal dan memiuh motorsikalnya ke depan. Seperti yang dijangkakan, brader-brader itu suruh dia berhenti ke tepi.
'Kenapa lama sangat di sana tadi?'
- diam -
'Kenapa takut-takut nak lintas kami?'
- diam -
Brader tadi mula menyelak-nyelak barang-barang yang ada di dalam raga motorsikal Osman Gagap. Tersentak dengan apa yang dilihat, brader itu undur.
'ini .. err... da.. da.. daun ke .. ke.. ke'
-haih-
'da.. da.. daun ketum...'
Serentak dengan itu, semua brader meluru ke arahnya sambil mengacukan menatang yang paling digeruni oleh Osman Gagap. Dia segera bangun dan melompat dari motorsikalnya. Motorsikalnya mereng ke sisi, barang-barang di dalam raga habis berselerak!
'da.. daun ketum..bar.. ja, encik...'

sketsa
Monday, July 13, 2009
Subsidi untuk semua...
.
Semalam, menjelang seminggu pemilihan ketua kampung yang baru.
Tok Ketua beri ceramah di Kampung Bendang Raya. 2 -3 ahli tertinggi kelab pun turut turun padang menyokong kempen Tok Ketua. Seperti biasalah, semasa ber'ceramah-mesra' ahli-ahli tertinggi kelab pun turut berikan insentif itu dan ini. Orang Kampung Bendang Raya bersorak-sorai, maklum lah. Duit free....
Malam tadi, Tok Ketua dan 2-3 ahli tertinggi kelab itu pergi ke mesin ATM, keluarkan saki baki duit kelab + duit mak mnertua + duit bini + duit atok tiri masing-masing. Serdak serdak yang ada habis dikorek tapi duit sendiri masih utuh dalam kantung. Itu untuk kempen tahun depan, kata mereka.
Tengah hari tadi, Tok Ketua dan 2-3 ahli tertinggi kelab melawat Kampung Batas Senget pula untuk ber'ceramah-mesra'.
'Kami sanggup bantu orang-orang kampung. Malah, memang ini lah yang kami lakukan kepada seluruh warga negeri, malah negara. Kami mampu.' Tok Ketua.
'Kami akan berikan insentif kemajuan SERIBU ringgit seorang!' Ahli tertinggi 1.
'Kami prihatin. Kelab kami memang begitu!' Ahli tertinggi 2.
'Hanya kelab kami yang mampu melakukannya!' Ahli tertinggi 3.
Dari jauh, kelihatan bersusun-susun kereta. Tiba-tiba, satu bas sekolah ber'plet' BHA121 muncul dari kejauhan. Dari bas itu, turun Makcik Wok sambil mengibas-ngibas borang ntah-apa-ntah. Tok Ketua mula resah!
Kemudian, muncul pula bas kilang ber'plet' AFC342. Dari bas itu, turun Man RELA sambil tersenyum menyeringai sambil mengibas-ngibas salinan kad pengenalan. Ahli-ahli tertinggi mula berpeluh, mereka raba-raba kocek seluar!
Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap dahinya yang mula mencair...

Sunday, July 12, 2009
Juliet pun menjelma dari kabus resah yang menipis, lalu hilang...
.
'Aku mahu mimpi aku...'
Getus Tuan Sinister lemah. Dia masih duduk bersila panggung sambil matanya melangut ke atas. Melangut kepada ombak-badai yang memercikkan buih-buih putih nun di atas sana.
Mungkin nasibnya tak jauh beza dengan folip-folip pada karang-karangan. Melekap pada batu, tak mampu bergerak bebas. Dugaan atau balasan? Persoalan yang bermain-main dalam minda Tuan Sinister.
'Tolonglah, aku mahu bermimpi...'
Dalam kelam lautan dalam, dasarnya yang sekejap hitam sekejap biru sekejap merah, kelibat Juliet kembali menjelma. Menjelma dari sang obor-obor yang melengguk-lengguk dibuai arus. Harapan Tuan Sinister musnah lagi. Entah yang ke berapa kali.
Batara Mimpi memuput asap dari dupa pasir, menyeru lelangit siang memberi harapan untuk malam nanti. Lautan luas, seluas hati Batara Mimpi, menghantar bisikan melalui bayu laut, melalui getaran daun-daun Serunai Laut kepada Batara Mimpi. Jangan terlalu berharap, katanya. Mimpi itu mahu kamu, bukan si Sinister itu.
Hati Batara Mimpi kembali berbalah, mahu mengalah atau berpaling. Mimpi, oh mimpi.
Pada bayu laut, bisikkannya yang sekejap kuat sekejap perlahan sekejap diam, kelibat Juliet pun menjelma. Menjelma dari kabus yang menipis lalu hilang. Batara Mimpi tertunduk resah.
'Berikanlah mimpi aku semula...'
Perlahan-lahan Tuan Sinister merungkaikan sila panggungnya lalu berdiri, lalu perlahan-lahan membiarkan dirinya naik ke permukaan, dibuai-buai ke sana ke mari mengikut arus lautan zaman...

