.
Apabila cinta penuh dalam dada,
Dugaan yang tiba umpama picisan perca yang indah,
warna - warna benang pelangi jarum menusuk lembut,
mencantum semua menjadi hamparan hidup ini.
(ini entri aku yang ke 1004)
.
Wednesday, August 31, 2011
Dunia ini bukan bulat sebenarnya...
.
Aku sedar banyak lagi sudut Bumi ini yang belum aku fahami.
Ceruk kelopaknya, rekahannya.
Kita memandang pada Bulan yang satu itu namun tak semua kita punyai gambaran yang sama.
Setiap sisi Bulan akan kelihatan berlainan jika dilihat dari sisi Bumi yang berbeza.
Sungguh benar, Bumi dan Bulan punyai banyak sisinya.
Jadi, siapa kata Dunia ini bulat?
Dunia sentiasa ada banyak seginya kerana begitulah ianya dicipta.
Mengikut peraturan-peraturan dan perjalanan takdir seperti acuan Maha Pencipta.
Acuan yang Maha Besar, ditempa menggunakan keAgonganNya.
Dan bagi aku yang kerdil ini, keangkuhan dan kesombongan langsung tak tereja dalam susunan abjad nama aku.
Kerana kesombongan dan keangkuhan itu pakaian Yang Maha Esa.
Hanya Dia yang mampu memakainya.
Hanya Dia yang mampu terima dan tahan dengan segala pujian dan pujaan seluruh makhluknya.
Bukan aku, bukan manusia seperti aku.
Berapa banyak manusia yang lupa diri apabila dipuji-puja?
Manusia tak tahan menanggung puji dan puja.
Manusia tak mampu menahan bebannya.

Tuesday, August 30, 2011
Di pagi Raya ini, aku ditinggalkan pergi.....
.
" Maaf, aku tak dapat ikut kamu...." kataku apabila dia memujuk aku berkali-kali.
Sejak kelmarin lagi sebenarnya dia tak putus-putus memujuk aku tapi aku ini memang degil. Hati aku keras agaknya.
" Habis tu, awak biarkan saya seorang diri berkelana begitu sahaja ? " katanya sambil menghirup kopi panas selepas berbuka semalam.
" Awak sanggup ? " soalnya lagi penuh menduga.
Aku renung dalam-dalam wajah putih sucinya itu. Aku lepaskan keluhan kecil. Kemudian, aku anggukkan kepala aku beberapa kali, tanda aku sudah bertekad dengan keputusanku.
" Baiklah kalau begitu, saya beransur dulu.... semoga bertemu lagi " akhirnya, dia mengalah.
Dia letakkan cawan kopi panas yang telah kosong di atas meja. Beg besar itu digalasnya dengan payah lalu dia pun keluar tanpa menoleh aku lagi.
' Semoga kita bertemu lagi, Ramadhan...' hati aku cuba bersuara tetapi suara aku tersekat di kerongkongan.

Monday, August 29, 2011
Ucapan Selamat Merdeka Raya 2011
.
Biar gambar yang memberi gambaran yang lebih jelas, walau sengaja dikaburkan objek-objek tertentu...
Ada maksud tu...
.
Ucapan Hari Raya 2011
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA
KEPADA SEMUA
Maafilah aku dan keluarga jika ada antara kami yang telah tersentuh (hati, perasaan) kamu yang menyebabkan kamu menjadi marah / tak keruan.
Dan ketahuilah, aku dan keluarga aku juga telah pun memaafkan kamu semua.
2011
Snipet Raya # 6: Dialog - dialog Hari Raya 2011
.
Dalam suasana petang hari memantai... di Melaka.
Sup Tulang Rusuk
A : Cuba tengok sup tu, dah empuk ke belum ?
B : Belum lagi ni, tak kecut lagi pun...
A : Sampai esok pagi pun tak mengecut, namanya pun TULANG...
Serai Giling
A : Serai ni kena ditumbuk baru wangi.
C : Banyak fiber ni, sampai bila nak hancur kalau ditumbuk.
A : Sampai agak-agak dah keluar minyak...
C : Hah ! Itu bukan nak buat minyak serai wangi ke....?

Sunday, August 28, 2011
Snipet Raya # 5 : Bunga putih dari api yang membara...
( Sila klik foto untuk lebih jelas )
Inilah bunga-bunga api yang sebenar
bunga putih yang wujud
dari api yang membakar
alunan lembut
gemalainya
bersama-sama bayu malam
menjelang Hari Raya 2011
Kadang-kadang keindahan itu wujud
dari sesuatu yang berunsurkan KEJAM.
.
Labels:
puisi
Snipet Raya # 4: Cerita di Hutan Gapis... Cerita 1
.
[ yang seperti dialami dan diceritakan oleh Dak Ai... ]
Ketika itu rezeki dia memang di sana, maka setiap hari dia akan lalu lalang di jalan itu dengan bermotosikal 135cc warna merah putih kebanggaannya. Kalau diikutkan hatinya, mau saja dia lalu ikut lain, ikut Jasin misalnya, tetapi oleh kerana kerjayanya berkembang di kawasan pekan sana, laluan durian tuggal dan selandar terpaksa ditempuhi. Itu tak mengapa kerana di kanan kiri masih ada banyak rumah orang.
Yang dia risaukan ialah jalan di sepanjang hutan simpan Gapis yang menghubungkan antara Selandar dan Nyalas. Kerap juga dia pulang waktu malam, sekitar jam 10pm ~ 11pm tetapi waktu-waktu begitu hampir tak ada kenderaan lain yang lalu di situ.
Kerap sekali dia ditemani unggas malam yang terbang dari tanah ke udara atau dari pokok ke pokok. Namun hati anak muda itu memang cekal. Demi rezeki yang halal, semua itu tak diendahkan, dianggap sebagai mainan duniawi.
Namun pada satu malam itu, risaunya memang lain macam. Dengung enjin motorsikal 2 lejang tak mampu mengubat rasa gundah dan serabainya. Ketika lalu di selekoh tajam yang menandakan sempadan Hutan Gapis , hatinya tak keruan. Sejuk menjalar sampai ke hujung tumit (kenapa tumit? suka hati aku la, cerita aku). Bulan hanya terang separuh, bintang bersinar tapi jauh-jauh. Walau ada bulan dan bintang, cahayanya gagal menembusi daun-daun pokok besar yang bertaup diantara kanan dan kiri jalan. Bila dia masuk di kawasan Hutan Gapis, hanya lampu 12V dari motorsikalnya yang menyuluh jalan.
Jalan berliku-liku. Kalau diturutkan hatinya, mahu juga dia pecut laju-laju kerana malam itu malam Jumaat yang keramat. Tapi tak boleh kerana selain jalan yang berliku dan naik-turun bukit, jalan juga basah dan licin kerana embun atau air tanah yang merembes keluar dari tebing bukit.
Setiap selekoh yang dilalui, lampu motorsikalnya kerap kesasar keluar dari laluan jalan kerana cahaya bergerak lurus. Ia tak belok-belok.
Beberapa selekoh di lalui, di salah satu selekoh itu, lampu motorsikalnya sempat menyuluh satu lembaga kelabu yang besar. Seekor gajah yang besar dengan telinganya sebesar talam atau tampi, sedang mengibas-ngibas. Belalainya panjang sampai mencecah tanah. Dia sempat mengelak. Walau pun hatinya berdebar-debar, dia amat bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku.
Setibanya di rumah, diceritakan segala-galanya kepada emak...
" sejak bila Hutan Gapis ada gajah liar...? Tak pernah dengar pun... " tanya emaknya kembali...
Serta-merta darahnya menyirap ke kepala.... adakah 'gajah' yang dilihatnya itu satu 'jelmaan' akibat kawasannya telah diceroboh? Satu persoalan yang sampai sekarang menjadi tanda tanya.
Nota: Hutan Gapis, walau pun nampak seperti hutan simpan yang besar sebenarnya disebalik pokok-pokok itu, banyak batu-batu telah dikuari. Hutan simpan itu telah dicemari.

Saturday, August 27, 2011
Snipet Raya # 3: Gua pun towkeh juga maaaa......
[ini hanya lakonan minda semata-mata ketika menyusuri laluan berbatuan menuju ke kampung. Bukan insiden sebenar walaupun 1/3 cerita adalah benar. harap maklum]
Keluar dari jalan utama, kini masuk ke jalan sunyi menuju ke kampung. Jalan yang cantik tetapi beralun-alun. Naik bukit, turun bukit. Kiri dan kanan jalan di penuhi pokok-pokok kelapa sawit.
Ketika di salah satu puncak bukit, terlihatlah seorang lelaki Cina separuh umur, berseluar pendek, memegang topi keledar dan sedang berjalan kaki di haluan yang sama. Aku syak motorsikalnya rosak di mana-mana dan dia telah tinggalkan.
Aku perlahankan kereta dan aku buka tingkap.
" Mau tumpang? " tanya aku dengan semangat penuh 1Malaysia.
"Boleh..? " balasnya. Aku anggukkan kepala.
Naik dan turun bukit lagi beberapa kali, sehinggalah aku tiba di satu kawasan kampung Cina, dia mahu turun.
" Berapa...? " tanya dia sambil tangannya mengeluarkan beberapa helai duit kertas warna merah.
" Tak payah... saya towkeh..." kataku bergurau sambil ketawa kecil.
Melihatkan dia yang berseluar pendek dan berkemeja lusuh, timbul rasa simpati pula. Aku keluarkan sedikit wang pula.
" Nah.. ambillah, duit raya " aku hulurkan wang dengan penuh semangat 1Malaysia.
" Tak apa.... gua pun towkeh juga maa....." katanya.
" Towkeh ?? " towkeh apa kalau berseluar pendek dan motorsikal pun rosak.?
" Gua towkeh BABI... kat dalam ladang sana..."
" Oooooooooooooooo........." panjang sungguh OOOO aku...

