.
Petang semalam ada pasar malam, tiap-tiap minggu pun begitu, jadi aku katakan ia juga pasar mingguan. Seperti riadah mingguan yang biasa aku buat di situ, jari-jari aku naik biru disangkut plastik nipis tetapi berat. Bila difikirkan semula, betapa berat barang-barang basah yang dibeli, begitulah nanti perut-perut kami akan memboyot dan seterusnya memuntahkan lahar beser pedas masam masin busuk ke dalam mangkkuk tandas.
Kemudian aku tertarik dengan seorang pemuda Melayu berbaju T berkolar berwarna merah-putih dan berseluar panjang perang, yang sedang memegang sebekas plastik lutsinar dan berdiri ini:
Aku lihat ada tertulis "Bantuan Untuk Kegunaan Diri Sendiri" pada sekeping kertas yang tertampal pada bekas plastik itu. Di dalam bekas itu aku lihat ada banyak helaian duit kertas pelbagai warna. Yang paling banyak ialah warna biru.
Memang ianya menarik perhatian aku. Mungkin juga beberapa orang lain. Biasanya aku lihat derma-derma untuk sekolah agama atau rumah anak-anak yatim. Ini tidak. Malah aku sempat melayangkan mata ke batang tubuhnya (bukan batangnya!), aku dapati tiada cacat celanya, kakinya lengkap, matanya cukup, tangannya sepasang. Aku jadi hairan.
Aku hampirinya sambil mengeluarkan not berwarna hijau muda. Sebelum aku masukkan not itu, aku tepuk bahu lelaki itu dan bertanya " Ini bantuan untuk apa ?"
"Ini untuk diri sendiri lah..." jawabnya ringkas sambil tersengih-sengih.
Dia mungkin tak faham maksud soalan aku. Sebenarnya, aku nak tahu duit itu nanti akan digunakan untuk apa. Adakah untuk biayai bil hospital? Atau bayar bil-bil harian? Atau untuk sara hidup, makan pakai? Paling kurang pun aku mahu dengar jawapan seperti 'saya baru diberhentikan kerja'
Sungguh misteri lelaki itu. Persoalan pokok masih melintas-lintas dalam kotak fikiran. Apa yang dia nak buat pada duit-duit itu?
.
Friday, August 31, 2012
Thursday, August 30, 2012
Restoran Jepun di Shah Alam... Shashimi 6 rasa
.
Kita lupakan seketika pasal 'Hangus...'. berat sangat. Kita ringan-ringan je eh..
Kita talakan fokus kepada perkara yang aku lakukan pada malam tadi.
Malam tadi aku cari 'port' baru masakan Jepun di sekitar Shah Alam. Selain O-Shima dan Shushi King, aku rasa mahu lebarkan sayap kudup2 sensor lidah aku ke tempat lain pula. Atas saranan seorang kawan, dia suruh aku ke restoran ini. Lokasinya di Seksyen 9, S.Alam. Walau pun ada sijil Halal untuk bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dan mungkin juga tempat memasak, aku lihat ada Sake yang dijual juga. Jadi, aku tak mahu sarankan kepada sesiapa. Kalau nak, datanglah sendiri.
Menunya banyak tetapi tiada disertakan gambar makanan. Ni yang payah sikit. Aku terkial-kial nak pilih mana satu. Akhirnya, aku panggil seorang pelayan wanita yang tak pandai berbahasa Melayu. Aku interview dia satu per satu. Aku katakan yang aku mencari Shashimi, Unagi dan Udon, juga tak ketinggalan Miso Soup.
Dia terangkan setiap hidangan di dalam menu yang berkaitan dengan syarat yang aku nak. Soalan seterusnya ialah berapa besarkah hidangan itu, sama ada cukup untuk aku kenyang atau tidak sebab Jepun ni terkenal dengan hidang yang kecil molek. Dia pun sarankan beberapa juadah. Kemudian aku terlihat seorang pelayan lain menatang Shashimi di atas tu. Aku terus cancel pesanan tadi dan aku tunjukkan yang itu. Aku kata aku nak yang itu.
Ada ikan kod (putih), mackarel, tuna (merah), salmon (kuning), sotong kurita dan sejenis ikan lagi yang aku tak pasti ikan apa. Kemudian, aku terfikir... orang ada kata kalau selalu makan ikan-ikan mentah nanti perut bercacing. Betul ke? Nak kena cari Zentell la gamaknya.

Shashimi yang cukup untuk 2 orang... baru RM45. |

Hangus....
.
Janganlah hanya apabila sudah hangus, barulah kelam-kabut nak padamkan api.
Deru angin perubahan kadangkala membuatkan kita tercungap-cungap mencari nafas sekata yang tertinggal dipermukaan gelora. Kadangkala juga taufan itu menolak kita ke belakang, lantas kita terhimpit diantara kekosongan yang 'awang-uwung' dan nilai-nilai baik yang semakin punah. Aku bukan seorang yang konservatif mutlak namun aku amat berharap agar sedikit kebebasan diberikan kepada masa silam untuk terus bermanifestasi di zaman moden dan kekal teguh memegang panji-panji falsafahnya (yang sesetengah dari kita memikirkan ianya terlalu kolot untuk diendahkan).
Pada satu hari nanti, ya, pada ketika waktunya nanti, aku takut segala-galanya telah pun terlambat dan kita semua gawat dalam tewas apabila kita tidak kenal siapa kita lagi.
Aku tak cakap pasal apa-apa. Itu hanyalah pandangan semasa yang aku fikirkan secocok dengan foto di atas tu. Dan mungkin juga secocok dengan sesetengah dari kita ini. Aku tak mampu berterus terang dalam hal-hal sebegini jadi mohon jasa baik untuk difikirkan bersama-sama. Selebihnya, mari kita kongsikan bersama-sama...

Wednesday, August 29, 2012
Mengempang dan aktiviti menimba parit...
.
Dalam kepelbagaian flora itu, ada selopak selut berair yang mungkin ada fauna yang menumpang kasih dan rahmat di situ. Ada yang panggil ini kubang, ada yang panggil londang...
Satu waktu dulu, lopak air ini tak berlopak macam itu. Waktu dulu, dasar itu sentiasa basah dengan air, sentiasa tenggelam dengan air. Ia sebahagian daripada 'parit pembuangan' yakni parit yang dibina untuk menyalurkan air dari sawah kembali ke sungai yang lebih besar.
Waktu dulu parit itu selebar 15 kaki dan sedalam lebih 8 kaki (di lubuk tertentu, boleh hapus kepala orang dewasa). Kini ianya telah tohor dek selut-selut yang hanyut dan tak pula dikorek. Parit itu bergambut (lapisan rumpai air yang terapung, biasanya terdiri daripada Rumput Benta, Kangkung dan Menerung) di tebingnya. Itulah salah satu tempat sumber aku mendapatkan Kangkung. Juga tempat aku menahan lukah (diperbuat daripada buluh yang diraut dan dianyam) untuk Ikan Sepat, Ikan Keli, Ikan Haruan yang tersesat kerana cuba memakan anak ikan yang terperangkap di dalam lukah. Juga tempat aku menahan Bubu (diperbuat daripada jaring dawai mata punai) untuk menangkap ikan-ikan yang sama. Kadang-kadang tersesat juga belut dan ular kadut.
Waktu dulu, parit itu tempat kami mandi-manda, tempat kami bermain aci. Walau pun airnya berwarna perang kelat dan mengandungi bahan baja dan racun serangga yang tinggi (yang dialirkan dari petak-petak sawah), kami masih tak mengerti akan hal-hal kesihatan seperti itu. Walau pun ada lintah dan pacat, hidup kami ketika itu memang berkawan dengan lintah dan pacat. Cuma zaman sekarang ini manusia kemaruk dengan lintah atas sebab perubatan alternatif sedangkan kami dulu tak pandang pun perubatan gaya itu. Kami buang-buang saja lintah.
Waktu dulu apabila tiba musim menuai, parit itu akan surut sedikit airnya. Dikala itu, kami akan pakat-pakat membuat beberapa empangan setiap lebih kurang 50 kaki di sepanjang parit itu. Kami akan pakat-pakat menimba air di dalam empangan. Timba itu diperbuat daripada tin minyak masak (sebesar tin biskut kering) yang telah diumpil penutup atasnya, kemudian kami pakukan sebatang kayu dikanan dan kiri tin itu. Kemudian kami ikatkan pula 4 tali kambing sepanjang 10 kaki setiap seutas pada kayu itu (sepasang di kanan dan sepasang di kiri tin).
Menimba gaya itu memerlukan 2 orang pelakunya. Tak boleh sorang-sorang. Setiap orang akan pegang sepasang tali tadi. Dengan ayunan harmonik, si pelaku-pelaku tadi akan mencedok air dan membuangkannya ke sebelah empangan, sehinggalah takungan yang diempang tadi itu kering airnya. Kadang-kadang ada ikan yang tertimba sekali. Biasanya budak-budak seperti aku akan menunggu di tempat air yang ditimba tadi. Kalau ada ikan yang tertimba, aku akan kutip cepat-cepat sebelum ia lari. Kalau malas sangat, air yang ditimba itu dijiruskan ke dalam bakul besar atau pun jaring, jadi kalau ada ikan yang tertimba, ikan itu akan tersangkut pada jaring.
Maka kelihatanlah ikan-ikan yang terkapar lesu dan terdedah untuk dijamah. Kadang-kadang, ada ikan yang menyorok jauh ke dalam selut. Kami akan seluk, selongkar sehingga ke dasarnya. Biasanya ikan-ikan 'hero' seperti Keli, Haruan dan Bujuk yang suka menyorok.
Setelah hampir semua ikan kami kutip (kami tinggalkan sedikit benih untuk musim akan datang), kami akan pecahkan empangan dan beralih ke kolam sebelah pula. Kadang-kadang hasilnya banyak. Ikan keli dan haruan akan dijual, pada masa itu harganya sekitar RM6 ~ RM8 sekilo. Ikan Keli paya begitu tak seperti ikan keli di pasar-pasar sekarang ini. Ikan keli berbela dagingnya lembut sangat. Manakala ikan sepat biasanya tak dijual kerana kurang laku. Ikan sepat pula akan dibuat ikan kering untuk bekalan seisi keluarga dimasa padi membesar (kurang berduit). Bagi masyarakat berketurunan Banjar, ikan sepat akan dibuat Wadik.
Sekarang, aku cuba terapkan semangat itu kepada anak aku tapi nampak gayanya tak menjadi. Belum apa-apa lagi dia dah bagi syarahan tentang cacing dan Protozoa yang hidup di dalam air kotor macam itu.