Friday, July 10, 2009
Kamu Pelangi Mimpi, didekati kamu lari...
.
Nama kamu Pelangi. Oleh kerana nama kamu Pelangi, baju kamu pun pelangi. Kulit kamu pun pelangi. Rambut kamu pun pelangi.
Kamu pelangi pagi. Kamu datang dan pergi seperti matahari. Kamu tidur di kaki pelangi. Kamu jaga di tilam pelangi. Kamu mandi di kali pelangi.
Kamu cantik, warna kamu pelangi. Harum tubuhmu juga pelangi.
Kerana kamu itu pelangi, dikejar kamu menjauh.
Payah jika bercinta dengan pelangi.
Segala-galanya mimpi.
'Mana mimpi aku?'
Pekikan Tuan Sinister mencantas syarah Batara Mimpi. Tuan Sinister masih tak faham-faham. Jangan di kejar pelangi kerana kisah pelangi hanyalah kisah dari para guru untuk pedagogy, bukannya syllabus andragogy seperti Tuan Sinister.
Yang sudah tu, sudahlah. Biarkan Juliet pergi mencari Malim. Malim itu bolong malam yang kosong. Di mana-mana Malim pergi, bulan jadi kosong, bintang juga kosong. Batu jadi kosong, pokok-pokok juga kosong.
Memang cocok Juliet itu buat Malim kerana Juliet itu haruman narawastu indah. Dan yang indah-indah itu pelangi.
'Mana mimpi aku...?'
Kali ini suara Tuan Sinister melemah. Mungkin dia tahu siratan syarah Batara Mimpi, cuma dia enggan faham. Batara Mimpi bangun lalu pergi ke tengah-tengah laman untuk menadah lelangit malam yang menitik seperti rintik-rintik hujan.

Thursday, July 9, 2009
Hari ke-4 aku di sini...
.
Korang tau tak aku tengah buat apa sekarang ni?
Ini hari ke-4 aku training di sini. Esok kena present. Dan aku pilih tajuk ini:

Blog korang semua aku print-screen dan aku tampalkan untuk menjadi sebahagian dari isi bicara... minta di halalkan...

Wednesday, July 8, 2009
Juliet semakin kuat mendesah...
.
Terngiang-ngiang desah nafas Juliet di telinga kiri Malim. Desah yang sekejap-kejap perlahan, sekejap-sekejap bingit melampau. Terlalu nyaring bagi kuping senipis kertas litmus yang sekejap merah dan sekejap kuning. Sukar bagi Malim meneka apa maksud desah Juliet itu.
Malim terus-terusan memandang langit malam yang kosong. Hitam yang kosong. Bulan yang kosong. Bintang yang juga kosong. Tiada kerdipan apa-apa pun . Tiada sumber cahaya apa-apa pun. Kalau pun ada, bagi Malim, ia tetap kosong. Desah Juliet siang tadi memang benar-benar menggugat imannya. Desah yang mencabar kelakiannya, sebenarnya.
Malim keliru. Dalam kekosongan itu, Malim gagal membuang kelirunya pada dada malam yang bidang. Terlalu melekat pada lipatan-lipatan hatinya. Direntap pasti sakit.
Malim lontarkan pula pandangannya ke tanah yang legap . Tiada cacing, tiada anai-anai. Tanah legap itu juga kosong. Batu-batu juga kosong, pokok-pokok juga kosong.
Badi Juliet benar-benar pekat. Sepekat kekosongan itu. Ke mana-mana arah Malim toleh sekali pun, wajah Juliet tetap menjelma, desah suaranya tetap kedengaran.
'Juliet.........'
Gumam Malim perlahan. Nama itu hilang dalam kosong langit malam, dalam kosong tanah legap. Haruskah Malim kembali kepada Juliet?
Malim menoleh ke arah Juliet yang berdiri di belakangnya. Juliet masih menguntum senyuman, masih mendesah-desah manja. Haruskah Malim berundur dan tenggelam dalam pelukan desah Juliet?
Juliet mendepakan tangannya, terungkailah rindu nafsu dan haruman narawastu semerbak dibawa angin malam. Malam yang kosong bintang, yang kosong bulan. Malim pun terdorong ke arahnya. Seakan-akan terpukau dengan keindahan yang Juliet berikan.
'Oh Juliet... '
Gumam Malim perlahan. Teramat-amat perlahan. Hanya kuping senipis kertas litmus kepunyaan Malim yang boleh mendengarnya. Selebihnya, hanya desah Juliet yang kedengaran. Desah yang semakin banter ke kuping telinga Malim.
Dan Malim akhirnya tenggelam hilang dalam pelukan Juliet. Alam kembali kosong. Tiada lagi Juliet, tiada lagi desah-desahnya. Segala-galanya menjadi kosong yang nyata. Hilang dalam lipatan alam. Segala-galanya menjadi kosong dan kosong. Dan kosong.