Snipet Raya #2: Nak balik raya, balik la jugak tapi........
.
Jangan lupa duhai teman-teman. Periksa TAYAR !
Semasa 'seronok' memandu sambil melihat pemandangan yang indah berupa lautan kereta, yang memisahkan bontot-bontot kamu semua dan jalan raya hanyalah 4 TAYAR.
Dan kalau dilihat lebih dekat lagi, walau pun ada 4 TAYAR yang melekap di atas jalan raya, bukan semua permukaan yang serentak menyentuh aspal.
Lebih kurang 10% permukaan TAYAR yang menyentuh aspal pada bila-bila masa.
Jadi, kamu semua sebenarnya bergantung harap dengan yang 10% ini.
Periksa-periksalah bunga TAYAR.
Oleh itu, jiwa murni, minda suci....

Friday, August 26, 2011
Snipet Raya - #1
.
.
Dam Dam Dum bunyi mercun
Orang kampung datang berduyun-duyun
Dam Dam Dum doktor berkampung
Ramai-ramai depa bawak kereta sorong
Selamat Hari Raya....!
Di akhir Ramadhan itu, esak tangis mereka pun berakhir.... buat selama-lamanya
.
Beberapa tahun dulu, anak-anak itu sering menangis kerana lapar. Si ibu jugalah yang bekerja keras membanting tulang untuk menyara anak-anak kecil itu. Ayahnya? Sibuk mengejar betina lain agaknya. Si ibu sudah biasa ditinggalkan. Sudah lali dengan rencah kehidupan.
Apabila anak-anak itu lapar, si ibu hanya mampu menyuakan susunya kerana itu yang dia mampu. Nasi? Tak pernah. Sekolah? Walau pun si ibu selalu berjalan-jalan di sekitar sekolah namun tujuannya tidak lebih dari mencari rezeki yang halal dan diredhai.
Anak-anak kecil itu tak tahu apa itu 'ABC' dan '123' dan 'Assalamualaikum Cikgu'. Anak-anak kecil itu tak tahu menyanyikan lagu 'Negaraku' seperti kanak-kanak sekolah lain. Anak-anak kecil itu hanya tahu ladang sawit dan getah. Mereka hanya tahu jalan raya dan motorsikal yang dipandu laju-laju.
Terlalu dhaif kehidupan mereka. Tidak bersekolah, sudah tentu mereka itu bodoh. Dan sudah tentu masa depan anak-anak kecil itu tidak jauh bezanya dengan si ibu: hidup untuk makan.
Lebih sedih, beberapa hari sebelum menyambut Syawal 2 tahun lepas, si ibu terkorban dengan cara yang paling menyanyat hati. Tubuhnya hancur dan tak berkubur. Anak-anak yang masih belum pandai melihat dunia itu telah kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Telah hilang tempat berlindung. Anak-anak kecil itu menangis lagi, siang dan malam.
Selama 2 tahun selepas tragedi hitam itu, anak-anak kecil itu menjadi dewasa tanpa kasih sayang ibu bapa. Terbiar dalam sedih. Air mata menjadi selimut tidur hampir setiap malam.
Akhirnya, beberapa hari menjelang Syawal tahun ini, anak-anak kecil yang kini telah sedikit dewasa, diambil oleh beberapa orang. Maka terpisahlah mereka adik beradik dan nasib mereka kini akan berubah buat selama-lamanya. Ah! Ada juga sinar di hujung jalan dan yang lebih manis, ianya berlaku beberapa hari sebelum menjelang Syawal yang mulia.
Mereka tidak perlu bersedih lagi. Tidak perlu menangis lagi... kerana mereka semua dikorbankan menjelang Syawal dan daging-daging mereka dijual untuk dibuat rendang dan serunding.

Thursday, August 25, 2011
Itu bukan kerja kita....
.
Satu hari itu, aku luangkan masa ke pejabat rakan. Sedang aku duduk-duduk, ada seorang sahabat lain datang untuk menyiramkan air ke pokok itu. Pada mulanya, aku tak rasa apa-apa. Tapi bila aku lihat pokok itu tak berdaun, aku tersenyum sendiri.
Dalam fikiran aku ketika itu, kawan aku itu hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyiram tetapi tidak melihat realiti (tentang pokok itu yang dah tak berdaun atau mungkin telah mati) yang ada di depannya. Seperti sesuatu yang bersifat prosedur dan tanpa ada 'jiwa' ketika berbuat demikian.
Aku tanya dia, kenapa perlu disiram?
Katanya, selagi ia tegak berdiri, ia masih ada harapan untuk hidup dan berdaun. Tugas kita cuma siram air. Hidup dan matinya bukan kerja kita.
Aku terpaku. Lalu aku minta dia ulang-siram untuk ambil fotonya supaya aku dapat kongsikan padangannya kepada semua.
.
persisten... |

Wednesday, August 24, 2011
Termenung melihat hari yang datang dan pergi...
.
Hari memang datang dan hari memang pergi, aku pula bagaimana? Bila aku kenang, ianya memang amat menakutkan.
Dihujung-hujung zaman begini, sahabat aku hanyalah mereka yang senasib dengan aku.
Aku yang dapat menumpang teduh di sini, sekadar kedamaian sebenar adalah sangat berharga lebih-lebih lagi dalam dunia yang bertopengkan tenteram berlapis-lapis.
Terpesona. Hidup dalam alpa. Maka aku lihat. Dan aku tunggu hari itu datang dan pergi. Menanti. Dan menanti.

Inilah akibat AFC di siang Ramadhan....
.
Konon-kononnya, sajian ini direka ala-ala AFC.
Nama samaran: chocolate chip and snow almond in thick kidney bean, sweet corn, pearl sago and palm sugar gravy in durian style number 12.
Nama sebenar: beskot femes amos dari MITC + Suci Dalam Debu S.Alam + bubur kacang campur durian.
Makanan sikit tapi pinggan punya la besar.
Amacam, ada stail AFC tak?

menggiurkan tak? |

Tuesday, August 23, 2011
Kupu-kupu patah sayap... menentang arus
.
Sayap aku patah, ini ceritanya...
Aku muncul dari hijau desa, dari rembang senja, sewaktu tok mudim menyisir pisau lipat, semasa mak bidan melipat kain pelikat.
Apabila kepak aku mulai tegang, urat-urat darah mulai mengembang, aku mula melihat dunia ini dari satu sudut yang lain pula. Pandangan aku lain pula. Aku dapat lihat kehidupan dari paras punai tanah dan merbok.
Dan segala-gala yang aku lihat, aku rangkumkan menjadi satu kesimpulan yang kerap kali aku ajukan di meja kopi. Kadang-kadang sambil tertawa, kadang-kadang sambil hentak-hentak meja. Itu biasa-biasa. Ada rakan yang sampai baling-baling gelas atas lantai. Berderai.
Dari lewat senja berubah menjadi lewat malam. Ibu-ibu sedang lena sedangkan aku yang masih mentah ini masih terbang terhoyong-hayang akibat kekenyangan kopi mencari pintu pulang.
Setibanya aku di jalan raya yang lampunya sungguh kuning menggiurkan dan jalan raya yang seksi dan basah, aku terbabas ke kiri dan ke kanan. Payah nak fokus semasa terbang kalau begitu.
Kerap juga aku menuruti hawa arus songsang. Sehinggalah aku terlihat cahaya yang sepasang ini, yang sungguh cantik, yang sungguh merdu, sungguh manis dan gebu. Lalu aku depangkan sayap-sayap untuk aku berikan dada aku sebagai bidang menahannya dari terus berlalu begitu saja. Rugi mereka.
Dalam keadaan mata yang separa terpejam dijahit kopi panas, aku terasa angin dari sepasang lampu itu datang menghampiri. Aku depakan kepak aku luas-luas untuk menyambutnya. Dengan gerak perlahan, aku dapat dengar sayap-sayap aku patah sedikit demi sedikit dirempuhnya.
Inilah bahananya bila meredah arus songsang zaman. Itulah sebabnya aku malas nak masuk campur politik nusa.. .. eh? boleh la...
.
kupu-kupu terkulai... |