imej: dari halaqah.net |

Tuesday, August 28, 2012
Buah Ceri liar yang tumbuh tak bertanam, rimbun tak bersiram...
.
Orang kata ini Buah Ceri...
Aku pun panggil Buah Ceri sebab orang kata itu Buah Ceri. Kalau ada yang kata itu Buah Epal, aku pun mungkin Buah Epal juga... aku malas nak berbantah-bantah, bukannya apa.
Tapi aku panggil Buah Ceri Burung. Kenapa?
Sebab setakat ini aku belum jumpa orang sengaja tanam pokok Ceri ni. Kebanyakkan pokoknya tumbuh sendiri, mungkin dibawa dek burung serindit atau punai yang terbang melayang dari sawah turun ke kali. Sudah tentu bukan serindit atau punai yang bawa gunakan paruhnya. Sudah tentu benih-benih Ceri itu keluar ikut 'belakang'nya.
Pokok Ceri yang di atas itu pun sama, tumbuhnya tak bertanam, rimbunnya tak bersiram. Namun ia lebat berbunga dan berbuah, seikhlas hatinya tanpa sedikit pun mengungkit-ungkit cerita yang sudah-sudah.
Ia tumbuh di laman rumah Emak di Perak. Dengan senang hati, kami menerima kehadirannya untuk menyerikan laman rumah kami itu tanpa ada syak dan sangka.
Orang kata (lagi), manisan Buah Ceri ini bagus untuk perut-perut yang meragam. Aku tak pasti kerana biasanya aku makan dikala perut tak meragam. Kalau perut aku meragam, aku tak makan. Aku akan bercangkung di perdunya dan taburkan baja kompos organik.
Pokok Ceri ini bukanlah calon dalam senarai pokok buah-buahan yang biasa ditanam oleh orang.
Kalaulah pada satu hari nanti ada yang buat kajian dan didapati buahnya mempunyai tahap anti oksidan dan anti penuaan serta kesan afrodisiak yang tinggi melebihi buah Mahkota Dewa, Daun Ketum atau Tongkat Ali, barulah manusia segenap alam akan bersaing dengan Serindit dan Punai untuk mematuk buah-buahnya.

Sunday, August 26, 2012
Brader G-Pang, gua respek sama lu.....
.
Dalam perjalanan pulang ke S.Alam malam minggu baru-baru ini, jalan agak sibuk di sepanjang jalan mulai Pedas hinggalah ke susur keluar Nilai Utara/KLIA. Walau pun agak sibuk tetapi kenderaan berjaya dipacu dengan kelajuan lega yakni sekitar 90km/j ~ 100km/j.
Sedang sedap aku ekori kereta di depan, tiba-tiba telinga aku disesah dengan bunyi nyaring ala-ala bingit berdengung dari sebelah kiri. Aku kenal bunyi itu. Cuma, aku terfokus kepada bunyi itu kerana sudah lama benar aku tak dengar bunyi yang sungguh 'merdu' seperti itu. Dalam pada aku bawa kira-kira 90km/j itu, bunyi itu semakin hampir dan akhirnya memotong aku dari sebelah kiri! Fuh..! Tak boleh jadi. Aku kena kejar dan pastikan betul-betul apa yang memotong aku sebentar tadi.
Aku cuba kejar. Dalam jalan yang sedikit sesak itu, aku pecutkan kereta. Aku terpaksa aktifkan i-VTEC untuk kejar. Aku lihat meter kelajuan aku beranjak dari 90km/j ke 130km/j dengan cepat tetapi aku masih gagal mendekati G-pang tu. Maknanya, G-Pang itu dilenjan sekitar 120km/j ~130km/j. Aku tak berani nak bawa lebih laju dari itu kerana takut ada kereta di depan yang tiba-tiba menukar lorong, bala pula nanti.
Brader tu tak 'superman' pun. Steady tegak je melawan tujahan angin tetapi masih boleh lenjan 120km/j-130km/j. Akhirnya, G-Pang itu memperlahankan kelajuannya kerana dia masuk ke susur keluar Nilai/Pajam, pada ketika itu meter kelajuan aku menunjukkan 90km/j (ketika dirakam itu dia dah naik ke susur keluar). Kalaulah dia tak keluar di situ, aku rasa sampai ke sudah aku cuma mampu dengar bunyi jeritan enjin tuanya.
Kalaulah motorsikal lain tak mengapa, hatta kalau Honda EX5 90cc sekali pun aku tak kisah. Ini tidak. Ianya sebuah motorsikal G-Pang atau Suzuki GP 100cc. G-Pang ni ada pesaing yang hampir seangkatan dengannya iaitu Yamaha RXS. Yamaha RXS terkenal pada tahun 80-an, ia adalah 'abang' kepada RXZ 135cc.
Aku bukan zaman G-Pang atau RXS. Aku zaman RXZ generasi ke-4 (aku tak tau RXZ generasi ke berapa sekarang). Namun aku sempat beli RXZ generasi ke-2 (terpakai) warna Merah Putih dengan Cylinder Block Y1. Kepada mat-mat motor, mereka akan tahu kenapa aku kata Cylinder Block Y1 dan berwarna merah putih. Sampai sekarang ada lagi mat-mat motor yang mengendeng adik ipar aku (sekarang adik ipar aku yang pinjam) mahukan cylinder block motor RXZ aku tu walau pun usianya dah hampir 20 tahun. Aku suruh adik ipar aku kelambukan motor aku sebab aku takut nanti ada yang cilok!.
Kalaulah RXZ aku dah berusia 20 tahun (ikut tarikh geran), bermakna G-pang yang potong aku tadi itu sudah tentu lebih 25 tahun usianya!!!
Aku tak heran sangat pasal lajunya kerana memang zaman gahnya dulu G-Pang yang telah diubah suai mampu cecah 180km/j malah ada yang sampai 200km/j. RXZ aku yang tanpa ubah suai itu pun aku pernah bawa selaju 165km/j (turun bukit di kawasan Changkat Jering... kalau naik bukit aku rasa tak boleh... hahaha).
Tapiiii..... itu dua puluh tahun dulu.
G-Pang yang ini dah berusia lebih 25 tahun!!!
Brader, gua respek lu jaga lu punya enjin G-pang tu.

Saturday, August 25, 2012
Daun Tom Yam untuk Kerabu Mangga Sawah...
.
Apabila terpandang akan sepohon pokok mempelam yang berbuah muda, kepala aku ligat mencari apa yang perlu aku lakukan kepada buah mudanya. Salah seorang adik ipar aku kata, buat kerabu mangga jer...
Aku tak tahu nama spesis sebenar buah pelam ini. Kalau di kampung, masa aku kecil-kecil dulu, aku panggil Pelam Sawah sebab pokok pelam jenis ini banyak tumbuh (bukan ditanam) di batas-batas sawah. Oleh kerana daunnya yang rimbun dan lebih rendang daripada spesis pokok mempelam yang lain, pokok mempelam jenis ini biasanya dibiarkan oleh pesawah untuk menjadi tempat teduhan ketika berehat selepas membaja atau meracun. Kadang-kadang dibuatkan pangkin buluh di bawahnya.
Kemudian, ada juga aku dengar orang panggil Pelam Ratus sebab dalam setangkai ada berpuluh-puluh biji, jadi apabila tiba musim, buahnya mungkin beratus-ratus malah mungkin juga beribu-ribu banyaknya untuk sepohon.
Membuat kerabu mangga memang mudah, yang payahnya sebab pelam itu kecil-comel. Seksa nak buang kulitnya, seksa juga nak disagat. Asyiklah tergelincir dari landasan yang benar. Bahan-bahannya: bawang merah, bawang putih, cili padi, garam, gula, ikan bilis (digoreng dan ditabur) dan...... daun ini!!!
Inilah yang aku nak ceritakan di sini sebenarnya. Ia sejenis daun yang agak keras dan mempunyai duri-duri halus di perimeter daunnya. Pokoknya jenis herba dan berbunga jika sudah cukup dewasa. Daunnya mempunyai bau yang sungguh unik. Baunya seperti gabungan serai, daun limau purut dan kesom.
Mak mertua aku panggil Daun Tom Yam sebab dia pernah nampak orang Siam gunakan daun ini dalam masakan Tom Yamnya. Ada seorang Cina berikan benih 'Pokok Tom Yam' ini. Memang wangi sungguh daun ini. Amat sesuai untuk dimasukkan ke dalam sup atau Tom Yam selain daripada kerabu daun. Tapi kali ni aku masukkan ke dalam kerabu mangga ini.
Oleh kerana Pelam Sawah itu masam sangat, aku terpaksa perap parutan pelam itu dengan sedikit garam. Aku biarkan dalam 15 minit agar airnya keluar sebelum aku tapis dan perahkan. Aku bilas dengan air paip. Aku toskan semula dan barulah aku campurkan bahan-bahan kerabu tadi.
Berkenaan dengan daun 'Tom Yam' itu, kalau aku buat ladang daun tu dalam 1 ekar, aku boleh jadi towkeh herba kut. Bukan setakar dipasarkan segar dari ladang, ia mungkin boleh dikeringkan dan dibotolkan untuk pasaran luar negeri. Sama seperti herba-herba botol (Oregano, Parsli, Cayene Paper dsb) yang harganya mahal-mahal..