Mana mimpi aku?
.
Batara Mimpi memuput asap pada dupa sakti. Semerbak bau kemenyan hitam bergentayangan pada lelangit. Terkumat-kamit sang Batara Mimpi menyeru lelangit malam. Membujuk rayu agar lembut hatinya. Lembut sedikit sahaja.
Tuan Sinister tersengguk-sengguk. Seminggu sudah matanya tidak mahu layu-layu. Seminggu juga tilam nafsu Tuan Sinister merasai resahnya. Terbentang kosong tanpa hangat malam.
'Mana mimpi aku?'
Batara Mimpi menggenggam seberkas mayang benci lalu hempaskannya ke lantai dengki. Dentumannya mengejutkan Juliet yang terpicing matanya. Juliet yang tidur di bilik sebelah. Hadiah dari Tuan Sinister. Juliet menggeliat manja. Juliet memang manja dan suka dibelai.
'Mana mimpi aku?'
Batara Mimpi menarik nafas sedalam-dalamnya. Maaf, Bimasakti enggan meminjamkan mimpinya malam itu. Juga malam-malam seterusnya.
Tuan Sinister mendengus marah. Jadual hariannya kini perlu diubah. Sebelum melangkah turun, Tuan Sinister pergi ambil seekor kucing di bilik sebelah.
Batara Mimpi tersenyum sambil matanya melihat ke luar tingkap, melihat lelangit malam. Ambillah semula hadiahmu. Aku tak mahu. Lelangit malam akan berikan mimpimu kepadaku. Mimpi kamu kini milik aku.

Tuesday, July 7, 2009
Refleksi dan ereksi dari kaca hitam
.
Refleksi dan ereksi tidak sama. Harap maklum.
Tapi refleksi boleh menyebabkan ereksi.
Ereksi jiwa dalam mimpi kadangkala menjangkau luar kotak kepala.
Luar kotak malam, seperti kerja-kerja ereksi Menara Kembar Petronas, bukan mudah.
Dan bila aku berkata tentang ereksi di sini, ramai yang secara refleksinya membayangkan botol kicap dan botol sos cili, sedangkan bukan itu sahaja. Jambatan dan bangunan perlukan ereksi juga.
Dan bila aku berkata tentang refleksi di sini, sama juga. Sedangkan semua permukaan berkilat membuat refleksi. Seperti ini ...

Ole-ole dari Kampung
.
Dalam salah satu entri aku sebelum ini, mungkin sekitar Raya Haji yang lepas, aku ada cerita tentang Daun Ketum.
Ada beberapa rakan yang tinggal di pekan tak tau mengenai daun serba guna ini. Maka, aku tampalkan di sini.
Daun ketum, kalau direbus dengan cara yang betul dan diminum mengikut sukatan 'ala kadar', adalah merupakan minuman tonik herba sebenarnya. Kalau dah dicampur dengan ubat nyamuk dan panadol lepas tu minum satu jag, itu yang jadi 'huru-hara' dibuatnya.
Airnya boleh mengurangkan kesan darah tinggi dan kencing manis. Manakala sebatian koloid yang wujud dapat menjadi 'booster' tenaga, ini menjadikan peminumnya tidak cepat penat dan bertenaga.
Cara merebus yang betul (mengikut petua abang aku):
Pilih daun yang tua, yang dah hijau tua warnanya. Daun yang muda terlalu 'kuat' dan boleh memabukkan. Ulat pun hanya makan daun tua. Daun muda ulat tak mampu makan, atau mungkin ulat makan juga tapi lepas tu kojol.
Daun dalam foto ini daun muda. Lihat betapa segarnya ia tanpa kesan digerogoti ulat pun. Sedikit bawah itu, daun tua dan sudah ada kesan dimamah ulat. Daun inilah yang patut diambil.