Monday, August 22, 2011
Sambungan mimpi naga berapi.... sila tafsir mimpi ini
.
Entah macam mana, dalam mimpi itu aku melakukan flashback... ini cerita seterusnya.
Ketika aku masih kecil dahulu, aku dan rakan aku sering merayau-rayau di dalam gua-gua bawah tanah yang bersambung-sambung. Gua-gua tersebut bukanlah gelap, malah ianya samar dan kadang-kadang terang kerana ada beberapa jenis batu boleh mengeluarkan cahaya biru dan kuning atau amber. Apabila kami mengetahui ada seorang petapa di salah satu penjuru gua di dalam gunung batu pejal itu, kami pun pergi mencarinya.
Petapa itu seorang yang sangat tua dan buta matanya. Tidak pula diketahui siapa dan dari mana dia itu.
Pada satu hari, sang petapa itu memberikan satu nujum. Katanya, akan ada sejenis binatang yang kasar sifatnya, perengus dan pemarah menjadi kulitnya, darah menjadi matanya, besi tajam menjadi tanduknya. Kaki-kakinya mampu mengubah gunung batu pejal menjadi debu. Badannya adalah besi yang berapi dan yang paling penting, tiada senjata manusia yang mampu melukakan kulitnya itu.
Kami pun bertanya, jika binatang itu tak boleh dibunuh (invincible), jadi kampung kami akan punahlah?
Sang petapa itu menambah kata, ketika permukaan bumi bertukar menjadi api yang menjulang akibat kebinasaan yang dilakukan oleh binatang itu, akan muncul seorang Adiwira dari perut bumi yang setangkas binatang itu.
Kami teruja, lalu kami tanya lagi bagaimana Adiwira itu. Sang petapa itu berkata, Adiwira itu
memakai baju kulit dan besi, di tangannya sentiasa ada sebilah pedang yang berapi. Itu sahaja penerangan yang kami terima dan cerita itu adalah antara cerita kanak-kanak yang kami suka ketika kecil dulu.
Namun sekarang, cerita itu mungkin telah terjadi di depan mata aku. Aku jengah lagi binatang sial berapi itu dari bucu batu tempat aku sembunyikan badan aku. Aku lihat binatang telah tiada di tempat tadi. Aku tercari-cari dengan anak mata tetapi tak nampak apa-apa. Setelah puas hati binatang itu tak ada, aku pun berdiri di atas batu di puncak bukit di tebing sungai itu.
Dari situ aku lihat api dan asap menjulang tinggi dari kampung jiran yang terletak di seberang padang steppe. Aku juga dapat mendengar jeritan maut sayup-sayup dari kampung jiran itu. Aku pasti itu angkara binatang tadi. Kemudian aku terlihat beberapa orang berlari keluar dari kampung itu menuju ke kampung aku pula. Dan tidak jauh di belakang mereka ialah binatang itu, sedang mengejar mereka. Badan binatang itu menyala-nyala dengan api biru dan merah.
Langkah mereka tak jauh. Binatang yang berupa naga berapi itu dengan mudah melompat melepasi mereka dan kini telah berada di hadapan mereka. Orang kampung jiran itu terhenti dari berlari. Belum pun sempat mereka berlari ke arah lain, naga berapi itu melibaskan cakarnya, serta merta 2 orang dari mereka berkecai dan terbakar. Nasib lain juga sama tak lama selepas itu, hancur dan terbakar.
Aku terkejut melihat segalanya. Terlalu ngeri. Aku melopong. Lutut aku lemah. Tak lama kemudian, aku lihat di ruang udara ada beberapa pesawat tempur kecil berbentuk 3 segi terbang turun dari pusat pentadbiran di angkasa menuju ke arah binatang itu. Binatang itu mendongak ke atas lalu menderam, seperti singa jantan yang amat besar bunyinya.
Pesawat-pesawat tempur itu terbang rendah lalu menghujani binatang itu dengan peluru dari pelbagai arah. Namun begitu peluru-peluru itu langsung tidak menjejaskan tubuh binatang itu, hatta untuk mencalar kulitnya sekalipun. Apabila ditembak bertubi-tubi, binatang itu berang lalu api biru dan merah yang menyelubungi badannya menjadi besar, terlalu besar dan bahangnya dapat aku rasakan. Dengan tak semena-mena, binatang itu melompat amat tinggi, seolah-olah tubuhnya ringan seperti layang-layang, untuk mencakar pesawat-pesawat tempur itu.
Aku lihat ada beberapa pesawat tempur yang berjaya dijatuhkan dan terbakar manakala yang lainnya pulang ke pusat pentadbiran di angkasa.
Apabila pertempuran itu selesai, api biru dan merah yang menyelubungi badan binatang itu mengecil lalu hilang. Namun hawa panas dari badannya masih kelihatan seperti fatamorgana di padang pasir, seperti logamaya di atas aspal panas. Aku yang terlalu asyik melihat segala-galanya di depan mata tak sedar bahawa binatang itu telah terlihat aku.
Kami berbalas pandangan, walau pun jarak kami jauh, aku pasti dia telah terlihat kalibat aku yang berdiri di atas batu di puncak bukit berbatu pejal ini. Ketika itulah terasa seperti luruh segala semangat aku. Kecut perut aku. Binatang itu berjalan perlahan-lahan ke arah aku. Kini, aku pasti dia telah lihat aku.
Pada mulanya aku tak mampu bergerak kerana takut yang teramat tapi beberapa saat kemudian aku dapat mengawal diri semula. Cepat-cepat aku menggelungsur turun dari puncak bukit itu. Aku rela terluka daripada hangus dipanggang binatang sial itu!
Aku berlari masuk ke satu gua kecil yang berdindingkan batu pejal. Aku menyelinap masuk cepat-cepat supaya binatang itu tak nampak ke mana aku pergi. Kalau tidak, binatang itu pasti mengekori aku sehingga ke kampung aku. Itu yang aku tak mahu. Aku tak mahu seluruh warga kampung aku hangus dipanggang binatang sial itu, seperti mana yang telah dilakukannya kepada kampung jiran.
Aku berlari susup-sasap di dalam gua itu menuju ke rumah aku. Sesampai di rumah, aku keluar dari lubang di lantai bilik aku. Aku beritahu kepada semua adik beradik aku (tak pasti sama ada orang tua aku ada atau tidak masa itu). Kemudian aku pergi ke rumah jiran-jiran aku dan menyuruh mereka bersembunyi di dalam lubang gua. Aku meminta mereka berkumpul di salah satu gua bawah tanah yang agak besar ruangnya.
Aku ketuk dinding rumah ke rumah dan menyuruh mereka bergerak secara senyap-senyap dan masuk ke terowong yang menghala ke gua bawah tanah itu.
Sesampai di rumah yang paling hujung, aku tersentak. Aku terasa bahang panas yang bukan dari matahari. Peluh mulai merenik di dahi dan leher. Aku berjalan terjengket-jengket lalu menyelak sehelai bidai di rumah itu.
Dan di depan aku itu, binatang sial itu merenung tepat ke anak mata aku. Matanya merah menyala-nyala. Sisik-sisik sebesar piring pada badannya berkilat seperti besi yang panas. Lidahnya bercabang dua. Tanduknya ada empat dan tajam-tajam: dua menghala ke depan dan dua lagi menghala ke belakang. Pada kiri dan kanan pipinya ada lebihan kulit seperti cicak kubing yang kelihatan keras walau pun ianya boleh bergerak-gerak.
Kuku kakinya tajam seperti kuku helang dan panjang. Bentuk tubuh badannya seperti harimau kumbang yang berotot pejal. Di sepanjang belakangnya sehingga ke hujung ekor ada tersusun bulu-bulu tajam seperti duri nibung tetapi besar dan panjang-panjang. Dan di hujung ekornya ada segumpal bulu-bulu yang tajam seperti tombak dan panjang-panjang.
Binatang sial itu menghampiri aku. Perlahan-lahan aku undur ke belakang. Niat aku ketika itu tidak lain ialah berlari sepantas mungkin menuju ke arah lubang kecil yang membolehkan aku berlari ke gua bawah tanah tetapi segala-galanya bagaikan beku.
Lutut aku longgar. Sendi-sendi aku lemah. Bahang panas terasa sungguh. Aku tak mampu berbuat apa-apa lagi. Kecut perut aku dan perut menjadi senak. Pundi-pundi kencing terasa sangat penuh.
Ketika itulah aku terasa mahu kencing sangat-sangat dan aku terjaga dari tidur. Segala-galanya kembali ke dunia nyata. Tiada lagi naga berapi. Aku bingkas bangun menuju ke tandas.
Bila aku letakkan kepala semula, mimpi aku itu tak bersambung. Puas aku cuba tapi bayangan naga berapi yang aku kagumi itu tak juga mahu menjelma. Memang potong betullah, bagai nak luku-luku jer.....