Friday, August 24, 2012
Mayday! Mayday! Mayday! Aku ada masalah ... tolong!
.
Setelah genap 1 tahun 3 bulan aku bersama-sama dengan Nikon, maka ia dah mula menunjukkan belangnya kepada aku. Memang belang-belang pun. Tak caya, cuba tengok siri foto-foto yang aku tampalkan di bawah ini. Aku mula kesan masalah ini pada pagi hari raya baru-baru ini apabila aku mahu ambil foto mentari pagi yang baru melucutkan gebar tidurnya.
Tapi aku hanya sedar masalah ni petang Rabu yang lepas.
Lokasi: Pantai Puteri, Melaka.
Foto-foto diambil secara Manual dengan f-5.6.
Dengan ini, aku berlutut sambil menyusun tangan di dahi seraya meminta kebijaksaan kawan-kawan semua agar memberikan aku nasihat akan simptom-simptom pada foto-foto tersebut.
Apa yang tidak kena dengan kamera hamba ini?
Adakah setting menu yang telah hamba godek-tak-jadi atau komponen elektronik kamera itu yang dah mula meragam?

1/125s, ISO-100(manual) |
1/200s, ISO-100(manual) |
1/400s, ISO-100(manual) |
1/800s, ISO-140 (Auto) |
Dengan ini, aku berlutut sambil menyusun tangan di dahi seraya meminta kebijaksaan kawan-kawan semua agar memberikan aku nasihat akan simptom-simptom pada foto-foto tersebut.
Apa yang tidak kena dengan kamera hamba ini?
Adakah setting menu yang telah hamba godek-tak-jadi atau komponen elektronik kamera itu yang dah mula meragam?
.
2 lelaki di bawah kereta...
.
Foto-foto yang bisa menimbulkan kengerian (kalau di lihat sekali imbas)...
Bukan eksiden ngeri... sekadar pemuda yang rajin melihat-lihat keretanya...
Lelaki (sesetengahnya) dan kereta (biasanya) tidak boleh dipisahkan. Kadang-kadang kereta mandi pagi lebih dahulu daripada tuannya. Kadang-kadang, kalau yang lebih romantik, kereta dan tuannya akan mandi bersama-sama. Bersabun bersama-sama... oh.. kenangan yang terindah buat pasangan itu sehinggalah tuannya tergerak hatinya untuk memiliki kereta lain dengan 'body' yang lebih besar atau mungkin lebih 'slick', atau potongan yang lebih 'sporty', bumper yang lebih menarik, lampu limpah sporty 2 butir yang lebih besar. Sekarang ni, ada pula LED di siang hari yang sentiasa menyala.
Lebih-lebih lagi jika keretanya sudah mula pandai merajuk sedangkan poket tuannya kembali penuh apabila bayaran bulanan keretanya itu telah dilangsaikan. Kalau tak dilangsaikan pun, dah 'break even' dengan baki hutang di bank sudah cukup untuk membuatkan keretanya duduk berkeluh kesah.
Namun ada juga lelaki yang lebih gemar dengan kereta 'vintage', kereta yang punyai nilai tersendiri. Seperti foto di atas tu, itu kereta yang baru dibelinya. Bukan kereta baru tetapi kereta lama... Lancer 172 turbo 1.8L. Dan sudah tentu dia kena keluarkan beribu-ribu ringgit lagi untuk menjadikannya lebih cantik dan baik.
Aku?
Nafsu aku bukan pada kereta.... tapi aku bukan gay!

Disebelah kiri.... |
Disebelah kanan... |

Thursday, August 23, 2012
Ada erangan kasar di bilik... dan aku hanya mampu menyeringai menampakkan taring
.
Baru Raya hari yang ke-3, aku dah tak tahan!
Rasa sengal bahu aku bertambah-tambah rasanya. Seperti mahu dipotong-buangkan. Akhirnya, kami disarankan segera pergi ke satu tempat yang di kenali sebagai pusat 'bone-setting' milik seorang berketurunan Cina di pekan Tangkak.
Setibanya di tempat itu, sudah ada beberapa orang sedang menunggu. Ada beberapa orang Cina yang sudah berumur sedang lepak-lepak sambil sembang-sembang di sofa. Sudah seperti rumah kelab kongsi dibuatnya (apabila di dinding ada chest table, dengan colok dan tulisan-tulisan perniagaan berwarna emas seperti Poh Chi Lam kepunyaan Master Wong Fei Hong).
Ada juga sekeluarga India yang sedang menunggu giliran. Giliran aku selepasnya. Pada masa aku sampai tadi, ada sekeluarga Melayu sedang menjalani rawatan. Terdengar juga erangan kasar di dalam bilik rawatan.
Seperti yang diceritakan kepadaku, pekerjaan itu dilakukan turun-temurun. Berpuluh tahun dulu dulu, bapaknya yang membuka pusat itu. Kini bapaknya sudah berumur 79 tahun dan kurang kudratnya. Kini, anaknya yang menjalankan aktiviti itu dan dibantu oleh cucu lelakinya pula. Aku kata kepada anaknya yang kini 'sifu' di situ (sifu kerana dia juga mengajarkan Chi Gong kepada komuniti Cina di situ), tradisi ini perlu diteruskan sebab nak tolong orang. Dia kata, kini anaknya ada menunjukkan minat (dia kata hobi tapi aku faham maksudnya 'minat') jadi senang sikit nak diajar.
Dulu, dia tak ada minat sangat. Ye la, masa tu umurnya dalam 17-18 tahun, masih nak berseronok sakan (kini umurnya sudah 55 tahun). Tapi, ayahnya amat garang. Walau pun berhati lembut tetapi ketika mengajar perubatan itu, ayahnya berubah menjadi garang. Silap sikit saja sudah ditengking.
Pusat rawatan yang bertempat di sebuah rumah kedai 2 tingkat ini menggunakan rawatan secara tradisional (yakni kepak-kepak, tarik-tarik, urut-urut dan akhirnya diikat). Ramai yang datang adalah dikalangan mereka yang terseliuh, terkehel atau patah tulang. Aku ada nampak sifu itu bancuh serbuk-serbuk tertentu dan disapukan di atas kapas sebelum dilekapkan pada tempat yang sakit (selepas dibetulkan). Aku rasa serbuk kayu itu digunakan untuk meredakan kesan bengkak akibat dipulas, ditarik dan diurut. Aku juga ada ternampak berbatang-batang kayu buluh yang sudah dipotong dan diraut (ada di kabinet dinding itu), aku syak buluh itu digunakan untuk orang yang patah.
Semasa giliran aku, sifu memulas-mulas tangan kanan aku sambil menekan-nekan sendi di bahu. Cara dia pulas tangan aku 360 darjah itu amat menarik. Dia seperti sedang berkungfu atau berwushu! Aku lihat daripada cara pernafasan yang ditahan dan hembus serta kakinya yang siap dipasangkan kuda-kuda. Tangannya juga seperti menangkis serangan jurus 'seribu tombak' dengan gaya jurus 'kipas syurga', cuma tangan kanan aku itu yang berpusing-pusing seperti kipa kapal terbang jenis 'turbo prop'. Keletak-keletuk bunyi bahu aku.
Apabila telah pasti dimana letak-duduk sumber bunyi itu, barulah 'alignment' dilakukan. Ketika inilah baru aku sedar tinggi-rendahnya syurga dan neraka dilangit dunia! Bayangkan sendi bahu dan otot2 yang mengikat tulang lengan ditekan dengan sekuat-kuat hati menggunakan sikunya! Sambil ditekan, dia goyang-goyang tangan aku. Katanya, tulang lengan aku sudah terkeluar sedikit dari soketnya. Jadi, dia nak betulkan. Setelah hampir 10 minit aku dikasari sebegitu, akhirnya bahu aku ditampalkan dengan akar--akar kayu dan dibalut kemas. Fuhh...! terasa sejuk.
Sifu juga ada memberikan beberapa tips penjagaan diri yang berupa senaman ringan. Salah satunya Tai-Chi yang ringkas tetapi amat berkesan. Dia buat demo dan meminta kami (kami berlima) di bilik itu untuk ikutnya. IA dimulakan dengan menarik nafas dan mengosongkan fikiran. Katanya, buang segala fikiran yang jahat-jahat dan kotor-kotor. Dan jujurnya sifu kata orang Melayu lebih mudah untuk mendapat kelebihan dari Tai-chi itu. Apabila ditanya kenapa, dia menjawab hati orang Melayu (Islam) lebih bersih oleh itu lebih mudah untuk melakukannya.
Dulu-dulu, mak mertua aku kata bayaran dibuat secara 'seikhlas hati'. Caranya, di ruang tamu ada bekas-bekas sampul 'ang pow' berwarna merah. Kita masukkan duit seikhlas hati ke dalam sampul itu dan ditutup. Kemudian, sampul itu dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan.
Kali ini, aku bertanya terus berapa bayarannya ketika dia sedang memasukkan pil herba Cina ke dalam plastik. Dia terus mencongak dan berikan harga rawatan. Mudah sikit. Lagi pun, sekarang zaman moden... no heart feeling kalau berterus terang. Lebih payah nak bayar jenis cara 'seikhlas hati' ni...

Ruang tamunya seperti rumah kelab Cina.. |

Bagi yang sakit diluar, cucu lelakinya akan rawat di ruang tamu sahaja. Aku dirawat oleh anaknya di dalam bilik rawatan |

Wednesday, August 22, 2012
Peria oh Peria....
.
Beberapa hari sebelum hari raya, secara spesifiknya hari Khamis kerana hari itu ada pasar malam, aku beli bahan-bahan mentah untuk juadah hari raya. Ayam dara sunti 2 ekor dan daging batang pinang sekilo. Selebihnya adalah ramuan untuk merendang...
Dan di gerai sayur, aku terpandangkan sejenis peria yang aku belum pernah lihat. Aku tanya towkey, dia kata itu peria katak... peria jenis kampung. Aku suka peria yang dihiris nipis dan digoreng-tepung. Tapi aku tak pasti sama ada peria yang aku lihat itu jenis peria yang mana.
Dia kata peria yang itu lebih pahit dan lebih original...
Kemudian, aku tanya pula towkey, kalaulah yang itu ialah peria katak, apa pula peria yang ini?
Selama ini aku panggil peria yang kontot dan menggerutu itu peria katak. Apabila yang di atas tadi peria katak, peria yang kontot ini peria apa pula? Dan peria yang ini apa pula namanya?
Aku pening... Tapi aku tak makan.
Aku bawa balik rumah mak di kampung. Aku nak suruh mak makan dulu...