Daun tua itu direbus selama lebih kurang 1 jam dengan api perlahan. Tambahkan bunga Misai Kucing (aku tak pasti kenapa abang aku campurkan). Biarkan sejuk dan botolkan. Simpan dalam peti sejuk. Best serve when chilled! Kata abang aku.
Dos: minum dalam kadar secawan dan tak lebih 3 cawan sehari. Tapi, kepekatannya? Aku tak pasti sangat. Aku tengok , lebih kurang 15 helai daun ketum, 5-6 tangkai bunga Misai Kucing dan air 2/3 dalam periuk sederhana besar (8 inci?). Direbus sehingga airnya surut menjadi 1/3 sahaja. Tak perlu tambah apa-apa.
Aku minum hanya pada waktu malam dan secawan sahaja sekali minum.
Selang 10minit, aku minum secawan lagi...
Selang 15 minit, aku tibai secawan lagi.
Dan aku mimpi yang indah-indah, dalam jaga!
... so high... so high.... hahaha

Monday, July 6, 2009
Ikon berenda merah dan bintang-bintang milik Bimasakti
.
Ikon berenda merah itu turun dari langit ke tujuh. Berputar seperti bilah-bilah kipas, kalau tak pun, seperti bunga-bunga Angsana yang turun sambil memangkas angin-angin panas lewat Julai ini. Ikon berenda merah itu berputar amat ligat, terlalu ligat hingga Yoda sendiri kebingungan untuk menggunakan kuasa jedi-nya bagi menangkap bilah-bilah renda. Meskipun ligat, ia turun dari satu langit ke satu langit dengan perlahan sebenarnya. Seperti bunga Angsana itu.
Ikon berenda merah itu turun betul-betul di atas serobong kaca-laut biru gunung Merapi yang berbolos dan berasap sengak belerang dan asam. Gelembung-gelembung nusa memijar dari lahar menggelegak merah delima, meletup dan terpercik ke tebing berbatu kuartz tajam.
Mujur, Ikon berenda merah itu sempat menyisih ke sisi, lalu jatuh di atas debu duli panas. Angin panas lewat Julai ini menerbangkan debu-debu duli ke atas, memagari luncuran panah-panah dari Arjuna yang bertengkreng atas mentari lusuh.
Seekor kuda Semberani berlari dari kaki pelangi, tiba-tiba berhenti, mendengus melihat ikon berenda merah itu. Lalu ia tunduk, memungut ikon itu dengan gigi suasa merah. Kini, ikon berenda merah itu dibawa berlari ke tengah-tengah padang rumput yang hijau. Dan di padang itu ada sungai perak, dengan emas urai menjadi pasir-pasirnya.
Ikon berenda merah yang turun dari langit ke tujuh itu terbuai-buai dek angin panas lewat Julai. Tapi, kini ia berdebu dan kotor. Meski pun ada sungai, airnya tidak sesuai untuk membasuh kotoran itu.
Semenjak itu, ikon berenda merah itu tidak putus-putus memohon agar ada kaki hujan menjejaki padang itu. Sehingga cerita ini ditulis, doa si ikon berenda merah itu belum bersahut. Tinggallah ianya tetap berdebu dan kotor.
Di dada langit malam, setiap malam, bintang-bintang milik Bimasakti bersusun-susun membentuk lambang-lambang rindu dan cinta. Malam ini juga.