Mimpi,
naga Kilin
Aku bermimpi ngeri sekali... naga berapi
.
Malam tadi, aku bermimpi yang aneh sekali. Menakutkan dan aneh, terlalu! Sungguh. Aku cuba susun semula jalan ceritanya sebaik mungkin kerana dalam mimpi ianya agak kelam kabut. Inilah dia... tafsirkanlah sendiri.
Aku dapati diri aku adalah sebahagian daripada penduduk kampung di pergunungan dan dataran steppe (padang rumput) yang beralun-alun seperti di Tibet-Rusia. Padang rumput itu pula di kelilingi oleh sungai yang lebar tetapi tohor airnya. Sungai itu mengalirkan air dari puncak gunung-ganang berbatu dan bersalji nun jauh di utara sana. Sungai itu memisahkan padang rumput yang hijau dan kebun-kebun sayur yang subur dengan banjaran gunung yang berbatu pejal dan tinggi. Manakala di sebalik banjaran gunung itu pula adalah padang pasir yang luas serta tandus.
Rata-rata penduduk adalah petani yang berkebun dan bercucuk tanam, termasuk aku. Pakaian kami diperbuat dari kain kapas yang kasar seperti kain belacu tanpa corak dan tanpa fesyen yang tertentu. Rumah-rumah kami pula ditegakkan daripada kayu hutan dan papan. Manakala kain guni menjadi pemidang diantara bilik-bilik kami. Kebanyakkan rumah orang-orang kampung terletak di sepanjang lereng curam banjaran gunung berbatu itu, lereng yang sama juga menahan angin dan debu kering dari padang tandus di sebelah sana. Oleh sebab itu, di sepanjang lereng banjaran itu terdapat hutan kayu yang agak padat.
Rumah-rumah kami diterangi dengan cahaya berwarna biru dan kuning yang terpancar dari batu-batu aneh yang dikorek dari dasar bumi. Sebenarnya, di bawah lereng gunung berbatu itu ada jalinan gua-gua dan terowong seperti lombong tinggal. Manakala kebanyakkan rumah penduduk kampung mempunyai terowong rahsia yang bersambung kepada jalinan terowong bawah tanah itu. Itu termasuk sungai-sungai bawah tanah yang melobangi batu-batu dasar.
Negeri itu pula diterajui oleh satu kerajaan yang besar. Kerajaan yang sebesar Putrajaya itu pusat pentadbirannya terapung-apung di angkasa. Pada masa-masa tertentu akan kelihatan pesawat-pesawat kecil dan besar naik dan turun diantara pusat pentadbiran itu dan bumi. Meskipun terdapat perbezaan teknologi dan cara hidup yang ketara diantara kerajaan dan rakyat, semuanya hidup aman dan tenteram. Sehinggalah............
Pada suatu hari itu ketika aku berumur dalam belasan tahun, aku dan beberapa rakan sedang seronok menangkap ikan menggunakan tempuling dan jala di sungai, aku merasakan hari itu bukan hari yang aman. Ketika itu juga aku dapat rasakan sesuatu bakal muncul. Sesuatu yang tidak baik. Aku dongak ke langit cerah. Aku terlihat seperti ada sebutir bintang tiba-tiba bersinar dan menjadi cerah. Aku terpegun seketika. Bintang itu menjadi semakin besar dan cerah. Aku takut, lalu aku panggil rakan-rakan aku untuk melihatnya.
Pada mulanya kami sangkakan itu tahi bintang yang melintasi langit kami tetapi rupa-rupanya benda itu terus menjunam ke bumi kami. Asap tebal seperti ekor putih yang panjang mendekati bumi, didahului dengan seketul batu yang panas dan terbakar.
Bunyi berdesing semakin kuat menghentam telinga sehinggakan kami tak tertahan lagi mendengarnya. Kami pekup telinga-telinga kami. Bumi dirasakan bergegar dan hati-hati kami turut bergetar ketakutan. Kiamatkah?
Akhirnya, satu dentuman yang amat kuat mengejutkan semua yang ada apabila benda itu jatuh di sebuah gunung berbatu, tidak jauh dari padang steppe. Batu-batu tercampak jauh, api menjulang tinggi dan gunung yang dihentam itu runtuh sebahagiannya ke sungai. Tidak lama kemudian, paras air sungai naik mendadak, membawa puing-puing dan lumpur. Kami lemparkan tempuling dan jala lalu kami segera berlari naik ke tebing. Rakan-rakan aku telah naik ke tebing tanah lalu berlari pulang ke rumah manakala aku yang lebih hampir ke tebing batu telah memanjat bukit berbatu pejal itu untuk elakkan diri dari dibawa arus deras.
Aku keseorangan kini. Takut mulai menjalar seperti bisa ular. Aku tunggu seketika dengan harapan air sungai akan surut. Jadi, aku panjat bukit berbatu pejal itu sehingga ke puncaknya. Aku mahu lihat apa yang berlaku. Angin padang pasir kontang di belakang sana bertiup agak kencang. Aku lihat padang pasir itu tandus, setandus-tandusnya manakala di hadapan aku pula adalah padang rumput yang subur. Banjaran gunung berbatu pejal ini menjadikan kawasan padang rumput ini seperti pulau yang indah, yang dikelilingi sungai yang nyaman.
Namun tidak lagi. Aku terlihat seperti ada sesuatu yang besar sedang hanyut dan berenang ke tebing. Sesuatu yang sebesar gajah tetapi punyai susuk tubuh badan yang tegap dan berotot seperti harimau kumbang. Mata yang merah menyala, tanduk-tanduk yang tajam. Barisan gigi yang berupa taring kesemuanya. Badannya seperti kulit buaya yang bersisik tebal dan berwarna hitam kehijauan. Keempat-empat kakinya mempunyai cakar yang berkuku tajam, ekornya agak panjang dan tajam di hujungnya. Lebih kurang seperti ini:
Apabila binatang yang pelik itu naik ke tebing, ia terus menggeleng-gelengkan kepalanya dan menggoyang-goyangkan badannya untuk membuang lumpur yang melekat. Kemudian aku lihat sesuatu yang lebih aneh. Tiba-tiba badan binatang itu menjadi kemerah-merahan dan terbakar. Saki-baki air sungai terus menjadi wap lalu hilang ditiup angin. Apabila telah kering, badan binatang aneh itu kembali bertukar menjadi warna hijau kehitaman.
Aku bernafas laju. Cepat-cepat aku sembunyi di rekahan batu yang agak besar. Dada aku bergetar, jantung berdegup kencang. Tidak pernah aku rasai ketakutan yang teramat seperti sekarang. Tidak lama kemudian, aku beranikan diri untuk mengintai. Ketika itulah aku llihat binatang itu mendongak tinggi sambil hidungnya menghidu-hidu sesuatu. Mungkinkah ia sedang mencari mangsanya...?
Pada ketika itulah aku teringatkan cerita seorang petapa tidak lama dulu. Seorang petapa yang pernah tinggal di dalam salah satu gua di dalam banjaran gunung yang berbatu pejal itu. Dia pernah meramalkan sesuatu ... ..
[ sambung malam nanti. semoga aku masih boleh ingat jalan ceritanya yang .. amat ngeri]

Hingga Akhir Nanti........
.
Semasa aku membeli belah juadah berbuka puasa di tapak Pasar Malam di Teluk Intan hari Sabtu baru-baru ini, aku terlihat ini:
Pantang maut sebelum sampai masanya. Meski pun telah tua, bertampal-tampal dan segala, van itu masih utuh mengabdikan dirinya kepada tuannya.
Aku ingatkan tiada orang di dalamnya, rupa-rupanya ketika aku ambil gambar di atas itu, sekilas lalu aku terlihat tangan manusia membetul-betulkan tuala yang menutupi lowong tingkap. Mungkin untuk elakkan air hujan masuk atau mungkin juga untuk elakkan dari aku terambil wajahnya.
Di belakang sana itu ialah Stesyen Bas Teluk Intan yang nostalgik. Walau pun telah tua tapi masih beroperasi, selagi hayatnya masih ada ia akan berbakti.
Hujan masih lagi merintik-rintik memaksa aku berpayung bersama-sama si dia, sudah tentu payung yang sama. Dua kepala satu payung. Romantik gitew. Nampak sangat cuaca memang memahami dan mahukan kami begitu.
Tapi.......... Mastan Ghani tak berniaga!
Aku intai cawangan di belakang stesyen bas... tutup.
Aku intai pula cawangan di sederet D'Mara.... juga tutup.
Aku intai pula cawangan di tebing sungai Perak.... juga tutup.
Mesti mereka tengah sibuk memasak tumpi kacang hijau dan karipap untuk hari raya nanti...

Sunday, August 21, 2011
Aktiviti hari ini: meneran banyak kali...
.
Kami menyempreeeeeeeeeeettttttttttttt.
Ini dia sekawan anak-anak kuih yang baru diteran keluar terus ke atas dulang. Mereka diteran secara berjamaah, lebih afdhal dan doa mereka lebih sempurnal.
Ini mesin inkubatornya. Kena pastikan suhu dan masa yang sesuai dan cukup. Kalau tak, anak-anak semprit tak matang. Bila tak matang, mulalah nanti masing-masing buat perangai.
Kalau anak-anak seprit tak matang dan perangai / rupa tak senonoh, ibu akan patah-patahkan dan hancurkan tau!
Wuih.. kejam sungguh bunyinya. Tapi, kalau dah penat-penat meneran tiba-tiba hasil tak menjadi, rasa nak lempang dia orang pun ada. Nasib baik siang hari puasa, kalau tak memang aku geget-geget jer...

alaaa... tomel-tomel... ontel-ontel... |
Ini mesin inkubatornya. Kena pastikan suhu dan masa yang sesuai dan cukup. Kalau tak, anak-anak semprit tak matang. Bila tak matang, mulalah nanti masing-masing buat perangai.
jangan dikisah dgn dulang yg pelbagai ragam tu... |
Kalau anak-anak seprit tak matang dan perangai / rupa tak senonoh, ibu akan patah-patahkan dan hancurkan tau!
mata ada yg kecil ada yg besar... salahkan abang Ayiff, dia potong tak sama |
Wuih.. kejam sungguh bunyinya. Tapi, kalau dah penat-penat meneran tiba-tiba hasil tak menjadi, rasa nak lempang dia orang pun ada. Nasib baik siang hari puasa, kalau tak memang aku geget-geget jer...
.
Akhirnya........ beginilah jadinya agak-agaknya
.
Akan sampai masanya nanti, aku akan rasa sepertimana basikal tua itu rasa.
Pada ketika itu, kematian adakalanya seperti madu di dalam setitis embun pagi... nikmat dan menyegarkan. Itukah realiti kehidupan?
Apabila tenaga tubuh hanya berbaki, itu pun untuk menarik dan menghembus nafas, karat-karat dan rerayap mula menjalari kaki dan perlahan-lahan menjarah ke segenap tubuh.
Kalau begitu, satu hari nanti aku akan ucapkan doa yang pernah (arwah) bapak pernah berdoa.
" janganlah tuanya aku nanti menyusahkan siapa-siapa pun, ambillah sahaja nyawa aku..."
Akan sampai masanya nanti, aku akan berdoa seperti bapak.
.
tak cukup basikal...fokus juga yang hidup dibawahnya |