Tuesday, August 21, 2012
Mercun oh Mercun...
.
Pada malam pengumuman hari raya itu, aku masih di S.Alam, masih meneguk air selepas berbuka, masih duduk bersandar pada dinding dan berlunjur di depan TV. Dalam pukul 10pm, aku ajak mama dan anak ke pekan S.Alam, tujuan? hanya hendak melihat suasana orang membeli-belah di saat-saat akhir. Dan aku juga ada misi lain... aku nak rakam suasana itu dengan Nikon.
Memang benar bak kata orang, dalam suasana malam raya yang masjid-masjid gamat dengan takbir raya memuji Tuhan, gerai-gerai di sekitar PKNS juga gamat dengan suara lelongan kuih-muih dan baju-baju.
Tak lama selepas itu, aku lihat meja-meja papan lapis disusun di tempat letak kereta. Tak lama selepas itu, berkotak-kotak mercun pelbagai saiz letupan dan nyalaan pun tersusun. Aku hampiri salah satu meja yang menjual mercun. Aku tertarik ke situ kerana brader yang jual mercun di situ telah cedera tangannya.
Soalan pertama yang keluar dari mulut aku... " tangan ko berbalut sebab main mercun ni ke? "
Cepat-cepat dia bantah. Bermati-matian dia kata dia telah kemalangan jalan raya. Aku bersikap tidak percaya, sampailah dia keluarkan ubat-ubat hospital dan tunjukkan kepada aku. " Ni ha ubat-ubatnya, bang. Baru petang tadi saya keluar dari wad" katanya dengan nada meminta kepercayaan dari aku.
Aku tanya dia, " apa yang buat ko fikir orang akan beli mercun ko sedangkan tangan ko berbalut macam tu?" dia hanya tersengih-sengih. Memang benar, tak lama selepas tu ada seorang pakcik yang ingin membeli mercun turut menanyakan soalan yang sama... "tangan kamu cedera main mercun ke?".... aku dan dia ketawa terbahak-bahak. Aku yang ketawa lebih sebab aku ketawakannya, sebenarnya.
Sebelum beredar, aku kata kepadanya "aku tak peduli, aku nak ambik gambor ko dan aku nak masukkanke blog aku..." Terus dia undur kebelakang dan bersembunyi dibalik kawannya, meminta tolong agar jangan ambik fotonya. Aku kata aku tak kira.
Aku paut bahunya dan aku ambil fotonya menggunakan kamera telefon bimbit aku yang hanya VGA, bukan dengan Nikon kerana aku tau, kalau aku gunakan Nikon akan ada nanti brader berbadan tegap tepuk-tepuk bahu aku dan mengajak aku ke lorong gelap dan sempit. Kalau lorong itu gelap dan sempit, memang nahas sedang menunggu.
Kemudian, di lorong gelap dan sempit itu, brader berbadan tegap itu nanti mungkin akan tolak-tolak dada aku. Apabila dia sentuh dada aku, barulah dia tahu yang dada aku juga sepejal dadanya. Mungkin pada masa itulah barulah dia mengaku aku pun brader macam dia dan mungkin selepas itu pula dia akan memujuk aku supaya padamkan foto secara ikhlas dan secara baik-baik.
Jika aku terus berkeras, mungkin juga dia akan melutut sambil menangis teresak-esak dan merayu-rayu aku agar tidak menyimpan foto 'anak buah'nya itu. Mungkin selepas itu, barulah hati aku lembut dan aku bersetuju untuk padamkan foto 'anak buah'nya yang aku ambil tadi.
"Ni, muka ko tak ada pun. Ok ka?" aku tunjukkan foto yang aku ambik kepadanya.
"Suka hati abang la..." jawabnya

"mercun kalau tak meletup bukanlah mercun namanya" katanya bila aku tanyakan satu soalan uji-minda "bahaya tak mercun ni?" |

Merakam Suasana Malam Syawal 2012 dari balik unggun api...
.
Sekadar merakam suasana pada malam raya berdekatan dengan unggun api...
Yang meletup-letup kuat itu ada meriam yang berlawan-lawan dengan kampung-kampung bersebelahan.
Syukurlah kerana letupan itu bukan datang dari bom mortar atau RPG.
Malaysia masih aman.

Sunday, August 19, 2012
Ujian berterusan....
.
Salam Aidilfitri buat semua.
Sesungguhnya ujian seterusnya bermula pada pagi ini.
Segala yang dipraktikkan selama sebulan kita menyepuh jiwa dengan besi-besi ketakwaan akan digunakan untuk menahan segala godaan dan dugaan di bulan-bulan dimana syaitan dan iblis telah dilepaskan ke arena hidup. Perisai yang dibina seharusnya mampu menahan godaan dan dugaan.
Salah satunya ialah pola pemakanan kita selepas ini...
Sekadar contoh yang mudah:
Kalaulah berat badan meningkat, bermakna kita mungkin telah kembali ke tabiat sebelum Ramadhan.

Saturday, August 18, 2012
Aku tujukan lagu ini untuk...
.
Untuk menyemarakkan lagi suasana menjelang lebaran...
Tapi, kita juga patut fikirkan Ramadhan yang menghilang.
Harap-harap kita bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Friday, August 17, 2012
Mesin merebus air yang efektif...
.
Aku berkira-kira nak rebus ketupat nasi dan ketupat pulut. Kedua-duanya adalah ketupat segera. Namun bukan itu masalah yang aku sedang fikirkan. Aku fikirkan tentang dapur yang tak cukup untuk merendang segala bagai. Dan dia pun datang sekejap tadi.
Dapatlah kami memasak serentak tanpa perlu tunggu satu-satu.
Sebenarnya, tujuan kami beli adalah keupayaannya untuk merenehkan air dalam jangka masa yang singkat. Jadi, kalau nak masak air atau sup atau rebus apa-apa yang berskala 5-10 orang, ia menjimatkan masa. Kalau setakat nak goreng telur atau buat masak meggi, aku lebih gemar guna yang jenis gas. Even kalau nak bakar-bakar pun, guna gas labih baik sebab ada aromanya. Aroma hangus dan hangit... tapi sedap.
Tugas pertamanya setibanya ia tadi ialah merebus air 2 gelen untuk aku curahkan ke dalam sinki dapur yang penuh dengan gris, minyak, darah ikan, darah ayam.. yang masih tersangkut/melekat seperti lemak+kolesterol yang menyimen di dalam arteri / pembuluh darah.
Oh ya.
Saja nak bagi tau yang subsidi gas akan dimansuhkan sedikit demi sedikit pada satu hari nanti....
Saja ja nak bagi tau...
Salam Syawal...

Bubur Barli Ais....
.
Salam akhir Ramadhan buat semua jajah takluk manusia sekalian.
Kepada yang masih di pejabat kerana urusan kerja, silalah lakukan kerja-kerja dengan sabar dan ikhlas. Syawal pasti menjelang, jangan dirisau akan Syawal, kecuali kalaulah kiamat bertandang sebelum itu. Walau pun ianya berlaku, tak perlu dirisau akan Syawal juga kerana apa yang perlu dirisaukan ketika ialah hari di Padang Mahsyar - sama berpayungkan kita, sama ada lengkap berpakaiankah kita, sama ada matahari dirasakan sejengkalkah nanti, sama ada malaikat akan datang membawa minumankah nanti....sama ada... sama ada... dan sama ada kita perolehi Syafaat dari Nabi Besar Junjungan kita, Muhammad SAW.
Kepada yang sudah mula bergerak awal pagi atau tengahari atau malamnya untuk pulang ke pangkuan orang-orang kampung halaman pula, ingatlah bahawa keterujaan untuk pulang itu nanti janganlah melebihi daripada ingatan kita bahawa Ramadhan masih belum berakhir, kecualilah Kiamat mendahuluinya. Sayugia diingatkan juga agar lebihkan bersabar dan bertimbang rasa di dada jalan raya kerana pemandu yang kurang bijaksana laksana keranda yang sedang bergerak.
Huh..! Panjangnya muqaddimah...!
Ok. Aku nak kongsikan pengalaman sedikit aku tentang foto di atas.
Aku pesan segelas Barli Ais dan yang datang itu mungkin boleh aku kelaskan sebagai Bubur Barli berais. Hampir 3/4 gelas itu dipenuhi dengan benih-benih barli. Dalam foto itu mungkin nampak seperti 1/2 tetapi percayalah, ianya lebih daripada itu. Ia nampak 1/2 kerana aku dah sedut-kunhay-telan. Sesudah itu barulah aku teringatkan untuk abadikan di dalam blog ini.
Itu je yang aku nak khabarkan.
Sekian.

Thursday, August 16, 2012
Semalam adalah hari terakhir aku di pejabat...
.
Semalam adalah hari terakhir aku berada di pejabat. Namun begitu aku sempat merakam pagi yang indah ketika dalam perjalanan ke pejabat beberapa hari sebelum itu. Walau pun kesempatan yang aku dapat hanyalah menggunakan telefon bimbit yang berkamera VGA, aku tetap mahu rakamkan momen-momen yang indah itu... sementara masih mampu.
Kepada teman-teman di alam fizikal dan di alam maya, mungkin ada yang sedang berkira-kira untuk pulang ke kampung. Malah, mungkin juga sedang dalam perjalanan ke kampung ketika ini. Ingin aku ingatkan, berhati-hatilah ketika memandu. Kadang-kadang keterujaan untuk pulang ke kampung menyebabkan kita terlupa beberapa asas penting dalam keselamatan di jalan raya.
Salah satunya... pastikan pundi air kencing sentiasa dibawah 80% penuh.
Toleran 20% adalah untuk mencari tempat rehat bertandas yang tak penuh.