Sunday, July 5, 2009
Hanya dari T.Intan - ke 2
.
Sesampai di T.Intan, aku terus singgah di gerai Mastan Ghani (Abdullah) yang femes tu.
Di gerai ini, tak banyak menu yang ada. Cuma dua sahaja: Mee Rebus dan Rojak. Walau pun begitu, kedua-dua menu itu adalah resepi turun-temurun Mastan Ghani (Abdullah adalah anaknya). Aku rasa mungkin menjangkau 40 tahun!
Ada beberapa lagi retoran Mastan Ghani di sekitar pekan T.Intan. Kesemuanya dimiliki oleh anak-anak Mastan Ghani (kalau tak silap) setelah Mastan Ghani meninggal dunia (pun kalau tak silap). Tapi, aku lebih berminat dengan Abdullah Mastan Ghani sebab kuah rojaknya lebih mirip kepada kuah rojak yang asal.
Kenapa dengan rojaknya?
Kuah rojaknya special. Tak macam kuah rojak 'passemborg' yang biasa kita dapati di restoran-restoran mamak, yang kuah kacangnya terlalu berkacang dan minyak dekat seinci tebalnya. Kuah rojak mastan Ghani tak macam itu.
Aku dengar, dia campurkan biskut Merry dalam kuah rojaknya untuk memekat, melemak dan memaniskannya. Betul ke boleh buat macam tu?

Hanya dari T.Intan
.
Tengah 'seronok' memandu menuju ke pekan T.Intan dari S.Alam, aku terpana dengan satu signboard merah di jalan Changkat Jong. Mulanya dibiarkan sahaja tapi dalam hati, aku sudah mulai tercuit.
Selang 5km kemudian, aku terserempak lagi dengan 'menatang' tu. Tak boleh jadi ni. Aku sanggup berhentikan kereta di bahu jalan dan aku berjalan ke arah 'menatang' tu. Aku 'snap' satu kali.
Tu diaaaaaa...... 15km, jauh lagi tu!
Kalaulah perut aku tengah 'berkeroncong' lagu cindai, bila terlihat signboard itu pasti kecur air liur aku dibuatnya. Dan sepanjang jalan sejauh 15km itu, aku akan telan bergelen-gelen air liur dek kecurnya.
Bila sampai ke destinasi, aku rasa aku mungkin dah tak lapar lagi. Kenyang minum air liur.
Sendawa air liur 5-6 kali gamaknya.... gamaknya la....

Friday, July 3, 2009
Tazkirah: Pengajaran dari sesuatu yang kini telah kosong
.
Tadi aku berJumaat di masjid yang sama, menaiki kuda api yang sama. Sama seperti sebelum- sebelum ini.
Sesampai di situ, aku lihat Paku Payung sedang bersila tunggu aku. Sama seperti sebelum- sebelum ini.
Bila aku sampai, aku berdiri tunggu mu'azzin habiskan azan pertamanya sebelum aku solat sunat. Manakala Paku Payung masih bersila di sebelah aku berdiri. Sama seperti sebelum- sebelum ini.
Usai bersolat sunat, aku toleh kanan, aku toleh kiri. Hah! Kali ini ada sesuatu yang luar biasa daripada kebiasaannya, lain daripada sebelum- sebelum ini.
Masih ingat entri yang ini?
Tadi, buat pertama kalinya sejak bertahun-tahun ini, kerusi plastik itu tersandar pada tiang Masjid tanpa tuannya. Kosong!
Mana perginya orang tua yang sering bersolat dari atas kerusi plastik itu?
Sakit? Terbaring di atas katil hospital? Uzur di rumah? atau telah MENINGGAL?
Terasa kelainan Jumaat pada kali ini. Aku tak nampak orang tua itu dipimpin ke dalam dan dipimpin semula keluar oleh jemaah lain (aku tengok je, orang lain yang pimpin sebab aku kan pemerhati... hehehe)
Aku harap minggu depan aku dapat lihat orang tua itu bersolat semula di situ...
Pengajaran: rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Seronok ke hidup kalau hari-hari macam ni ?
.
Apa nak jadi aku ni. Buat kerja sampai bawak balik kat rumah tengah-tengah malam Jumaat yang indah wangi. Ni pun aku rehat sekejap nak lurus pinggang.
STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS........!!!!
Esok, aku kena bagi briefing kepada CEOs & CFOs dari 8 kompeni, pukul 10.00am.
Notis ? Pagi tadi baru dia orang emel.
Briefing material ? Ni aku tengah buat malam-malam begini.
STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS......!!!
Tak ada hari lain ke nak buat? Cis...
Takpe, minggu depan, seminggu aku ada di Akademi MAS di Kelana Jaya.
Aku nak pergi training lagi.
STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS....!!!
Malam Jumaat punya pasal, aku tak nak melatah menyumpah seranah tujuh keturunan. Aku tak nak carut-carut malam-malam buta macam ni.
Mana la tau kut-kut arwah Bapak aku datang menjenguk, malu pulak aku...