Saturday, August 20, 2011
Kisah gegar pengarang jantung....
.
Nafsu aku melonjak gila lagi!
Kali ini nafsu aku ada berteman. Temannya memakai sepit rambut bermotifkan kupu-kupu malam, yang apabila disuluh cahaya neon, memancarkan warna hijau terang dan biru gemilang. Cantik.
Sedang aku asyik mengukur panjang aspal yang hitam malam tadi, sekejap tadi, aku dikejutkan dengan bunyi desir (hissing sound) yang pada mulanya perlahan di belakang tetapi makin lama makin kuat menghampiri. Ah! Aku benci sungguh bunyi desir itu.
Seorang Satria berwarna putih tulang anjing melewati aku. Ketika bersaing, bunyi desirnya amat membingitkan dan ia terus memotong aku dengan laju. Lowong asapnya sungguh besar, yang kalau tak terlalu sadis, kepala kucing boleh muat di dalam lubangnya. Bunyi macam guruh keluar dari lowongan, hasil hentakan beberapa ekor kuasa kuda yang dijanakan dengan bantuan kekipas turbo.
( kereta biasa: angin disedut ke kebuk pembakaran akibat vacuum yang dihasilkan melalui gerakan omboh. Kereta berkuasa turbo: angin dimampatkan oleh kipas turbo dan angin yang bertekanan tinggi itu didesak masuk secara paksa ke dalam kebuk pembakaran, manakala lebihan angin yang bertekanan tinggi dikeluarkan melalui injap... dan menghasilkan bunyi desir yang kuat).
Akibat kuasa yang berlebihan jika dibandingkan dengan susuk tubuh Satria itu, tujahan dari kuasa mentah (raw power) akan mengakibatkan kawalan pemanduan agak sukar. Kalau tak biasa boleh terbabas! Juga, kuasa membrek perlu ditingkatkan sejajar dengan kuasa yang ada, kalau tidak memang asyik kesasar.
Pernah aku lihat seekor Kancil dipasangkan dengan injap jantung kuda yang besar tetapi ladam yang kecil menyebabkan ketika berhenti di lampu isyarat, si Kancil itu masih bergerak kehadapan walau brek telah ditekan. Bodoh.
Setiap yang memecut perlu digandingkan dengan membrek yang baik. Tak guna kereta yang hanya tahu memecut tapi kurang arif untuk berhenti.
Kalau ada duit untuk beli set turbo, perlu juga ada duit lebih untuk membeli sistem brek yang baik. Juga tayar yang mencengkam erat. Kalau tak, terbabas dan terlanjurlah jawabnya. Bila dah terlanjur dan menjadi besar membusung, tong sampah dan tangga masjid jugalah destinasi pilihan... eh? Err..... apa-apalah.

Friday, August 19, 2011
Penat tangan menggentel malam tadi...
.
Memang penat. Lenguh sampai ke daerah pangkal lengan. Mana tak nyer, nak uli kena guna tangan. Nak gentel kena guna tangan. Mesin uli diletak kat tepi je.
'Suci Dalam Debu'. Jangan ditanya kenapa namanya begitu. Dah itu nama yang tercatat pada resepinya. Dia ni pakai sedikit minyak sapi. Debu itu pula ialah susu tepung.
Aku tak nampak pun sucinya tang mana. Adunan dicampur sedikit coklat serbuk, dah tentu warnanya bukan 'sesuci' namanya. Aku rasa nama yang sesuai ialah " Suci Dalam Lumpur ".
Dan menggentel satu-satu sebesar guli hingga menjadi bulat adalah sesuatu yang memenatkan dan melenguhkan dari pangkal lengan sampailah ke pangkal pinggang.
Disebabkan itulah juga, saiz 'guli' yang digentel dengan jari-jemari tu tak sama besar. Ada kecil, ada besar ibu jari. Aku rasa elok jugalah macam itu sebab mulut orang pun bukan sama besar. Kalau boleh nganga luas, bagilah guli yang besar.
Dah tu pulak, 'guli' tu pun bukannya betul-betul bulat. Bersegi-segi sebenarnya, siap ada cap jari lagi. Sebabnya? Aku mahu yang 'peroi' jadi tepung itu disangan lama sikit. Akibatnya, nak gentel dengan cara gesel-gesel antara dua tapak tangan tak menjadi. Asyik hancur. Jadi, kenalah gentel cara penyet-penyet guna jari-jemari aku yang berinai dan mulus ini...
Tapi rasanya memang sedap.... nikmatnya..... perrghhhh..... donia!

Thursday, August 18, 2011
Memang kurang faham...
[ kisah ramadhan 10 ada di MM.... ]
Maka nafsu aku pun meronta-ronta semula sebaik sahaja kurma melepasi anak tekak. Bergegar-gegar pundak aku akibat rontaan nafsu aku itu. Dia minta itu, dia nak yang ini. Segala yang terlintas difikirannya akan diminta. Bingit kuping telinga aku dibuatnya.
Lalu aku pun hidupkan enjin kereta membelah dada malam yang masih muda. Aku letakkan nafsu aku ditempat duduk di sebelah. Aku ikat dia pejap-pejap dengan talipinggang keledar kerana aku tak mau didenda RM300 semata-mata kerana nafsu aku itu.
Ke kedai mamak. Itu biasa. Roti canai sekeping. Itu pun biasa.
" minum apa? ... teh ais, kopi ais, teh tarik, oren buah.... bla.. bla .. semua ada ". Orang itu cakap macam keretapi di Bagladesh, punya la laju. Aku terpegun seketika, kagum dengan keupayaannya.
" err... air kosong... " jawab aku ringkas.
" air kosong..? errr... "
Dia tak faham atau dia tak biasa orang makan roti canai dengan air kosong, salah satu sebab agaknya.
" wokey.... air kosong apa encik mahu..?
air kosong + teh ?
air kosong + kopi ?
air kosong + susu ?
air kosong + bla.. bla.. bla..?
semua ada ...."
" Grrrrrr........... woof.. woof.. wooooffff ! Grrr..... "

Wednesday, August 17, 2011
Kisah sebutir bahulu dan sebuku lemang di petang ramadhan
.
[ kisah ramadhan 9 ada di MM..... ]
Hari ini cuti. Seperti biasa, bila cuti, pagi aku biasanya bermula pada tengahari dan tengahari aku bermula pada pukul 3pm. Itu biasa.
Oleh kerana hari ini hari cuti, langkah aku panjang sedikit daripada hari-hari biasa. Hajat di hati nak lihat orang ramai membuat persiapan untuk Hari Raya, sambil-sambil itu aku mencari 2 jenis juadah ini untuk berbuka petang nanti: Bahulu dan Lemang.
Maka, aku pun turunkan nafsu dari pundak dan aku lemparkan dia ke tengah-tengah ini:
Sungguh ligat dia berlari. Kejap-kejap dia panjat batang buruk, kejap-kejap dia panjat kuih siput. Habis semuanya dipijak-pijak. Dia memang nakal. Maklumlah, budak kecil. Ada beberapa gerai yang ada jual Bahulu tetapi satu pun tak berkenan dihatinya.
Di salah satu gerai yang menjual bahulu, dia pun bertanya tentang bahulu kampung.
" Ini semua bahulu kampung la, resepi kampung turun temurun..." kata kakak itu.
Kakak itu tak faham maksud dia. Dia mahukan bahulu kampung yang bukan sahaja resepi kampung tetapi PROSES PEMBUATANNYA pun turut secara kampung. Dia pun tanya kakak itu, adunan itu dipukul guna tangan atau mesin? Bahulu itu dibakar guna oven atau sabut berbara.
" mana ada orang buat macam tu dah, semua pakai mesin... pakai oven.." jawab kakak itu.
" Owh... itu bukan bahulu kampung yang aku cari... " balasnya ringkas.
Kemudian, nafsu aku yang nakal itu pun tercium bau Rendang dan Serunding yang wangi di kala puasa ini. Cepat-cepat dia kayuhkan kakinya menuju ke gerai yang menjual lemang, ketupat palas dan rendang. Ada 2 jenis rendang. Dia suka rendang daging. Lalu dia pun pilih sebungkus lemang, beberapa biji ketupat daun palas dan sebungkus rendang tok.
Ketika aku hulurkan duit kepada kakak muda itu, dia sempat bertanya, benar semua rendang dan ketupat itu kakak dan pembantu-pembantunya yang buat? Maklumlah, nampak masih muda belia semuanya sedangkan resepi itu adalah resepi orang kampung dan orang bandar seperti kakak-kakak muda itu mana tahu nak buat. Samalah kesnya dengan bahulu kampung tadi.
" .... betul. kami yang masak rendang ni..." kata kakak itu sungguh-sungguh sambil mengira-ngira duit baki sebelum dia serahkan kepada aku.
" ... nak tipu ek? Dah sah-sah rendang tu Tok kamu yang buat.... ada tulis kat situ"
Tetiba kakak muda itu buat muka nak makan aku. Cepat-cepat aku tangkap nafsu dan aku sangkutnya semula pada pundak aku sebelum aku hilang dalam celah-celah orang ramai...

Tuesday, August 16, 2011
Alam ini satu kurungan yang besar...
.
Terkurung dalam gelap.
Aku tak mahu kerana sebenarnya aku mahu bebas.
Namun sebebas mana pun, realitinya aku masih lagi terkurung.
Alam ini adalah satu kurungan yang besar.
Diri aku juga adalah satu kurungan yang luas.
Kamu yang mengurung aku dalam diri aku.
Dan mengurung diri aku di dalam alam ini.
Bilakah agaknya kamu mahu bebaskan aku, sayang?