Wednesday, August 15, 2012
Berpeleseran di hujung minggu seminggu menjelang Aidilfitri 2012
.
Berpeleseran di hujung minggu di AEON, Bukit Tinggi.
Aku biarkan Mama pergi berjuang di celah-celah manusia yang banyak, pergi mencari cembul hikmat idaman sukma, cembul sakti perawat hati gundah gulana. Kaulah wirawati diantara manusia yang banyak, wahai isteriku. Pergilah... tinggalkan kami yang kesakitan kaki untuk beristirahat dan duduk-duduk di sini.
Syahdan, maka Mama pun menyelinap masuk diantara manusia yang banyak itu meninggalkan kami dua beranak yang berkesah mengurut keting kaki yang bersimpul-simpul. Seperti berbelit-belit jua rasanya, seperti akan pengsan jua rasanya.
Lalu aku khabarkan kepada anakku...
"Wahai anak, duduklah kita barang sementara namun ingat! Jangan KENTUT... kelak kan celaka kita! "
Berkenaan kentut, Sepa telah membuatkan aku terfikirkan satu idea.
Apa kata kita syorkan kerajaan dibawah GTP dan NKRA untuk menyediakan sebuah tempat sehenti untuk kentut?
Kita sediakan satu tempat khas untuk orang ramai kentut manakala gas kentut itu kerajaan boleh kumpulkan dan disimpan. Untuk apa gas kentut itu?
1. Renewable energy - untuk menggantikan gas memasak pada satu hari nanti. Kalau itu dianggap satu angan-angan, kita cuba pada skala yang kecil dulu. Gas kentut itu boleh digunakan untuk pemetik api (lighter) sebagai projek pilot.
2. Untuk membuat bom kentut yang busuk untuk kegunaan kawalan ketenteraman awam terutamanya ketika berlaku rusuhan atau tunjuk perasaan yang kurang terkawal. Untuk mendapatkan gas kentut yang benar-benar busuk, kentut-kentut orang awam perlu digredkan.
3. Menjana pendapatan tambahan kepada dewan / majlis bandaraya. Setiap orang awam yang ingin kentut, cas sebanyak 20 sen akan dikenakan diatas kemudahan yang dikenakan. Cas tambahan sebanyak 50 sen akan dikenakan jika kentut itu disusuli dengan cirit cair akibat terkucil...

"Jangan kentut di sini... kentut di tangga di sana" |

Tuesday, August 14, 2012
Sessi mengeteh edisi Ramadhan 2012
.
Setelah lebih setahun tidak berjumpa di medan teh tarik, kisah 6 sahabat ini diteruskan lagi dengan sessi mengeteh edisi Ramadhan 2012 di BBB. Sessi yang disepakati itu dimulakan jam 11pm dan berakhir sebelum masuk waktu Imsak pada malam minggu yang lepas. Restoran-restoran mamak yang ada 3-4 buah di sekitar situ penuh sesak gara-gara skrin lebar yang menayangkan secara langsung sukan Olimpik untuk kategori bolasepak akhir Brazil vs Mexico.
Dan inilah diantara cerita yang boleh aku kongsikan... selebihnya, terlalu sensitif kerana ianya mampu menggugat senario politik semasa... disamping itu, aku ingin kongsikan foto-foto mereka ...
Dia seorang pengurus projek kejuruteraan dalam lapangan minyak dan gas. Dia masih ada rasa bersalah kepada seorang rakan yang pernah diboncengnya 17 tahun lalu kerana tidak membantunya setelah terlibat dalam kemalangan akibat terlanggar lembu pada satu malam ketika dalam perjalanan ke pusat snooker. Dia yang turut terlibat dan cedera telah membiarkan rakannya tertiarap di tepi jalan.
Semuanya gara-gara terdengar bisikan kawan yang menunggang sebuah motor yang lain yang tak terlibat dalam kemalangan itu "kalau aku terlentangkan tetiba mukanya dah hancur bergesel jalan, matanyanya hilang, hidung tertanggal.... hah, macam mana?". Tiba-tiba dia memandang wajah aku dan kawan yang aku boncengkan pula.
Akhirnya, ada seorang brader motor yang baik hati telah singgah lalu terlentangkan tubuh kawannya tadi, selepas kira-kira 20 minit kejadian itu berlaku...
Dia seorang jurutera kanan di sebuah organisasi elektronik terkenal. Dan dia masih berdendam a.k.a berkecil hati dengan 3 orang sahabatnya kerana membiarkannya tertiarap di atas jalan raya selama 20 minit tanpa bantuan di dalam kejadian kemalangan melanggar lembu ketika dalam perjalanan ke pusat snooker kira-kira 17 tahun lalu.
Juga berkecil hati dengan berbelas-belas rakan yang lain apabila terpaksa menunggu keseorangan di klinik kerajaan dari jam 11pm sehinggalah jam 2am dalam keadaan kesakitan dan kesejukan akibat kemalangan itu. Semuanya gara-gara seorang sahabat yang tidak terllibat dalam kemalangan tadi telah mengatakan dia mungkin belum sedarkan diri dari pengsan di klinik kerajaan akibat kemalangan itu. Oleh kerana itu, para sahabat lainnya mengambil keputusan untuk lepak-lepak dulu di sebuah kedai kopi sambil pekena roti bakar dan mee goreng.
Akibat kelekaan bersembang, pukul 1am lebih barulah teringatkan tujuan datang tadi iaitu mahu melawat serta membawa pulang sahabat yang kemalangan tadi. Akibat kelekaan sahabat-sahabatnya itu, dia telah hampir-hampir terlelap di kaki tangga klinik kerajaan itu.
Dia seorang jurutera senior dalam syarikat permotoran. Dia dengan serius menegaskan bahawa isu air bukanlah satu isu sejagat tetapi masih setempat. Dan dia bermati-matian menegaskan bahawa strategist di pihak pemberita yang pro-kerajaan telah melakukan kesilapan yang sama seperti sebelum ini... propaganda yang melampau sehingga rakyat berasa meluat yang meluap-luap.
Demi menunjukkan bahawa isu air bukanlah satu isu yang besar di Selangor, dia telah minum 3 gelas air.. "see... I still can drink a lot of water what..?!"
Dia seorang pengurus projek kejuruteraan dalam lapangan petroleum yang berpusat di menara berkembar. Dalam banyak-banyak isu yang dibincangkan secara serius, dia masih mampu menyelitkan kisah seorang sahabat yang diboncengnya. Ketika berselisih dengan pelajar-pelajar wanita, mereka berdua terlihat pelajar-pelajar itu tersenyum simpul. Dek kerana teruja dengan respons itu, mereka ambil keputusan untuk berpatah semula dan berselisih lagi... dan lagi.. dan lagi beberapa kali. Sehinggalah dia terpandang yang kawannya itu memakai topi keledar terbalik.
Dia juga menegaskan bahawa dia menggunakan konsep minimalis-industrialis untuk kediamannya apabila aku bertanyakan konsep rumahnya, sebagai idea untuk aku. Setelah dia terangkan agak panjang lebar, barulah aku faham yang minimalis-industrialis juga bermaksud 'aku tak buat apa-apa pun kat rumah aku, malah plaster siling pun aku tak buat... beam pun nampak "

Monday, August 13, 2012
The Shushi Story...
.
Pada satu tahun yang lain pula, aku datang semula ke negera matahari terbit itu. Kali ini, lidah perawan masakan Jepun yang aku pertahankan kesekian lama telah pun ditebuk tupai. Ketaksuban aku dengan masakan-masakan Melayu, Nusantara dan Oriental telah luntur sedikit.
Pada satu malam itu, aku bersama-sama beberapa rakan senegara dan bukan senegara telah menjamu selera di salah satu restoran Shushi yang terletak tidak jauh dari pelabuhan pemunggagan hasil laut kedua terbesar di Jepun, berdekatan Tokyo.
Cuba lihat tukang masak @ pembuat Shushi itu. Tak duduk diam. Asyiklah berjoget sambil tangannya sibuk mengepal nasi yang dicampurkan dengan cuka beras dan ditampalkan pula dengan variasi daging-daging mentah. Ikan Tuna, Kod, Udang, Ketam, Salmon, Kurita... macam-macam telah aku makan.
Termasuklah telur landak laut... Rupa telurnya seperti cirit budak berusia 4 bulan. Warnanya keperang-perangan dan lembik. Rasanya ? Masin-masin dan ada rasa pahit dihujungnya. Aku pun pelik, dalam banyak-banyak makanan laut yang ada, kenapa telur landak laut itu juga yang digemari oleh orang-orang Jepun.

Sunday, August 12, 2012
The Shashimi of my life
.
Ini ialah Ikan Bawal Masak Towchoo..
Mungkin menjadi satu trend, sejak Masterchef berkumandang, ikan biasanya di siang dengan keadaaan mata, mulut dan gigi yang jelas utuh. Memang biasa kalau di restoran-restoran besar dan ternama, penyedian lauk biasanya sedaya upaya akan cuba kekalkan rupa semulajadi. Ia menambahkan seni hidangan itu sendiri... kadang-kadang... Biasanya, orang kampung seperti aku ini, seingat akulah, kalau aku yang menyiang ikan pasti aku akan potong sehingga separas insangnya. Kecuali ikan yang besar-besar kerana masih ada daging di sekitar kepalanya.
Beberapa belas tahun dulu, aku pernah ke Jepun dan pada satu malam diantara malam-malam aku di Negara Matahari Terbit itu, aku dipelawa untuk makan malam di sebuah restoran Jepun yang terkenal dengan Shashimi (hidangan mentah). Encik Jepun itu beria-ia mahu memperkenalkan masakan/makanan Jepun kepada seorang anak muda yang masih mulus nafsu makannya. Dan sebagai seorang anak muda yang masih suci jiwa makannya, aku sentiasa menolak dengan perlbagai alasan yang aku anggap cukup munasabah pada ketika itu.
Dia telah berberapa kali mengajak aku makan Shashimi namun setiap kali dia memesan Shashimi, aku hanya makan Tempura. Sehinggalah pada satu malam itu, di sebuah restoran ikan segar di bandar Tokyo, dia memesan lagi beberapa ekor ikan kembung (Mackarel?) dalam bentuk Shashimi.
Kali ini adalah satu penyiksaan yang tiada bandingan lagi. Bukan siksaan kepada aku tetapi kepada Ikan Kembung itu. Badannya telah pun dikelar-kelas hingga ke tulang dan telah pun direnjis dengan lemon namun perut dan kepalanya masih utuh segar... mulut Ikan Kembung itu masih MENCUNGAP-CUNGAP...!
Perlahan-lahan aku capai chopstick buluh dan aku kepakkan agar terpisah dua. Aku gunakan keanjalan jari-jemari mulus aku untuk menyepit segumpal daun hiasan pinggan kemudian aku dekatkan kepada mulut Ikan Kembung yang masih tercungap-cungap...
"What are you doing, Nizam san ?" Encik Jepun terkejut apabila melihat apa yang aku buat.
"I think the fish is still hungry, I'm feeding some weed... poor fish"
Dan untuk kesekian kalinya, aku masih mempunyai alasan untuk tidak makan Shashimi pada malam itu...