Thursday, July 2, 2009
Moga bulan bisa ngomong...
.
Anak Lanang si Tun Sri
Ronggeng cili padi
Pedas gigit api
Panas tahi babi
Pendek lidah dari gusi
Menari awang uwung
Lidah jelir canggung
Muka merah sombong
Pecah belang kamu tanggung
Ronggeng cili merah
Tersandung kamu melatah
Biawak pun gelabah
Babi pun tahu marah
Edan kowe kabeh
Nyong wes ngomong
Nyolong moso siro
Ojo nemuni kulo
Indeterminate false
argue and ignorance
Thou shalt do me not
Thou shalt see me not
#$%@ &^%$ %^$
()*& &^%#$
(``)@@~ ^&%$ !!
-> ~~@(P)@~~ <-
$e+an $!@L
aHaHaHaHa
[Nizam.Ariff - 01.07.09]
Aku dedikasikan puisi ini kepada mereka-mereka di ofis depan sana tu yang menyusahkan aku, walau aku dah pesan itu-ini awal-awal lagi, bila dah terjerut, suntuk masa, cari aku jugak. Cis!

puisi
Wednesday, July 1, 2009
Sekalung kenangan (selingan)
Award dari Insyirah!!!
Terima kasih adik Insyirah. Aku tak sangka dalam banyak-banyak rakan maya, kamu hadiahkan penghargaan ini kepada aku. Terharu ni...
Dan bagi memenuhi syarat-syaratnya, di bawah ini jawapannya.
1. Copy Award di atas
Ok. Aku dah letak. dah.
2. 5 fakta menarik tentang pemberi awad ini
i. Mula kenal Insyirah bila dia masuk dalam kamar [maya] aku.
ii. Walau dia kata dia brutal tapi aku rasa dia mahu dirinya menjadi lebih 'brutal' kerana dia masih belum cukup brutal sebenarnya. Kesimpulannya, dia tak brutal pun... hahaha
iii. Melalui tulisannya dan komentarnya, aku rasa nilai-nilai ketimuran dan keislaman tebal dan terjaga, malah mungkin aku patut jeles dengannya.
iv. Dari raut wajahnya, aku rasa dia lebih banyak beri senyuman dari berkata-kata.
v. Dari raut wajahnya, lelaki yang berjaya menawan hatinya patut berbangga.
3. Hobi diri sendiri
i. Suka fikir yang bukan-bukan
ii. Suka berangan-angan dan senyum kepada perkara yang bukan-bukan
iii. Suka melihat orang dan ragam.
iv. Sangat suka kat orang... hahaa
4. Penerima Award seterusnya dan sedikit deskripsi.
Azani, Kakpah, Ashley, Addyaholix, Cikgooden, CkLah, Waterlily, Alina, Shimi dan lain-lain, aku tak nak dera. Tapi, sayugia menawarkan diri untuk mengambil award ni secara sukarela.
TAPI, yang sorang ni MUSTI ambik. Kalau tak aku merajuk...
TASEK MERAH - sebab dia suka cari pasal dengan aku ... MUAHAHAHAHA

Pilihan yang sukar
.
Umur kucing rata-rata sehingga 9 tahun. Mungkin kurang dari itu kalau dilanggar lori atau kereta. Kucing ialah binatang yang manja tapi bukan menurut cakap macam anjing.
3hb July ni, genap umur Jagad 6 bulan. Dah 4 bulan dia bersama kami.
Aku sembang dengan Mama malam tadi. Satu hari nanti, jagad akan tua dan mati. Adakah kita sanggup melihat dia tua dan tak berdaya? Aku bagi pillihan, sama ada lepaskan dia pergi keluar untuk bebas, kalau dia masih ingin dengan kami, dia akan pulang dan kalau dia mati pun biarlah secara alami ATAU kurung dia dalam sangkar khas supaya ia rehat dan mati di situ, lepas tu kita tanam bangkainya.
* diam *
ATAU kita boleh hantar ke klinik haiwan dan bagi suntikan maut supaya deritanya berakhir dengan cepat dan tenang. Lepas tu kita tanam bangkainya.
* pun diam *
OK lah. Kalau dah tak sanggup, bila dia mati nanti, kita AWET kan badan dia. Kita buang semua isi dan gantikan kekabu. Bila rindu, boleh pegang-pegang dan cakap-cakap dengannya. Bila masuk tidur, boleh dibuat bantal peluk.
Amacam?

Subscribe to:
Posts (Atom)