... apabila darjah kecondongan sang mentari jatuh dalam julat bukan pelangi indah lagi
.
Kalau semalam renjis gerimis dapat mententeramkan panas petang, hari ini resah gelisah sulbi kembali menjadi-jadi. Pijar fajarnya adalah photon-photon yang sekejap berwajah partikel yang bermisai tebal dan ganas, dan sekejap berwajah gelombang yang lembut dan beralun. Tak kisahlah tubuh aku atau tubuh mereka, jalar panasnya mengalir di setiap genap urat nadi.
" tiada apa yang kuminta, dalam dunia yang banyak peminta..." entah kata siapa...
Aku tak punyai mala fide. Aku cuma mahu duduk di bawah pokok jambu batu sambil menikmati keindahan warna pelangi.
Tengah hari ini, tadi untuk lebih tepat, kereta aku bertukar menjadi oven yang amat sesuai untuk membuat kek dan bahulu ikan emas. Kalau letak telur ayam kampung sesangkak, aku rasa aku boleh dapat sedozen anak ayam keesokkan harinya.
Dan apabila darjah kecondongan sang mentari jatuh dalam julat bukan pelangi indah lagi, mata akan menjadi sepet. Bila mata menjadi sepet, payah nak lihat jalan raya dengan jelas ketika memandu. Bila jalan raya tak menjadi jelas seperti jelasnya warna-warna pelangi indah, kekaburan pun selubungi kepala.
Dan bila kepala di selubungi kekaburan, hawa sejuk yang terpancut boleh diibaratkan seperti glasier Kutub Timur yang mencair dan mengalir menjadi mata air yang setitis-setitis masuk ke dalam mulut... nikmatnya...
* honk.. honk... preeeettttttttttttttttttttt! *
Mujur. Kalau tidak, aku telah menjadi salah satu data yang terawal dalam statistik Ops Raya musim 2011.

Aku dah mula gelarnya 'round-about' maut..!
.
Minggu lepas, aku ada cerita pasal kenari panjat divider.
Entah kenapa, pagi semalam ada pulak van yang bercumbu dengan pokok.
Aku dah mula syak yang bukan-bukan di round-about itu. Sebenarnya, sebelum ini ada benteng simen yang agak tinggi di sepanjang perimeter bulatan.
Oleh kerana asyik kena gesel dek tayar lori yang radius puisingannya tak berapa cantik, benteng simen itu selalu terpokah.
Maka, pihak berwajib pun menukarkan benteng simen kepada simen bercerun macam 'ramp' atau tanjakan. Akibatnya, tayar akan naik ke atas dan bukan terhadang. Yang baiknya, simen itu tak terpokah lagi walau lori 18 tayar gesel.
Satu lagi, jalan-jalan yang menuju ke 'round-about' itu sedang dibesarkan dan dielokkan.
Kalaulah memandu dalam keadaan bermata kuyu, memanglah tak sedar. Tau-tau dah berdengkur di dalam sarang burung di atas pokok itu. Siap mengigau lagi...

Nampak van tu tak...? |

Sunday, August 14, 2011
Nafsu aku melompat dari bahu ke bahu di lautan manusia itu...
.
Lewat petang, nafsu mencari makanan untuk berbuka meluap-luap. Payah nak ditenteramkan. Maka aku berlepas ke pekan untuk bersatu dengan selautan manusia yang gigih mencari juadah seperti aku.
Sesampai di tempat itu, aku lepaskan nafsu aku. Aku biarkan dia melompat-lompat dari bahu ke bahu lautan manusian itu. Kadang-kadang dia hinggap pada dada-dada yang terdedah. Kadang-kadang pada mulut-mulut yang reput.
Dalam banyak-banyak gerai, lompatannya terhenti di gerai ini.
Satu masa dulu, aku pernah membawanya ke Tg. Karang untuk mencari gerai ini. Sayang, aku terlambat dan dia pun merajuk. Kini, rajukkan nafsu aku itu terubat kerana gerai itu mencarinya hingga ke daerah ini.
Dan yang menjadi idamannya ialah serunding kelapa ini.
Biarkanlah dia. Aku turuti sahaja kehendaknya.
Setelah usai memilih juadah berbuka, aku menyuruhnya kembali semula masuk ke dalam dada aku. Diamlah dia di situ sehingga esok petang. Lalu kami kembali ke rumah.
Juadah yang ringkas-ringkas tapi habis juga dalam RM24. Ya lah, nafsu dari 2 batang tubuh di rumah juga ada ikut serta, menyorok di dalam bonet kereta. Aku tahu tapi aku biarkan sahaja dia melompat dari payung ke payung melihat juadah. Pengalaman.

Penyemarak nafsu yang disangkut dengan tali nylon halus dan dibiarkan terbuai-buai...
.
Usai menjamah kuih kasui dan puding roti bersos kartard, dan 'green tea lemonade with rewarewa honey deeply chilled' sebagai pembuka puasa dan nasi goreng yang 'terbantut' gorengannya malam semalam, aku keluar lagi ke pekan. Kali ini aku 'advance' kan pelan membeli baju. Ya, aku tambah koleksi baju T cuma setahun sekali.
Sesampai di perut pekan, aku berpusing-pusing mencari pusatnya. Jalan sesak dengan kenderaan yang mencari-cari celah dan lurah untuk memarkirkan kenderaan. Ketat-ketat sungguh parkir mereka, nak celahkan 2 jari pun tak lepas. Jadi, aku terus berpusing-pusing mencari celah lain yang kurang ketat. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk turun ke bawah perut dan terus masuk ke dalam bumi. Nasib aku baik kerana ketika aku tercari-cari, ada seekor kancil keluar dari lubang. Aku gantikan tempatnya di lubang itu.
Bila aku panjat naik ke atas dengan bercelapak di atas tangga yang bergerak sendiri, aku lihat ramai sungguh manusia-manusia sedang melampiaskan nafsu. Kemanakah ranapnya dinding yang terbina di siang puasa?
Mereka berpusu-pusu menyelongkar sana, memunggah sini... tangan-tangan mereka bak garfu besar yang merayap-rayap di celah-celah kain, memugar baju. Entah apa yang dicarinya, aku pun tak pasti.
Aku lihat penyemarak nafsu yang bertali nylon halus terbuai-buai ditiup angin dari corong pendingin hawa. ! Ah.... mata-mata yang terikut membuai pasti mendorong kaki-kaki untuk melebarkan kangkangnya, biar cepat sampai ke destinasi. Berpuluh-puluh meja menghidangkan sajian yang dah tak terurus lagi. Yang baju tergumpal-gumpal. Yang kain habis terselak-selak.
Tak. Aku tak ke situ. Hilang selera aku melihat sajian yang telah menjadi bekas-bekas orang, yang renyuk dikeronyok orang. Lagi pun, biasanya saiz aku tak ada di situ.
Aku pergi ke tempat yang lebih tenteram, yang masih senonoh, yang masih bersopan. Aku tarik satu lalu aku gendong bawa masuk ke dalam bilik kecil. Di dalam bilik itu, aku acu berkali-kali di hadapan cermin besar. Setelah puas dan masuk dengan selera aku, barulah aku setuju mengambilnya.
Aku tuju ke kaunter bayaran. Ada 4 sajian yang aku ambil (aku punya cuma 1) dan bila lihat bil, cecah RM200 ! Aku lihat balik penyemarak nafsu bertali nylon halus yang terbuai-buai. Macam tak ada diskaun pun. Sama saja harganya walau tertulis di situ 50% ~ 70% diskaun.
" .. kalau beginilah, lepas raya kena puasa lagi nampaknya... 30 hari berturut-turut " kataku kepada pelarik mesin hutang.
Dia tersenyum tawar... aku juga sama.

sketsa
Saturday, August 13, 2011
3.30am kusemai benih khayal di atas bantal dengan niat mahu dituai semula pukul 4.45am...
.
Lepas berbuka di rumah secara ala kadar petang Jumaat semalam, aku pun bergerak ke pusat S.Alam. Berbuka ala kadar itu bermaksud: sepiring penuh cempedak emas kuning manis bersalut tepung (3 gorengan), tauhu dual-goreng bersumbat timun dan taugeh renyah bersama kuah kacang spesial (10) dan air teh hijau berlemon dan bermadu rewarewa (1 jag).
Oleh kerana berbuka ala kadar, dalam pukul 9.30 malam perut mula meminta-minta zakat dalam bentuk karbohidrat termasak. Bila perut meminta zakat, mulut pun mula mengajak seisi rumah untuk mencari makanan.
Akhirnya, kami singgah di restoran D'Arab di seks 7.
Kami bertiga tapi aku pesan hanya dua Lamb Khabsah, satu lagi bagi pinggan kosong sahaja. D'Arab terkenal dengan jumlah nasi beriyani yang banyak. Tak lengkap kalau 'pekena' nasi itu kalau tidak dengan teh arab.
Oleh kerana kedai mahu ditutup atau mungkin apabila tahu yang satu hidangan itu akan dikongsikan, aku dapati hidangan yang itu sengaja dilebihkan nasi dan daging kambingnya. Daging kambingnya ada 3 ketul besar!
Oleh kerana berbuka tadi cuma ala kadar, maka sekembalinya aku dari D 'Arab, aku singgah di drive-thru McD. Aku pesan Double-Cheese burger set besar dan kentang goreng besar.
Tiba di rumah, aku tak mahu terus tidur. Aku mahu segala makanan itu sera dulu. Jadi, aku pun godek-godek blog. Juga blog kawan-kawan. Tetiba ada satu permintaan dari kawan blog yang juga tak tido lagi walau pun mata belalang hampir pecah. Jadi, aku siapkan entri dibawah itu secara ala kadar.
Sehinggalah jam 3.30, mata dah hilang tempo. Kantuk lesap seperti babi hutan dihambat anjing pemburu. Aku dah set nak buat nasi goreng untuk sahur, saja-saja nak sediakan pula untuk Mama dan Ariff. Tapi, masih awal lagi.
Aku pun semaikan benih khayal bermata kuyu, yang renek batangnya dan berakar singkat, di atas bantal dengan niat mahu dituai semula pada jam 4.45am.
5.58am, aku terjaga apabila ditegur azan dari corong pembesar suara yang masih lagi dibenarkan kegunaannya di Selangor...!
'Oii nasi goreng, Oii bubur kacang.... '
Aku rasa macam nak menyanyi sampai ke petang....