Saturday, August 11, 2012
Ulam-ulaman di zaman silam
.
Ulaman-ulaman yang sungguh menyelerakan di kala bulan-bulan gersang begini. Lebih-lebih lagi kalau ada 'jangan bening' (jangan = sayur; bening = kuah jernih) dan kicap Tamin cap empat matahari. Kena pula dengan telur itik rebus yang direbus bersama-sama nasi di dalam periuk nasi. Sayugia telur itik itu dibasuh bersih-bersih kalau tak, nasi putih akan menjadi nasi hujan panas yang berwarna-warni...
Bagus makan ulam-ulaman begini kerana:
1. Selulos sayuran.
2. Ulaman-ulaman itu tak diracun-seranggakan.
Dan tidak semua jantung pisang boleh dibuat sayur. Ada sesetengah jenis jantung pisang terasa pahit dan sesetengah yang lain memabukkan. Aku cuma percaya kepada jantung pisang awak. Jantung pisang lain kadang-kadang akan membuatkan perut aku berangin.
Dan petai pula, selain direbus atau dimakan mentah, satu cara lagi ialah petai itu dibakar. Arwah bapak aku suka petai yang dibakar. Petai yang dibakar kurang sikit bau petainya dan rasanya seperti petai rebus. Sebenarnya, apabila petai dibakar, air yang ada di dalam sel-selnya akan panas dan 'merebus' biji petai itu.
Dan yang kurang nampak di situ ialah sayur 'genjer' atau sesetengah orang kata 'paku rawan'. Pokok 'genjer' berdaun lebar bulat dan berwarna hijau, biasanya tumbuh digigi air. Tak ramai yang tahu bahawa daun muda dan bunganya boleh dibuat sayur. Paling sedap kalau dimasak lemak. Pokok 'genjer' adalah musuh kepada pesawah kerana corak sebarannya yang agresif. Daunnya yang lebar itu akan bersaing dengan anak-anak padi untuk mendapatkan cahaya matahari.
Dan pokok silom yang tumbuh di dalam air (di gigi air) adalah lebih rangup dan lembut berbanding yang tumbuh di atas tanah. Kalau mahukan silom yang rangup dan lembut, rendamkan silom di dalam air beberapa jam sebelum diulamkan. Ini kerana air akan diserap oleh pokok silom walau pun setelah dipetik.
Jadi, kepada sesiapa yang suka bereksperimen, kalau anda mahukan ulam daun silom anda berperisa oren atau epal, cubalah rendam di dalam air oren atau epal beberapa jam. Lepas tu, sila beritahu aku...

Friday, August 10, 2012
Membakar lemak....
.
Dalam diam tak diam, berat badan aku sekarang dah turun sebanyak 8kg!
Walau pun di bulan puasa, aku masih lagi bermain ping pong sebelum pulang ke rumah.dengan rakan-rakan sekerja. Walau pun di bulan puasa aku bermain lebih defensif berbanding ofensif di bulan-bulan lainnya, gerakan separa agresif aku itu mampu membantu membakar lebih kalori.
Kemudian, aku terfikir... 8kg???!!
Baru semalam aku beli daging batang pinang di pasar malam sebanyak 1kg dan aku tengok itu pun dah banyak. Inikan pula 8 kg! Kalaulah aku kumpulkan lemak tu, mahu penuh satu belanga! Ok la... ketumpatan lemak tak sama dengan ketumpatan daging. Jadi, 8 kg lemak adalah lebih banyak daripada 8 kg daging batang pinang dari segi isipadunya! Bermakna, lemak 8 kg yang aku keluarkan itu mungkin lebih daripada satu belanga, mungkin 3 belanga!
Ok...Ok... 8 kg berat badan aku yang turun tu bukan semuanya lemak. Sebahagian besarnya adalah air, yakni air dalam badan sama ada melalui peluh atau urinari atau respiratori. Oleh kerana air lebih tumpat daripada lemak, maka lemak yang aku kempiskan mungkin tak sampai pun 4 kg.
Tapi... janganlah ada pula yang ubah niat puasa daripada ibadat kepada nak kuruskan badan. Itu sungguh sesuatu yang sia-sia untuk dilakukan. Biarlah niat itu untuk ibadah kerana kewajiban manakala badan yang kurus / sihat itu anugerah.

Ini bukan otak.... ini lemak! |
Ok...Ok... 8 kg berat badan aku yang turun tu bukan semuanya lemak. Sebahagian besarnya adalah air, yakni air dalam badan sama ada melalui peluh atau urinari atau respiratori. Oleh kerana air lebih tumpat daripada lemak, maka lemak yang aku kempiskan mungkin tak sampai pun 4 kg.
Itu badan lelaki, bukan badan perempuan walau pun err... nampak besar semacam. Harap maklum. |
Tapi... janganlah ada pula yang ubah niat puasa daripada ibadat kepada nak kuruskan badan. Itu sungguh sesuatu yang sia-sia untuk dilakukan. Biarlah niat itu untuk ibadah kerana kewajiban manakala badan yang kurus / sihat itu anugerah.
.
Foto-foto yang sungguh berangsang...
.
Mula bicara, ampun dipinta sebab apa yang aku paparkan di bawah sana tidaklah molek dan patut untuk pandangan mata ketika siang-siang Ramadhan ini. Anggaplah ianya sebagai salah satu daripada banyak-banyak dugaan di bulan puasa. Aku ingin kongsikan sesuatu... ianya tentang makanan yang aku suka.
Aku tak tahu nama sebenar juadah di atas itu. Aku panggilnya Sambal Goreng Jawa sahaja kerana Emak aku panggil yang sama. Ini salah satu masakan tradisi keluarga aku. Semua anak menantu 'dimestikan' untuk belajar memasaknya dari Emak. Bahan-bahan yang asas ialah kobis, tempe, soo hoon dan cili kering sebagai pemedas tambahan. Bahan-bahan tambahan yang mengikut musim ialah babat (perut lembu), petai, kacang buncis, tauhu, pedal ayam, hati ayam dsb... semuanya digaulkan dengan tumisan bawang merah, bawang putih, sedikit halia jika wujud protein berasaskan haiwan dalam bahan tambahan, ikan bilis atau udang kering jika tiada protein haiwan lain dalam bahan tambahan, kicap Tamin, garam, gula dan air asam Jawa sebagai penyeimbang rasa masin-manis-pedas-masam.
Selalunya, inilah yang menjadi rebutan kami anak beranak. Sebelum pulang, kalau ada lebih, masing-masing akan faraidkan elok-elok agar tiada hati yang terkucil. Kalau tiada kesepakatan diantara kami, Emak akan bertindak sebagai penimbang tara.
Beberapa tahun dulu, abang aku ada tanam sejenis buluh yang rebungnya dipanggil rebung Buluh Manis. Buluh itu ditanam untuk rebungnya, bukan untuk dibuat galah atau hasilan kraftangan buluh seperti bubu jantung. Ada satu lagi jenis rebung buluh yang juga dihasilkan secara komersial untuk rebungnya tetapi ada beza diantara keduanya. Rebung buluh kepunyaan abang aku ini tak perlu dijerukkan. Malah, ianya boleh terus dimakan begitu sahaja sama seperti umbut kelapa. Sedangkan ada jenis rebung yang lain itu perlu dijerukkan dahulu atau pun direbus dan dibuangkan airnya untuk membuang rasa pahit.
Bagaimana mahu buang miang buluh?
Salah satu petuanya ialah menyapukan bahagian tubuh yang terkena miang buluh itu ke rambut beberapa kali. Kalaulah bahagian tubuh itu tak sampai ke kepala, contohnya tapak kaki, bolehlah gunakan kepala sesiapa yang bersetuju untuk ditonyohkan kaki.
Sup Lala dengan sedikit daun kucai sebagai perisanya memang sedap! Selain air rebusan kerang, air rebusan Lala aku rasa lebih 'bersih' dan hygenic agaknya. Maklumlah, aku kerap sangat terkopek (bukan lucah) kerang yang sudah busuk. Setiap kali aku hirup air sup itu aku akan teringatkan Miso Soup. Itu belum lagi kalau aku kopek (juga bukan lucah) dan makan isi Lala yang ternyata manis bersari itu.
Aku dapat tahu yang kulit kerang dan kulit kerang-kerangan seperti Lala dan Kupang telah digunakan untuk membuat kapur makan atau kapur sireh. Caranya, kulit kerang-kerangan itu dibakar dan direbus sehingga hancur untuk mendapatkan sebatian kalsium dari kulit cengkerangnya.
Sebelum ini, aku ingatkan kapur sireh tu adalah dari batu kapur yang banyak di Ipoh.
Ok. Cukuplah dulu. Sila kesat air liur anda...

