Sketsa:
"Geruh kau ni, Choh"Bomoh Tua taburkan lagi kemenyan ke atas bara. Asap berkepul-kepul
menerawang ke atas. Choh anggukkan kepala dua tiga kali.
"Kau ambilkan aku air dari masjid tua tu. Biar aku pulihkan kau"
-----------
"Geruh kau ni, Choh"Bomoh Tua taburkan lagi kemenyan ke atas bara. Asap berkepul-kepul
menerawang ke atas. Choh anggukkan kepala dua tiga kali.
"Kau ambilkan aku air dari masjid tua tu. Biar aku pulihkan kau"
-----------
Kebetulan aku berpeluang berjumaat di Bandar Hilir. Jam pada telefon genggam menunjukkan pukul 1.20pm. Kelam kabut aku parking di sebatang jalan yang sempit, di antara rumah-rumah kedai yang agak berusia juga. Sekilas aku bayangkan betapa jalan sempit ini dipenuhi lanca-lanca yang mundar-mandir membawa orang. Juga beberapa orang Cina tua yang riuh menjual bawang India, setanggi dari China dan beberapa orang Melayu yang bercekak musang, bertengkolok dan berkeris pendek di kaki lima kedai itu.
Aku redah bayangan silam itu untuk mencari masjid. Aku cuma terlihat menara batu setinggi 4 tingkat semasa aku berkeliling mencari tempat parking tadi. Setelah menelusuri tiga blok kedai lama, akhirnya aku ternampak bumbung masjid dan tembok batu setinggi 6 kaki di mana
terdapat menara peninjau kecil di hujung tembok, rekabentuk masjid yang sinonim dengan masjid-masjid di Melaka.
Setelah menyeberangi jalan sempit itu, aku masuk ke masjid tua itu melalui pintu kayu yang tebal. Ada papan tanda tertulis " Masjid Kampung Hulu". Tapi aku terkedu sebentar, hanya ada dua-tiga orang yang sedang mengambil air sembahyang di kolah. Mana jemaah yang lain? Sedangkan tadi aku ada terdengar laungan azan dan sepatutnya sang Khatib pasti sedang berkhutbah. Aku terpijak lorong masa dan terbuang ke zaman silam?
"Masjid ini digunakan untuk Jumaat selang seminggu" Sapa abang India Muslim bila tengok aku terpinga-pinga.
"Tempat ini satu mukim tapi ada dua masjid, jadi Jumaat bergilir-gilir. Masjid yang satu lagi tak jauh dari simpang sana".
Aku faham. Aku tengok sekitar masjid itu dan aku dapat rasakan masjid ini sebuah masjid lama berdasarkan struktur binaan, tiang dan tanggam yang digunakan. Aku tinggalkan dulu. Aku cepat-cepat melangkah untuk berjumaat di Masjid Kling.
Setelah solat, aku kembali masuk ke Masjid Kampung Hulu. Orang yang beristirehat di beranda masjid itu kata Masjid Kampung Hulu adalah diantara masjid yang tertua di Bandar Hilir, setua
Masjid Tanah. Walaupun sudah ada kolah dan pancuran air dari paip, kariah masjid ini masih memelihara sebuah perigi tua. Aku tau, masjid yang berperigi menunjukkan ianya sebuah masjid tua kerana pusat bandar seperti Bandar Hilir sudah ada bekalan air paip sejak 1950an. Tembok batu setinggi 6 kaki itu pasti bertujuan untuk menahan serangan pedang dan tombak sewaktu perang dulu.
Dan dari cakap-cakap orang tua, kalau mencari air kolah masjid untuk
berubat, pasti air yang dimaksudkan adalah air perigi dari Masjid
Kampung Hulu ini.
berubat, pasti air yang dimaksudkan adalah air perigi dari Masjid
Kampung Hulu ini.
.