Restoran ayam kena lenyek...
.
Satu hari tu (sebelum bulan puasa), aku luangkan masa aku di sebuah restoran ayam yang macam baru lepas kena gelek stimrol. Rupa-rupanya bukan sahaja ayam, kambing, lembu dan ikan keli pun ada yang macam kena lenyek dengan stimrol.
Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak ceritakan yang ini.
Ketika aku asyik menunggu pesanan sampai, tiba-tiba ada seorang pemuda yang compang-camping, jalan pun bersepah dek 'weng' dan menghisap rokok telah duduk di meja sebelah yang telah dikosongkan tapi sisa-sisa makan masih belum dikemasi.
Pada mulanya, dia hirup saki baki air di dalam gelas. Kemudian dia letakkan rokoknya di atas meja. Dia ambil garfu dan mula melahap saki baki makanan yang ada: sedikit ayam, sedikit sayur. Kemudian nasi pula. Mulut habis berlemoih. Kemudian dia hirup pula sup. Lepas tu dia ulang balik makan apa-apa yang ada.
Dia hirup lagi air. Bila air dah habis, dia ambil gelas yang lain. Sambil-sambil itu matanya melirik ke kanan dan kiri. Matanya semakin kuyu. Aku tahu yang dia tengah khayal.
Bila dia perasan yang aku tenung dia sejak tadi, dia pun tak lepaskan pandangan kepada aku. Kami berpandangan seketika.
Pada masa itu, tangan aku erat menggenggam sebatang garfu besi.... sebagai langkah berhati-hati.
Tapi mata aku tetap memandang tepat wajahnya dengan pandangan yang kosong. Kosong maksud aku ialah pandangan tanpa perasaan. Tanpa senyum, tanpa benci.. kosong.
Sekejap-sekejap aku pandang batang lehernya. Aku cari kawasan urat merihnya untuk aku tusuk dengan garfu itu nanti. Kalau dia berani bangun dan berjalan satu langkah sahaja ke depan, aku akan buat dua langkah menghampirinya dan batang leher dia akan aku jadikan batang pisang.
Aku tak kisah sebab aku dikira mempertahankan diri. Lagi pun itulah masanya aku praktikkan ilmu tusuk batang pisang yang selalu aku buat semasa kecil-kecil dulu.
Bila dia lihat aku tenung dia tanpa perasaan, dia cepat-cepat habiskan apa yang ada kemudian dia berjalan keluar. Rokoknya tertinggal di atas meja dan masih berasap.
Kemudian, pelayan pun datang membawa sedulang makanan. Aku alihkan pandangan aku kepada pelayan itu. Aku tenung muka pelayan lelaki itu dalam-dalam, tanpa senyum kerana adrenalin untuk membunuh masih banyak dalam aliran darah aku. Dalam terpaksa, aku lepaskan garfu itu perlahan-lahan.
Nasib kau baik, wahai pelayan.

Thursday, August 11, 2011
Tentang Lailatul Qadr...
.
[ Juga ada cerita tentang lailatul Qadr di Ramadhan 8 di MM... ]
Satu waktu dulu, (arwah) bapak pernah cerita kepadaku tentang lailatul Qadr apabila dia ditanyai tentangnya oleh aku. Bapak, yang memang suka berkisah bila kena pada masa dan suasananya, terus ceritakan 2 cerita tentang lailatul Qadr.
Kisah pertama, berlaku di Tanah Jawa satu waktu dulu yang mungkin mitos atau mungkin cerita rakyat.
Sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel. Masih lagi budak. Suami isteri itu, seperti semua pasangan yang lain, menaruh harapan yang setinggi Merapi terhadap anaknya itu.
Apabila tiba bulan Ramadhan, pasangan ini bercita-cita ingin ketemukan malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu. Tuhan Maha Pemurah memakbulkan niat dan doa mereka itu.
Pada satu malam yang gemilang, turunlah lailatul Qadr kepada mereka. Lantas si suami itu berdoa : ... jadikanlah anak kami gilang gemilang seperti emas kemilau yang cantik....
Pada paginya, didapati anaknya telah bertukar menjadi patung emas ...
Kisah kedua, berlaku keatas diri bapak sendiri.
Satu malam itu, dalam bulan Ramadhan, bapak terjaga dari tidurnya. Tekaknya haus. Terasa panas. Dia pun bangun dari tempat pembaringan lalu menguak daun tingkap. Dia terkejut kerana di luar sana cahaya bulan terlalu terang. Malah, ceritanya, terangnya seperti siang hari.
Tiada suara cengkerik atau burung hantu bersahutan. Apa yang didengarinya ialah bunyi angin seperti ribut yang kasar, seperti ada puting beliung. Anehnya, pokok-pokok tidak bergoyang langsung. Tegap berdiri tak bergoyang.
Seolah-olah bunyi tersebut berada hampir di telinganya. Dia takut. Seram yang amat. Dia ke dapur untuk minum sebelum kembali ke tempat pembaringan.
Tidak diceritakan apa yang dia doakan....

Pizza oh pizza...
.
[Kisah ramadhan 7: hinggap di atas bumbung kini ada di MM...]
Kempunan tapi bila kenang harga dan barang yang aku terima macam tak berbaloi-baloi. Rasa macam tak cukup bahan-bahan.
Pernah aku cakap kepada pelayan sebuah restoran terkenal yang aku mahukan sama seperti dalam gambar iklan atau menu. Kalau dalam gambar ada 5 udang, aku nak 5 udang. Kalau dalam gambar ada banyak sosej, aku pun nak juga.
Dia kata balik, itu semua ilustrasi sahaja... ceit! Disebabkan ilustrasi itulah orang ramai terdorong untuk ke tempat dia. Bukankah itu satu penipuan yang maha besar? Memang penipu status yahudi. Mempermainkan nafsu manusia yang memang lemah untuk menahannya. Kenapa tak letak gambar 'bukan-bukan' di sebelah gambar makanan tu? Alang-alang nak bermain dengan nafsu kan?
Untuk memujuk hati yang lara ini, aku pujuk Mama untuk buat sendiri 'toppings' tu. Inilah jadinya:
Ya, aku guna 'pastri base' sebab itu yang murah. Kalau nak guna 'base' pizza dah mahal. Bagi aku, pizza tu sedap kat 'toppings' je. Base dia tu cuma tepung... karipap pun tepung, cekodok pun tepung... tepung dan tepung. Hari tu aku tengok 'pizza base' saiz 10 inci 2 keping harganya RM 8 . Mahal.
Itu pun Ariff kutip sosej dan daging, tepung tu tak dimakan kalau tak dipaksa. Kalau macam ni gayanya, lain kali buat pizza tanpa base tepung tu. Gaulkan semua 'toppings' tu dengan mozarella dan bakar dalam mangkuk.

imej 10 saat sebelum masuk oven... ya, aku kedekut mozarella. mahal. tapi toppings tak hengat dunia |
Ya, aku guna 'pastri base' sebab itu yang murah. Kalau nak guna 'base' pizza dah mahal. Bagi aku, pizza tu sedap kat 'toppings' je. Base dia tu cuma tepung... karipap pun tepung, cekodok pun tepung... tepung dan tepung. Hari tu aku tengok 'pizza base' saiz 10 inci 2 keping harganya RM 8 . Mahal.
Itu pun Ariff kutip sosej dan daging, tepung tu tak dimakan kalau tak dipaksa. Kalau macam ni gayanya, lain kali buat pizza tanpa base tepung tu. Gaulkan semua 'toppings' tu dengan mozarella dan bakar dalam mangkuk.
.
Wednesday, August 10, 2011
Rahsia tongkat....
.
Tak dapat rotan, akar pun jadi.
Ada gunanya, hatta ketika mesyuarat sekalipun.
Tapi jangan tanya aku apa gunanya...
Shhh.. rahsia.
.
gambar sekadar hiasan... tongkat pinjam dari BK |
Tak dapat rotan, akar pun jadi.
Ada gunanya, hatta ketika mesyuarat sekalipun.
Tapi jangan tanya aku apa gunanya...
Shhh.. rahsia.
.
Kenari panjat divider...
.
[ramadhan 6 di MM...]
Menyebabkan jalan sesak pagi tadi. Apa spekulasi yang boleh dibuat?
Empunya kereta yang tau apa yang berlaku...