Sambal Goreng Jawa dengan Soo Hoon... terbaekk!!! |

Rebung Manis masak lemak... Umbut Kelapa masak lemak pun sedap juga. |
Beberapa tahun dulu, abang aku ada tanam sejenis buluh yang rebungnya dipanggil rebung Buluh Manis. Buluh itu ditanam untuk rebungnya, bukan untuk dibuat galah atau hasilan kraftangan buluh seperti bubu jantung. Ada satu lagi jenis rebung buluh yang juga dihasilkan secara komersial untuk rebungnya tetapi ada beza diantara keduanya. Rebung buluh kepunyaan abang aku ini tak perlu dijerukkan. Malah, ianya boleh terus dimakan begitu sahaja sama seperti umbut kelapa. Sedangkan ada jenis rebung yang lain itu perlu dijerukkan dahulu atau pun direbus dan dibuangkan airnya untuk membuang rasa pahit.
Bagaimana mahu buang miang buluh?
Salah satu petuanya ialah menyapukan bahagian tubuh yang terkena miang buluh itu ke rambut beberapa kali. Kalaulah bahagian tubuh itu tak sampai ke kepala, contohnya tapak kaki, bolehlah gunakan kepala sesiapa yang bersetuju untuk ditonyohkan kaki.
Sup Lalalalalalalalalalalalalalala... (sebab banyak lala) |
Sup Lala dengan sedikit daun kucai sebagai perisanya memang sedap! Selain air rebusan kerang, air rebusan Lala aku rasa lebih 'bersih' dan hygenic agaknya. Maklumlah, aku kerap sangat terkopek (bukan lucah) kerang yang sudah busuk. Setiap kali aku hirup air sup itu aku akan teringatkan Miso Soup. Itu belum lagi kalau aku kopek (juga bukan lucah) dan makan isi Lala yang ternyata manis bersari itu.
Aku dapat tahu yang kulit kerang dan kulit kerang-kerangan seperti Lala dan Kupang telah digunakan untuk membuat kapur makan atau kapur sireh. Caranya, kulit kerang-kerangan itu dibakar dan direbus sehingga hancur untuk mendapatkan sebatian kalsium dari kulit cengkerangnya.
Sebelum ini, aku ingatkan kapur sireh tu adalah dari batu kapur yang banyak di Ipoh.
Ok. Cukuplah dulu. Sila kesat air liur anda...
.
Thursday, August 9, 2012
Pucuk Pauh Delima Batu... anak sembilang di tapak tangan
.
Salah seorang kakak aku adalah survivor kepada penyakit kanser. Dia seorang yang tabah dan cekal hati. Aku tahu dia begitu kerana dialah kakak aku, yang pernah cebok dan lampinkan aku, yang pernah dukung dan bawa aku jalan-jalan sekeliling kampung, yang kerap menguyah makanan yang keras-keras kemudian diluahkan semula lalu menyuapkan ke mulut aku pula. Persis ibu burung menyuap anaknya. Katanya, aku pandai kerana makan air liur kakak-kakak aku. Aku harap abang-abang aku tak pernah buat begitu kepada aku.
Itu bukan inti cerita. pati cerita ialah ini. Ada satu hari itu, dia kata ada beberapa jenis sayur dan buah-buahan adalah 'no-no' kepada penghidap atau bekas penghidap kanser. Diantaranya yang aku masih ingat-ingat lupa ialah buah Cempedak manakala sayur pula ialah Bayam. Bayam??? (seseorang tolong pastikan)
Aku terkejut kerana Bayam adalah sayur yang aku anggap 'sihat', sayuran hijau yang Popeye makan dan jadi kuat. Kalau Popeye boleh jadi kuat, sesiapa yang makan Bayam juga jadi kuat. Serta merta aku teringatkan Badang. Aku syak, selain muntah Jin Air dia juga makan sayur Bayam. Atau pun, sebelum Jin Air tu makan ikan di dalam lukah si Badang, Jin Air tu terkebih dahulu makan Bayam. Bila dimuntahkan, segala isi perut yang lunyai berlendir dan hamis ikan itu termasuk Bayam juga keluar. Kalau tak pun, Badang bukan gunakan daun Keladi untuk tadah muntah Jin Air yang berlendir dan hamis itu. Mungkin Badang gunakan daun-daun Bayam hutan yang lebar-lebar.
Menurut kakak aku, sayur Bayam adalah 'no-no' adalah kerana kandungan racun makhluk perosak yang tinggi. Jika itu sebabnya, maknanya bukan disebabkan sayur Bayam tetapi mana-mana sayur berdaun yang banyak menggunakan racun makhluk perosak. Racun-racun ini diserap ke dalam selulos sayur-sayuran. Abang aku pernah kata, peria dan peria katak yang terkenal sebagai ulam 'berubat' yang baik untuk darah tinggi dan kencing manis itu sebenarnya banyak menggunakan racun.
Dia tahu kerana dia pernah menolong kawannya menyembur racun di kebun sayur milik kawannya. Kawannya akan sembur racun sehingga basah lokos buah-buah peria tadi tu. Satu lagi ialah kacang panjang. Kacang panjang perlu diracun sehingga basah lokos paling tidak seminggu sekali. Kalau tidak, habis dikerjakan dek ulat.
Jadi, aku berpendapat, eloklah kita makan sayur-sayuran yang tidak menggunakan racun langsung. Ada ke? Ada. Contohnya Pucuk Ubi, Pucuk Paku, Pucuk Keledek, Keladi Hijau...
Tapi ada yang kata Pucuk Paku dan Pucuk Ubi mengandungi racun Cyanide semulajadi. Beberapa tahun dulu ada satu artikel yang dikeluarkan oleh salah sebuah penyelidik universiti (dan heboh di dada koran harian) mengatakan Pucuk Ubi jangan dibiarkan lebih daripada sehari semalam kerana kandungan racunnya akan menjadi tinggi. Betulkah?
Kalau semuanya tak selamat, aku nak syorkan kita semua makan sayur Tauge hari-hari. Bukan payah pun. Rendam dan taburkan kacang hijau di atas guni jut yang lembab dan siramkan hari-hari. Bila kacang hijau itu bercambah dalam 1 inci, kutip dan boleh dimakan begitu sahaja.
Tapiii.... orang kata kalau nak Tauge jadi gemuk, kena siram dengan air kencing. Lebih hancing air kencing itu, lebih gemuklah Tauge tu. Kalau lepas makan petai atau jering, mungkin bertambah 'power'.
Hish.. nak makan sayur apa kalau macam ni....

Wednesday, August 8, 2012
Obsesi aku dalam pencarian bahulu bakar tradisional...
.
Akan tiba waktunya apabila sampai serunya, berbondong-bondong manusia rendah tinggi, tebal nipis dan panjang pendek akan mengerumuni pancur-pancur cahaya berkelip warna-warni hijau merah jingga yang warnanya itu berlari bersilih ganti seakan-akan kejar mengejar seperti 'merry go round' (wuihh... ayat majmuk 'ala majmuk). Dan berdekatan pancur-pancur cahaya itu akan kedapatan berlonggok-longgok kuih yang berbagai-bagai warna juga, sedia menanti tangan-tangan panjang pendek, kecil besar, gelap cerah melomoti, mencekau, mencekak, mengusik-usik dan menguis-nguis.
Aku nak ceritakan tentang kuih-kuih raya sebenarnya. Cuma dah lama tak tulis ayat gaya-gaya macam tu. Nanti-nantilah, apabila sampai serunya aku akan hidupkan semula cerita Juliet dengan Tuan Minister, cerita Ayu Jannah, cerita Seman Rusulan, cerita tentang Aku dan Kamu. Nanti-nantilah. Mood pembaca sekarang tak gemar sangat cerita-cerita serius begitu, bukan?
Dan seperti yang aku ada ceritakan sebelum ini, yakni tentang bahulu bakar, aku mahu isytiharkan bahawa aku hampir-hampir dapat. Ye lah, aku kata hampir-hampir sahaja kerana dari segi penngamatan aku, bahulu yang aku dapat itu mungkin masih dibakar menggunakan oven. Aku harapkan ialanya oven jenis Butterfly yang ditengkrengkan di atas penunu gas asli dan bukannya oven pemanas berarus elektrik. Aku harap-haraplah. Jadi, bolehlah aku buat perisytiharan itu.
Ketumpatannya agak tinggi berbanding bahulu komersial. Jadi aku bagi satu markah. Rasanya tidaklah manis sangat. Jadi aku beri lagi satu markah. Dan air Oren itu aku bagi markah penuh!
Itulah bahulu yang aku pesan kepada kawan aku yang pergi ke Tg. Malim semalam. Bahulu itu dihasilkan di Felda Gedangsa (?), menurut kata kakak yang menjualnya. Hasil dari seorang makcik yang membuatnya di rumah.
Misi mencari bahulu bakar menggunakan perkakas tin minyak masak belah dua dan dibakar menggunakan haba dari api sabut kelapa masih gagal... huhuhu.
Hasil perbincangan hangat dan mendalam dengan kawan-kawan yang berumur di pejabat pada petang semalam telah merumuskan bahawa pada satu waktu dulu... lamaaaaa dulu, ada bahulu Ikan Emas, bahulu Ayam Jantan dan bahulu Manggis... bahulu-bahulu yang bukan pada zaman aku. Aku tak pernah jumpa dan tahu pun. Ada sesiapa yang tahu tentang ini ?