Tuesday, August 9, 2011
Kita mudah lupa...
.
[ Edisi Ramadhan 6 telah ada di MM... ]
Si suami tergaru-garu kepala, mencongak-congak tapi *pling* lampu tak muncul-muncul juga. Jenuh si suami berfikir tapi masih tak dapat cari puncanya. Tak ingat masa bila pula dia berbelanja sebesar itu?
Dia hempas bil kad kredit ke atas meja, kepalanya geleng-geleng, tak percaya.
" Rasa-rasanya ada konspirasi penipuan kad kredit ni..." simpul si suami.
" Cuba check dalam google..." saran si isteri.
Lalu si suami pun buka komputer riba dan memetik beberapa perkataan lalu tekan 'enter'. Dalam masa 0.125s, skrin memapar hasil carian ...
Si suami panggungkan kepala melihat si isteri. Si isteri angkat-angkat kening, bertanya.
Si suami dongakkan kepala melihat ke siling. Si isteri pun ikut dongakkan kepalanya.
Macam mana boleh lupa...? Hish...

Monday, August 8, 2011
Sambal Tempoyak dengan daun-daunan segar....
.
Orang Melaka sepatutnya tahu sambal tempoyak / gulai tempoyak jenis daun-daunan macam ini:
Aku pernah makan gulai tempoyak tapi yang jenis ada ikan atau ayam. Manakala sambal tempoyak yang biasa aku makan ialah cili padi + tempoyak.
Tapi sambal tempoyak yang ini aku lihat ada:
- 15 helai daun kunyit
- 20 helai pucuk kaduk
- 10 helai daun asam keling
- sebesen kecil pucuk ubi yang telah direbus
- udang laut dibuang kulit
- petai besar
- secawan santan
dan bahan-bahan asas menumis macam bawang dan cili
dan bahan utama - TEMPOYAK
Ada yang pernah cuba?

Setiap kita adalah berguna...
.
Aku sering juga menerima keluhan dari kawan-kawan tentang kawan-kawan lain. Ye lah, perangai manusia bukan semuanya sama. Malah, Tuhan ciptakan kepelbagaian di dunia ini untuk memeriahkan suasana selain daripada menunjukkan keagonganNya.
Bagi aku, setiap benda ada kelebihan dan ada kekurangannya. Itu termasuk manusia. Oleh kerana itu kita harus saling lengkap-melengkapi. Tiada yang sempurna, ada saja yang tak kena pada mata kita.
Jadi, ia memang menjadi rutin aku melihat potensi seseorang (baca: kelebihan dan keburukkan) dan menggunakan apa yang ada (baca: eksploit) untuk saling melengkapi.
Contohnya, kalau seseorang itu dibenci kerana 'banyak mulut', aku katakan kepada yang orang benci itu supaya berikan orang yang 'banyak mulut' itu kerja mass-comm, kerja untuk mewar-warkan berita sebab dia memang begitu. Kalau dia suka bercerita yang buruk-buruk pun masih ada gunanya. Hantar saja dia ke 'kubu musuh' dengan harga yang ciput pun tak apa.
Jadi bagi aku, setiap benda ada gunanya. Setiap manusia yang tuhan jadikan ada gunanya...
Err... agak-agak dia faham ke tak ni?
Jangan dia pergi sembelih orang tu sudahlah. Lagi pun, nasihat yang bagi semuanya percuma.

" Habis tu bang, agaknya dia tu macam mana pulak..? "
" Oo... dia? Mungkin tuhan jadikan dia untuk tak berguna.... "
Err... agak-agak dia faham ke tak ni?
Jangan dia pergi sembelih orang tu sudahlah. Lagi pun, nasihat yang bagi semuanya percuma.
.
Remang-remang jalan raya...
.
Ranjau penuh duri... Ranjau sepanjang jalan... Itu novel dan juga wayang.
Jalan penuh duka dan luka.... mungkin ini nanti. Buat masa sekarang masih girang gemilang.
Apakan jadi 29.8.2011 nanti?
Tak dapat nak bayangkan jalan ini nanti...

Ini tadi, dalam perjalanan pulang ke kota...
Apakan jadi 29.8.2011 nanti?
Tak dapat nak bayangkan jalan ini nanti...
.
Sunday, August 7, 2011
Sesat ? kembalilah ke pangkal jalan..
.
Petang-petang begini elok juga layan ballad + blues.
Lirik lagu ini, dari dulu lagi aku kagum dan terpesona dengannya. Selalu aku bayangkan M.Nasir dan gengnya berdiri dan berlagu-jiwa di bawah tiang lampu di Kuala Lumpur.
Liriknya menceritakan penghijrahannya ke sana itu tanpa ada sebarang janji. Yang ada cuma harapan dan kemungkinan. Tapi, seperti katanya, 'Kita perlu terus hidup'. Ianya adalah kelangsungan hidup.
Aku terdetik untuk menyelami kembali lagu ini kerana ketika ini aku sedang rasai satu penghijrahan. Perubahan yang penuh dengan kemungkinan-kemungkinan (cuma kali ini ianya tanpa harapan).
Jom layan perasaan aku. Cuba selami perasaaan aku ketika ini.
Owh... gagahkanlah diriku.

Naga Merah besar muncul akhirnya.....
.
Aku ingat lagi. 6 tahun lepas aku ambil 8 batang benih pokok Naga Merah ini di Tg Malim, Perak. Kini, selepas beberapa tahun, ada 6 tiang pokok Naga Merah yang besar-besar.
Satu masa dulu, buah naga merah ini merupakan buah yang premium berbanding dengan buah naga putih.
Dengan jagaan yang minimum dan musuh yang boleh dikatakan cuma 'kera berkepala hitam' yakni manusia, buah naga merah adalah pokok yang senang untuk dijaga. Mungkin yang payahnya ialah menjaga bunganya sehinga ia berjaya berputik. Bunganya selalu tak menjadi dan gugur ke bumi. Kebanyakannya disebabkan cuaca.
Khasiatnya?.. google sendiri.
Bulan puasa ini, salah satu buah naga merah itu amat besar. Merekah. Merah menyala macam mata naga api di tasik selatan.
Dan rasanya... hmmmm... semestinya lazat!
Ok, aku makan selepas berbuka puasa.

bandingkan dgn daun keladi... |
Dan rasanya... hmmmm... semestinya lazat!
Ok, aku makan selepas berbuka puasa.
.
Saturday, August 6, 2011
Pecal dan aku... payah untuk dipisahkan...
.
Jam baru pukul 3.30pm tapi aku dah mula melangut tak tau nak buat apa. Cuaca yang paginya redup dan rembas dengan embun syurga, perlahan-lahan meruap meninggalkan bumi kembali merekah panas. Bahang.
Aku ke pekan Jasin, tujuan utama ialah bazaar ramadhan berdekatan dengan stadium cilik kemetot. Tahun lepas tapak bazaar ramadhan di situ kecoh apabila dilanda ribut sampai ada yang meninggal dunia. Ya, itulah tempatnya.
Aku tak tahu nak beli apa. Kalau aku tahu pun, aku tak pasti sama ada kualiti rasa dan penyediaannya menepati sasaran minimum aku. Aku mulakan dengan murtabak daging (2), kemudian aku tanya brader yang jual murtabak itu, gerai mana yang jual popiah goreng yang sedap? Dia tunjukkan.
Aku beli popiah sardin dan sayur (6), kemudian aku beli air tebu tanpa ais (2), kemudian Mama beli Kuih Cara Berlauk versi saiz bahulu kemboja (1), terkejut aku tengok nafsu Mama!
Sebelum balik, aku terlihat sebuah gerai yang masih menyusun-nyusun barang jualannya. Aku lihat dan aku kenal pecal, kerana aku dapat lihat jantung pisang rebus dan pucuk ubi rebus. Aku pesan sebungkus pecal.
Sedang elok kakak itu menyusun sayur-sayur dalam bekas polistyrene, aku tanya dia.
" ini pecal edisi Jawa ke kak..? "
" iyo... pecal Jowo..." jawab suaminya yang masih sibuk menyusun barang-barang.
Aku lihat kakak itu tersenyum-senyum. Aku tanya lagi, " betul ke kak...? "
"... dia orang Jawa.... tapi mak bapak dia orang Melayu.." jawab kakak tu.
" Ooo..... " balas aku ringkas.
Beberapa saat kemudian, aku terpikir kalau mak bapak orang Melayu, macam mana anak boleh jadi orang Jawa? Hish.. ada yang tak kena nih.
Kemudian aku terlihat budu masak dan kelapa parut di atas meja.
" akak jual nasi kerabu juga ke ? " aku tanya lagi.
" iye... ada jual nasi kerabu.." jawabnya.
" Akak orang Kelantan ke ? " tanya aku jujur.
Akak tu tersenyum lagi, " akak orang Pahang..."
Pening kepala aku kalau macam ni... aarrghhhhh!!!!!!

Dugaaaaaaannnnnn..............
.
Malam tadi selepas berbuka dan lepak-lepak barang sejam dua untuk bagi makanan sera sikit, kasi susut sikit ke bawah, tak lah asyik mencodak menolak isi raga jiwa, senak weh....; aku pun pecut balik ke Melaka.
Pecut pun pecut jugalah tapi sebelum masuk ELITE, aku lencong ke kiri ke kedai mamak, pekena teh ais dulu, kata Mama. Orait!!!
Sampai di Melaka lebih kurang jam 1.30am. Tuan rumah pun dah tutup lampu... hahaha. Pesen anak menantu bertuah memang begitu kut.
Dan.. tup.. tup... pagi ni, ada 4 biji durian tembaga ala-ala musang king ada beraksi seksi atas meja. Siap selak-selak kain bagi nampak peha kuning, nampak betis mulus. Mata pun kedip-kedip, jari telunjuk digigit bibir yang menguntum senyum nakal! Badan yang melentuk-liuk... nafas yang kencang...
"... abaaangggg..... rasalah aiii....."
Ahhh!!!!!!!!!!!!
DUGAAN...!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)