Bahulu dan Air Oren, kalau Pisang, bagai tandan dan sikatnya, sukar untuk aku pisahkan tanpa merosakkan salah satu entiti... |
Ketumpatannya agak tinggi berbanding bahulu komersial. Jadi aku bagi satu markah. Rasanya tidaklah manis sangat. Jadi aku beri lagi satu markah. Dan air Oren itu aku bagi markah penuh!
Itulah bahulu yang aku pesan kepada kawan aku yang pergi ke Tg. Malim semalam. Bahulu itu dihasilkan di Felda Gedangsa (?), menurut kata kakak yang menjualnya. Hasil dari seorang makcik yang membuatnya di rumah.
Misi mencari bahulu bakar menggunakan perkakas tin minyak masak belah dua dan dibakar menggunakan haba dari api sabut kelapa masih gagal... huhuhu.
Hasil perbincangan hangat dan mendalam dengan kawan-kawan yang berumur di pejabat pada petang semalam telah merumuskan bahawa pada satu waktu dulu... lamaaaaa dulu, ada bahulu Ikan Emas, bahulu Ayam Jantan dan bahulu Manggis... bahulu-bahulu yang bukan pada zaman aku. Aku tak pernah jumpa dan tahu pun. Ada sesiapa yang tahu tentang ini ?
.
Tuesday, August 7, 2012
Meriam batang paip menjelang hari raya...
.
Aku balik kampung hujung minggu lalu, telinga aku disuguhi dengan letupan-letupan daripada gas Hidrogen yang pernah aku dengar dulu, letupan yang apabila didekatkan kayu uji berbara kepada mulut tabung uji akan berbunyi 'pop'!
Letupan yang biasanya akan mencabar semangat aku untuk turut menyahut cabaran untuk membuat letupan juga. Tapi kini, aku tak secergas dahulu, tidak teruja seperti dulu-dulu. Namun dalam sudut perasaan, aku masih berbangga kerana tradisi itu masih diteruskan oleh generasi seterusnya dengan selamat.
Aku ada buat beberapa entri tentang kes letup-letup dan meriam batang kelapa. Sila rujuk entri yang ini dan entri yang ini.
Apabila aku terdengar letupan meriam hari itu, aku pun sambar kamera dan aku ajak anak aku untuk pergi. Setibanya di lokasi, aku dapati ada beberapa orang budak hingusan sedang galak bermain meriam. Aku terkejut juga kerana tak ada orang dewasa yang mengawasinya. Jadi, aku ambil beberapa minit untuk melihat dan memantau cara-cara mereka bermain dan berikan nasihat keselamatan... hahaha. Tak lama selepas itu, ayah salah seorang daripada budak-budak itu pun datang. Aku tanya orang itu, tak ada meriam batang kelapa? Dia kata, tahun lepas ada yang buat tapi polis datang dan suruh baraikan, atau masuk lokap!
Meriam yang mereka gunakan ialah meriam batang paip berukuran diameter 6". Sebenarnya, meriam jenis itu adalah berbahaya kerana strukturnya bukan untuk menahan tekanan yang tinggi. Selalunya, meriam batang paip itu perlu ditanam ke dalam tanah atau perlu dibalut dengan guni jut dan diikatkan dengan kulit buluh atau rantai basikal. Jika pecah serpihannya tidak melayang ke batang leher lantas mencantas kepala!
Ketika mereka bermain meriam, jam menunjukkan pukul 10am. Masih pagi. Sebab itulah letupan meriam mereka tak bersahut. Biasanya, meriam dimainkan ketika senja sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa, dan juga selepas Isya'. Kalau waktu siang biasanya budak-budak yang bermain sebab bapak dan abang-abang mereka bekerja. Apabila malam menjelma, ketika itulah orang dewasa yang bermain. Pada ketika itulah, letupan meriam akan bersahut-sahutan...
Namun begitu, tiada lagi bunyi lemak merdu meriam batang kelapa dan batang pinang lagi... tiada lagi kidung mereka.

Aku tak benarkan mereka bermain 2 batang meriam yang ini kerana ianya terdedah, amat berbahaya...kalau dilihat bagaimana batang paip itu ditanam, ia mungkin telah lama di situ. |
Aku suruh mereka bermain meriam yang ini. Batang paip ditanamkan keseluruhannya... tompok-tompok putih seperti tepung adalah 'sisa toksik' kabaid, ianya berasid. Boleh nipiskan tapak tangan. |
Mencucuh perlukan batang kayu yang panjang. Dulu-dulu, ada yang jadi hero, cucuh terus guna pemetik api sahaja... termasuk aku... hahaha |
Tahu pun takut! Hahaha... telinga aku bingit sebab aku dekat dengan muncung meriam dan aku tak sempat tutup telinga... |
Wajah pemain-pemain meriam yang aku rakamkan... budak-budak lagi... |
Ketika mereka bermain meriam, jam menunjukkan pukul 10am. Masih pagi. Sebab itulah letupan meriam mereka tak bersahut. Biasanya, meriam dimainkan ketika senja sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa, dan juga selepas Isya'. Kalau waktu siang biasanya budak-budak yang bermain sebab bapak dan abang-abang mereka bekerja. Apabila malam menjelma, ketika itulah orang dewasa yang bermain. Pada ketika itulah, letupan meriam akan bersahut-sahutan...
Namun begitu, tiada lagi bunyi lemak merdu meriam batang kelapa dan batang pinang lagi... tiada lagi kidung mereka.
.
Monday, August 6, 2012
Peha-peha exotic menggiurkan sudah terdedah untuk santapan berbuka puasa...
.
Kelmarin, aku balik kampung. Ada ahli keluarga aku yang berhajat nak kumpulkan adik-beradik dan menjamu kami semua untuk berbuka puasa. Kami berkumpul di rumah salah seorang abang yang terletak di sebelah rumah usang arwah bapak. Selain mengembalikan nostalgia silam berbuka puasa, kakak mahu menjamu kami bersempena dengan persaraannya sebagai seorang guru baru-baru ini. 5 orang daripada kami adalah guru...
Dan dua orang dari kami telah memburu pada malam sebelumnya. Jadi, juadah berbuka puasa pada kali itu semestinya ada kelainan. Kelainan? Inilah dianya...
Harap maklum, itu bukan peha ayam kampung. Itulah peha dan dada burung Ruak-Ruak yang dapat diburu oleh 2 orang abang pada malam sebelumnya. Jangan terliur pula ya! Hidangan sebegini exotic, memang cukup payah untuk tenteramkan jiwa-jiwa yang menggemarinya.
Rasanya? Macam daging burung puyuh tetapi yang ini lebih manis dan lebih kenyal. Dari rupa peha dan dada itu, aku rasa kakak dah gorengkan dahulu dagingnya kemudian barulah di masak gulai lemak. Aku agaklah, sebab ada kesan digoreng. Ini adalah burung Ruak-Ruak Sawah, jadi dagingnya lebih tebal dan banyak berbanding Burung Ruak-Ruak Bukit/Gunung yang rata-rata lebih kecil. Dan aku dapati hati dan jantung burung ini agak besar relatif kepada saiz badannya. Hampir sama besar dengan jantung ayam. Aku syak burung ini perlukan jantung yang besar untuk mengepam darah keseluruh tubuh untuk terbang dan berlari. Ya, burung Ruak-Ruak pantas berlari.
Abang aku kata, mereka berburu pada jam 2.30am di belukar di sekitar rumah dan sawah padi. Alat yang mereka gunakan? Sejenis senapang angin buatan sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila klik di sini...

Peha-peha burung Ruak-Ruak yang siap dimasak gulai cili padi... |

Sunday, August 5, 2012
Kisah bahulu bakar di malam raya...
.
Bercakap tentang kuih raya, aku teringatkan satu pengalaman yang berlaku kira-kira 4 tahun lepas. Ia berkaitan dengan kuih Bahulu.
Aku suka bahulu kerana aku suka celopkan ke dalam air oren berkarbonat atau pun jika tiada, air sirap dingin pun boleh juga. Kadang-kadang, aku celopkan ke dalam air teh. Walau pun aku suka bahulu, aku tak berapa suka makan begitu sahaja tanpa dicelopkan ke dalam air. Terasa kering tekak nak telan.
Kira-kira 4 tahun lepas, pada satu malam di malam-malam selepas raya, ada seorang ipar kepada abang aku telah terkandas di jalan raya kerana vannya telah rosak. Mereka dalam perjalanan dari selatan menuju ke Titi Gantung, Perak Tengah. Berita itu abang aku dapat dalam jam 9.00pm. Mereka meminta tolong abang aku dan abang aku telah mengajak aku sekali.
Sesampainya di tempat kejadian, di jalan Langkap - Kampar, tidak jauh dari simpang ke Tapah Road, kami lihat mereka sekeluarga masih di tepi van yang langsung tak boleh bergerak. Bila kami selidiki, ada masalah pada kotak gear (differential gear), bermakna van itu tak boleh bergerak pada malam itu. Van itu perlu diletakkan di tempat yang lebih selamat. Abang aku pun pergi ke sebuah rumah kampung papan setingkat tidak jauh dari situ, lamannya luas. Abang meminta kebenaran untuk menumpangkan van itu di situ.
Dalam semangat muhibbah hari raya, tuan rumah dan isterinya telah mengajak kami masuk dan makan kuih raya. Kami semua pun masuk dan kami dihidangkan dengan air teh o panas dan sedulang kuih-kuih raya beraneka jenis... yang kebanyakkannya adalah tradisional!
Dan aku juga nampak kuih bahulu kebanggaan aku itu. Terus aku cekau sebiji dan aku rendamkan ke dalam teh o panas. Aku suapkan ke mulut dan TIBA-TIBA aku tercium bau yang telah lama aku tak jumpa. Bahulu itu masih berbau asap sabut!
Aku terus tanya makcik itu dan dia kata bahulu itu dibakar menggunakan api sabut. Bukan aku sahaja, abang aku dan iparnya terus hadap bahulu itu. Makcik tuan rumah ketawa apabila aku katakan itulah kuih kegilaan aku. Dan tanpa dipinta, dia terus ke dapur dan mengeluarkan sepinggan lagi bahulu bakar. Aku pun kira-kira berapa biji yang aku makan kemudian aku cakap kepada makcik itu, aku sudah makan lebih 10 biji bahulu dengan nada suara seorang anak manja kepada emaknya.
Tanpa di sangka-sangka, ketika kami mahu pulang, makcik itu pun keluarkan satu plastik kecil lalu memasukkan baki kuih bahulu di pinggan (yang aku tinggalkan sedikit kerana malu hendak habiskan semuanya). Dia berikan aku sebagai bekal, katanya. Walau pun aku menerimanya dengan rasa malu-malu tetapi jauh di lubuk hati, aku rasa seperti mahu melonjak tinggi...

Subscribe to:
Posts (Atom)